Sepilok Jungle Resort merupakan salah resort yang menarik terletak dalam daerah Sandakan, Sabah dan resort ini terletak berhampiran dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu lebih kurang 25.6 km atau kira-kira 34 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.
SEPILOK JUNGLE RESORT
Kredit gambar : Booking
Kredit gambar : Sepilokjungle
Kredit gambar : Agoda
Sepilok Jungle Resort merupakan salah sebuah rosort percutian menarik yang terletak
di dalam daerah Sandakan, Sabah dan terletak di Batu 14, Jalan Rambut, Sepilok yang juga terletak berhampiran dengan
beberapa
tempat pelancongan menarik yang utama di daerah Sandakan seperti Pusat Pemulihan
Orang Utan Sepilok dengan jarak lebih kurang 1.6 km atau kira-kira 4 minit perjalanan
menaiki kereta, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo pula jaraknya sekitar 550 meter atau 1 minit lebih perjalanan dan Rainforest Discovery
Centre jaraknya adalah 2 km atau pun kira-kira 4 minit
perjalanan menaiki kereta, manakala kalau dari jarak dari Pusat Bandar Sandakan
ke resort ni pula adalah sekitar 26.5 km atau kira-kira 34 minit perjalanan
menaiki kereta. Resort ni antara yang masih beroperasi dari tahun 1991 lagi yang mana pada mana itu nama resort ni dikenali sebagai Wildlife Lodge dimiliki oleh dua orang tempatan yang juga merupakan pasangan iaitu John dan Judy, pada masa itu hanya ada 5 buah saja bilik penginapan dibina yang bercirikan seperti asrama, namun kini terdapat lebih kurang 60 buah bilik yang ada dengan pelbagai jenis pilihan seperti bilik deluxe, selain itu landskap di resort ini juga ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang cantik menghiasi sekitar kawasan resort. Jadi bila datang ke sini bercuti anda akan dapati segarnya udara di resort ini kerana di penuhi tumbuhan dan bunga serta hutan hujan tropika yang masih asli. Dengan lokasinya yang jauh dari bandar menjadikan tempat ini lebih tenang dan aman tidak kira siang atau pun malam, oleh itu resort ini sesuai untuk anda sesisi keluarga atau bersama rakan datang bercuti dan berehat jauh dari kesibukan kota atau bandar sambil melihat indahnya alam semulajadi yang ada di sini. Kalau anda ingin bercuti ke sini sebaiknya membuat tempahan lebih awal kerana tempat ini sering penuh terutama sekali ketika musim cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah.
Resort yang diuruskan oleh pasangan John dan Judy kini turut dibantu oleh ahli keluarga mereka yang juga merupakan anak mereka dalam membantu menguruskan resort ini dengan baik termasuklah dalam membuat penambahbaikan dan meningkatkan mutu perhidmatan dan kemudahan yang disediakan di resort agar dapat memastikan setiap tetamu yang datang dapat merasai keselesaan dan juga rasa sangat berbaloi apabila datang bercuti ke sini. Kebanyakkan landskap di kawasan resort adalah dibuat daripada kayu bersesuaian tempat ini yang lebih kepada bertemakan alam semulajadi termasuklah kemudahan yang ada di sini. Walaupun lokasi resort ni agak jauh dari bandar dan terletak di tengah kawasan hutan hujan tropika yang tebal tetapi anda tidak perlu risau bila datang bercuti ke sini sebab di sini pun terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak resort khas buat para tetamu yang datang bercuti ke sini tidak kira sama ada tetamu tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke Sepilok Jungle Resort Antara beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan ialah pertama penginapan jenis chalet yang mana terdapat lebih kurang 60 buah bilik yang disediakan di sini yang diperbuat daripada kayu termasuklah beberapa jenis perabot yang ada di dalam bilik. Selain itu untuk memastikan tetamu puas hati dan selesa maka di dalam setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan iaitu seperti kipas angin, penghawa dingin, air botol minuman secara percuma, balkoni diluar bilik untuk membolehkan anda duduk berehat sambil melihat ke arah keindahan hutan yang menghijau dan kalau bernasib baik mungkin akan dapat melihat beberapa haiwan di hutan seperti burung, monyet atau tupai terbang, selain itu terdapat juga meja dan kerusi yang disediakan di dalam bilik, kelengkapan tandas dan bilik mandi, pancuran mandian panas serta sejuk, pengering rambut, almati pakaian, cermin, peralatan buat kopi atau teh, tuala mandi, televisyen, kemudahan seterika dan lain-lain lagi kemudahan.
