Langkau ke kandungan utama

Sandakan Waterfront

Sandakan Waterfron merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat yang menarik ini terletak dalam daerah Sandakan iaitu terletak di tengah Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

SANDAKAN WATERFRONT
 

Sandakan Waterfron adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang terletak di daerah Sandakan iaitu di Pusat Bandar Sandakan. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamnya ke daerah Sandakan. Tempat ini juga adalah lokasi pilihan utama orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Sandakan yang selalu datang ke sini beramai-ramai ketika musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu dan setiap hari pada petang juga boleh dilihat tempat ini akan dipenuhi orang ramai. Sandakan Waterfron sememangnya adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau bersama rakan-rakan untuk hilangkan bosan atau penat setelah seharian bekerja. 

Sandakan Waterfront merupakan tempat pilihan orang ramai disekitar daerah Sandakan tidak kira umur sama ada tua atau muda semua untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan laut yang luas terbentang serta ukiran 'I Love Sandakan' yang sudah pasti akan memberikan satu pemandangan yang cantik dan indah apabila anda bergambar di sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalau mahu pemandangan yang lagi menarik bolehlah datang pada sebelah petang iaitu sekitar selepas jam 5.30 petang agar dapat melihat keindahan pemandangan matahari terbenam, yang penting pada hari tersebut tidak mendung atau hujan. Kalau sudah penat bergambar boleh juga duduk dibangku yang dibina dan di sediakan di sini sambil melihat air laut dan pulau-pulau berhampiran Sandakan.


Tempat ini adalah tempat awam dan sentiasa buka, jadi anda boleh datang pada bila-bila masa sahaja tetapi sebaiknya adalah pada waktu petang hingga malam sebab pada waktu tersebut anda boleh lihat orang ramai melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memancing, santai-santai bersama keluarga atau rakan sambil mengambil gambar, ada juga yang buat aktiviti busking dan sebagainya. Lagi pun pada waktu petang cuacanya adalah tidak panas jadi senang untuk beriadah. Tentang kemudahan anda tidak perlu risau sebab tempat ini di pusat bandar jadi memang banyak kemudahan yang senang didapati. Cuma jika ke sini sebaiknya pastikan bateri kamera anda cukup untuk sekiranya mahu ambil gambar lebih banyak untuk dijadikan kenangan.  

Sekiranya anda datang ke sini, tidak perlu risau tentang tempat solat sebab di pusat bandar terdapat juga masjid iaitu Masjid Jamek Hassabollah At-Thohiri yang juga merupakan masjid tertua di Sabah lebih dari 100 tahun. Masjid ini cuma terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki saja dari waterfront ini. Selain itu bagi yang ingin mencari penginapan, di sektar waterfront ini juga ada beberapa penginapan seperti hotel yang boleh anda menginap. Kalau mahu membeli belah bolehlah ke Sandakan Harbour Mall yang terletak disekitar kawasan waterfront ini juga. Kemudahan lain adalah seperti restoran, yang mana di sini terdapat pelbagai jenis restoran termasuklah restoran makanan laut yang terletak di luar Sandakan Harbour Mall. Anda tinggal pilih saja sama ada mahu makanan laut atau pergi ke restoran yang terdapat di tepi laut waterfront ini.

Untuk ke sini kalau yang datang dari luar daerah Sandakan boleh naik bas ekspress atau kapal terbang, selepas itu boleh naik perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke Bandar Sandakan, tapi pastikan anda sudah pilih pernginapan atau hotel yang anda ingin menginap dan beritahu kepada pemandu perkhidmatan e-hailing tersebut untuk turunkan anda dipenginapan tersebut, anda juga boleh menyewa kenderaan untuk anda pandu sendiri bila sudah sampai di Sandakan, yang penting anda ada lesen memandu. Bagi yang datang ke Sandakan dengan menaiki kereta sendiri bolelah terus sahaja ke Bandar Sandakan dan pilih penginapan atau hotel yang anda mahu.

Waktu operasi :
Sentiasa buka
(Restoran dan mall tidak sentiasa buka)

Bayaran masuk :
Percuma 
(Restoran dan beli belah tidak percuma)

Nota :

01. Di sini sudah disediakan tong sampah ya, jadi anda jangan membuang sampah merata-rata tempat di dalam kawasan ini dan jika anda melakukannya mungkin akan dikenakan denda.

02. Boleh datang pada sebelah petang selepas jam 5.30 petang sekiranya anda mahu bergambar dengan keindahan pemandangan matahari terbenam.


Ulasan