Langkau ke kandungan utama

Sankina Hotspring Waterpark

Sankina Hotspring Waterpark merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Sakina Hotspring adalah satu kawasan taman bertemakan air yang terletak di dalam daerah Tawau, Sabah.

SANKINA HOTSPRING WATERPARK

Kredit Gambar : Sankinawaterpark

Kredit Gambar : Sankinawaterpark

Sankina Hotsprint Waterpark merupakan salah satu tempat menarik di Tawau yang mana ia adalah sebuah taman yang dibina dengan bertemakan Taman Tema Air, dan anda boleh kunjungi tempat ini sekiranya datang ke daerah Tawau bercuti. Waterpark ini terletak di Jalan Kuhara kira-kira 8 km atau 14 minit perjalanan dari Bandar Tawau. Tempat ini tidak jauh dari Bandar Tawau jadi ianya amat sesuai untuk datang bercuti dan beriadah bersama keluarga dan anak-anak di taman tema air yang cukup cantik ini sambil melakukan pelbagai aktiviti yang bertemakan air.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini iaitu seperti mandi di kolam yang merupakan tujuan utama orang ramai ke sini. Kalau anda mandi di sini tiada had masa yang dikenakan, jadi anda boleh mandi sepuas hati anda, tapi sentiasa jaga perhatikan anak-anak anda ketika mereka bermain di kolam lebih-lebih lagi kalau anak itu maish lagi kecil. Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti menaiki train dna juga kereta kawalan (car control), train dan kereta ini ada bayarannya bukan percuma, tapi ia pasti akan memberikan anda kegembiraan dan kepuasan apabila dapat bermain bersama anak-anak.


Kalau anda mahu bukan aktiviti BBQ pun boleh di sini ada disediakan tempat untuk anda buat BBQ bersama kawan atau keluarga anda. Sungguh menarik apabila adanya kemudahan ini, sebab anda boleh pergi mandi selepas itu, bolehlah berehat atau santai-santi sambil menikmati masakan BBQ bersama kawan-kawan atau keluarga. Tapi kalau mahu buat BBQ ini sebaiknya kalau datang ramai-ramai ke sini, jadi bolehlah saling membantu masak kemudian boleh makan ramai-ramai sambil bercerita, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Ini sudah pasti akan memberikan anda satu kenangan yang cukup indah terutamanya kalau datang sekeluarga beramai-ramai.

Bagi pengunjung yang datang dari luar Daerah Tawau, anda tidak perlu risau tentang penginapan sebab di sini pun ada juga disediakan penginapan, jadi anda boleh pilih untuk menyewa di sini sebab harganya pun tidaklah mahal, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini menikmati mandi di kolam ini sambil melakukan pelbagai aktiviti lain. Kalau belum puas mandi bolehlah bermalam di penginapan di sini, kemudian esok boleh sambung mandi lagi. Tapi kalau menginap di sini rasanya bagus kalau bawa bahan untuk BBQ jadi boleh masak di BBQ di sini sambil lepak-lepak, tapi kalau mahu makan di restoran yang ada di sini pun boleh juga.

Kepada pengunjung atau pelancong yang datang ke Tawau jangan lepaskan peluang untuk ke Sankina Hotsprint Waterpark apabila ada masa terluang, seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Boleh datang beramai-ramai bersama kawan atau keluarga agar perjalanan anda ke sini lebih menarik dan tidaklah anda berasa sunyi sendiri-sendiri. Di sini ada disediakan beberapa kemudahan iaitu seperti tapak letak kereta, tandas, bilik mandi, restoran dan juga bilik untuk solat. Di sini pakaian mandi adalah bebas, tapi sebaiknya bagi yang muslim pakailah pakaian yang menutup aurat sebab kawasan ini adalah umum dan terbuka.

Untuk ke sini anda yang beasal dari luar daerah Tawau bolehlah naik bas yang menuju ke tawau, selepas itu boleh naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan menuju ke sini. Kalau ada kereta bolehlah pandu sendiri, dan kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 10 pagi - 6 petang
(Semasa cuti umum masa di atas mungkin boleh berubah)

Bayaran masuk :
Setiap orang : RM15.00

Bayaran lain :
Train & car control : RM5.00 (7 minit)

Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa, Oleh itu m
aklumat lanjut/pertanyaan boleh menghubungi pihak Sankina Hotspring Waterpark seperti alamat di bawah :

Alamat :
Sankina Hotspring Waterpark
Tawau, Sabah,
Malaysia.

Telefon : 011-1604 0101
Website : facebook.com/sankinahotspringpark


Ulasan