Sanggar Pappek adalah salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah. Kuih sanggar ini adalah kuih yang sememangnya amat popular di negeri ini dan merupakan kuih tradisi bagi suku kaum Bugis.
SANGGAR PAPPEK
1. Kupas kulit pisang (kalau belum kupas)
2. Goreng pisang tersebut hingga kekuningan
3. Angkat dan penyet guna batu lesung
4. Goreng semula pisang yang di penyet (hingga rangup)
5. Angkat dan hidang
Nota :
01. Pisang tersebut jangan dihiris atau pun dipotong-potong. Biarkan bulat-bulat macam begitu saja semasa anda masak atau pun digoreng.
02. Sambal tersebut terpulang macam mana mahu dibuat sebab ikut dari selera anda masing-masing tapi sebaiknya buat sambal yang pedas sikit jadi lebih sedap.
03. Sebab guna pisang mentah jadi untuk elakkan tangan terkena getah pisang boleh guna beberapa cara iaitu seperti sapu minyak masak ditangan (minyak yang belum diguna yang di botol atau plastik). Cara kedua pakai plastik di kedua-dua tangan. Cara ketiga pula rendam pisang di air yang telah dicampur sedikit garam sebelum dikupas.
Sanggar Pappek merupakan salah satu kuih tradisi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya mereka yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah seperti di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kuih ini sebenarnya bukan saja popular dikalangan suku kaum Bugis, malah ia juga sangat sangat diminati dan disukai oleh suku kaum lain di Negeri Sabah. Selain daripada nama Sanggar pappek, kuih ini juga dikenali dengan nama Pisang Penyet, walaupun sebutan nama adalah berbeza namun ia adalah kuih yang sama juga.
Kuih ini biasanya di masak dan dihidang ketika waktu sarapan pagi atau pun ketika minum petang dan ia bukanlah kuih yang bermusim, yang penting ada buah pisang sanggar bolehlah masak kuih ini. Tetapi kuih atau Sanggar Pappek tidak sedap kalau dimakan begitu saja tanpa, oleh itu kuih ini akan dimakan bersama dengan sambal (tidak kisah sambal apa pun) agar dapat memberikan lagi kelazatan ketika makan kuih ini dan sambal tersebut boleh buat yang pedas sikit sebab kalau pedas ianya akan dapat membuatkan anda lebih berselera untuk makan, yang penting makan pisang sanggar ini ketika ia masih lagi panas.
Untuk buat atau memasak sanggar ini tidak susah dan bahan-bahannya pun cukup mudah untuk di cari atau didapati. Antara bahan-bahannya adalah :

Bahan-bahan :
01. Pisang mentah (pisang sanggar)
02. Minyak masak
03. Buah tomato (terpulang berapa biji)
04. Belacan (terpulang berapa banyak)
05. Lada (terpulang berapa biji)
06. Garam
07. Limau
Cara penyediaannya :
Sebelum masak sanggar sebaiknya kupas dulu kulit pisang. Lepas siap kupas kulit pisang, buat sambal siap-siap dulu jadi nanti boleh makan terus ketika sanggar tersebut masih panas. Sebab sanggar ini lebih sedap di makan ketika ianya masih panas.
Cara buat sambal :

01. Bakar belacan (jangan sampai hangus betul)
02. Tumbuk lada dan letak belacan yang sudah dibakar
03. Perah limau pada lada dan belacan tersebut
04. Siap tumbuk ambil dan simpan di pinggan atau mangkuk
05. Ambil beberapa biji tomato dan belah 2
06. Goreng buah tomato tu hingga menjadi lembut
07. Sudah lembut angkat dan letak dibatu lesung
08. Tumbuk perlahan-lahan tomato tersebut hingga hancur
09. Ambil tomato tu letak di mangkuk lada belacan tadi
10. Letak garam/gula sikit, gaul hingga sebati dan hidang
Selepas anda telah menyiapkan sambal untuk sanggar ini, bolehlah masak sanggarnya dan cara masak sanggar tersebut adalah seperti di bawah ini :

Cara buat Sanggar :
1. Kupas kulit pisang (kalau belum kupas)
2. Goreng pisang tersebut hingga kekuningan
3. Angkat dan penyet guna batu lesung
4. Goreng semula pisang yang di penyet (hingga rangup)
5. Angkat dan hidang
Nota :
01. Pisang tersebut jangan dihiris atau pun dipotong-potong. Biarkan bulat-bulat macam begitu saja semasa anda masak atau pun digoreng.
02. Sambal tersebut terpulang macam mana mahu dibuat sebab ikut dari selera anda masing-masing tapi sebaiknya buat sambal yang pedas sikit jadi lebih sedap.
03. Sebab guna pisang mentah jadi untuk elakkan tangan terkena getah pisang boleh guna beberapa cara iaitu seperti sapu minyak masak ditangan (minyak yang belum diguna yang di botol atau plastik). Cara kedua pakai plastik di kedua-dua tangan. Cara ketiga pula rendam pisang di air yang telah dicampur sedikit garam sebelum dikupas.
Ulasan
Catat Ulasan