Saujana Hill merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat sesuai untuk anda buat aktiviti beriadah bersama ahli keluarga atau bersama rakan-rakan terutamanya bagi mereka yang amat berminat dengan aktiviti memancing pelbagai jenis ikan air tawar. Tempat ini bukan tempat mendaki atau hiking tetapi lebih kepada rekreasi dan riadah yang terletak di dalam daerah Kota Marudu lebih kurang 9 km atau kira-kira 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, Sabah.
SAUJANA HILL


Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik tempat ini kepada para pengunjung yang datang tidak kira penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke Saujana Hill, kemudahan yang disediakan ini ialah untuk memastikan para pengunjung sentiasa berada dalam keadaan selesa sepanjang mereka berada di sini beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti lain. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan di sini adalah seperti terdapat beberapa pondok rehat yang boleh anda gunakan untuk berehat sambil minum dan makan makanan yang dibawa dari rumah, selain itu terdapat juga beberapa kolam ikan yang disediakan di sini buat para peminat aktiviti memancing, tetapi pancing tu anda kena bawa sendiri dari rumah sebab di sini tidak ada disediakan pancing dan umpan. Oleh kerana tempat ni mungkin agak jauh ke masuk ke dalam dari jalan utama sebaiknya anda datang ke sini dengan memandu kereta sendiri lagi pun di sini ada juga disediakan kawasan tempat letak kereta yang luas dan berada di dalam kawasan ini juga jadi anda tidak perlu risau. Tempat untuk aktiviti bergambar juga disediakan buat anda yang mahu mencari tempat bergambar kenangan dengan suasana yang tenang dan pemandangan yang cantik di sini seperti mengambil gambar tamat pengajian, gambar perkahwinan dan sebagainya, tidak pasti sekiranya di sini sudah ada menyediakan gerai atau restoran untuk menjamu selera sebab biasanya sebelum ini pun orang yang datang hanya membawa makanan sendiri dari rumah tidak kira makanan berat atau pun makanan ringan, jadi terpulang pada anda sekiranya mahu bawa makanan dari rumah atau tidak, kalau rasa mahu lama di tempat ini sebaiknya bawalah makanan dan minuman dari rumah.
Oleh kerana tempat ini adalah pusat pembenihan dan penternakan ikan air tawar jadi sudah semestinya aktiviti utama yang selalu para pengunjung buat apabila datang ke sini ialah memancing ikan air tawar tersebut dan terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di sini antaranya ialah seperti ikan haruan, ikan patin, ikan keli afrika, ikan talapia dan bermacam-macam lagi ikan lain. Ikan-ikan ini anda boleh pancing dan anda boleh beli ikan yang sudah dipancing itu mengikut berat iaitu sekitar harga sekitar RM18 sekilo tapi seperti yang sudah disebut di atas tadi untuk aktiviti memancing ini anda perlu sediakan peralatan memancing sendiri seperti pancing, umpan, kerusi atau tikar duduk untuk memancing dan beberapa lagi peralatan lain yang dirasakan perlu untuk aktiviti ini. Tidak ada had masa yang ditetapkan untuk anda memancing jadi terpulanglah pada anda mahu datang pada waktu bila tapi sebaiknya datang pagi sebab ada masa yang lebih panjang untuk memancing di sini, kalau dapat dua atau tiga ekor ikan pun sudah memadai terutama sekali kalau datang ikan patin atau ikan haruan. Aktiviti seterusnya ialah beriadah di sini bersama keluarga atau rakan-rakan sambil mengambil gambar kenangan bersama di sini yang mana mempunyai pemandangan indah, sebaiknya bawa tikar duduk untuk anda gunakan menjamu selera di sini beramai-ramai tapi yang penting sisa plastik atau makanan tu jangan buang sembarangan, pastikan sampah di buang dalam kemudahan tong sampah yang telah disediakan di sekitar kawasan tempat ini lebih-lebih lagi jangan buang sampah di dalam kolam ikan, memang seronok bila dapat beriadah di sini beramai-ramai dengan keadaan tempat ini yang bersih serta udara yang segar akan dapat memberikan lagi keselesaan kepada para pengunjung apabila berjalan bersiar-siar disekitar kawasan tempat ini, selain itu anda juga boleh membeli makanan yang ada dijual di sini dan memberi makan kepada ikan tertentu yang terdapat di salah sebuah kolam.
Aktiviti lain boleh anda lakukan di sini ialah melawat beberapa jenis haiwan yang ada ditempatkan di sini iaitu seperti monyet, arnab, burung, buaya dan beberapa lagi jenis haiwan lain. Pastikan sentiasa berhati-hati ketika melawat haiwan ini terutamanya buaya, patuhi segala peraturan dan juga arahan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan tempat ini. Bagi anda yang mahu naik paddle boat pun boleh juga sebab di sini pun ada juga disediakan kemudahan untuk aktiviti ini tetapi mungkin ianya terhad jadi kalau ramai orang haruslah tunggu giliran anda dengan sabar. Tempat ini ada kawasan yang lapang dan mungkin boleh dilakukan aktiviti berkhemah tetapi perlulah bertanya dengan pengurusan di sini sekiranya dibenarkan, dan khemah tu anda yang harus sediakan sendiri termasuklah peralatan lain dan mungkin akan ada bayaran tambahan yang akan dikenakan untuk aktiviti berkhemah. Rasanya baik serta seronok juga bila dapat buat aktiviti berkhemah di sini sebab kawasannya yang lapang dan luas lagi pun boleh memancing ikan di sini untuk di masak terus jadi sebaiknya juga anda bertanya jika ada disediakan kemudahan untuk masak seperti peralatan BBQ agar lebih memudahkan ketika berkhemah. Untuk aktivi berkhemah ini anda perlu juga untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar dapat pihak di sini pastikan ada kekosongan tempat sekaligus dapat menyediakan kawasan tempat perkhemahan itu untuk kumpulan anda nanti. Aktivi seterusnya yang boleh anda lakukan di sini ialah buat majlis seperti majlis harijadi atau majlis perkahwinan dan juga majlis ulang tahun perkahwinan sebab tempat ni memang cantik, tapi anda perlu buat tempahan terlebih dahulu ya agar mudah untuk pihak pengurusan di sini menyediakan segala apa yang diperlukan untuk majlis anda itu nanti termasuklah menghiasi kawasan tempat majlis tersebut.
Sebenarnya memang banyak aktiviti yang boleh anda buat apabila berada di sini, termasuklah seperti buat perjumpaan semula reunion, buat gathering, aktiviti sukaneka dan lain-lain lagi, oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk singgah di tempat ini beramai-ramai bersama keluarga dan rakan bila anda ada kesempatan datang berkunjung ke daerah Kota Marudu. Untuk makluman kepada para pengunjung, di tempat ini memang banyak kolam ikan oleh itu pastikan anda sentiasa berhati-hati terutamanya bila ada membawa kanak-kanak ke sini dan kalau boleh jangan biarkan anak anda bermain sendirian di tepi kolam terutamanya anak yang masih kecil dan tidak tahu berenang, ini adalah untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa berada dalam keadaan selamat selama melakukan aktiviti di tempat ini. Patuhi segala peraturan dan juga arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Saujana Hill untuk kebaikan semua dan jangan membuang sampah merata-rata di dalam kawasan tempat rekreasi ini agar ianya sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke tempat ini tidak kira pengunjung dari kalangan penduduk di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong dan bercuti ke sini. Apa pun bila bercadang ke sini sebaiknya anda membawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini tidak kira sama ada anda datang ke sini sekejap sahaja atau pun mungkin yang ke sini sampai malam atau berkhemah :
Barang di bawa :
01. Makananan
02. Minuman
03. Tikar duduk
04. Kerusi memancing
05. Pancing dan umpan
06. Khemah (jika perlu)
07. Lampu suluh (jika perlu)
08. Duit poket
09. Ubat peribadi
10. Pakaian sesuai
11. Tempat simpan ikan
Di atas ini adalah antara senarai barang yang rasanya boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah saja mengikut keperluan aktiviti yang akan anda lakukan nanti di sini. Untuk datang ke sini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri sebab lokasinya yang jauh ke dalam sedikit dari jalan utama dan kalau ada kereta sendiri mudah untuk anda membawa segala peralatan memancing yang perlu di bawa nanti seperti yang tersenarai di atas.
Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihak Saujana Hilldi alamat seperti di bawah :
Saujana Hill
Kg. Timbang Batu,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6014 554 4600


Saujana Hill merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu dan sesuai dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai beriadah tidak kira sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan khususnya mereka yang tinggal disekitar daerah kecil Kota Marudu dan tempat ini juga sangat sesuai buat mereka yang memang suka memancing pelbagai jenis ikan air tawar. Tempat ni menggunakan nama hill tetapi bukan bukit atau tempat mendaki sebaliknya ia adalah sebuah kawasan rekreasi atau riadah seisi keluarga dan juga merupakan pusat pembenihan serta penternakan ikan air tawar yang terletak di Kampung Timbang Batu iaitu lebih kurang 9 km atau kira-kira 10 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu, kalau daripada Kudat pula jaraknya adalah sekitar 87 km iaitu kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan, manakala bagi yang datang dari luar daerah seperti Pusat Bandar Kota Kinabalu pula akan memakan masa lebih kurang 2 jam 5 minit dengan jarak perjalanan sekitar 128 km dengan menaiki kenderaan. Tempat ini mempunyai keluasan 8.54 ekar dan kebanyakkan daripada kawasan ini adalah terdiri dari kawasan kolam ikan yang menempatkan pelbagai jenis ikan tawar. Jadi bagi anda yang belum pernah datang atau mungkin sudah pernah datang tapi sudah beberapa tahun yang lalu maka bolehlah datang ke tempat ini terutama sekali bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah kecil Kota Marudu serta beberapa daerah lain berhampiran seperti Kudat dan Pitas. Boleh datang beramai-ramai ke sini bersama keluarga atau rakan anda sekiranya ada kelapangan masa ketika bercuti seperti ketika hujung minggu atau cuti sekolah untuk beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, yang tinggal jauh luar dari Bahagian Kudat pun boleh juga datang ke sini sekiranya berminat.
Terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik tempat ini kepada para pengunjung yang datang tidak kira penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang ke negeri ini khususnya ke Saujana Hill, kemudahan yang disediakan ini ialah untuk memastikan para pengunjung sentiasa berada dalam keadaan selesa sepanjang mereka berada di sini beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti lain. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan di sini adalah seperti terdapat beberapa pondok rehat yang boleh anda gunakan untuk berehat sambil minum dan makan makanan yang dibawa dari rumah, selain itu terdapat juga beberapa kolam ikan yang disediakan di sini buat para peminat aktiviti memancing, tetapi pancing tu anda kena bawa sendiri dari rumah sebab di sini tidak ada disediakan pancing dan umpan. Oleh kerana tempat ni mungkin agak jauh ke masuk ke dalam dari jalan utama sebaiknya anda datang ke sini dengan memandu kereta sendiri lagi pun di sini ada juga disediakan kawasan tempat letak kereta yang luas dan berada di dalam kawasan ini juga jadi anda tidak perlu risau. Tempat untuk aktiviti bergambar juga disediakan buat anda yang mahu mencari tempat bergambar kenangan dengan suasana yang tenang dan pemandangan yang cantik di sini seperti mengambil gambar tamat pengajian, gambar perkahwinan dan sebagainya, tidak pasti sekiranya di sini sudah ada menyediakan gerai atau restoran untuk menjamu selera sebab biasanya sebelum ini pun orang yang datang hanya membawa makanan sendiri dari rumah tidak kira makanan berat atau pun makanan ringan, jadi terpulang pada anda sekiranya mahu bawa makanan dari rumah atau tidak, kalau rasa mahu lama di tempat ini sebaiknya bawalah makanan dan minuman dari rumah.
Oleh kerana tempat ini adalah pusat pembenihan dan penternakan ikan air tawar jadi sudah semestinya aktiviti utama yang selalu para pengunjung buat apabila datang ke sini ialah memancing ikan air tawar tersebut dan terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di sini antaranya ialah seperti ikan haruan, ikan patin, ikan keli afrika, ikan talapia dan bermacam-macam lagi ikan lain. Ikan-ikan ini anda boleh pancing dan anda boleh beli ikan yang sudah dipancing itu mengikut berat iaitu sekitar harga sekitar RM18 sekilo tapi seperti yang sudah disebut di atas tadi untuk aktiviti memancing ini anda perlu sediakan peralatan memancing sendiri seperti pancing, umpan, kerusi atau tikar duduk untuk memancing dan beberapa lagi peralatan lain yang dirasakan perlu untuk aktiviti ini. Tidak ada had masa yang ditetapkan untuk anda memancing jadi terpulanglah pada anda mahu datang pada waktu bila tapi sebaiknya datang pagi sebab ada masa yang lebih panjang untuk memancing di sini, kalau dapat dua atau tiga ekor ikan pun sudah memadai terutama sekali kalau datang ikan patin atau ikan haruan. Aktiviti seterusnya ialah beriadah di sini bersama keluarga atau rakan-rakan sambil mengambil gambar kenangan bersama di sini yang mana mempunyai pemandangan indah, sebaiknya bawa tikar duduk untuk anda gunakan menjamu selera di sini beramai-ramai tapi yang penting sisa plastik atau makanan tu jangan buang sembarangan, pastikan sampah di buang dalam kemudahan tong sampah yang telah disediakan di sekitar kawasan tempat ini lebih-lebih lagi jangan buang sampah di dalam kolam ikan, memang seronok bila dapat beriadah di sini beramai-ramai dengan keadaan tempat ini yang bersih serta udara yang segar akan dapat memberikan lagi keselesaan kepada para pengunjung apabila berjalan bersiar-siar disekitar kawasan tempat ini, selain itu anda juga boleh membeli makanan yang ada dijual di sini dan memberi makan kepada ikan tertentu yang terdapat di salah sebuah kolam.
Aktiviti lain boleh anda lakukan di sini ialah melawat beberapa jenis haiwan yang ada ditempatkan di sini iaitu seperti monyet, arnab, burung, buaya dan beberapa lagi jenis haiwan lain. Pastikan sentiasa berhati-hati ketika melawat haiwan ini terutamanya buaya, patuhi segala peraturan dan juga arahan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan tempat ini. Bagi anda yang mahu naik paddle boat pun boleh juga sebab di sini pun ada juga disediakan kemudahan untuk aktiviti ini tetapi mungkin ianya terhad jadi kalau ramai orang haruslah tunggu giliran anda dengan sabar. Tempat ini ada kawasan yang lapang dan mungkin boleh dilakukan aktiviti berkhemah tetapi perlulah bertanya dengan pengurusan di sini sekiranya dibenarkan, dan khemah tu anda yang harus sediakan sendiri termasuklah peralatan lain dan mungkin akan ada bayaran tambahan yang akan dikenakan untuk aktiviti berkhemah. Rasanya baik serta seronok juga bila dapat buat aktiviti berkhemah di sini sebab kawasannya yang lapang dan luas lagi pun boleh memancing ikan di sini untuk di masak terus jadi sebaiknya juga anda bertanya jika ada disediakan kemudahan untuk masak seperti peralatan BBQ agar lebih memudahkan ketika berkhemah. Untuk aktivi berkhemah ini anda perlu juga untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar dapat pihak di sini pastikan ada kekosongan tempat sekaligus dapat menyediakan kawasan tempat perkhemahan itu untuk kumpulan anda nanti. Aktivi seterusnya yang boleh anda lakukan di sini ialah buat majlis seperti majlis harijadi atau majlis perkahwinan dan juga majlis ulang tahun perkahwinan sebab tempat ni memang cantik, tapi anda perlu buat tempahan terlebih dahulu ya agar mudah untuk pihak pengurusan di sini menyediakan segala apa yang diperlukan untuk majlis anda itu nanti termasuklah menghiasi kawasan tempat majlis tersebut.
Sebenarnya memang banyak aktiviti yang boleh anda buat apabila berada di sini, termasuklah seperti buat perjumpaan semula reunion, buat gathering, aktiviti sukaneka dan lain-lain lagi, oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk singgah di tempat ini beramai-ramai bersama keluarga dan rakan bila anda ada kesempatan datang berkunjung ke daerah Kota Marudu. Untuk makluman kepada para pengunjung, di tempat ini memang banyak kolam ikan oleh itu pastikan anda sentiasa berhati-hati terutamanya bila ada membawa kanak-kanak ke sini dan kalau boleh jangan biarkan anak anda bermain sendirian di tepi kolam terutamanya anak yang masih kecil dan tidak tahu berenang, ini adalah untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa berada dalam keadaan selamat selama melakukan aktiviti di tempat ini. Patuhi segala peraturan dan juga arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Saujana Hill untuk kebaikan semua dan jangan membuang sampah merata-rata di dalam kawasan tempat rekreasi ini agar ianya sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke tempat ini tidak kira pengunjung dari kalangan penduduk di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong dan bercuti ke sini. Apa pun bila bercadang ke sini sebaiknya anda membawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini tidak kira sama ada anda datang ke sini sekejap sahaja atau pun mungkin yang ke sini sampai malam atau berkhemah :
Barang di bawa :
01. Makananan
02. Minuman
03. Tikar duduk
04. Kerusi memancing
05. Pancing dan umpan
06. Khemah (jika perlu)
07. Lampu suluh (jika perlu)
08. Duit poket
09. Ubat peribadi
10. Pakaian sesuai
11. Tempat simpan ikan
Di atas ini adalah antara senarai barang yang rasanya boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah saja mengikut keperluan aktiviti yang akan anda lakukan nanti di sini. Untuk datang ke sini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri sebab lokasinya yang jauh ke dalam sedikit dari jalan utama dan kalau ada kereta sendiri mudah untuk anda membawa segala peralatan memancing yang perlu di bawa nanti seperti yang tersenarai di atas.
Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihak Saujana Hilldi alamat seperti di bawah :
Saujana Hill
Kg. Timbang Batu,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6014 554 4600
Ulasan
Catat Ulasan