Langkau ke kandungan utama

Secret Place Beach Cafe & Camping

Secret Place Beach Cafe & Camping merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat menarik ini terletak di daerah Kudat iaitu lebih kurang 28 km dari Pusat Bandar Kudat, Sabah.

SECRET PLACE BEACH CAFE & CAMPING


Kredit gambar : Sabahtourism

Secret Place Beach Cafe & Camping adalah salah satu tempat menarik di Kudat yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah terutamanya yang datang ke daerah Kudat. Tempat ini merupakan kawasan tapak perkhemahan yang terletak berhampiran pinggir pantai iaitu di Pantai Bavang Jamal dan Secret Place Beach Cafe & Camping juga mempunyai kafe sendiri yang menjual makanan dan minuman di sini. Tempat ini terletak di daerah Kudat iaitu
lebih kurang 28 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Kudat dan lebih kurang 181 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Tempat ini sememangnya sangat sesuai kepada mereka yang suka aktiviti berkhemah sambil bersiar-siar di pantai. 

Kawasan tapak perkhemahan ini terletak di pinggir pantai jadi memang selalu menjadi tempat pilihan orang ramai terutama penduduk sekitar daerah Kudat dan juga pelancong luar negara yang datang ke Kudat untuk berkhemah dan beriadah di sini sambil bersiar-siar di pantai yang luas dan cantik bersih. Sebenarnya tempat ini tidak juga jauh dari tempat popular di Kudat iaitu Tanjung Simpang mengayau dan jaraknya cuma lebih kurang 5.7 km saja atau 10 minit menaiki kenderaan. Jadi anda bolehlah pergi ke Tanjung Simpang Mengayat berjalan-jalan dan ambil gambar, selepas itu boleh ke Secret Place Beach Cafe & Camping untuk berkhemah dan buat aktiviti di laut lagipun Secret Place ini hanya buka pada waktu petang hingga malam sahaja.


Sekiranya bercadang untuk datang ke sini, jangan datang waktu pagi sebab tempat ini buka pada waktu petang hinggal malam sahaja dan jika hujung minggu mereka buka dari tengahari hingga malam. Tetapi jika anda bercadang untuk bermalam selama satu malam atau 2-3 hari di sini boleh beritahu tahu pihak pengurusan di sini agar mereka boleh buat persiapan lebih awal untuk anda. Tempat ini adalah tenang jadi memang sesuai untuk yang mahu berkhemah untuk berehat sambil menenangkan fikiran dari penat berkerja seharian. Pemandangan di sini juga amat cantik pada waktu petang iaitu ketika matahari mula terbenam, sebab itu lah Secret Place Beach Cafe & Camping buka pada sebelah petang hingga malam. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain di sini seperti mandi di laut, snorkeling, berkayak dan lain-lain lagi aktiviti yang dirasakan sesuai di sini, yang penting sentiasalah jaga keselamatan semasa melakukan aktiviti terutama sekali keselamatan anak-anak yang main di tepi pantai. 

Aktiviti :

01. Berkhemah
02. Bersiar-siar dipantai
03. Snorkeling
04. Mandi di laut
05. Berkayak
06. Berenang
07. Berkelah
08. Beriadah
09. Ambil gambar
10. Bergambar
11. Sukaneka
12. Melihat pemandangan
13. Masak barbeque
14. Memasang unggun api

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Secret Place Beach Cafe & Camping dapat memberikan lagi keselesaan kepada para pengunjung yang datang ke sini sehari atau bermalam dengan berkhemah di sini. Kemudahan di sini masih belum banyak dan beberapa kemudahan lain juga masih dalam proses pembinaan, tetapi dengan kemudahan yang ada pada masa kini ianya sudah pasti akan memberikan anda kepuasan apabila sini. Antara beberapa kemudahan yang telah disediakan pihak pengurusan di sini ialah seperti :

Kemudahan :

01. Tapak perkhemahan
02. Set barbeque
03. Khemah
04. Kafe makan/minum
05. Buaian 
06. Tempat duduk
07. Meja
08. Ayunan
09. Pondok rehat
10. Tandas awam
11. Bilik mandi
12. Alat snorkeling

Mungkin ada beberapa lagi kemudahan yang tidak tersenarai di atas, jadi anda boleh menghubungi pihak Secret Place Beach Cafe & Camping semasa anda membuat tempahan sebab tapak perkhemahan adalah terhad dan tempat ini selalu dipenuhi orang ramai terutama ketika musim cuti sekolah atau pada hujung minggu, jadi jika anda mahu berkhemah di sini anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan jika ada kekosongan untuk anda. Jadi jangan lepaskan peluang anda datang ke sini menikmati percutian anda dengan berkhemah sambil melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang begitu indah. Anda juga boleh membuat beberapa persiapan seperti barang keperluan apa yang dirasakan perlu untuk bawa ke sini Antara barang yang mungkin anda boleh bawa adalah ke sini untuk lawatan sehari atau bermalam ialah :

Barang perlu bawa :

01. Beg tidur
02. Khemah
03. Pakaian yang cukup
04. Pakaian mandi (tutup aurat)
05. Tuala mandi
06. Peralatan mandi
07. Baju hujan/payung/topi
08. Selipar bersiar-siar
09. Cermin mata hitam
10. Losyen pelindung matahari
11. Makanan/minuman
12. Barang masakan (bbq)
13. Power bank/pengecas 
14. Lampu suluh
15. Pemetik api
16. Ubat (jika ada sakit)
17. Peti pertolongan cemas
18. Pelampung mandi
19. Selimut/bantal
20. Baju sejuk
21. Duit lebih (makan di sini)
22. Kamera/video kamera
23. Tikar beriadah
24. Sejadah solat

Untuk ke sini anda boleh naik bas ekpress dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, bas ekpress terletak di terminal bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang dengan harga tambang sekitar RM10.00. Selepas sampai ke Kota Belud anda boleh menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke sini. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus saja ke tempat ini. Jalan ke tempat pelancongan ini juga adalah berturap jadi lebih mudah untuk anda memandu ke sini dan meletakkan kereta anda dekat dengan tempat penginapan atau perkhemahan. Tapi pastikan membuat tempahan terlebih dahulu supaya pihak pengurusan di sini boleh menyediakan tempat penginapan atau perkhemahan anda.

Waktu operasi :
Rabu - Jumaat : 4 petang - 8 malam 
Hari Sabtu : 12 tengahari - 8 malam
Hari Ahad : 12 tengahari - 7 malam

Bayaran berkhemah :
Seorang : RM20.00

Harga bayaran di atas ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. Oleh itu jika ada sebraang pertanyaan seperti harga terkini berkhemah, harga bayaran aktiviti lain, atau mahu buat tempahan 
boleh hubungi Secret Place Beach Cafe & Camping seperti alamat di bawah :

Alamat :
Secret Place Beach Cafe & Camping
Jln Marang Parang, 
Tip of Borneo,
89050, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 011-3142 6742
Website : www.facebook.com/secretplaceborneo/

Nota :

01. Patuhilah segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Secret Place Beach Cafe & Camping ini untuk kebaikan dan juga keselamatan anda semasa berada di sini.

02. Kalau berkhemah jangan lupa bawa lampu, beg tidur, selimut, tikar, baju sejuk dan lain-lain barang keperluang yang anda rasa perlu di bawa untuk tidur di khemah

03. Jangan lupa bawa makanan untuk dimasak (barbeque) bila berada di sini, terutamanya bagi mereka yang ingin bermalam atau berkhemah di tapak perkhemahan ini.

04. Sedia bajet lebih sikit untuk memudahkan anda menyewa peralatan yang mungkin anda perlukan untuk kegunaan anda sepanjang berada tapak perkhemahan ini.

05. Sentiasa jaga dan perhatikan anak-anak anda ketika bermain atau mandi di laut terutamanya anak-anak kecil sebab keselamatan mereka adalah tanggungjawab anda.

06. Jangan buang sampah merata-rata di sekitar kawasan ini dan dalam laut, ini adalah agar tempat ini sentiasa bersih dan dapat menarik lebih ramai orang ke sini.

06. Anda tidak digalakkan untuk membawa makanan atau minuman dari luar ke sini, tetapi jika anda mahu bawa boleh juga cuma anda harus setuju dengan kadar bayaran masuk yang akan dikenakan. 


Ulasan