Sepilok Forest Edge Resort merupakan salah sebuah resort yang terletak di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini terletak berhampiran dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 35 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.
SEPILOK FOREST EDGE
Kredit gambar : Agoda
Kredit gambar : Agoda
Kredit gambar : Sepilok Edge
Sepilok Forest Edge Resort merupakan salah sebuah resort menarik yang terletak
di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini terletak berhampiran dengan beberapa
pusat pelancongan di Sandakan iaitu Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
dengan jaraknya lebih kurang 2 km, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo jaraknya adalah sekitar 1 km dan Rainforest Discovery Centre dalam 2.4 km. Resort yang bertaraf 3 bintang ni sebenarnya adalah terletak di Batu 14 Jalan Labuk Sandakan iaitu
lebih kurang 27 km atau pun kira-kira 35 minit perjalanan jika menaiki
kereta dari Pusat Bandar Sandakan. Dibina pada tahun 2009, resort ini mempunyai sebanyak 18 bilik untuk para tetamu dan sangat sesuai untuk dijadikan salah satu pilihan bercuti khususnya bagi mereka yang inginkan lebih ketenangan, ini kerana resort ini terletak jauh dari kesibukan bandar dan dikelilingan kawasan hutan hujan tropika yang masih asli dan terjaga yang mana hutan ni adalah antara hutan tropika yang tertua di dunia. Dengan kedudukan resort yang berhampiran dengan pusat pelancongan terkenal seperti yang disebutkan di atas maka resort ni sering juga menjadi pilihan orang ramai khususnya pelancong yang datang daripada luar negara yang datang ke negara ini semata-mata untuk bercuti mencari ketenangan atau pun yang datang bercuti sambil belajar iaitu seperti membuat kajian dan penyelidikan pelbagai jenis haiwan contohnya orang utan atau pun mengenai hutan hujan tropika yang ada di sini. Sebagai makluman pihak pengurusan resort di sini tidak membenarkan para tetamu yang datang menggunakan dron sepanjang mereka berada di di resort ini bagi mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Resort ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada mereka yang ingin datang ke sini bercuti, ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang akan merasa berpuas hati dan selesa sepanjang mereka berada di resort ini bercuti. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan resot adalah seperti bilik penginapan sebanyak 18 buah yang berbentuk chalet yang mempunyai reka bentuk yang unik dan diilhamkan oleh penduduk tempatan sendiri, selain dari itu peralatan di dalam bilik juga kebanyakkannya dibina menggunakan kayu dan dihias dengan pelbagai lukisan tangan termasuklah juga gambar Bandar Sandakan yang lama, susun atur perabot di bilik juga sangat kemas dan menarik. Setiap bilik chalet ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan juga peralatan agar dapat memudahkan dan memberi keselesaan kepada para tetamu ketika berada di dalam bilik antaranya adalah seperti penghawa dingin, air botol minuman percuma, mandian panas dan sejuk, pengering rambut tapi kalau tiada dalam bilik boleh minta dengan kakitangan resort, peralatan buat kopi atau teh, tuala mandi, TV, kemudahan seterika, peti sejuk pun ada bagi mereka yang ingin simpnan minuman untuk disejukkan, dan di tandas serta bilik mandi juga dilengkapi dengan kelengkapan yang diperlukan. Selain daripada itu, setiap chalet ni juga ada balkoni yang disediakan bangku untuk anda duduk berhadapan dengan keindahan hutan hujan tropika yang menghijau di hadapan dan kalau nasib baik mungkin boleh nampak haiwan di hutan tu seperti burung atau tupai terbang.
