Langkau ke kandungan utama

Qiagung Campsite and Recreation

Qiagung Campsite and Recreation merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk mereka yang berminat dengan aktiviti berkhemah di tepi sungai, tempat ini juga adalah kawasan rekreasi yang sesuai dikunjungi dan dijadikan lokasi percutian orang ramai tidak kisa sama ada dengan seisi keluarga atau dengan rakan-rakan ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pun cuti pada hujung minggu. Tempat ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Keningau lebih kurang 29 km atau kira-kira 38 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah.

QUAGUNG CAMPSITE


Kredit gambar : Qiagung


Kredit gambar : Qiagung

Kredit gambar : Qiagung

Qiagung Campsite and Recreation merupakan salah satu tempat menarik di Keningau yang patut anda kunjungi apabila ada kelapangan masa terutamnya ketika musim cuti sekolah atau pun ketika cuti pada hujung minggu dengan datang beramai-ramai ke sini bersama sesisi keluarga atau pun bersama rakan anda yang lain. Tempat ini adalah sebuah kawasan rekreasi dan juga tempat yang sesuai untuk aktiviti berkhemah yang terletak tepi Sungai Apin-Apin dan mempunyai pemandangan yang cantik dan indah serta terjaga keaslian alam semulajadinya seperti hutan disekelilingnya sekaligus memberikan udara di sini menjadi lebih bersih dan segar, oleh itu sekiranya anda mencari tempat atau lokasi untuk percutian anda seterusnya bolehlah cuba pertimbangkan untuk menjadikan tempat ini pilihan anda tidak kira sama ada untuk lawatan sehari sahaja atau pun bermalam dengan berkhemah di sini. Tempat ini sebenarnya terletak di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau lebih kurang 29 km atau kira-kira 38 minit perjalanan menaiki kenderaan daripada Pusat Bandar Keningau, manakala bagi anda yang datang dari luar daerah seperti dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, jarak perjalanan ialah lebih kurang 120 km iaitu mengambil masa kira-kira 2 jam 25 minit perjalanan menaiki kenderaan sendiri. Lokasi tempat ini yang jauh dari kesibukan bandar menjadikannya antara pilihan orang ramai terutama sekali bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah ini, bagi anda yang dari luar daerah pun boleh juga datang ke sini sebab suasana persekitaran di tempat ini yang lebih tenang dan aman akan dapat memberikan peluang kepada anda untuk berehat dalam suasana tenang dan tanpa sebarang gangguan bunyi bising khususnya anda yang ke sini berkhemah dan bermalam tidak kira berapa hari pun dan tidak kira anda dari mana sama ada penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah dan ke daerah Keningau.

Walaupun tempat ini agak jauh sikit daripada bandar namun terdapat juga pelbagai kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah disediakan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke sini tidak kira yang datang untuk lawatan sehari sahaja mahu pun yang mahu bermalam di tempat ini satu malam atau lebih, kemudahan dan perkhidmatan yang disdiakan ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang akan sentiasa berada selesa sepanjang mereka berada di tempat ini sambil melakukan pelbagai aktiviti yang tersedia. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah pondok untuk penginapan yang mana ada dua jenis iaitu yang terbuka dan tertutup dan setiap pondok ini mempunyai harga yang berbeza dan bagi yang datang ke sini untuk lawatan sehari saja atau day trip boleh juga menyewa pondok ini. Selain itu di sini juga ada disediakan kemudahan tapak perkhemahan buat mereka yang mahu berkhemah serta bermalam di sini untuk satu malam atau lebih dan pihak pengurusan tempat ini juga ada menyediakan kemudahan khemah yang boleh disewa sama ada yang jenis kalis air atau jenis biasa sahaja sekiranya anda tidak mempunyai khemah sendiri, tetapi kalau mahu menjimatkan kos sebaiknya bawalah khemah sendiri dari rumah. Kemudahan lain yang ada disediakan ialah kawasan tempat letak kenderaan oleh itu anda tidak perlulah risau sekiranya datang ke sini dengan memandu kereta sendiri terutamanya mereka yang datang dari jauh sebab ada juga tempat untuk meletakkan kereta anda yang turut akan dijaga oleh pihak pengurusan di sini. Tandas juga turut ada disediakan untuk lebih memudahkan para pengunjung apabila berada di sini lebih lama dan tandas ni dibahagi dua iaitu tandas untuk lelaki dan wanita. Bila anda guna tandas tu pastikan jangan buang sampah anda ke dalam lubang tandas yang mana ia mungkin akan menyebabkan tandas tersebut menjadi tersumbat dan rosak sekaligus akan menyukarkan tetamu yang lain menggunakannya, jadi sama-samalah membantu menjaga kebersihan tandas agar anda pun akan rasa lebih selesa apabila menggunakannya.


