Putatan

Putatan merupakan salah sebuah daerah kecil atau bandar yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Pantai Barat, Sabah serta di bawah pentadbiran dan seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

PUTATAN

Kredit Gambar : Wikipedia

Putatan merupakan salah satu bandar atau daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah. Putatan terletak di Bahagian Pantai Barat dan merupakan bandar yang terdapat dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 18 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Nama Putatan dikatakan diambil sempena nama sejenis pokok yang banyak tumbuh disekitar daerah ini iaitu yang disebut pokok putat. Oleh itu ketika pentadbiran North Borneo Chartered Company, penjajah British telah menyebut tempat ini sebagai putat town yang akhirnya juga turut diikut sebutannya oleh penduduk tempatan tetapi dengan menggunakan bahasa tempatan yang akhirnya membawa kepada sebutan Putatan. Suku kaum yang majoriti terdapat di daerah ini ialah Kadazan-Dusun, Melayu-Brunei dan juga Bajau dengan jumlah penduduk pada ketika ialah sekitar 100 lebih orang.

Putatan pada awalnya merupakan salah sebuah daerah kecil yang berada di bawah urus tadbir oleh Pejabat Daerah Penampang sebelum Putatatan mendapat status penuh sebagai sebuah daerah pada tarikh 1 Mac 2007. Perasmian Putatan sebagai sebuah daerah penuh telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Hj. Aman yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Setelah menjadi salah sebuah daerah penuh, Putatan telah menubuhkan Majlis Daerah Putatan untuk mentadbir sendiri daerah ini selepas dipisahkan daripada pentadbiran Majlis Daerah Penampang. Kini Putatan semakin berkembang maju dengan pelbagai pembangunan yang telah dibina di daerah ini termasuklah beberapa kemudahan lain sesuai dengan kedudukannya yang juga sebagai sebuah bandar satelit kepada Bandar Kota Kinabalu.


Walaupun keluasan Putatan tidaklah begitu luas iaitu cuma 30 kilometer persegi sahaja, namun terdapat banyak kemudahan prasarana yang telah dibina di sini. Ini termasuklah kemudahan seperti pendidikan, pengakutan, kemudahan awam, perbankan, pusat beli belah dan juga perhubungan jalan raya. Antara beberapa kemudahan yang terdapat di Putatan yang dibina untuk memberikan keselesaan dan juga agar dapat memudahkan penduduk disekitar daerah ini adalah seperti :

01. Supermarket
02. Hypermarket
03. Perbankan (bank)
04. Jalan Raya Pan Borneo
05. Stesen Keretapi 
06. Pengangkutan Bas
07. Restoran makan minum
08. Pasar sayur dan ikan
09. Dewan Masyarakat
10. Kolej INTI
11. Tandas awam

Tidak banyak pusat pelancongan  yang terdapat di sektar daerah Putatan ini sebab ia adalah bandar yang lebih kepada memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk disekitar daerah ini. Antara tempat menarik di daerah Putatan adalah seperti :

01. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
02. Balai Cerap Al-Biruni
03. Keretapi Borneo Utara

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan