Langkau ke kandungan utama

Rabbit Farm Tambunan

Rabbit Farm Tambunan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu daerah Tambunan, lebih kurang 8.3 km dari Pekan Tambunan.

RABBIT FARM TAMBUNAN


Kredit Gambar : Rabbit Farm

Rabbit Farm Tambunan merupakan salah sebuah tempat menarik di Tambunan dan taman arnab ini terletak dalam kawasan Kampung Sunsuron, Tambunan iaitu lebih kurang 8.3 km ataupun kira-kira 10 minit perjalanan dari Pekan Tambunan melalui Jalan Tambunan-Kota Kinabalu dan lebih kurang 66 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan kalau dari Bandar Kota Kinabalu. Rabbit Farm ni adalah sebuah taman yang menempatkan pelbagai jenis arnab yang mana ianya yang diusahakan sendiri oleh oleh penduduk tempatan Kampung Sunsuron Tambunan. Sehingga kini tempat ini masih menjadi salah satu tempat tumpuan orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Tambunan untuk datang melihat arnab-arnab yang comel ini ketika hujung minggu.

Taman ini mula beroperadi pada bulan Februari 2019, dan anda boleh lihat banyak arban yang di jaga atau dipelihara di sini, oleh itu kepada mereka yang berminat dengan haiwan arnab ni bolehlah datang ke Rabbit Fam Tambunan bersama keluarga atau rakan-rakan untuk melihat dan bermain bersama arnab tersebut. Di sini anda juga berpeluang untuk memberikan arnab tersebut makanan di tangan anda dan boleh juga memegang atau mengangkat arnab tersebut. Tetapi harus ingat, sekiranya anda tidak tahu cara yang betul untuk mengangkat arnab tersebut bolehlah bertanya terlebih dahulu dengan petugas di Rabbit Farm untuk mengetahui cara yang betul angkat arnab, sebab sekiranya anda tidak mengangkat dengan cara yang baik dan betul mungkin boleh mengakibatkan arnab tu sakit atau cedera, dan satu lagi perlu ingat ialah sekiranya anda ingin memberi makanan kepada arnab tersebut anda mestilah membeli makanan arnab yang ada di jual di taman ini dan jangan membeli dari luar.


Memang seronok bermain dengan arnab-arnab yang ada di taman ini, lebih-lebih lagi anak-anak yang sudah semestinya suka bermain dengan arnab. Jika anda membawa anak-anak ke sini sudah pasti akan buatkan mereka seronok dan gembira, tetapi sentiasa perhatikan juga anak-anak ketika mereka bermain dengan arnab tu dan selepas selesai bermain dengan arnab-arnab dan pulang dari tempat ni adalah baik untuk cuci tangan anda dan anak-anak terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini sebab pada kebiasaannya anak kecil ni suka terus memasukkan tangan mereka ke mulut. Selain itu di sini pun cantik juga kalau mahu bergambar sebab anda boleh bergambar bersama arnab yang ada di sekitar taman ini dengan posisi yang menyajikan pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Wakid yang setinggi 1372 meter dari aras laut.

Sebenarnya jika anda ke sini bukan aktiviti di Taman Arnab ni saja yang boleh dilakukan tetapi terdapat juga aktiviti lain iaitu seperti mendaki ke puncak Bukit Bongkud (Bongkud Hill) yang terletak di dalam kampung ini juga. Sebelum membuat pendakian ke bukit ini, anda haruslah bertanya dan memberitahu pihak pengurusan Rabbit Farm ni terlebih dahulu agar mereka dapat mengaturkan pendakian sebab mungkin ada yang tidak tahu laluan mendaki, jadi anda bolehlah sewa seorang penunjuk jalan yang akan membawa kumpulan anda naik ke bukit ini. Tapi tu semua terpulang dengan anda sama ada ingin mendaki ataupun mahu melawat arnab saja. Jika mahu mendaki bolehlah pilih buat pendakian ke bukit dahulu lepas tu baru melawat arnab-arnab ni atau boleh juga melawat arnab dulu baru naik ke bukit.

Tempat ni biasanya orang lawat untuk melihat arnab saja dan masih lagi dalam proses penambahbaikan jadi mungkin kemudahan yang disediakan tu tidaklah banyak, tapi kemudahan yang ada ni cukup untuk memberikan keselesaan dan memudahkan para pengunjung yang datang ke taman ini. Antara kemudahan yang ada di taman ini dan juga disekitar kawasan ini ialah seperti pondok rehat dengan tempat duduk yang anda boleh gunakan untuk berehat jika sudah penat main dengan arnab, tandas juga ada disediakan di sini, kemudahan lain ialah seperti gerai sayur untuk anda yang mahu membeli sayur, kedai makan dan juga laluan pejalan kaki.

Untuk ke taman ini sebaiknya anda menaiki kenderaan sendiri sebab tempat ni di kawasan pedalaman, jadi kalau ada kereta tidaklah perlu menunggu bas lagi yang mungkin memakan masa yang agak lama untuk sampai ke sini. Tapi kalau mahu naik bas juga pun boleh, cari bas yang menuju ke daerah Tambunan, dan selepas sampai ke Tambunan bolehlah sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing dan beritahu pemandu itu untuk menghantar anda ke taman ini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM3.00

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rabbit Farm Tambunan di alamat berikut :

Alamat :
Rabbit Farm Tambunan
Kampung Sunsuron
89650, Tambunan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 010-390 1304

Ulasan