Saranghaeyo (Sarayo) Campground merupakan salah satu tempat menarik untuk aktiviti perkhemahan yang terdapat di Negeri Sabah. Tempat perkhemahan ini terletak di lokasi yang agak strategik kerana berada berhampiran dengan sungai di daerah Kota Marudu iaitu lebih kurang 34 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu.
SARAYO CAMPGROUND
Kredit gambar : xploresabah
Kredit gambar : xploresabah
Tempat ni sebenarnya bukan sekadar tempat untuk tapak perkhemahan sahaja, tetapi anda juga boleh datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan ketika hujung minggu untuk lawatan dalam sehari atau day trip, tapi kalau ada masa lapang yang lebih bolehlah cuba untuk berkhemah di sini kerana ianya akan memberikan anda satu kepuasan percutian yang tidak dapat dilupakan untuk dijadikan kenangan. Selain itu apa yang menariknya juga di sini ialah keadaan tempatnya yang bersih kerana sentiasa di jaga oleh pihak pengurusan dan udara segar dan bersih yang dapat dihirup di tempat ini menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam dari celahan belakang Gunung Tambuyukon yang cukup menawan. Tapak perkhemahan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ni baru juga dibuka kepada orang orang ramai iaitu pada 25 November 2021 yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah pada ketika itu iaitu YB Datuk Joniston Bangkuai. Jadi bagi sesiapa yang masih mencari tempat untuk aktiviti perkhemahan anda seterusnya bolehlah cuba ke tapak perkhemahan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ini bersama keluarga atau pun rakan-rakan, kalau ramai lagi seronok sebab ada ramai kawan untuk berbual dan bercerita pengalaman masing-masing selain dapat melakukan aktiviti lain bersama-sama yang boleh dilakukan di tempat, lagi pun bayaran masuk ke tempat ini adalah sangat murah dan berbaloi jika datang ramai-ramai.
Pihak pengurusan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengunjung yang datang tidak kira untuk lawatan sehari atau pun yang datang untuk berkhemah dan bermalam di tempat ini dalam beberapa hari. Kemudahan yang disediakan ini adalah bertujuan agar para pengunjung sama ada penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini akan sentiasa merasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini untuk berkhemah dan melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Antara kemudahan yang ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini ialah pertama sudah tentulah tapak perkhemahan yang agak luas juga untuk memudahkan satu kumpulan yang ramai dapat datang berkhemah di sini. Tapak khemah ni berumput halus dan tidak berbatu jadi sangat sesuai untuk berkhemah dan pihak pengurusan juga ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, tetapi sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini berkhemah serta menyewa kemudahan khemah dari pihak di sini maka adalah baiknya anda membuat tempahan lebih awal terlebih dahulu agar pihak di sini dapat memastikan ada kekosongan tapak untuk berkhemah pada waktu dan tarikh yang anda pilih seterusnya dapat menyediakan segala keperluan yang ingin anda sewa nanti. Tapi jika anda ada sendiri peralatan untuk berkhemah seperti khemah, kerusi dan sebagainya lagi tu bolehlah bawa terus dari rumah agar dapat menjimatkan lagi kos bila ke sini, kalau datang ramai-ramai mungkin boleh separuh bawa sendiri dan yang tidak ada khemah sendiri tu bolehlah sewa saja dari tempat ni sebab tidak juga mahal harga sewanya.
Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah tandas dan bilik persalinan bagi memudahkan mereka yang mungkin mahu mahu menggunakan tandas atau bilik persalinan untuk menggantikan pakaian bila selesai dari mandi di sungai. Cuma diharap para pengunjung dapat menjaga kebersihan kemudahan ini agar ia tidak kotor untuk memberi peluang kepada pengunjung lain merasa selesa apabila menggunakan kemudahan tersebut. Seterusnya ialah kemudahan tempat letak kereta yang mana pihak pengurusan di sini ada menyediakan kemudahan ini dengan saiz kawasan yang agak luas bagi membolehkan mereka yang ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri dapat meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut yang terletak tidak jauh dari tempat perkhemahan sekaligus dapat memudahkan anda dan pihak di sini dapat sentiasa melihatnya untuk memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat, jadi anda tidak perlu risau sekiranya membawa atau memandu kereta sendiri ke sini. Bagi mereka yang mungkin mahu berkhemah dan bermalam di sini, anda tidak perlu risau untuk mencari air bersih sebab di sini memang ada air paip bersih yang tersedia yang boleh anda gunakan untuk mandi, memasak dan pelbagai tujuan lain. Kalau tengahari anda boleh lepak di kemudahan pondok yang ada disediakan di sini untuk berehat dan melihat keindahan alam semulajadi seperti hutan yang tebal menghijau dan pemandangan Gunug Tambuyukon yang berdiri tersergam indah di kejauhan sana atau pun mungkin boleh menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan di pondok ini agar ia lebih menyeronokkan. Kemudahan lain ialah tempat untuk masak BBQ yang boleh anda sewa dengan bayaran yang berpatutan, boleh tanya dengan pihak pengurusan di sini jika mereka ada menjual barang makanan untuk di masak, sekiranya tidak ada maka anda perlulah membeli sendiri bahan makanan tersebut sebelum ke sini.
Apa pun bagi memudahkan anda sepanjang percutian atau berkhemah di tempat ini, bolehlah sediakan beberapa barang keperluan untuk di bawa sebelum kemari, boleh menghubungi pihak pengurusan di sini untuk bertanya apa mereka ada sediakan di sana yang boleh anda sewa atau beli ketika berada di tempat itu nanti, contohnya seperti khemah, barang makanan untuk di masak, air minuman seperti kopi dan lain-lain lagi. Antara barang keperluan yang boleh anda bawa apabila bercadang ke sini tidak kira sama ada untuk lawatan sehari atau berkhemah dan bermalam agar ianya dapat lebih memudahkan anda bila berada di sini ialah seperti :
Barang di bawa :
01. Khemah sendiri
02. Selimut tebal
03. Baju tebal
04. Kamera/video kamera
05. Lampu suluh
06. Tempat makanan basah
07. Makanan/minuman
08. Beg tidur kalis air
09. Bahan masakan BBQ
10. Tali (jika perlu)
11. Pemetik api
12. Powerbank
13. Peti kecemasan
14. Rechargeable kipas usb
15. Meja & kerusi berkhemah
16. Portable gas (jika perlu)
17. Pisau lipat
18. Piring dan gelas
19. Spray halau nyamuk
20. Pakaian ganti
Sekiranya ada lagi barangan lain yang anda rasa tidak tersenarai dalam senarai di atas bolehlah bawa sahaja mengikut apa yang anda rasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan lagi sepanjang percutian anda di sini. Bagi yang muslim pula selain daripada senarai di atas, anda mungkin boleh tambahkan beberapa barang keperluan lain yang utama iaitu seperti kompas untuk lihat kiblat, sejadah, telekung solat bagi muslimah, lelaki pula boleh bawa kain pelikat untuk solat atau pakai seluar panjang pun boleh juga. Selain daripada itu jangan lupa untuk membawa pakaian mandi di sungai yang menutup aurat buat lelaki dan wanita muslim sebab sungai ni adalah kawasan terbuka yang mungkin akan ramai orang pada masa tersebut, jadi sebaiknya anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk mandi agar ia lebih memberikan keselesaan kepada anda ketika mandi di sungai.
Untuk aktiviti pula, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke sini untuk sehari atau berkhemah, antara aktiviti yang boleh anda lakukan di tempat ini sudah tentulah yang pertama ialah aktiviti berkhemah di tapak perkhemah yang disediakan, aktiviti berkhemah ada bayaran untuk tapak perkhemahan dan juga jika anda sewa khemah dari pihak di sini, tetapi harganya murah sahaja jadi tidak perlu risau dan anda pasti akan rasa sangat berbaloi bila datang berkhemah di tempat ini yang menyajikan satu pemandangan yang cukup mengagumkan dengan keindahan alam semulajadi yang masih asli dan terpelihara. Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi untuk aktiviti berkhemah ni anda perlulah buat tempahan awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang berkhemah di tempat ini. Peraturan berkhemah di sini juga anda perlu patuhi dengan sepenuhnya agar tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, ia juga agar dapat memastikan keselesaan dan keselamatan anda sepanjang berkhemah di tempat ini. Selain itu aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah mandi di sungai yang terdapat berhampiran dengan tapak perkhemahan, macam biasa sungai mempunyai batuan yang besar ditepinya jadi anda haruslah berhati-hati bila berjalan ditepi sungai tersebut agar anda tidak tergelincir dan jatuh, selain itu ketika mandi juga harus sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga terutama sekali jika ada membawa kanak-kanak bersama mandi di sungai atau berjalan ditepi sungai. Di sungai juga anda boleh cuba lakukan aktiviti naik rakit buluh, cuma tidak pasti ada bayaran atau tidak jika naik rakit tersebut dan kalau ada pun bayarannya tidak juga mahal tu, jadi kalau anda berminat untuk mencuba naik rakit tu bolehlah bertanya dengan pihak pengurusan.
Untuk aktiviti di sungai seperti mandi dan naik rakit ni pastikan anda mesti ikut segala peraturan yang akan telah pun diberikan oleh pihak pengurusan di sini agar menjamin keselamatan anda dan keluarga lebih terjamin sepanjang melakukan aktiviti di sungai. Di tapak perkhemahan ini juga anda boleh buat aktiviti memasak BBQ, yang mana ianya sudah pasti sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi bila anda bermalam atau berkhemah di sini sambil buat BBQ kerana dapat memasak bersama, kemudian hidang dan makan berramai-ramai dengan keluarga atau rakan sambil bercerita kenangan yang lucu dengan di terangi cahaya bulan dan bintang yang bersinar di langit. Ini sudah pasti akan memberikan kegembiraan kepada anda sekaligus menjadikan percutian anda kali ini adalah yang mungkin tidak dapat dilupakan dan boleh dijadikan kenangan pada masa hadapan. Selain itu anda mungkin boleh melakukan aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki di Taman Kinabalu Sorinsim yang terletak tidak jauh dari tempat atau tapak perkhemahan ini, tetapi untuk yang ini anda mesti memberitahu pihak Saranghaeyo (Sarayo) Campground terlebih dahulu agar mereka dapat mengaturkan perjalanan anda ke tempat tersebut untuk lebih memudahkan urusan anda, tapi cuma pilihan sahaja dan kalau anda bercadang ke sini untuk buat aktiviti berkhemah dan mandi sungai di sini saja pun tidak jadi masalah. Kalau anda memandu kereta sendiri ke sini mungkin anda boleh senaraikan beberapa tempat menarik di sekitar daerah Kota Marudu untuk aktiviti lawatan bila ada masa lapang seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Negara Sorinsim
02. T-Rex Dreamland
03. Mendaki Bukit Mundan
04. Taman Rekreasi Pampang
05. Walai Rabbit & Tunggung
06. Walai Tobilung
07. Pantai Ria Ulu Kanarom
08. Sulap Tokou Serinsim
09. Marudu Park
10. Pekan Kota Marudu
11. Pantai Mandawang
12. Kondis Hill
Untuk ke sini adalah lebih baik jika memandu kenderaan sendiri agar ianya dapat memudahkan anda pergi dan balik dari sini dan membeli barang keperluan lain sekiranya ada kekurangan terutama sekali bila anda datang ke sini untuk berkhemah. Selain itu kalau ada kereta sendiri bolehlah pergi melawat tempat menarik di seperti disebutkan di atas tadi sebab Kota Marudu adalah jauh jadi bila lagi dapat peluang melawat tempat yang menarik di daerah kecil ini.
Waktu operasi :
9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM2.00 : Dewasa
RM1.00 : Kanak-kanak
Percuma : Bawah 6 tahun
Bayaran ini mungkin akan berubah mengikut masa dan keperluan daripada pihak pengurusan di sini, selain itu bayaran tersebut juga tidak termasuk bayaran sewa khemah, tempat BBQ dan beberapa lagi kemudahan lain yang mungkin ada dikenakan bayaran, jadi kalau sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Saranghaeyo (Sarayo) Campground di alamat seperti yang tertera di bawah ini :
Saranghaeyo (Sarayo) Campground
Bandau, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6014 508 2729
Website : Sarayo Campground
Kredit gambar : sarayo
Kredit gambar : xploresabah
Kredit gambar : xploresabah
Saranghaeyo (Sarayo) Campground merupakan sebuah kawasan tapak perkhemahan yang menarik buat mereka yang berminat dengan aktiviti berkhemah dengan berlatarbelakangkan pemandangan alam yang begitu indah di daerah Kota Marudu. Masih ramai lagi yang tidak tahu akan wujudnya tempat untuk berkhemah yang menarik dan dengan suasana yang tenang jauh dari kesibukan bandar dan pekan, tapi bagi mereka yang tinggal di dalam Bahagian Kudat seperti di daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas memang sudah tahu akan adanya tapak perkhemahan ini, jadi mungkin pelancong dari luar negara tu agak kurang sikit yang datang kemari. Tapak perkhemahan ni terletak
di dalam daerah Kota
Marudu iaitu lebih kurang 34 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan kalau dari Pekan Kota Mardudu, manakala bagi mereka yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula akan memakan masa yang agak lama sikit untuk sampai iaitu lebih kurang 2 jam 35 minit dengan jarak sejauh 153 km, tapi tidak kisah biar pun jauh sebab bila anda sudah sampai dan berada di sini pasti segala penat semasa dalam perjalanan akan hilang apabila dapat melihat keindahan tempat ini dengan susana pemandangan alam semulajadi. ditambah lagi dengan pemandangan dari sini yang dapat memperlihatkan Gunung Tambuyukon atau ada juga yang sesetengah penduduk tempatan menyebutnya Gunung Nambuyukong yang mana gunung ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Tempat ni memang sesuai untuk perkhemahan seisi keluarga dan juga bersama rakan-rakan ketika musim cuti sekolah atau pun ketika cuti dihujung minggu untuk datang merehatkan badan dan menenangkan fikiran sambil dapat beriadah bersama mereka yang tersayang.
Tempat ni sebenarnya bukan sekadar tempat untuk tapak perkhemahan sahaja, tetapi anda juga boleh datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan ketika hujung minggu untuk lawatan dalam sehari atau day trip, tapi kalau ada masa lapang yang lebih bolehlah cuba untuk berkhemah di sini kerana ianya akan memberikan anda satu kepuasan percutian yang tidak dapat dilupakan untuk dijadikan kenangan. Selain itu apa yang menariknya juga di sini ialah keadaan tempatnya yang bersih kerana sentiasa di jaga oleh pihak pengurusan dan udara segar dan bersih yang dapat dihirup di tempat ini menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam dari celahan belakang Gunung Tambuyukon yang cukup menawan. Tapak perkhemahan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ni baru juga dibuka kepada orang orang ramai iaitu pada 25 November 2021 yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah pada ketika itu iaitu YB Datuk Joniston Bangkuai. Jadi bagi sesiapa yang masih mencari tempat untuk aktiviti perkhemahan anda seterusnya bolehlah cuba ke tapak perkhemahan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ini bersama keluarga atau pun rakan-rakan, kalau ramai lagi seronok sebab ada ramai kawan untuk berbual dan bercerita pengalaman masing-masing selain dapat melakukan aktiviti lain bersama-sama yang boleh dilakukan di tempat, lagi pun bayaran masuk ke tempat ini adalah sangat murah dan berbaloi jika datang ramai-ramai.
Pihak pengurusan Saranghaeyo (Sarayo) Campground ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengunjung yang datang tidak kira untuk lawatan sehari atau pun yang datang untuk berkhemah dan bermalam di tempat ini dalam beberapa hari. Kemudahan yang disediakan ini adalah bertujuan agar para pengunjung sama ada penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini akan sentiasa merasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini untuk berkhemah dan melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Antara kemudahan yang ada disediakan oleh pihak pengurusan di sini ialah pertama sudah tentulah tapak perkhemahan yang agak luas juga untuk memudahkan satu kumpulan yang ramai dapat datang berkhemah di sini. Tapak khemah ni berumput halus dan tidak berbatu jadi sangat sesuai untuk berkhemah dan pihak pengurusan juga ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, tetapi sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini berkhemah serta menyewa kemudahan khemah dari pihak di sini maka adalah baiknya anda membuat tempahan lebih awal terlebih dahulu agar pihak di sini dapat memastikan ada kekosongan tapak untuk berkhemah pada waktu dan tarikh yang anda pilih seterusnya dapat menyediakan segala keperluan yang ingin anda sewa nanti. Tapi jika anda ada sendiri peralatan untuk berkhemah seperti khemah, kerusi dan sebagainya lagi tu bolehlah bawa terus dari rumah agar dapat menjimatkan lagi kos bila ke sini, kalau datang ramai-ramai mungkin boleh separuh bawa sendiri dan yang tidak ada khemah sendiri tu bolehlah sewa saja dari tempat ni sebab tidak juga mahal harga sewanya.
Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah tandas dan bilik persalinan bagi memudahkan mereka yang mungkin mahu mahu menggunakan tandas atau bilik persalinan untuk menggantikan pakaian bila selesai dari mandi di sungai. Cuma diharap para pengunjung dapat menjaga kebersihan kemudahan ini agar ia tidak kotor untuk memberi peluang kepada pengunjung lain merasa selesa apabila menggunakan kemudahan tersebut. Seterusnya ialah kemudahan tempat letak kereta yang mana pihak pengurusan di sini ada menyediakan kemudahan ini dengan saiz kawasan yang agak luas bagi membolehkan mereka yang ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri dapat meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut yang terletak tidak jauh dari tempat perkhemahan sekaligus dapat memudahkan anda dan pihak di sini dapat sentiasa melihatnya untuk memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat, jadi anda tidak perlu risau sekiranya membawa atau memandu kereta sendiri ke sini. Bagi mereka yang mungkin mahu berkhemah dan bermalam di sini, anda tidak perlu risau untuk mencari air bersih sebab di sini memang ada air paip bersih yang tersedia yang boleh anda gunakan untuk mandi, memasak dan pelbagai tujuan lain. Kalau tengahari anda boleh lepak di kemudahan pondok yang ada disediakan di sini untuk berehat dan melihat keindahan alam semulajadi seperti hutan yang tebal menghijau dan pemandangan Gunug Tambuyukon yang berdiri tersergam indah di kejauhan sana atau pun mungkin boleh menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan di pondok ini agar ia lebih menyeronokkan. Kemudahan lain ialah tempat untuk masak BBQ yang boleh anda sewa dengan bayaran yang berpatutan, boleh tanya dengan pihak pengurusan di sini jika mereka ada menjual barang makanan untuk di masak, sekiranya tidak ada maka anda perlulah membeli sendiri bahan makanan tersebut sebelum ke sini.
Apa pun bagi memudahkan anda sepanjang percutian atau berkhemah di tempat ini, bolehlah sediakan beberapa barang keperluan untuk di bawa sebelum kemari, boleh menghubungi pihak pengurusan di sini untuk bertanya apa mereka ada sediakan di sana yang boleh anda sewa atau beli ketika berada di tempat itu nanti, contohnya seperti khemah, barang makanan untuk di masak, air minuman seperti kopi dan lain-lain lagi. Antara barang keperluan yang boleh anda bawa apabila bercadang ke sini tidak kira sama ada untuk lawatan sehari atau berkhemah dan bermalam agar ianya dapat lebih memudahkan anda bila berada di sini ialah seperti :
Barang di bawa :
01. Khemah sendiri
02. Selimut tebal
03. Baju tebal
04. Kamera/video kamera
05. Lampu suluh
06. Tempat makanan basah
07. Makanan/minuman
08. Beg tidur kalis air
09. Bahan masakan BBQ
10. Tali (jika perlu)
11. Pemetik api
12. Powerbank
13. Peti kecemasan
14. Rechargeable kipas usb
15. Meja & kerusi berkhemah
16. Portable gas (jika perlu)
17. Pisau lipat
18. Piring dan gelas
19. Spray halau nyamuk
20. Pakaian ganti
Sekiranya ada lagi barangan lain yang anda rasa tidak tersenarai dalam senarai di atas bolehlah bawa sahaja mengikut apa yang anda rasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan lagi sepanjang percutian anda di sini. Bagi yang muslim pula selain daripada senarai di atas, anda mungkin boleh tambahkan beberapa barang keperluan lain yang utama iaitu seperti kompas untuk lihat kiblat, sejadah, telekung solat bagi muslimah, lelaki pula boleh bawa kain pelikat untuk solat atau pakai seluar panjang pun boleh juga. Selain daripada itu jangan lupa untuk membawa pakaian mandi di sungai yang menutup aurat buat lelaki dan wanita muslim sebab sungai ni adalah kawasan terbuka yang mungkin akan ramai orang pada masa tersebut, jadi sebaiknya anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk mandi agar ia lebih memberikan keselesaan kepada anda ketika mandi di sungai.
