Langkau ke kandungan utama

Senarai Yang di-Pertua Negeri Sabah

Berikut di bawah ini adalah Senarai Yang di-Pertua Negeri Sabah sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehinggalah kini, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atau lebih ringkas disebut TYT Sabah merupakan ketua dan pemerintah Negeri Sabah yang menjalankan tugas di Istana Seri Kinabalu, Sabah dan seorang TYT adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Jawatan ini diwujudkan bagi menggantikan jawatan sebelumnya iaitu Gabenor Borneo Utara, jawatan ini telah bermula sejak Sabah menyertai pembentukan Malaysia namun pada awalnya nama yang digunakan untuk jawatan ni adalah Yang di-Pertuan Negara seperti yang tercatat pada Perlembagaan Sabah pada masa itu, Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1964 juga turut mencatatkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Negara namun telah diperbetulkan kepada Yang di-Pertua Negara. Pada 27 Ogos 1976 sekali lagi nama jawatan ini diubah mengikut akta A354 yang mengubah nama jawatan tersebut kepada Yang di-Pertua Neger dan kekal digunakan sehingga ke hari ini. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, Yang di-Pertua Negeri Sabah akan dilantik selama tempoh 4 tahun, namun jawatan tersebut boleh dijawat semula oleh individu yang sama sekiranya mendapat perkenan dariapada Yang di-Pertuan Agong selepas menerima nasihat daripada Ketua Menteri Sabah.

Tugas Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ada pada Perlembagaan Negeri adalah seperti menjalankan kuasa eksekutif dan membuat keputusan tertentu apabila mendapat sama ada daripada Ketua Menteri atau Ahli Kabinet Negeri yang telah dilantik. Selain itu TYT Sabah mempunyai kuasa untuk bertindak atas budi bicara beliau sendiri dalam keadaan tertentu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri iaitu dalam perlantikan Ketua Menteri dan juga memulakan, menangguh serta membubarkan Dewan Undangan Negeri termasuklah juga memperkenankan atau tidak memperkenankan sesuatu undang-undang baharu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Sehingga kini terdapat 11 orang yang telah pun memang jawatan TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

TYT SABAH


SENARAI TYT SABAH


Tun Mustapha Bin Datu Harun
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Pertama
Lantikan : 16 September 1963
Tamat : 16 September 1965
Tempoh lantikan : 2 tahun


Tun Pengiran Hj. Ahmad Rafaee
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kedua
Lantikan : 16 September 1965
Tamat : 16 September 1973
Tempoh lantikan : 8 tahun


Tun Mohammad Fuad Stephens
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Ketiga
Lantikan : 16 September 1973
Tamat : 28 Julai 1975
Tempoh lantikan 1 tahun 10 bulan


Tun Mohd Hamdan Abdullah
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Keempat
Lantikan : 28 Julai 1975
Tamat : 10 Oktober 1977
Tempoh lantikan : 2 tahun 2 bulan


Tun Hj. Ahmad Koroh
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kelima
Lantikan : 12 Oktober 1977
Tamat : 25 Jun 1978
Tempoh lantikan : 8 bulan


Tun Hj. Mohd. Adnan Robert
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Keenam
Lantikan : 25 Jun 1978
Tamat : 31 Disember 1986
Tempoh lantikan : 8 tahun 6 bulan


Tun Hj. Mohd Said Bin Keruak
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Ketujuh
Lantikan : 1 Januari 1987
Tamat : 31 Disember 1994
Tempoh lantikan : 8 tahun


Tun Hj. Sakaran Bin Dandai
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kelapan
Lantikan : 1 Januari 1995
Tamat : 31 Disember 2002
Tempoh lantikan : 8 tahun


Tun Hj. Ahmadshah Bin Abdullah
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kesembilan
Lantikan : 1 Januari 2003
Tamat : 31 Disember 2010
Tempoh lantikan : 8 tahun


Tun Hj. Juhar Bin Hj. Mahiruddin
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kesepuluh
Lantikan : 1 Januari 2011
Tamat : 31 Disember 2024
Tempoh lantikan : 14 tahun


Tun Datuk Seri Musa Bin Hj. Aman
Kredit gambar : Sabah
YDP Negeri Sabah Kesebelas
Lantikan : 1 Januari 2025
Tamat : -
Tempoh lantikan : -

Ulasan