Untuk perhatian anda, di dalam bilik adalah kawasan yang dilarang merokok, oleh itu jika anda ingin merokok boleh tanya dengan pihak kakitangan resort di mana kawasan yang dibenarkan, dan perlu ingat juga bahawa haiwan peliharaan juga adalah dilarang untuk di bawa masuk ke dalam bilik. Kolam renang juga ada disediakan di sini untuk orang dewasa dan kolam renang untuk kanak-kanak dan kolam ni berada di luar, mana ditepi kolam turut dilengkapi dengan kemudahan tempat kerusi baring serta pontok rehat untuk anda yang mungkin mahu duduk di pontok sambil melihat anak-anak mandi di kolam tersebut. Bagi memastikan anda sentiasa berhubung dengan keluarga atau rakan di luar sana maka pihak resort telah menyediakan kemudahan internet wifi secara percuma yang disediakan di kawasan umum dan juga di setiap bilik yang ada di sini, oleh itu anda bolehlah guna internet tu di mana saja untuk berhubung atau memuat naik gambar kegembiraan percutian anda di sini untuk di kongsi kepada mereka yang lain. Kalau anda bercuti lama ke sini tapi tidak bawa banyak pakaian pun tidak menjadi masalah sebab anda boleh dapatkan khidmat dobi dan cucian kering yang disediakan di sini, jadi masa yang ada tu bolehlah anda gunakan untuk aktiviti lain. Manakala bagi mereka yang malas mahu kemas bilik tetapi kelihatan bilik terlalu berhambur maka boleh juga anda dapatkan khidmat pembersihan bilik yang dibuat setiap hari oleh kakitangan resort. Kemudahan lain yang ada di sini ialah restoran untuk anda menjamu selera dan restoran ini menyediakan pelbagai menu makanan sama ada makanan Malaysia atau makanan antarabangsa termasuklah yang dihidang secara bufet, jadi anda boleh menjamu selera di sini untuk sarapan, makan tengahari atau pun makan malam, tapi kalau restoran penuh pada masa tu dan anda mahu makan di bilik bolehlah dapatkan perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan pihak resort untuk dihantar ke bilik anda, selain tu mungkin anda boleh cuba masak sendiri dengan mendapatkan kemudahan BBQ, tapi anda kena tanya pihak resort juga sekiranya mereka ada menyediakan makanan basah untuk buat BBQ, kalau tidak ada anda bolehlah beli sendiri.
