Langkau ke kandungan utama

Seaventures Dive Rig

Seaventures Dive Rig merupakan salah satu resort atau pusat peranginan yang menarik terdapat dalam daerah Semporna, Sabah. Resort ni terletak berhampiran dengan Pulau Mabul dan untuk ke resort ni ianya masa lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti di Bandar Semporna.

SEVENTURE DIVE RIG


Kredit gambar : Seaventures


Kredit gambar : Seaventures

Kredit gambar : Seaventures

Seaventures Dive Rig merupakan salah satu daripada beberapa resort yang terletak berhampiran dengan Pulau Mabul dalam daerah Semporna yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti di Bandar Semporna, Sabah. Resort ni sememangnya unik berbanding dengan resort lain yang ada sebab ia adalah bekas sebuah pelantar minyak yang digunakan semula untuk dijadikan sebuah resort iaitu Seaventures Dive Rig, ia juga merupakan resort pertama dan satu-satunya di dunia yang menggunakan bekas pelantar minyak sebagai sebuah tempat pelancongan atau resort. Mungkin ada yang tidak menyangka tempat ini sebagi resort apatah lagi ia bukanlah terletak di atas sebuah pulau yang mempunyai daratan, tetapi ia terletak di tengah lautan celebs yang luas dan terletak berhadapan dengan Pulau Mabul serta tidak jauh daripada Pulau Sipadan, jadi jika anda ke sini pastikan jaga barang penting anda daripada terjatuh ke laut, sebaiknya juga bawa atau sediakan beg plastik kalis air untuk simpan atau letak barang penting anda. Selain daripada itu sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal sebab tempahan ada terhad kepada beberapa tetamu sahaja dalam satu-satu masa dan boleh dikatakan resort ni antara yang popular serta sering dikunjungi oleh orang ramai terutama sekali bagi peminat aktiviti menyelam dari seluruh dunia yang ingin merasai sendiri menginap di resort unik ini yang juga merupakan satu-satunya di dunia. Jika ada barangan yang kurang boleh beli keperluan tersebut dari Bandar Sermporna sebelum ke sini agar percutian ke resort ini berjalan dengan lebih lancar lagi pun ianya agar dapat mengelakkan anda daripada asyik berulang alik dari resort ini ke Semporna atau ke Pulau Mabul untuk membeli barang keperluan. Walaupun tempat ni adalah sesuai untuk mereka yang suka aktiviti menyelam, tetapi yang tidak buat aktiviti menyelam pun boleh juga datang bercuti ke sini untuk merasai kehidupan di pelantar minyak yang berada di atas laut  sambil melihat keindahan pemandangan laut yang terbentang luas serta indah terutama bila tiba waktu matahari terbenam yang memang akan memukau pandangan anda.

Walaupun resort ni tidak berada di kawasan daratan dan merupakan bekas pelantar minyak tetapi anda tidak perlu risau sebab kemudahan dan perkhidmatan tetap ada disediakan oleh pihak pengurusan resort untuk para tetamu yang datang menginap di sini. Kemudahan yang disediakan ni adalah agar tetamu berasa selesa dan gembira sepanjang berada di sini walaupun tempat ni adalah sebuah pelantar yang digunapakai semula. Antara kemudahan yang adalah penginapan sebanyak 41 bilik yang boleh anda pilih untuk dijadikan penginapan, bilik ni ada yang jenis untuk keluarga, jenis deluxe, double dan lain lagi. Dari dalam bilik anda dapat melihat lautan celebs yang terbentang luas dan membiru, tapi yang menarik sudah pastilah pemandangan laut ketika matahari terbenam. Setiap bilik yang ada di sini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para tetamu agar mereka lebih rasa selesa ketika berehat di bilik, antara kemudahan di bilik ialah seperti penghawa dingin, tandas dan bilik mandi, air botol minuman percuma, mandian air panas, katil, tilam, selimut, tuala mandi, peralatan mandi, meja, bagi yang malas mahu kemas bilik tu boleh dapatkan khidmat pembersihan bilik yang dilakukan setiap hari oleh kakitangan resort ini, jadi masa yang ada tu anda bolehlah gunakan untuk aktiviti lain. Kemudahan lain yang ada di resort ni ialah restoran yang menyediakan pelbagai menu makanan sama ada makanan tempatam negeri ini, Malaysia atau pun makanan antarabangsa. Jadi kalau anda lapar boleh ke restoran ni untuk menjamu selera untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun makan malam sambil melihat indahnya laut dan merasi angin sepoi-sepoi yang bertiup dari dari laut. Selain restoran kemudahan BBQ pun ada disediakan di sini tetapi tidak selalu, anda mungkin boleh bertanya dengan pihak resort ni jika ingin menggunakan kemudahan BBQ tersebut. Apa pun yang pasti di sini memang anda tidak akan lapar sebab anda boleh menjamu selera pada bila-bila masa dalam 24 jam termasuklah makanan ringan untuk anda menikmatinya sambil menunggu giliran untuk pergi buat aktiviti seperti menyelam, oleh itu anda tidak perlu risau soal makanan di sini
.