Kemudahan lain ialah bilik persalinan atau bilik mandi yang juga terbahagi dua iaitu untuk lelaki dan wanita, kemudahan ini boleh anda gunakan untuk mandi atau menyalin pakaian selepas selesai mandi di sungai tidak kira anda berada di sini untuk day trip atau bermalam dan seperti biasa anda haruslah juga bersama-sama menjaga kebersihannya bilik mandi ini agar sentiasa bersih
. Seterusnya ialah di sini juga ada disediakan kemudahan tempat untuk memasak bbq yang boleh anda gunakan untuk memasak bila berada di sini dan kemudahan ini juga boleh digunakan oleh siapa sahaja tetamu yang datang tidak kira yang bermalam atau tidak, cuma peralatan untuk memakan tu mungkin anda perlu bawa sendiri seperti piring, sudu, gelas, air minuman botol dan beberapa lagi peralatan lain anda rasa perlu di bawa, boleh bawa yang jenis plastik sahaja yang mudah di cuci atau beli yang jenis kertas pakai buang agar lebih memudahkan anda. Perlu ingat juga setiap sisa makanan dan bekasnya buanglah ke dalam tong sampah yang telah disediakan agar dapat memastikan persekiaran kawasan tempat ini sentiasa bersih dan dapat menarik minat pengunjung lain untuk datang juga ke sini. Selain itu terdapat juga kemudahan elektrik diberikan di sini tetapi sebelum ini ianya disediakan hanya pada waktu malam sahaja iaitu sekitar jam 6 atau 7 hingga jam 10 malam atau lebih sikit sebabnya elektrik yang ada ni diperolehi daripada generator saja jadi memang tidak dapat kalau 24 jam, sekarang ini tidak pasti sekiranya masih lagi menggunakan generator atau sudah ada bekalan elektrik sepenuhnya, oleh itu mungkin anda bolehlah bawa beberapa peralatan lain untuk di cas apabila ada bekalan elektrik pada waktu malam seperti powerbank, kipas angin boleh cas semula, lampu boleh cas semula dan lain-lain lagi peralatan yang boleh di cas semula. Untuk talian telefon pun di sini hanya ada liputan untuk celcom, digi dan maxis sahaja, selain dari yang tu mungkin agak sukar sikit dapatkan liputan, internet pula harus gunakan data sendiri dari telefon sebab buat masa ini belum ada lagi internet seperti wifi yang disediakan di sini.