Untuk aktiviti pula, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke sini untuk sehari atau berkhemah, antara aktiviti yang boleh anda lakukan di tempat ini sudah tentulah yang pertama ialah aktiviti berkhemah di tapak perkhemah yang disediakan, aktiviti berkhemah ada bayaran untuk tapak perkhemahan dan juga jika anda sewa khemah dari pihak di sini, tetapi harganya murah sahaja jadi tidak perlu risau dan anda pasti akan rasa sangat berbaloi bila datang berkhemah di tempat ini yang menyajikan satu pemandangan yang cukup mengagumkan dengan keindahan alam semulajadi yang masih asli dan terpelihara. Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi untuk aktiviti berkhemah ni anda perlulah buat tempahan awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang berkhemah di tempat ini. Peraturan berkhemah di sini juga anda perlu patuhi dengan sepenuhnya agar tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, ia juga agar dapat memastikan keselesaan dan keselamatan anda sepanjang berkhemah di tempat ini. Selain itu aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah mandi di sungai yang terdapat berhampiran dengan tapak perkhemahan, macam biasa sungai mempunyai batuan yang besar ditepinya jadi anda haruslah berhati-hati bila berjalan ditepi sungai tersebut agar anda tidak tergelincir dan jatuh, selain itu ketika mandi juga harus sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga terutama sekali jika ada membawa kanak-kanak bersama mandi di sungai atau berjalan ditepi sungai. Di sungai juga anda boleh cuba lakukan aktiviti naik rakit buluh, cuma tidak pasti ada bayaran atau tidak jika naik rakit tersebut dan kalau ada pun bayarannya tidak juga mahal tu, jadi kalau anda berminat untuk mencuba naik rakit tu bolehlah bertanya dengan pihak pengurusan.
Untuk aktiviti di sungai seperti mandi dan naik rakit ni pastikan anda mesti ikut segala peraturan yang akan telah pun diberikan oleh pihak pengurusan di sini agar menjamin keselamatan anda dan keluarga lebih terjamin sepanjang melakukan aktiviti di sungai. Di tapak perkhemahan ini juga anda boleh buat aktiviti memasak BBQ, yang mana ianya sudah pasti sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi bila anda bermalam atau berkhemah di sini sambil buat BBQ kerana dapat memasak bersama, kemudian hidang dan makan berramai-ramai dengan keluarga atau rakan sambil bercerita kenangan yang lucu dengan di terangi cahaya bulan dan bintang yang bersinar di langit. Ini sudah pasti akan memberikan kegembiraan kepada anda sekaligus menjadikan percutian anda kali ini adalah yang mungkin tidak dapat dilupakan dan boleh dijadikan kenangan pada masa hadapan. Selain itu anda mungkin boleh melakukan aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki di Taman Kinabalu Sorinsim yang terletak tidak jauh dari tempat atau tapak perkhemahan ini, tetapi untuk yang ini anda mesti memberitahu pihak Saranghaeyo (Sarayo) Campground terlebih dahulu agar mereka dapat mengaturkan perjalanan anda ke tempat tersebut untuk lebih memudahkan urusan anda, tapi cuma pilihan sahaja dan kalau anda bercadang ke sini untuk buat aktiviti berkhemah dan mandi sungai di sini saja pun tidak jadi masalah. Kalau anda memandu kereta sendiri ke sini mungkin anda boleh senaraikan beberapa tempat menarik di sekitar daerah Kota Marudu untuk aktiviti lawatan bila ada masa lapang seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Negara Sorinsim
02. T-Rex Dreamland
03. Mendaki Bukit Mundan
04. Taman Rekreasi Pampang
05. Walai Rabbit & Tunggung
06. Walai Tobilung
07. Pantai Ria Ulu Kanarom
08. Sulap Tokou Serinsim
09. Marudu Park
10. Pekan Kota Marudu
11. Pantai Mandawang
12. Kondis Hill
Untuk ke sini adalah lebih baik jika memandu kenderaan sendiri agar ianya dapat memudahkan anda pergi dan balik dari sini dan membeli barang keperluan lain sekiranya ada kekurangan terutama sekali bila anda datang ke sini untuk berkhemah. Selain itu kalau ada kereta sendiri bolehlah pergi melawat tempat menarik di seperti disebutkan di atas tadi sebab Kota Marudu adalah jauh jadi bila lagi dapat peluang melawat tempat yang menarik di daerah kecil ini.
Waktu operasi :
9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM2.00 : Dewasa
RM1.00 : Kanak-kanak
Percuma : Bawah 6 tahun
Bayaran ini mungkin akan berubah mengikut masa dan keperluan daripada pihak pengurusan di sini, selain itu bayaran tersebut juga tidak termasuk bayaran sewa khemah, tempat BBQ dan beberapa lagi kemudahan lain yang mungkin ada dikenakan bayaran, jadi kalau sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Saranghaeyo (Sarayo) Campground di alamat seperti yang tertera di bawah ini :
Saranghaeyo (Sarayo) Campground
Bandau, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6014 508 2729
Website : Sarayo Campground
Ulasan
Catat Ulasan