Sabah Indoor Climbing Centre merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah untuk berlatih memanjat dan terletak di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
SABAH INDOOR CLIMBING CENTRE
Sabah Indoor Climbing Centre adalah tempat Pusat Pandakian yang menarik di Kota Kinabalu. Ia dibina pada 1 September 2010 dan terletak di Kompleks Sukan Likas iaitu kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Terdapat lebih kurang 17 dinding yang berlainan bentuk dan tinggi yang boleh didaki oleh pengunjung. Tempat ini sangat sesuai untuk pelancong yang datang melancong ke Sabah dan berminat dengan aktiviti mendaki.
Pengunjung yang datang ke sini tidak perlu risau sebab semua peralatan dan tunjuk ajar akan diberitahu oleh pekerja di sini. Mereka juga akan tolong anda untuk memasang tali keselamatan yang mana tali tersebut akan diikat pada badan anda agar tidak terjatuh. Sebelum memanjat pekerja Climbing Centre akan memberikan taklinmat ringkas kepada anda.
Jenis dinding tersebut ada yang kecil dan ada yang besar, yang kecil biasanya untuk kanak-kanak yang berumur antara 6-17 tahun manakala dinding yang besar adalah untuk orang dewasa. Kanak-kanak yang datang ke sini mestilah ditemani oleh ibu bapa atau orang dewasa.
Aktiviti memanjat sememangnya sangat menarik kerana dapat memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan kepada sesiapa yang baru saja mahu mencuba aktiviti ini.
Untuk ke sini, pelancong boleh menaiki bas, teksi atau boleh gunakan perkhidmatan e-hailing yang lain. Selain itu pengunjung boleh menaiki kereta sendiri atau kalau anda mempunyai lesen memandu bolehlah cuba menyewa kenderaan yang ada di Kota Kinabalu agar dapat mudahkan lagi perjalanan anda ke sini dan pulang semula ke tempat anda.
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 2 petang - 9 malam
Sabtu - Ahad : 12 tengahari - 9 malam
Bayaran Mendaki :
Dewasa (18 tahun ke atas) : RM25.00
Kanak-kanak (17 ke bawah) : RM23.00
Kasut mendaki : RM6.00
(Bayaran di atas ini untuk 2 jam mendaki, kalau mahu yang lebih dari 2 jam harga adalah berlainan dan kalau ambil mahu pakej untuk berkumpulan pun harga lain tapi untuk yang mahu datang berkumpulan anda harus booking dulu sehari sebelum pergi sini)
Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak pengurusan Sabah Indoor Climbing Centre di alamat seperti berikut :

Alamat :
Sabah Indoor Climbing Centre
Website : www.facebook.com/climbsabah
Telefon : 019-883734
Telefon : 019-883734
Ulasan
Catat Ulasan