Sabandar Cowboy Town merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini seakan-akan sebuah pekan kecil koboi dan terletak di dalam daerah Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.
SABANDAR COWBOY TOWN
Sabandar Cowboy Town adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu dan ia adalah tempat yang sangat terkenal di daerah Tuaran dan sentiasa menjadi tarikan kepada penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Kota Kinabalu. Tempat ini terletak di daerah Tuaran iaitu lebih kurang 10 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Tuaran dan lebih kurang 40 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Tempat ini merupakan tempat menarik yang telah dibina untuk menggambarkan seolah-olah anda berada di sebuah bandar kecil koboi. Kalau pelancong yang minat dengan koboi memang patut datang melancong ke sini agar dapat merasai sendiri keadaan bandar koboi.
Walaupun keluasan tempat atau kawasan ini tidaklah terlalu besar, namun terdapat pelbagai akviti yang boleh anda lakukan ketika berkunjung atau melawat ke sini iaitu seperti menaiki kuda di Sabandar Lesure Ride, berjalan di Pantai Aman Bayu, boleh juga menaiki kuda atau ATV di sepanjang pantai yang terletak tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berjalan-jalan di laluan jambatan yang diperbuat daripada kayu di sepanjang kawasan paya bakau sambil melihat keindahan flora dan faun yang terdapat di situ. Kalau sudah penat berjalan dan terasa lapar boleh singgah terus di Bamboo Restaurant yang ada berhampiran dengan kawasan anda berjalan tadi. Yang menariknya mengenai restoran ini adalah ia diperbuat sepenuhnya daripada bambu (buluh).
Sekiranya sudah berjalan di kawasan paya bakau, melawat bandar koboi (cowboy town), berjalan di tepi pantai dengan menaiki kuda ataupun ATV tetapi anda masih lagi belum puas berjalan di menikmati percutian di sini, anda bolehlah juga menyewa bot untuk pergi menenangkan fikiran dan penat dengan melihat kecantikan dan keindahan kelip-kelip pada waktu malam yang mana ianya akan memberikan satu pemandangan yang cukup indah dengan kelipan di waktu malam, selain dapat memberikan anda satu pengalaman yang menarik. Tetapi untuk melihat kelip-kelip ini ianya hanya dibuat pada waktu malam sahaja iaitu sekitar jam 7 malam sehingga jam 8 malam, dan anda juga perlulah untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar memudahkan segala persiapan dan juga untuk memastikan ada ruang atau kekosongan pada hari tersebut untuk melihat kelip-kelip.
Kalau anda datang ke sini sehingga petang dan melihat kelip-kelip pada waktu malam, tidak perlu risau tentang penginapan sebab di sini pun ada juga penginapan sekiranya anda ingin menyewanya untuk bermalam. Dan jangan lupa kalau datang jalan-jalan dan melihat keadaan Cowboy Town ini pergilah melihat sekali beberapa keunikan rumah tradisional penduduk Sabah yang ada dipamerkan di sini. Kalau anda hanya mahu berjalan-jalan saja dan tidak bermalam pun boleh juga sebab di sini pun banyak kemudahan yang disediakan disediakan iaitu seperti tandas, tempat letak kereta, pondok rehat di kawasan paya bakau, tempat makan di restoran bambu atau pun di cafe dan kuda untuk disewa dan sebagainya yang pasti akan membuat pecutian anda ke sini akan menjadi lebih meriah.
Untuk ke sini pengunjung atau pelancong boleh menaiki bas dari Bandar Kota Kinabalu yang menuju ke Tuaran, kemudian dari Pekan Tuaran bolehlah menaiki bas lagi ke tempat ini. Kalau mahu yang mudah sedikit bolehlah menggunakan perkhidmatan teksi ataupun perkhidmatan e-hailing yang lain. Tapi adalah sebaiknya kalau anda boleh memandu kereta sendiri atau boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah agar dapat memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik dari sini dan dapat melawat kawasan menarik lain sekitar Tuaran.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 5 petang
Bayaran masuk warganegara :
Dewasa 13-59 tahun : RM10.00
Kanak-kanak 6-12 tahun : RM5.00
Pelajar (dengan kad pelajar) : RM5.00
OKU dan warga emas 60 tahun ke atas : Percuma
Bayaran masuk warga asing :
Dewasa 13-59 tahun : RM20.00
Kanak-kanak 6-12 tahun : RM10.00
Bayaran tunggang kuda :
2 pusingan : RM15.00
1 pusingan : RM10.00
Bayaran tengok kelip-kelip :
Dewasa 13-59 tahun : RM35.00
Kanak-kanak 6-12 tahun : RM28.00
(Tengok kelip-kelip biasanya dalam 20 minit perjalan dan bermula dari jam 7 hingga jam 8, tapi perlu membuat tempahan terlebih dahulu)
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sabandar Cowboy Town di alamat seperti di bawah ini :

Ulasan
Catat Ulasan