Di bawah ini merupakan senarai Ketua Menteri Sabah yang pernah menjadi ketua kerajaan bagi Negeri Sabah sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Mengikut perlembagaan negeri, apabila sesebuah parti menang dengan majoriti 2/3 dalam pilihan raya negeri yang biasanya diadakan 5 tahun sekali, maka parti tersebut boleh menghantar nama yang dipilih kepada TYT Yang Dipertua Negeri Sabah untuk pertimbangan dan kemudiannya akan dilantik oleh TYT setelah berpuas hati bahawa nama yang dicalonkan mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Seorang Ketua Menteri Sabah mestilah penduduk asal negeri ini dan bukannya menjadi warganegara melalui naturalisasi, jawatan ini juga boleh disandang oleh sesiapa sahaja yang berkelayakan tidak kira dari suku kaum dan juga agama.
Pada masa kini Ketua Menteri Sabah akan memegang jawatan selama tempoh 5 tahun sekiranya tidak ada sebarang pembubaran DUN atau undi tidak percaya, selain itu Sabah juga pernah melaksanakan sistem penggiliran untuk jawatan Ketua Menteri yang mana telah pun dilaksanakan bermula pada tahun 1994 sehingga tahun 2004. Ketua Menteri pada masa itu hanya akan memegang jawatan selama 2 tahun sahaja dan kemudiannya akan diganti atau diserahkan kepada pemimpin lain yang berada dalam parti gabungan Ketua Menteri tersebut yang menang pada pilihan raya negeri.
Pada masa kini Ketua Menteri Sabah akan memegang jawatan selama tempoh 5 tahun sekiranya tidak ada sebarang pembubaran DUN atau undi tidak percaya, selain itu Sabah juga pernah melaksanakan sistem penggiliran untuk jawatan Ketua Menteri yang mana telah pun dilaksanakan bermula pada tahun 1994 sehingga tahun 2004. Ketua Menteri pada masa itu hanya akan memegang jawatan selama 2 tahun sahaja dan kemudiannya akan diganti atau diserahkan kepada pemimpin lain yang berada dalam parti gabungan Ketua Menteri tersebut yang menang pada pilihan raya negeri.
KETUA MENTERI SABAH

SENARAI KETUA MENTERI
![]() Tun Muhammad Fuad Stephens |
|---|
Ketua Menteri Pertama Lantikan : 16 September 1963 Tamat : 31 Disember 1964 Parti : UNKO (Perikatan) Dun : Kiulu |
![]() Tan Sri Peter Lo Su Yin Kredit gambar : Wikipedia |
|---|
Ketua Menteri Kedua Lantikan : 1 Januari 1965 DUN : -Tamat : 12 Mei 1967 Parti : SCA (Perikatan) |
![]() Tun Mustapha Harun |
|---|
Ketua Menteri Ketiga Lantikan : 12 Mei 1967 Tamat : 1 November 1975 Parti : USNO (Perikatan) DUN :Bengkoka-Banggi |
![]() Tun Mohd Said Keruak |
|---|
Ketua Menteri Keempat Lantikan : 1 November 1975 DUN :UsukanTamat : 18 April 1976 Parti : USNO (BN) |
![]() Tun Muhammad Fuad Stephens |
|---|
Ketua Menteri Kelima Lantikan : 18 April 1976 DUN : KiuluTamat : 6 Jun 1976 Parti : Berjaya (BN) |
![]() Tan Sri Harris Mohd Salleh Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Keenam Lantikan : 6 Jun 1976 DUN : Sipitang-Ulu PadasTamat : 22 April 1985 Parti : Berjaya (BN) DUN : Tenom |
![]() Tan Sri Joseph Pairin Kitingan |
|---|
Ketua Menteri Ketujuh Lantikan : 22 April 1985 Tamat : 16 Mac 1994 Parti : PBS DUN : Tambunan |
![]() Tun Sakaran Dandai Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Kelapan Lantikan : 17 Mac 1994 DUN : SulabayanTamat : 26 Disember 1994 Parti : UMNO (BN) |
![]() Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Said Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Kesembilan Lantikan : 27 Disember 1994 DUN : UsukanTamat : 27 Mei 1996 Parti : UMNO (BN) |
![]() Datuk Seri Yong Teck Lee Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Kesepuluh Lantikan : 27 Mei 1996 DUN : LikasTamat : 27 Mei 1998 Parti : SAPP (BN) |
![]() Tan Seri Bernard Dompok Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Kesebelas Lantikan : 28 Mei 1998 DUN : MoyogTamat : 14 Mac 1999 Parti : PDS (BN) |
![]() Tan Sri Osu Hj. Sukam Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Kedua Belas Lantikan : 15 Mac 1999 Tamat : 26 Mac 2001 Parti : UMNO (BN) DUN : Kawang |
![]() Tan Sri Chong Kah Kiat Kredit gambar : Yayasansabah |
|---|
Ketua Menteri Ketiga Belas Lantikan : 27 Mac 2001 Tamat : 26 Mac 2003 Parti : LDP (BN) DUN : Kudat |
![]() Tan Sri Musa Aman |
|---|
Ketua Menteri Keempat Belas Lantikan : 27 Mac 2003 Tamat : 12 Mei 2018 Parti : UMNO (BN) DUN : Sungai Sibuga |
![]() Datuk Seri Mohd Shafie Apdal |
|---|
Ketua Menteri Kelima Belas Lantikan : 12 Mei 2018 Tamat : 25 September 2020 Parti : Warisan DUN : Senallang |
![]() Datuk Seri Hajiji Hj. Noor |
|---|
Ketua Menteri Keenam Belas Lantikan : 29 September 2020 Tamat : - Parti : GRS DUN : Sulaman |















Ulasan
Catat Ulasan