Selain daripada penginapan jenis chalet, terdapat juga penginapan jenis Rumah Panjang yang ada di sini disediakan oleh pihak resort untuk mereka yang mungkin ingin berjimat dan bilik di Rumah Panjang ni dilengkapi dengan katil yang jenis 2 tingkat, almari untuk barang atau pakaian, lampu dan juga soket untuk anda mengeas telefon, kamera atau laptop. Rumah Panjang ni dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bilik untuk tetamu lelaki, bilik untuk tetamu wanita, dan juga untuk yang berkeluarga, jadi anda boleh pilih yang mana diinginkan sama ada jenis chalet atau Rumah Panjang. Selain itu di resort ini juga ada kemudahan intenet wifi secara percuma di seluruh kawasan resort jadi anda boleh kekal berhubung dengan rakan serta keluarga atau mungkin boleh memuat naik gambar percutian anda di sini ke laman sosial masing-masing untuk dikongsikan kepada mereka. Untuk yang mahu mandi di kolam tu anda tidak perlu risau sebab di sini pun ada disediakan kolam renang untuk anda, jadi kalau rasa panas bolehlah mandi di kolam sekiranya tidak mahu mandi di bilik. Seterusnya di sini juga ada di sediakan kemudahan tempat letak kereta bagi mereka yang memandu kereta sendiri ke sini dan tempat letak kereta ni adalah percuma serta tidak memerlukan tempahan. Kemudahan lain ialah di sini ada juga disediakan restoran bagi anda yang ingin menjamu selera sama ada untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Restoran ni menyediakan pelbagai menu makanan termasuklah juga menu makanan masakan kontemporari negeri ini dan restoran ni terletak berhadapan dengan kawasan hutan jadi boleh lihat keindahan hutan semasa makan, tapi untuk menu makanan sarapan masanya adalah dalam jam 7 pagi hingga jam 10 pagi dan untuk makanan lain tu dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
Kalau anda tidak mahu makan direstoran pun tidak mengapa sebab anda boleh menggunakan khidmat penghantaran makanan terus ke bilik dan menjamu selera dai dalam bilik atau chalet anda bersama keluarga sebab mungkin pada waktu tersebut terlalu ramai orang hingga penuh restoran jadi anda boleh pilih untuk makan dibilik sahaja. Bagi pelancong yang datang luar daripada Negeri Sabah seperti dari Semenanjung, Sarawak atau pelancong yang datang dari luar negara dan tidak ada pengangkutan untuk ke Sepilok Forest Edge Resort anda boleh mendapatkan kemudahan atau perkhidmatan pengangkutan yang disediakan sama ada untuk mengambil atau menghantar anda di lapangan terbang atau di Terminal Bas Besar Sandakan iaitu terminal bas yang menuju ke luar daerah seperti ke Kota Kinabalu atau Tawau bagi mereka yang lebih suka menaiki bas. Tapi kemudahan pengangkutan ni dikenankan bayaran tambahan, begitu juga kemudahan pengangkutan untuk anda pergi melawat kawasan lain di sekitar Sepilok. Para tetamu juga boleh mendapatkan perkhidmatan concierge jika ada sebarang masalah yang anda hadapi ketika berada di resort ni dan kakitangan yang bertugas sebagai concierge ni akan bantu anda selesaikan masalah yang dihadapai termasuklah sekiranya ada sebarang pertanyaan. Makluman juga untuk anda bahawa di dalam bilik atau di chalet resort adalah kawasan yang dilarang merokok, jadi anda perlu bertanya kepada pihak resort atau kakitangan yang bertugas di mana kawasan yang telah dikhaskan untuk merokok. Untuk senarai lebih ringkas di bawah ni adalah beberapa kemudahan dan juga perkhidmatan yang ada disediakan di sini :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan chalet
02. Tempat acara
03. Restoran
04. Penghawa dingin
05. Internet wifi percuma
06. Tempat letak kereta
07. Kolam renang
08. Pengering rambut
09. Air botol percuma
10. Alat buat kopi
11. Kemudahan seterika
12. Mandian sejuk & panas
13. Peti sejuk
14. Kelambu
15. Khidmat hantar makanan
Walaupun lokasinya yang berada di dalam kawasan hutan hujan tropika yang tebal, terdapat beberapa aktiviti juga yang mungkin boleh dilakukan oleh para tetamu yang datang menginap di resort ini dan antara aktiviti tersebut ialah mandi di kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak, tapi bagi yang ada membawa anak mandi atau bermain berhampiran dengan kolam ni pastikan anda sentiasa perhatikan mereka agar dapat memastikan keselamatan mereka lebih terjamin dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk mereka yang tidak mahu mandi di bilik sebaliknya mahu mandi di kolam ni, anda boleh ke kolam ni bila ada masa lapang tidak kira pagi atau petang. Aktiviti lain ialah berjalan bersiar-siar di kawasan resort, tapi jangan masuk ke dalam kawasan hutan. Bagi mereka yang mahu jalan di kawasan resort pada waktu malam mungkin boleh atas permintaan tetamu tapi perlulah ada pemandu jalan daripada pihak resort agar keselamatan anda lebih terjaga kerana pihak resort lebih tahu tempat yang perlu dilalui jika jalan pada waktu malam. Aktiviti seterusnya adalah dengan pergi melihat burungdi kawasan yang telah disediakan khas untuk aktiviti tersebut sebab di resort ni antara tempat yang sesuai untuk memerhati pelbagai spesis burung di kawasan Sepilok. Pastikan anda bawa kamera atau video kamera agar dapat mengambil gambar yang lebih jelas dan menarik untuk kenangan. Selain pihak resort sendiri ada menyediakan pakej untuk aktiviti lawatan keberapa tempat menarik di sekitar daerah Sandakan termasuklah daerah Kinabatangan seperti melawat ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, melawat ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo, Rainforest Discovery Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey, Fireflies Mangrove Cruise, Kinabatangan River Cruise dan juga lawan ke Pulau Lankayan Sandakan.
