Sea Garden Sim-Sim Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak di daerah Sandakan iaitu iaitu lebih kurang 4 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
01. Kaca mata hitam (kalau takut silau matahari)
01. Di sini ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan, jadi anda harus ikuti semua perturan tersebut, antaranya jangan memasukkan tangan anda di dalam kolam ikan sebab takut ikan itu akan menggigit tangan anda.
SEA GARDEN SIM-SIM
Sea Garden Sim-Sim Sandakan adalah salah satu tempat menarik di Sandakan yang terletak di daerah Sandakan iaitu di Kampung Sim-Sim, lebih kurang 4 km atau kira-kira 8 minit perjalanan dari Bandar Sandakan. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamnya ke daerah Sandakan. Tempat ini juga adalah lokasi pilihan utama orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Sandakan yang selalu datang ke sini beramai-ramai ketika musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu dan boleh dilihat tempat ini akan dipenuhi orang ramai ketika musim cuti tersebut. Tempat ini juga adalah salah satu taman di atas air yang sesuai untuk seisi keluarga atau bersama rakan-rakan meluangkan masa walaupun sekejap.
Sea Gaerden Sim-Sim ini sememangnya sangat menarik kerana lokasi ini dihias dengan begitu cantik sekali dengan pelbagai jenis pokok bunga cantik yang berbeza warna ditanam disepanjang jambatan ditempat ini. Di sini sebenarnya adalah kawasan menarik untuk mengambil gambar kenangan atau pun gambar perkahwinan sebab pemandangannya cukup cantik dengan berlatarbelakngkan pemandangan laut dan juga Pulau Berhala, ditambah lagi dengan hiasan bunga berwarna pink dan purple serta ukiran 'I Love Sim-Sim' yang sudah pasti akan memberikan satu suasana pemandangan yang cantik dan indah apabila anda bergambar di sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalau mahu lagi menarik bolehlah datang kepada sebelah petang iaitu sekitar jam 6 petang agar dapat melihat keindahan pemandangan matahari terbenam.
Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun dengan mengambil gambar di tempat ini saja pun sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Kalau mahu ke sini boleh juga bawa beberapa barang keperluan untuk anda gunakan semasa berada di sini. Antara keperluan yang rasanya boleh anda bawa adalah seperti :
Walaupun tidak banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun dengan mengambil gambar di tempat ini saja pun sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Kalau mahu ke sini boleh juga bawa beberapa barang keperluan untuk anda gunakan semasa berada di sini. Antara keperluan yang rasanya boleh anda bawa adalah seperti :
Barang di bawa :
01. Kaca mata hitam (kalau takut silau matahari)
02. Payung atau topi (kalau datang tengahari)
03. Kamera (untuk bergambar)
03. Kamera (untuk bergambar)
04. Minuman (jika haus)
05. Bajet (jika mahu beli bunga)
Kalau ada lagi yang tidak tersenarai di atas bolehlah bawa saja apa yang dirasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan perjalanan anda ke sini. Yang penting pastikan bateri kamera cukup untuk anda mengambil gambar yang lebih banyak apabila berada di sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melihat mengambil gambar atau bergambar di Sea Garden Sim-Sim dengan keindahan pemandangan ke arah laut yang terbentang luas sambil anda menghirup udara segar yang bertiup dari laut.
Untuk ke sini lebih baik kalau ada kereta sendiri, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Ini adalah agar lebih memudahkan perjalanan ke sini dan pulang semula ke tempat anda, dan boleh juga pergi ke tempat menarik lain di sekitar daerah Sandakan yang juga mempunyai banyak tempat menarik. Pilihan lain adalah dengan menaiki bas awam yang menuju ke Kampung Sim-Sim.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : 10 pagi - 6.30 petang
Bayaran masuk :
Seorang : RM5.00
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sea Garden Sim-Sim seperti alamat di bawah :
Alamat :
Sea Garden Sim-Sim
Lorong E, Kampung Sim-Sim
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Website : www.facebook.com/theseagardensimsim/
Nota :
Nota :
01. Di sini ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan, jadi anda harus ikuti semua perturan tersebut, antaranya jangan memasukkan tangan anda di dalam kolam ikan sebab takut ikan itu akan menggigit tangan anda.
Ulasan
Catat Ulasan