Rainforest Discovery Centre merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Batu 14, Jalan Labuk, Sandakan dan berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.
RAINFOREST DISCOVERY CENTRE
Sepilok Jungle Resort
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM 8.00
Warganegara kanak-kanak : RM 4.00
Bukan warganegara dewasa : RM 15.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 7.00
Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah bayaran masuk adalah percuma untuk warganegara dan juga bukan warganegara.
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rainforest Discovery Centre di alamat seperti di bawah ini :
Rainforest Discovery Centre Sandakan (RDC) adalah salah sebuah tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah terutamanya ke Sandakan. RDC terletak di Batu 14, Jalan Labuk Sandakan iaitu lebih kurang 24 km atau kira-kira 28 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan dan lebih kurang 15 km atau kira-kira 17 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sandakan. Tempat ini ialah sebuah kawasan Hutan Hujan Borneo yang mana pada awalnya ia merupakkan sebuah kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan alam sekitar untuk para pelajar dan guru sahaja, namun tempat ini kemudiannya telah dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2007 sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik di Sandakan.
Rainforest Discovery Centre terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kabili dan berada di bawah pengawasan dan seliaan Jabatan Perhutanan Sabah. Tempat ini sememangnya amat sesuai kepada para pengunjung yang ingin membuat penyelidikan dan juga pendidikan berkaitan alam semulajadi terutama sekali yang berkaitan dengan hutan di negeri Sabah. Oleh itu tidak hairanlah tempat ini selalu menjadi tumpuan penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara yang datang untuk membuat penyelidikan hutan di sini. Kawasan hutan ini memang tenang, jadi anda boleh menenangkan fikiran dengan melihat pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan di hutan ini dengan berjalan di atas kanopi (canopy walk). Bila anda berjalan di sini anda akan dapat mendengar pelbagai kicauan pelbagai spesis burung yang pasti akan membuatkan hati anda menjadi lebih tenang.
RDC telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Kawasan Penting Burung (Important Bird Area) pada tahun 2009. Ini menjadikan RDC sebagai salah satu tempat yang sesuai untuk mengadakan Pesta Burung Borneo dan biasanya diadakan setiap tahun sekaligus menarik para peminat burung dari seluruh dunia menyertainya. Jadi janganlah lepaskan peluang anda untuk datang melihat sendiri keindahan dan keunikan tempat ini. Sepanjang anda membuat lawatan ke sini termasuk berjalan di laluan kanopi ada juga terdapat papan maklumat yang menerangkan jenis-jenis pokok, jenis burung, haiwan lain dan juga hidupan flora dan fauna yang lain, oleh itu tidak rugi anda ke sini kerana sambil anda dapat berjalan ke sini anda juga dapat ilmu pengetahuan yang baik untuk anda atau pun untuk anak-anak anda.

Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung apabila datang ke tempat ini selain daripada membuat penyelidikan dan pendidikan. Aktiviti lain yang boleh anda buat ialah seperti berjalan di laluan kanopi sepanjang lebih kurang 360 meter dan kanopi ini sedang dalam proses untuk disambung lagi panjangnya sampai ke titik hujung. Selain itu anda juga boleh menaiki menaiki perahu dayung (paddle boat) di tasik, melawat kawasan pameran, berjalan dikawasan hutan hujan dan berjalan di jambatan gantung yang merentasi tasik sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan juga dapat menghirup udara segar dan bersih di sini. Secara ringkas, antara aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang ke sini ialah seperti :
Aktiviti :
01. Berjalan di kanopi
02. Beriadah
03. Berjalan di hutan
04. Naik jambatan gantung
05. Naik paddle boat
06. Ambil gambar hutan
07. Bergambar
08. Baca maklumat flora fauna
Di sini terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung yang datang ke sini melawat dan kemudahan ini disediakan agar lebih memberikan keselesaan kepada pengunjung semasa mereka berada di sini dan antara kemudahan yang ada ialah :
Kemudahan :
01. Laluan kanopi
02. Laluan jalan kaki
03. Jambatan gantung
04. Paddle boat
05. Tempat duduk
06. Pondok rehat
07. Tandas awam
08. Tempat letak kereta
09. Kaunter pembayaran
10. Jaket keselamatan
11. Papan maklumat
Bagi memudahkan percutian atau perjalanan anda ke sini, sebaiknya anda membuat beberapa persiapan seperti barang apa yang perlu di bawa jika ke sini untuk kegunaan anda sepanjang berada di tempat ini. Antara barang yang mungkin perlu di bawa ialah :
Barang perlu bawa :
01. Kamera/video kamera
02. Payung/topi
03. Baju hujan
04. Makanan/minuman
05. Pen/nota (jika mahu)
06. Duit lebih
07. Sejadah (jika perlu)
Pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Rainforest Discovery Centre Sandakan tidak perlu risau sekiranya mahu cari tempat penginapan sebab dekat tempat ini pun ada terdapat penginapan, tapi terpulang pada anda jika mahu di sini atau menginap di hotel. Antara penginapan yang ada hampir dengan tempat ini ialah seperti :
Sepilok Jungle Resort
Telefon : 089-533031
Faks : 089-533029
Sepilok Forest Edge Resort
Telefon : 089-533190
Faks : 089-533245
Sepilok Rest House
Telefon : 089-534900
Faks : 089-534800
Sepilok Nature Resort
Telefon : 089-535001
Faks : 089-535002
Pengunjung atau pelancong yang ingin ke Pusat Orang Utan Sepilok adalah digalakkan untuk naik teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain sebab tidak ada pengangkutan awam seperti bas yang masuk ke dalam Sepilok. Kalau pelancong luar negara bolehlah menggunakan pakej yang ditawarkan ejen atau syarikat pelancongan yang berdaftar (pastikan ejen pelancongan tersebut sah berdaftar). Pilihan terbaik ialah menaiki kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri boleh sewa kereta Sandakan.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM 8.00
Warganegara kanak-kanak : RM 4.00
Bukan warganegara dewasa : RM 15.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM 7.00
Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah bayaran masuk adalah percuma untuk warganegara dan juga bukan warganegara.
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rainforest Discovery Centre di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Rainforest Discovery Center (RDC)
Forest Research Center, Sepilok,
P.O.Box 1407,
90715, Sandakan,
Forest Research Center, Sepilok,
P.O.Box 1407,
90715, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 533 780
Telefon : +6089 533 780
Telefon : +6089 533 781
Ulasan
Catat Ulasan