Pakej lawatan yang disebutkan di atas tadi tu adalah untuk aktiviti lawatan yang boleh anda pilih jika datang bercuti ke resort ni, pakej ni terpulang kepada anda jika ingin ambil dan ikut aktiviti melalui pakej yang disediakan oleh pihak resort atau pun tidak. Tapi kalau sudah datang dari jauh lebih baik rasanya ambil pakej yang ditawarkan oleh pihak resort agar anda dapat melawat tempat-tempat yang telah diatur tu dengan lebih mudah kerana pengangkutan juga turut disediakan jadi anda tidak perlu risau dan lawatan itu juga nanti anda akan sentiasa diberikan penerangan oleh pemandu pelancong yang bertugas mengenai maklumat atau apa-apa yang berkaitan dengan lokasi yang dikunjungi nanti. Oleh itu dapatlah juga anda maklumat penting yang mungkin tidak dapat dicari melalui internet. Bagi mereka yang datang dari dalam negeri ni atau pelancong yang datang bercuti ke sini dengan menyewa serta memandu kereta sendiri mungkin boleh merancang untuk melakukan aktiviti melawat ke beberapa tempat menarik lain yang ada berhampiran dengan resort dan juga di sekitar daerah Sandakan. Antara beberapa tempat menarik yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai lawatan sekiranya datang bercuti di resort ini adalah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pusat Pemulihan Orang Utan
02. Rainforest Discovery Centre
03. Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
04. Pulau Lankayan
05. Pulau Selingan
06. Hutan Simpan Sepilok
07. Taman Buaya Sandakan
08. Labuk Bay Proboscis Monkey
09. Sandakan Memorial Park
10. Pulau Berhala
11. Agnes Keith House
12. Aisyadelia Cottage
13. Pasar Besar Sandakan
14. Pantai Dandulit
15. Bukit Sim-Sim
16. Sandakan Heritage Trail
Terdapat banyak lagi kemudahan, perkhidmatan, dan aktiviti yang boleh anda dapatkan atau lakukan di resort atau di daerah Sandakan sekiranya datang bercuti dan menginap di Sepilok Forest Edge Resort dan untuk kemudahan atau perkhidmatan lain tu anda baca dan lihat di laman web rasmi resort atau untuk lebih mudah anda boleh terus menghubungi pihak pengurusan resort untuk bertanya sebarang pertanyaan mengenai resort. Sesiapa yang mahu ke sini tapi dari luar daerah Sandakan dan datang dengan menaiki kapal terbang, boleh ambil teksi atau sewa perkhidmatan e-hailing lain di lapangan terbang untuk dihantar terus ke resort ini, pilihan lain adalah anda boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang ada disediakan pihak resort untuk mengambil dan menghantar anda dari atau ke Lapangan Terbang Sandakan dan Terminal Bas Besar Sandakan, cara ni rasanya adalah cara yang lebih memudahkan untuk anda kerana pengangkutan telah disediakan sendiri oleh pihak resort terutama bagi tetamu yang datang dari luar negeri atau luar negara, tapi perlulah buat tempahan awal dengan pihak resort agar mereka dapat menyediakan pengangkutan lebih awal untuk anda. Untuk penduduk tempatan pula yang ke sini dengan memandu kereta sendiri tu bolehlah terus saja ke resort ini yang terletak di Batu 14 yang terletak berhampiran dengan Sepilok.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sepilok Forest Edge Resort di alamat seperti di bawah ini.
Sepilok Forest Edge Resort
Batu 14, Jalan Rambutan,
90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan