Langkau ke kandungan utama

Sably Goat Haven

Sably Goat Haven merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk dikunjungi bagi sesisi keluarga yang ingin melihat pelbagai spesis kambing dan juga membeli beberapa produk yang dihasilkan atau berasaskan kambing yang ada dijual di sini. Tempat ini terletak di Ranau, iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 16 minit perjalanan menaiki kenderaan dai Pusat Bandar Ranau, Sabah. 

SABLY GOAT HAVEN


Kredit gambar : Sablygoat


Kredit gambar : Sablygoat

Kredit gambar : Sablygoat

Sably Goat Haven (SGH) merupakan salah satu tempat yang menarik di Ranau untuk dikunjungi bagi anda sesisi keluarga yang mahu melihat sendiri pelbagai spesis kambing yang ada di tempat ini ketika ada masa lapang atau pun ketika bercuti ke daerah ini. SGH adalah hasil perusahan anak tempatan iaitu Sably Husin yang berasal dari Kampung Kimolihing, Ranau, beliau mula bergiat dalam penternakan kambing sejak tahun 2010 lagi dan akhirnya pada 19 November 2019 beliau telah membuka Sably Goat Haven ni secara rasmi kepada kunjungan orang ramai dan kini dianggarkan terdapat lebih daripada 200 ekor kambing yang ada di tempat ini. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah keusahawanan atas kejayaan beliau membuka SGH ini di usia yang masih muda sekaligus menjadikan contoh kepada anak muda yang lain untuk berusaha dan berjaya seperti beliau. Tempat ni terletak di Kg. Minihas Ranau iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 16 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Ranau atau mengambil masa dalam 2 jam 15 minit dengan jarak 117 km sekiranya anda datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Jadi bagi anda yang mahu datang ke sini sama ada penduduk tempatan, pelancong dari dalam atau pun luar negara sebaiknya anda merancang perjalanan ke sini sebab tempat ni selalu penuh terutama sekali pada waktu musim cuti sekolah, kalau bukan musim cuti datang pada hari ahad pun kadang tidak terlalu ramai orang. Kalau anda datang ketika waktu terlalu ramai orang mungkin anda harus tunggu ada yang selesai baru anda dapat bermain dan memberi makan kambing tersebut, tapi terpulang pada anda mahu datang pada waktu bila asalkan dapat berkunjung ke tempat ini.
 
Di sini ni hanya ada kambing sahaja dan tidak ada haiwan lain, tapi kambing yang ada ni adalah dari pelbagai spesis atau baka yang diambil dari seluruh Negeri Sabah termasuklah juga kambing biri-biri, dengan adanya tempat ini maka ianya dapat memberikan lagi kefahaman kepada masyarakat tentang kambing seperti penjagaan yang betul untuk kambing-kambing tersebut. Biasanya orang tidak berapa suka kalau pergi ke tempat kambing sebab takut akan baunya, tetatpi di sini anda tidak perlu risau sebab tempat ni memang luas, bersih dan dijaga dengan baik, jadi tidak ada bau busuk daripada kambing yang ada di tempat ini. Untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung maka pihak SGH telah pun menyediakan beberapa kemudahan yang boleh digunakan apabila datang ke sini, antaranya ialah tempat letak kereta yang luas, jadi anda tidak perlu risau kalau memandu kereta sendiri ke sini sebab memang ada tempat untuk meletakkan kereta anda. Selain itu terdapat juga beberapa binaan hiasan khas untuk para tetamu yang ingin mengambil gambar di tempat ini untuk dijadikan kenangan tapi pastikan anda tidak merosakkan binaan tersebut agar pengunjung lain pun dapat menggunakannya untuk mengambil gambar mereka. Kemudahan lain ialah di sini juga ada disediakan cafe yang mana cafe ni banyak jual makanan serta minuman yang berasaskan kambing seperti susu kambing, atau anda juga boleh pilih minuman panas dan minuman sejuk yang lain, tetapi minuman yang paling popular dan selalu di minta oleh orang bial datang ke sini ialah goatcino iaitu minuman susui kambing campur cuppochino yang sedap dan lazat, jadi kalau anda datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk rasa minuman ini.