Bilik permainan juga turut disediakan di sini iaitu untuk permainan billiard, pingpong dan mahjong, bagi yang mahu bilik perbincangan bolehlah ke bilik serbaguna yang disediakan di sini, bilik ni tidak besar dan hanya memuatkan beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa, bilik serbaguna ni juga di lengkapi dengan beberapa kemudahan iaitu seperti wifi dan juga televisyen, tapi kalau anda perlukan peralatan lain boleh minta dengan pihak resrt. Ruangan dek atau geladak juga ada di sini bagi mereka yang mahu duduk bersantai di dek ini dengan kerusi dan buaian turut disediakan untuk membolehkan anda bersantai di sini pada waktu petang melihat matahari terbenam dan juga pada waktu malam bersantai dengan kilauan bulan dan bintang yang cukup indah di atas langit, dari dek ni pun anda akan dapat melihat keindahan pulau berhampiran iaitu Pulau Mabul. Kemudahan lain yang ada disediakan di resort ni ialah kemudahan internet wifi yang diberikan secara percuma di kawasan umum dan juga di dalam bilik, jadi bolehlah para tetamu menggunakan internet tersebut untuk terus kekal berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan di luar saa dan seterusnya memuat naik dan berkongsi gambar kegembiraan percutian anda yang menarik di Seaventures Dive Rig dengan mereka, atau mungkin anda boleh gunakan internet ini untuk menyiapkan kerja pejabat serta bermesyuarat secara dalam talian. Selain daripada tu terdapat juga kemudahan pusat menyelam di sini yang merupakan tempat untuk anda mendapatkan segala peralatan yang berkualiti untuk aktiviti menyelam, sekiranya anda tidak ada barang yang diperlukan untuk buat aktiviti menyelam bolehlah dapatkannya di sini dengan menyewa peralatan tersebut.
Bagi mereka yang mahukan hiburan anda boleh dapatkan kemudahan karaoke yang telah disediakan, tapi karaoke ni tidak selalu ada sebab ia mengikut keperluan sahaja dan biasanya pada musim-musim puncak iaitu ketika musim yang memang ramai orang datang seperti waktu cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti hujung tahun dan juga dalam keadaan tertentu.

