Rundum Highlands merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di daerah Tenom iaitu lebih kurang 55 km dari Pekan Tenom, Sabah.
RUNDUM HIGHLANDS
Rundum Highlands (Tanah Tinggi Rundum) merupakan salah satu termpat menarik di Tenom yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan ataupun pelancongan dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah terutamanya ke daerah Tenom. Rundum Highlands adalah sebuah tempat pelancongan dikawasan tanah tinggi dan juga merupakan tapak perkhemahan yang terletak di Rundum, Kemabong, Tenom iaitu lebih kurang 55 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tenom dan lebih kurang 203 km atau kira-kira 4 jam perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Tempat menarik ini telah dibina oleh komuniti penduduk di sini yang kebanyakkannya adalah dari suku kaum Murut, dan kini tempat ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah Tenom
Kawasan Rundum Highlands ini sememangnya dapat menyajikan satu pemandangan yang cukup cantik dan indah iaitu dengan alam semulajadi hutan hujan tropika yang tebal dan terbentang luas dan jika cuaca dalam keadaan cerah dan baik anda akan berpeluang untuk melihat suatu keindahan suasana yang cukup menawan dan mengagumkan iaitu pemandangan ketika matahari terbenam. Jadi anda boleh duduk santai sambil melihat pemandangan yang mempersonakan dan menghirup udara yang bersih dan segar ditambah dengan cuaca yang sejuk. Cuaca sejuk ini boleh mencecah sehingga antara 12-16 darjah celsius pada waktu malam jadi pastikan anda bawa baju atau jaket sejuk jika bercadang untuk datang ke sini. Selain berkhemah sambil hirup udara segar dan melihat pemandangan alam semulajadi, ada juga beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan di sini sekiranya anda mahu melakukannya terutama sekali bagi mereka yang berminat dengan aktiviti meredah hutan dan mendaki.
Aktiviti meredah dan mendaki adalah anda akan berjalan meredah hutan dan mendaki beberapa bukit ke beberapa tempat menarik iaitu seperti ke Air Terjun Umit yang sejauh lebih kurang 1 jam perjalanan dan juga meredah hutan dan mendaki (hiking) ke Kubu Lama British yang dibina semasa berlakunya perang antara Antanom dan British pada tahun 1915 dan untuk ke kubu ini akan memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Selepas penat berjalan meredah hutan dan mendaki pada waktu siang, anda bolehlah memasak barbeque untuk makan malam atau kalau tidak mahu masak barbeque boleh juga pesan sahaja makanan yang ada dijual di sini dan memasang unggun api sambil makan dan melihat persembahan kebudayaan tetapi persembahan kebudayaan hanya akan dipersembahkan sekiranya ada permintaan yang tinggi daripada para pengunjung. Terdapat juga hidangan tradisional yang terdapat di sini untuk anda jadi terpulang sama ada anda mahu memasak barbeque, masak menggunakan dapur ataupun hanya memesan makanan yang dijual oleh pihak pengurusan di sini. Antara aktiviti yang boleh anda buat semasa berada di sini ialah :
Jika anda datang ke sini dan bercadang untuk ikut melakukan aktiviti yang ada disediakan oleh pihak pengurusan Rundum Highlands, bolehlah membuat persiapan awal seperti pakaian dan barang-barang yang perlu di bawa ke sini agar lebih memudahkan segala perjalanan dan percutian anda apabila berada di tempat ini. Barang keperluan ini amat penting kerana tempat ini agak jauh jadi adalah lebih baik buat persiapan awal dan bawalah apa yang anda rasa perlu untuk kegunaan anda. Antara persiapan barangan yang mungkin anda mahu atau perlu bawa ialah seperti :
Jadi jangan lepaskan peluang anda Rundum Highlands ini berkhemah dan melakukan pelbagai aktiviti yang pasti akan membuatkan anda merasa teruja dan berbaloi apabila ke sini. Dengan kadar bayaran yang murah dan dapat melakukan pelbagai aktiviti sememangnya tempat ini adalah sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Walaupun mungkin lokasinya agak jauh tapi tempat ini pasti memberikan anda satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan lebih-lebih lagi dengan komuniti penduduk di sini yang sungguh peramah dan sentiasa menyambut para pengunjung dengan mesra, yang membuatkan anda rasa lebih dihargai dan ingin datang ke sini lagi. Tidak hairanlah ramai pengunjung atau pelancong dari luar negara yang sanggup datang ke tempat ini walaupun jauh kerana bagi mereka ianya sangat berbaloi dengan pelbagai aktiviti.
Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya memandu kenderaan sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda pergi dan balik tetapi sebaiknya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda agar kerana jalannya yang lebih sesuai untuk kenderaan jenis ini. Anda juga boleh menghubungi terus pihak pengurusan Rundum Highlands untuk pengangkutan yang menggunaka pacuan 4 roda tetapi perlu membuat tempahan lebih awal dahulu agar persediaan dapat dibuat.
Waktu operasi :
Setiap hari : 24 jam
Pakej Rundum Asimu :
Khemah 18 kaki x 18 kaki
Alamat :
01. Kalau ke sini pastikan anda membawa apa-apa yang perlu yang anda rasa perlu terutama sekali jika mahu melakukan aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki (hiking)
02. Hubungi pihak pengurusan Rundum Highlands terlebih dahulu ya untuk membuat tempahan awal sebelum datang ke sini sebab kadang kala tempat ini dipenuhi pengunjung yang datang dari jauh dan ada juga yang datang dari luar negara.
Kredit gambar : Rundumhighlands

Aktiviti :
01. Meredah hutan
02. Mendaki (hiking)
03. Barbeque
04. Menaiki kuda
05. Memasang unggun api
06. Memancing di air terjun
07. Bergambar
08. Mandi di air terjun
09. Menari tarian kebudayaan
10. Berkhemah
11. Dan lain-lain lagi
Jika anda datang ke sini dan bercadang untuk ikut melakukan aktiviti yang ada disediakan oleh pihak pengurusan Rundum Highlands, bolehlah membuat persiapan awal seperti pakaian dan barang-barang yang perlu di bawa ke sini agar lebih memudahkan segala perjalanan dan percutian anda apabila berada di tempat ini. Barang keperluan ini amat penting kerana tempat ini agak jauh jadi adalah lebih baik buat persiapan awal dan bawalah apa yang anda rasa perlu untuk kegunaan anda. Antara persiapan barangan yang mungkin anda mahu atau perlu bawa ialah seperti :
Persiapan barang :
01. Pakaian lebih
02. Pakaian mandi tutup aurat
03. Pakaian mendaki/meredah hutan
04. Kasut mendaki/meredah hutan
05. Kamera/video kamera
06. Ubat peribadi
07. Lampu suluh/pemetik api
08. Baju/Jaket sejuk
09. Bantal tidur
09. Beg tidur
10. Khemah (jika ada)
11. Selimut (jika mahu)
12. Baju hujan
13. Peralatan mandian
14. Tuala mandi
15. Tongkat/working stick
16. Topi/payung
17. Makanan untuk masak
18. Minuman
19. Kompas
20. Sejadah solat
21. Power bank
Senarai di atas ini ada juga yang disediakan oleh pihak Rundum Highlands tetapi mungkin terhad, oleh itu jika anda tidak mahu membawa banyak barang ke sini pun boleh yang penting anda buat tempahan dan pembayaran lebih awal dengan pihak pengurusan Rundum Highlands jadi mereka dapat membuat persiapan awal untuk tempahan anda apabila ke sini nanti. Antara kemudahan yang ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini ialah seperti :
Kemudahan :
01. Khemah (sewa)
02. Tilam saiz queen/single (sewa)
03. Tuala mandi
04. Selimut tebal
05. Kayu api
06. Tandas
07. Tempat makan
08. Kerusi/meja
09. Pengangkutan (tempah awal)
10. Kuda (sewa)
11. Set barbeque
12. Guide mendaki
13. Tapak unggun api
14. Bilik mandi
15. Tapak khemah
Jadi jangan lepaskan peluang anda Rundum Highlands ini berkhemah dan melakukan pelbagai aktiviti yang pasti akan membuatkan anda merasa teruja dan berbaloi apabila ke sini. Dengan kadar bayaran yang murah dan dapat melakukan pelbagai aktiviti sememangnya tempat ini adalah sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Walaupun mungkin lokasinya agak jauh tapi tempat ini pasti memberikan anda satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan lebih-lebih lagi dengan komuniti penduduk di sini yang sungguh peramah dan sentiasa menyambut para pengunjung dengan mesra, yang membuatkan anda rasa lebih dihargai dan ingin datang ke sini lagi. Tidak hairanlah ramai pengunjung atau pelancong dari luar negara yang sanggup datang ke tempat ini walaupun jauh kerana bagi mereka ianya sangat berbaloi dengan pelbagai aktiviti.
Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya memandu kenderaan sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda pergi dan balik tetapi sebaiknya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda agar kerana jalannya yang lebih sesuai untuk kenderaan jenis ini. Anda juga boleh menghubungi terus pihak pengurusan Rundum Highlands untuk pengangkutan yang menggunaka pacuan 4 roda tetapi perlu membuat tempahan lebih awal dahulu agar persediaan dapat dibuat.
Waktu operasi :
Setiap hari : 24 jam
Pakej Rundum Asimu :
Khemah 18 kaki x 18 kaki
Tilam saiz queen : 1
Tilam saiz single : 2
Harga : RM150.00 / malam
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut dan tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rundum Highlands di alamat seperti berikut :
Pakej Rundum Antingais :
Khemah 6 kaki x 5 kaki
Khemah 6 kaki x 5 kaki
Tilam saiz single : 1
Harga : RM30.00 / malam
Bayaran lain :
Tuala mandi : RM5.00 sehelai
Selimut tebal : RM7.00 sehelai
Tambah tilam : RM30.00 /malam (single)
Tambah heater kayu api : RM15.00 /malam
Set Barbeque : RM20.00 /malam
Hiking ke kubu British 1915 :
Dewasa : RM40.00
Kanak-kanak : RM20.00
Perjalanan : 3 jam
Hiking ke Air Terjun Umit :
Dewasa : RM30.00
Kanak-kanak :RM15.00
Perjalanan : 1 jam
Bayaran naik kuda :
Dewasa : RM15.00
Kanak-kanak : RM7.00
Bayaran memancing :
Seorang : RM5.00
Tempat : Air terjun
Bayaran makan seorang :
Dewasa : RM40.00 /sehari
Kanak-kanak : RM20.00 /sehari
(kalau temlah makanan di sini)
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut dan tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Rundum Highlands di alamat seperti berikut :
Alamat :
Pengurus Rundum Highlands
Kampung Rundum,
Kampung Rundum,
Peti Surat 340,
89908, Tenom,
Sabah, Malaysia.
89908, Tenom,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-851 6498
Email : rundumhighlands@gmail.com
Website : facebook.com/rundumHighlands/
Nota :
Email : rundumhighlands@gmail.com
Website : facebook.com/rundumHighlands/
Nota :
01. Kalau ke sini pastikan anda membawa apa-apa yang perlu yang anda rasa perlu terutama sekali jika mahu melakukan aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki (hiking)
02. Hubungi pihak pengurusan Rundum Highlands terlebih dahulu ya untuk membuat tempahan awal sebelum datang ke sini sebab kadang kala tempat ini dipenuhi pengunjung yang datang dari jauh dan ada juga yang datang dari luar negara.
Ulasan
Catat Ulasan