Kalau makanan pula di sini ada juga jual burger daging lembu dan daging kambing tapi harga adalah berbeza, makanan lain pun ada juga cuma biasa orang yang datang di sini lebih ramai yang suka makan burger untuk merasa sendiri burger daging kambing tersebut. Kemudahan seterusnya ialah terdapat juga pondok untuk tetamu duduk berehat sekiranya mereka datang pada waktu yang masih panas, atau ketika menunggu giliran sekiranya pada waktu itu terlalu ramai orang yang berada di sini. Untuk makanan kambing pula anda tidak perlu risau sebab kakitangan di sini sendiri yang akan memberikan khidmat serta kemudahan membantu anda mencari daun untuk diberikan makan kepada kambing tersebut, perlu ingat jangan beri makanan atau daun yang tidak dibenarkan oleh pihak SGH. Memang sangat menarik bila anda datang ke sini sambil melakukan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, antara aktiviti yang rasanya sangat menarik ialah memberi minum susu kepada kambing atau biri-biri, botol susu iaitu seperti botol susu bayi akan diberikan kepada anda untuk memberikan minum kepada kambing tersebut dan aktiviti beri minum ni sudah termasuk sekali dengan bayaran masuk, jadi tidak ada lagi bayaran tambahan yang diperlu anda bayar, begitu juga dengan aktiviti memberi makan kambing tersebut. Perlu ingat sekali lagi makanan dan minuman untuk kambing ni akan disediakan oleh pihak SGH sendiri, jadi anda tidak boleh membawa makanan serta minuman dari luar untuk diberikan kepada kambing di sini. Selain memberi makan dan minum, anda juga boleh bermain dan memeluk kambing-kambing tersebut

Anda tidak perlu risau kalau memberi makan, minum atau bermain dengan kambing di sini sebab semua kambing di sini adalah jinak, jadi ianya selamat untuk anda dan juga anak anda ketika bermain dengan kambing tersebut, cuma jangan terlalu kasar bermain atau memeluk kambing itu sebab takut akan mencederakannya. Apa pun anda mungkin boleh bertanya dengan kakitangan yang ada di sini cara terbaik untuk memberi makan, minum, bermain serta memeluk kambing-kambing ini, sebab kakitangan di sini pun semua peramah dan mudah untuk membantu anda jika ada apa-apa pertanyaan. Bila sudah selesai bermain dengan kambing, anda boleh juga mengambil gambar ketika memberi makan, minum atau ketika bermain dengan kambing untuk dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan bila sudah balik ke rumah nanti. Bila sudah selesai anda boleh juga lakukan aktiviti mengambil gambar di tempat yang sudah dikhaskan dengan beberapa hiasan atau binaan yang ada. Oleh kerana di sini biasa orang datang adalah untuk melihat kambing, jadi anda bolehlah atur masa sesuai untuk ke sini kalau datang awal lagi bagus sebab dapatlah juga pergi buat aktiviti melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah Ranau atau pun Kundasang seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01.
Taman Negara Kinabalu
02. Gunung Kinabalu
03. Poring Hot Spring
04. Adenna Rafflesia Garden
05. Kundasang War Memorial
06. Bombon Marakau Fish Spa
07. Arnab Village Ranau
08. Desa Dairy Farm
09. Ladang Teh Sabah
10. Kinomulok Garden
11. Bukit Maragang
12. Bukit Sosodikon
13. Bukit Kimondou
14. Ranau Paragliding
15. Magical garden
16. Pekan Nabalu
17. Sg. Moroli Fish Spa
18. Rose & Strawberry Garden
19. Cat Nature Park
20. Tambiau Forest Ranau
21. Air Terjun Kipungit
22. Air Terjun Langanam

Untuk ke sini, memang sebaiknya adalah dengan memandu kereta sendiri, tetapi sekiranya tidak ada kereta sendiri bolehlah naik teksi atau e-hailing lain dari Bandar Ranau. Bagi mereka yang datang dari luar daerah Ranau pula boleh naik bas express yang menuju ke atau melalui Ranau, pastikan boleh beritahu dengan pembantu bas untuk menurunkan anda di Bandar Ranau, selepas itu bolehlah dapatkan perkhidmatan teksi atau e-hailing lain untuk menghantar anda terus ke sini ke sini.

Waktu operasi :
Jam 9.30 pagi hingga 5 petang

Bayaran masuk :
RM8.00 : dewasa
RM5.00 : kanak-kanak
RM20.00 : dewasa bukan warganegara
RM10.00 : kanak-kanak bukan warganegara

Nota :
Bayaran masuk adalah termasuk aktiviti memberi makan kambing

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Sably Goat Haven di alamt seperti di bawah ini :

Hubungi :
Sably Goat Haven
Jln Kg. Minihas, Kg. Minihas
89307, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 1602 8693
Website : sablygoathaven


Ulasan