Terdapat juga beberapa pondok rehat yang disediakan berhampiran dengan sungai untuk anda gunakan sepanjang berada di sini khususnya mereka yang mungkin datang untuk lawatan sehari agar mudah untuk mereka berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sini sambil menenangkan fikiran dengan suasana yang tenang, tempat duduk juga ada disediakan disetiap pondok yang ada di sini, tetapi kalau anda tidak mahu gunakan pondok tidak menjadi masalah juga sebab anda boleh bawa tikar duduk untuk anda duduk santai beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menjamu selera dan rasanya ianya lebih menyeronokkan bila dapat duduk santai bersama-sama di sini sebab kawasan di sini memang luas jadi mudah untuk anda cari tempat bersantai sambil bercerita. Terdapat juga mini dewan terbuka yang dibina di sini untuk kemudahan para tetamu yang mungkin mahu buat majlis yang bersaiz kecil seperti majlis harijadi, sambutan hari ulang tahun perkahwinan dan sebagainya yang sudah pasti sangat meriah. Banyak lagi kemudahan di sini yang telah disediakan oleh pihak pengurusannya, jadi apa-apa pun sekiranya anda mahu dapatkan info mengenai kemudahan yang mungkin anda ingin gunakan tetapi tidak pasti sama ada pihak di sini ada menyediakan atau tidak maka bolehlah terus menghubungi mereka sama ada melalui telefon atau bertanya di laman sosial mereka. Untuk anda yang bercadang datang ke sini sama ada bermalam atau tidak bolehlah membawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa agar ia lebih memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini, terutama sekali bagi mereka yang mahu ke sini dan bermalam seperti berkhemah. Di bawah ini adalah antara barangan yang rasanya boleh anda bawa bila datang ke sini, ini adalah cadangan saja jadi anda boleh pilih mana barangan yang dirasakan memang perlu untuk di bawa dan sekiranya ada lagi barang lain yang tidak tersenarai tetapi rasa patut untuk di bawa maka bawalah saja barang tersebut, berikut di bawah adalah barang perlu di bawa :

Barang perlu bawa :

01. Pakaian lebih

02. Khemah sendiri

03. Barang masakan

04. Beg tidur kalis air

05. Baju tebal

06. Lampu suluh

07. Tali jika perlu

08. Powerbank

09. Kipas rechargable

10. Lampu rechargable

11. Kamera
12. Video kamera

13. Kompas
14. Selimut tidur
15. Tempat bahan basah
16. Bantal
17. Pisau lipat
18. Ubat peribadi
19. Duit poket
20. Peralatan memasak
21. Peralatan makan


Bagi yang muslim pula mungkin boleh tambah beberapa barang keperluan untuk solat seperti sejadah, kain sarung dan telekung, selain itu bawalah juga pakaian sesuai untuk mandi di sungai yang menutup aurat sebab sungai ini adalah kawasan terbuka jadi kadang akan ada ramai yang juga mandi di sungai tersebut. Untuk aktiviti pula memang terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan bila berkunjung ke sini dan antaranya ialah aktiviti berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan dan untuk aktiviti berkhemah ini memang ada juga khemah yang disediakan untuk disewa tetapi sekiranya anda mahukan lebih berjimat bolehlah bawa khemah sendiri dari rumah, memang seronok dapat berkhemah di tempat ini yang berada tidak jauh dari sungai lebih-lebih lagi kalau datang beramai-ramai tidak kira dengan keluarga atau rakan-rakan, lagi pun tapak perkhemahan di sini adalah rata, bersih serta rumput yang ada pun jenis lembut dan tidak berbatu jadi memang sangat sesuai untuk berkhemah di sini. Pastikan anda membawa peralatan untuk memasang khemah termasuklah peralatan lain yang diperlukan seperti kerusi khemah dan lain-lain lagi, jangan lupa juga untuk membuat tempahan tapak perkhemahan lebih awal agar pihak di sini dapat memastikan adanya kekosongan pada waktu dan tarikh yang anda pilih. Aktiviti lain yang boleh anda buat di sini ialah memasak bbq tidak kira anda ke sini untuk lawatan sehari atau pun berkhemah dan juga bermalam di pondok, dengan adanya aktiviti masak bbq ini sudah pasti ianya sangatlah menyeronokkan kerana dapat memasak bersama kemudian menjamu selera bersama terutama sekali bagi mereka yang bermalam dengan berkhemah di sini yang mana memang seronok memasak bbq pada waktu malam dan makan beramai-ramai di deepan khemah sambil melihat keindahan sinaran bulan dan kerlipan bintang yang indah di angkasa. Untuk memasak ni anda perlu bawa peralatan untuk makan seperti yang telah dinyatakan di atas tadi dan bawa juga tempat untuk menyimpan bahan mentah yang mahu dimasak nanti.

Aktiviti lain yang ada di sini ialah mandi air sungai yang bersih dan segar dan sungai ini dekat sahaja dengan tapak perkhemahan jadi anda bolehlah mandi sepuas hati cuma perlu sentiasa berhati-hati ketika mandi di sungai atau pun ketika berada di tepi sungai sebab kadang kala batuan di tepi sungai ni boleh jadi ianya dalam keadaan licin yang mungkin menyebabkan anda tergelincir jatuh dan kalau mandi di dalam sungai pun perlu juga berhati-hati lebih-lebih lagi jika membawa bersama kanak-kanak, ini untuk kebaikan anda sekeluarga agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Selain tu di sini juga anda boleh buat sukaneka jika datang bersama anak-anak atau rakan sekerja yang lain, jenis sukaneka tu terpulang pada anda mahu buat apa pun yang penting sentiasa jaga keselamatan sahaja sepanjang melakukan apa juga aktiviti sukan tidak kira kanak-kanak atau pun orang dewasa. Kalau mahu mendaki dengan laluan mudah di bukit yang ada di sini pun boleh juga, mendaki di sini pun macam mendaki bukit tempat lain sebaliknya di sini kira macam bersenam saja sebab anda akan naik dan juga turun bukit tersebut dengan laluan bertangga yang berjumlah 108 anak tangga, jadi bolehlah anda naik turun beberapa kali untuk keluarkan keringat sebelum mandi sungai kemudian berehat sambil minum kopi di pondok tepi sungai bersama rakan anda yang lain, laluan tangga ni sebenarnya adalah antara laluan yang boleh anda guna untuk datang ke Qiagung Campsite ni tapi jarang orang masuk ikut laluan ni sebab biasa orang gunakan jalanraya untuk ke tempat ini sebab mudah untuk letak kenderaan, jadi tangga tersebut akan digunakan untuk bersenam pada waktu pagi atau petang dengan naik turun beberapa kali.

Sekiranya anda bercadang datang ke sini sebaiknya anda membuat tempahan awal terlebih dahulu agar dapat memastikan ada kekosongan tempat pada waktu dan tarikh yang dipilih selain itu dapat untuk menempah beberapa peralatan lain seperti khemah jika tidak ada khemah sendiri dan lain-lain lagi, dan untuk ke sini sangat digalakkan memandu kenderaan sendiri sebab tempat ni jauh sikit dari bandar jadi kalau ada kereta sendiri ianya akan memudahkan anda pergi membeli barangan di bandar sekiranya ada yang kurang dan boleh juga melawat tempat lain di sekitar daerah Keningau.

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 6 petang
Sabtu - Ahad : 8.30 pagi - 6 petang

Bayaran masuk :
RM6.00 : Dewasa
RM3.00 : Kanak-kanak

Tapak berkhemah :
RM6.00 : Hari biasa
RM10.00 : Hujung minggu

Sewa khemah :
RM20.00 - RM25.00 : Tidak kalis air
RM50.00 - RM60.00 : Kalis air

Waktu operasi dan bayaran yang dikenakan di sini mungkin akan berubah mengikut masa dan keadaan, oleh itu sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh terus menghungi pihak pengurusan Qiagung Campsite and Recreation seperti alamat bawah :

Hubungi :
Qiagung Campsite and Recreation
Jalan Kg. Bundu,
2 KM Dari Kg. Donggiluang
89008, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6013 298 9270 (Ms Betty)
Web Fb : Qiagung Campsite


Ulasan