Ranau Paragliding adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah kawasan untuk aktiviti paragliding iaitu menaiki payung terjun besar dan ia terletak di dalam daerah Ranau, Sabah.
RANAU PARAGLIDING
Kredit Gambar : Ranauparagliding
Ranau Paragliding adalah salah satu tempat menarik Ranau yang anda semua boleh kunjungi untuk melakukan aktiviti lasak ini sekiranya datang bercuti ke daerah Ranau. Ia adalah tempat paragliding terbesar di Malaysia dan menyajikan pemandangan yang cukup indah lebih-lebih lagi dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang terletak tidak jauh dari tempat ini. Paragliding adalah salah satu aktiviti meluncur menggunakan payung terjung yang lebar dan ia boleh dikira sebagai aktiviti lasak sebab anda akan terbang di udara dengan menggunakan payung terjng tersebut. Kalau memang suka aktiviti lasak macam ini bolehlah cuba ke sini
Sebelum datang ke sini, anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu iaitu sekurang-kurangnya satu hari sebelum datang, ini adalah bertujuan agar pihak Paragliding Ranau dapat mengatur semua urusan dan menyediakan apa-apa keperluan dan peralatan yang akan anda gunakan nanti, ia juga untuk memastikan ada kekosongan tempahan pada waktu atau hari berkenaan. Selain itu untuk melakukan aktiviti paragliding ni biasanya pihak pengurusan akan lihat juga keadaan cuaca, jadi kalau anda buat tempahan awal mungkin pihak pengurusan sini boleh lebih bersedia kerana kalau semasa tarikh dan masa aktiviti yang anda pilih ada masalah dari segi cuaca tidak perlu risau sebab bayaran tempahan anda itu akan dikembalikan juga sepenuhnya atau anda boleh juga menunda atau menukar tarikh dan masa paragliding ke hari yang lain.
Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti paragliding ni kerana ianya adalah untuk kebaikan dan juga keselamatan anda semasa menaiki paragliding. Anda juga mungkin tidak akan dibenarkan untuk melakukan aktiviti ini sekiranya pakaian yang dipakai adalah tidak sesuai, antara pakaian yang tidak dibenarkan adalah tidak boleh memakai skirt, seluar pendek dan juga selipar semasa membuat aktiviti ini. Kalau guna telefon sebaiknya pasang tali agar telefon tersebut tidak terlepas dari tangan dan terjatuh ke bawah yang boleh menyebabkan telefon anda hilang dan sukar dicari. Datang lebih awal sikit sebab di sini anda perlu isi beberapa borang sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini. Kalau datang awal bolehlah juga melakukan aktiviti ini lebih awal sebab masanya terhad dari jam 10 pagi hingga 3 petang saja kerana waktu ini saja keadaan angin lebih baik untuk aktiviti ini.
Untuk ke sini, kalau dari luar daerah Ranau, boleh naik bas yang menuju ke Ranau, tetapi adalah sebaiknya anda memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini. Ini adalah bagi memudahakan pergerakan pergi dan balik anda dari sini sini. Kereta anda boleh simpan atau letak dekat pusat pendaftaran sebab anda akan dihantar juga dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda ke tempat berlepas, selepas selessai aktivitti anda kemudian dihantar semula ke tempat pendaftaran tadi.
Waktu operasi :
Setiap hari : 10 pagi - 3 petang
Masa terbang di udara :
Dalam 10 - 15 minit
Bayaran paragliding :
Warganegara : RM150.00
Warga asing : RM220.00
Sewa kamera GoPro : RM30.00
Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan hubungi pihak pengurusan Ranau Paragliding seperti alamat di bawah :
Alamat :
Ranau Paragliding
89308, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-865 0545
Webiste : facebook.com/ranauparagliding/
Ulasan
Catat Ulasan