Untuk keselamatan pihak resort menyediakan perkhidmatan seperti ada pengawal keselamatan yang bertugas secara berganti dalam 24 jam, cctv yang berfungsi 24 jam, peti deposit keselamatan, dan juga taklimat keselamatan ketika mula-mula sampai ke resort ini. Oleh itu anda perlulah memberi sepenuh perhatian kepada taklimat keselamatan yang diberikan untuk kebaikkan anda dan keluarga atau rakan ketika datang bercuti ke sini. Bagi anda yang mungkin baru perama kali datang ke negeri ini, atau mahukan perjalanan percutian anda ke sini lebih lancar boleh dapatkan kemudahan pengangkutan yang disediakan pihak resort untuk mengambil anda dari lapangan terbang ke resort dan begitu juga jika sudah tamat bercuti pihak resort akan mengatur pengangkutan anda dari sini ke lapangan terbang, tapi untuk kemudahan ini anda perlulah buat tempahan awal dan sebaiknya tempah ketika buat tempahan bilik jadi ianya dapat memudahakn pihak resort menyiapkan pengangkutan anda. Bagi mereka yang tidak mahir dengan aktiviti menyelam boleh ikuti khidmat kursus yang di adakan di resort ini, sijil juga akan diberikan untuk setiap kursus ini dan tenaga pengajar kursus juga adalah daripada kakitangan yang profesional serta berpengalaman luas dalam bidang ini, dan diiktiraf oleh PADI. Kedai menyelam pun ada di sini jika anda mahu beli peralatan menyelam atau snorkeling, kalau tidak mahu beli boleh sewa sahaja dalam sehari, tapi ia mengikut keadaan juga sebab kalau waktu itu memang ramai orang yang menyewa peralatan tersebut maka anda haruslah menunggu giliran, tapi tidak perlu risau sebab selalu tidak lama juga untuk tunggu giliran, lagi pun kalau masih menunggu bolehlah menikmati hidangan ringan seperti kek dan kopi. Untuk senarai lebih ringkas di bawah ni adalah beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan 41 bilik
02. Wifi percuma
03. Restoran
04. Shuttle lapangan terbang
05. Kedai menyelam
06. Pusat & tapak menyelam
07. CCTV 24 jam
08. Pengawal keselamatan 24 jam
09. Liputan telefon
10. Peralatan menyelam
11. Peralatan snorkeling
12.
Penghawa dingin
13. Bilik permainan
14. Air mandi panas/sejuk
15. Karaoke ikut keadaan
16. Televisyen
17. Bilik serbaguna
18. Tenaga pengajar selam
19. Kemudahan BBQ
20. Dek bersantai

Di resort ni terdapat juga banyak aktiviti yang boleh anda lakukan walaupun tempat ni berada di lautan yang tidak ada daratan, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah lawatan ke Pulau Mabul sambil buat aktiviti di sana seperti snorkeling dan berenang di tepi pantai, lagi pun pulau ni tidak jauh dari resort yang cuma memakan masa lebih kurang 5 minit saja menaiki bot laju, bila berada di Pulau Mabul anda juga boleh bersiar di pantainya yang putih bersih, atau berjalan bersiar-siar di sekitar pulau tersebut. Selain itu anda juga boleh buat aktiviti melawat ke pulau lain yang berada di dalam Taman Marin Tun Sakaran terutama sekali pulau yang begitu popular iaitu Pulau Bohey Dulang yang mana puncak pulau berketinggian 353 meter yang sesuai untuk aktiviti mendaki, tetapi sekiranya anda bercadang untuk buat aktiviti mendaki ni sebaiknya pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk mendaki dan jangan lupa untuk bawa air minuman sekali agar tidak kehausan ketika mendaki bukit pulau
. Pulau lain yang berada di dalam Taman Marin Tun sakaran ni ialah Pulau Sibuan yang merupakan salah satu pulau kecil yang begitu cantik ditambah lagi dengan pasirnya putih bersih menjadikan pulau ini sering dikunjungi orang ramai untuk aktiviti laut seperti snorkeling dan juga bergambar di tepi pantai. Pulau Mantabuan pula adalah pulau yang paling kecil di taman marin ini tetapi tetap mempunyai pantai yang menarik mengelilingi pulau tersebut. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan bila berada di Seaventures Dive Rig ialah anda boleh ke bilik permainan untuk buat aktiviti bermain pingpong, billiard dan juga mahjong untuk menghilangkan rasa boring sekiranya tidak ada berbuat apa-apa pada masa tersebut. Bagi anda yang belum pandai menyelam anda boleh buat aktiviti belajar menyelam di sini, tetapi perlu kebenaran daripada pihak resort terlebih dahulu sebab pihak mereka yang akan memberikan tunjuk ajar untuk ini. Anda juga boleh buat aktiviti BBQ di sini yang sudah pasti amat menyeronokkan terutama sekali pada waktu malam iaitu selepas balik daripada menyelam, boleh BBQ bersama keluarga atau rakan sambil cerita pengalaman menyelam masing-masing.

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang paling popular di sini iaitu aktiviti menyelam sama ada anda menyelam di bawah pelantar tersebut, menyelam di tapak menyelam seperti di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, dan menyelam ke kapal karam yang ditenggelamkan oleh pihak resort untuk membentuk terumbu tiruan di dalam lautan. Aktiviti menyelam ni biasanya hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah mempunyai pengalaman sebab anda akan menyelam di lautan yang dalam, tapi anda tidak perlu risau sebab aktiviti menyelam ni akan dikendalikan oleh petugas yang mempunyai banyak pengalaman dalam menyelam dan diiktiraf oleh PADI. Oleh itu jika anda mahu buat aktiviti menyelam ni haruslah mendaftar awal sikit supaya dapat peluang untuk diawalkan giliran terutama sekali jika ingin menyelam di Pulau Sipadan yang hanya membenarkan 120 orang sahaja dalam satu-satu masa. Tapi kalau anda tidak mahu buat aktiviti menyelam pun tidak mengapa sebab banyak juga aktiviti lain yang boleh anda lakukan seperti yang dijelaskan di atas tadi dan juga aktiviti lain seperti lompat tali yang mana aktiviti lompat tali ni anda akan berayun menggunakan tali dari atas pelantar dan terjun ke dalam laut, tapi anda tidak boleh melakukan sendiri sebab perlu mendapat kebenaran daripada resort kerana krew mereka akan bertugas mengawasi aktiviti ini agar dapat menjaga keselamatan anda. Selain lompat guna tali, ada juga aktiviti lompat dari pelantar, yang mana anda akan melompat terus dari pelantar ke dalam laut, ini pun sama juga perlu ada kebenaran dari pihak resort dan krew resort ini juga akan sentiasa memantau aktiviti yang dibuat ini agar keselamatan setiap peserta lebih terjaim. Aktiviti ni tidak semestinya anda ikut, terutama sekali bagi mereka yang takut dengan ketinggian. Apa pun semua aktiviti yang anda buat di sini terutama sekali aktiviti yang berkaitan dengan laut perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak khususnya dari segi keselamatan sebab ianya untuk kebaikkan anda juga. Selain aktiviti di atas anda juga boleh senaraikan aktiviti lawatan ke beberapa tempat menarik sekitar daerah Semporna bila datang bercuti ke sini, antaranya seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pulau Sipadan
02. Pulau Kapalai
03.
Muzium Tun Sakaran
04. Pulau Mataking
05. Bukit Tengkorak
06. Pulau Pom-Pom
07. Tanjung Parapat
08. Pulau Timba-Timba
09. Pulau Sibuan
10.
Pulau Bohey Dulang
12. Jeti Pelancong Semporna
13. Pakalangan Bay
14. Pulau Mabul
15. Pulau Mantabuan
16. Jeti Pelancongan

Untuk anda yang mahu lihat kemudahan, pekhidmatan dan juga aktiviti lain yang ada sekiranya datang bercuti ke resot ini bolehlah melayari laman web rasmi Seaventures Dive Rig atau untuk lebih mudah dan cepat boleh terus sahaja menghubungi mereka melalui nombor telefon untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai kemudahan dan perkhidmatan di sini. Sesiapa yang mahu bercuti ke sini adalah mudah sekiranya anda menghubungi pihak pengurusan resort dan membuat tempahan terus dengan mereka seperti tempahan bilik dan juga tempahan pengangkutan jadi ianya akan lebih memudahkan perjalanan anda ke sini kerana semuanya akan oleh pihak resort termasuklah juga pengangkutan dari lapangan terbang hinggalah pengangkutan bot dari Bandar Semporna ke resort. Kalau ada yang ke sini ikut ejen pelancongan tu sila pastikan ejen tersebut betul-betul sah berdaftar.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Seaventures Dive Rig di alamat seperti di bawah ini.

Seaventures Dive Rig
Wisma Sabah, Suite 305,
Tingkat 3, Jalan Tun Fuad Stephen
88000, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 261 669
Email : info@seaventuresdive.com
Website : Seaventures

Ulasan