Untuk keselamatan para tetamu yang datang menginap di sini pihak resort telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan iaitu seperti menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang bertugas berganti-ganti dalam 24 jam bagi menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan, selain tu di sini juga ada dipasang cctv di kawasan umum yang berfungsi 24 jam tanpa henti agar dapat mengawasi semua kawasan di resort ini termasuk di kawasan tempat letak kereta. Selain itu pemadam api juga turut juga disediakan untuk keperluan bila ada sebarang kecemasan, dan kemudahan peti deposit keselamatan juga ada di sini bagi yang memerlukannya. Kalau anda anda kekurangan barang keperluan untuk di beli boleh ke kedai runcit yang ada di sini, jadi tidak perlulah mahu pergi jauh lagi untuk mencari barang yang anda perlulkan, kecualilah barang yang anda cari tu tidak ada di jual di sini. Sekiranya anda ada urusan atau keperluan menggunakan faks untuk menghantar kerja atau dokumen bolehlah juga dapat di sini sebab pihak resort ada menyediakan perkhidmatan ni tapi kosnya tidak pasti sama ada percuma atau ada bayaran sedikit. Kemudahan untuk tempat melihat atau memerhati burung juga ada disediakan bagi peminat-peminat burung yang datang ke sini, di kawasan yang dikhaskan untuk melihat burung ni anda boleh melihat pelbagai spesis burung terutama sekali burung yang berasal dari Borneo dan Asia. Seterusnya bagi anda yang datang ke sini dari jauh seperti dari luar daerah, negeri atau luar negara dan datang ke daerah Sandakan dengan menaiki kapal terbang atau bas jalan jauh atau biasa orang tempatan sebut bas express, boleh dapatkan kemudahan pengangkutan yang disediakan pihak pengurusan resort tapi perlu buat tempahan awal iaitu membuat tempahan bersama-sama dengan tempahan bilik, ini agar dapat memudahakn pihak resort menguruskan pengangkutan anda sama ada untuk mengambil anda dari lapangan terbang atau terminal bas jalan jauh dan begitulah sebaliknya jika sudah tamat bercuti di sini. Di bawah ni adalah senarai ringkas kemudahan yang ada :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan 60 bilik
02. Restoran di lokasi
03. CCTV tempat umum
04. Penghawa dingin
05. Wifi percuma
06. Tempat letak kereta
07. Kolam renang
08. Pengering rambut
09. Air botol percuma
10. Peralatan buat kopi
11. Kemudahan seterika
12. Mandian sejuk & panas
13. Khidmat dobi & cucian kering
14. Shuttle bas & lapangan terbang
15. Pengawal keselamatan 24 jam
Sesiapa yang datang ke sini sudah pasti teringin untuk melakukan apa-apa aktiviti yang sesuai, oleh itu di resort ni ada beberapa juga aktiviti yang anda boleh lakukan walaupun mngkin tidak banyak seperti resort yang bertaraf 5 bintang, tetapi aktiviti di sini juga sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi kalau datang beramai-ramai atau berkumpulan tidak kira bersama ahli keluarga mahupun rakan sekerja, Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah berjalan bersiar-siar di sekitar kawasan resort yang mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk beberapa jenis bunga yang ditanam cantik hiasi kawasan resort ini, kalau mahu jalan sampai dekat kawasan hutan sebaiknya bertanya dengan pihak resort terlebih dahulu agar mereka dapat mengatur aktiviti anda berjalan di kawasan ini seperti mengatur pemandu jalan atau guide untuk kumpulan anda, ini termasuklah juga jika ingin berjalan pada waktu malam. Lagi pun kalau anda beritahu pihak resort ketika berjalan dapatkan juga menjamin keselamatan anda agar lebih terjaga dan tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini. Aktiviti seterusnya adalah dengan pergi melihat burung di kawasan yang telah dibina khas untuk aktiviti ini, begitu juga jika ingin melihat haiwan lain yang boleh dilihat daripada kawasan resort seperti monyet atau orang utan dan tupai terbang. Aktiviti lain ialah mandi di kolam renang yang ada di sini, mungkin anda malas mahu mandi di bilik mandi, jadi bolehlah berenang di kolam ini, untuk kanak-kanak pun ada kolam yang disediakan khas, tapi jika membawa anak-anak bersama mandi di kolam, pastikan anda sentiasa memerhatikan mereka walaupun mungkin kolamnya tidak terlalu dalam tapi harus juga jaga keselamatan mereka. Selain itu pihak Sepilok Jungle Resort sendiri turut ada menyediakan pakej untuk aktiviti lawatan keberapa tempat menarik di sekitar sepilok dan daerah Sandakan khususnya. Antara tempat untuk aktiviti lawatan yang disediakan ni ialah lawatan ke daerah Kinabatangan iaitu seperti aktiviti river cruise di Sungai Kinabatangan, lawatan ke Gua Gomantong, aktiviti lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, melawat ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo, Rainforest Discovery Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey, dan juga lawatan ke Pulau Selingan Sandakan yang mana di pulau ni sudah pasti banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan.
Pakej lawatan yang disediakan pihak resort juga termasuklah ke beberapa tempat di kawasan Bandar Sandakan iaitu seperti ke Rumah Agnes Keith, Taman Peringatan Perang Sandakan dan juga lawatan ke Pasar Besar Sandakan yang mana di bangunan pasar besar ni banyak menjual buah-buahan, makanan kering, makanan basah, barangan kraftangan, barangan cenderhati dan lain-lain lagi, kalau anda mahu beli apa-apa barang di pasar besar ni pun boleh juga seperti buah-buahan kah, atau membeli barangan cenderahati untuk di bawa pulang ke tempat asal masing-masing nanti. Jadi memang sangat menarik jika anda ikut pakej untuk aktiviti lawatan yang disediakan pihak resort ni lagi pun anda akan diberikan penerangan penerangan tentang setiap tempat yang anda kunjungi yang mana mungkin maklumat tu tidak ada ditempat lain atau di internet., lagi pun kalau anda ikut pakej yang ditawarkan maka dapatlah memudahkan perjalanan lawatan anda ke tempat-tempat menarik tersebut sebab telah diatur oleh pihak resort termasuklah juga pengangkutan pergi dan balik. Tapi ia terpulang juga dari anda, sebab bagi yang tinggal di daerah ini atau yang memang berasal dari Negeri Sabah dan datang bercuti ke resort ini mungkin anda mahu lawatan yang lebih privasi sikit dengan hanya pergi melawat bersama ahli keluarga sahaja dan mungkin sudah biasa dengan tempat-tempat menarik di daerah ini dengan memandu kereta sendiri, jadi kalau ada kereta sendiri bolehlah pergi bersama keluarga ke beberapa tempat menarik di sekitar Sandakan. Antara beberapa tempat menarik yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai aktiviti lawatan sekiranya datang bercuti di resort ini adalah :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pusat Pemulihan Orang Utan
02. Rainforest Discovery Centre
03. Labuk Bay Proboscis Monkey
04. Pulau Lankayan
05. Pulau Selingan
06. Hutan Simpan Sepilok
07. Agnes Keith House
08. Gua Gomantong
09. Sandakan Memorial Park
10. Indah Jaya Waterpark
11. Taman Buaya Sandakan
12. Aisyadelia Cottage
13. Pasar Besar Sandakan
14. Pulau Berhala Laut
15. Sandakan Heritage Trail
16. Pantai Pasir Putih
17. Labuk Bay Proboscis Monkey
18. Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
Terdapat banyak lagi Kemudahan dan aktiviti yang ada untuk para tetamu yang datang ke sini bercuti dan menginap di Sepilok Jungle Resort tapi kalau tulis semua rasanya terlalu banyak, jadi bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut mungkin boleh layari laman web rasmi Sepilok Jungle Resort atau boleh juga menghubungi terus pihak pengurusan resort untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai kemudahan, perkhidmatan atau pun aktiviti yang ada di sini. Untuk yang mahu datang ke resort ini tapi datang dari jauh dengan menaiki kapal terbang atau bas express ke daerah Sandakan, bila sudah sampai bolehlah naik teksi atau sewa perkhidmatan e-hailing untuk dihantar terus ke sini, atapu kalau mahu lebih mudah boleh dapatkan kemudahan shuttle bas atau lapangan terbang yang ada disediakan pihak resort untuk proses mengambil dan menghantar anda dari atau ke Lapangan Terbang Sandakan dan Terminal Bas Besar Sandakan, tapi sebelum tu anda perlulah buat tempahan awal dengan pihak resort untuk guna kemudahan ni dan sebaikknya buat tempahan bersama-sama tempahan bilik agar pihak resort dapat menyediakan pengangkutan lebih awal untuk anda ke sini. Untuk penduduk tempatan yang ada kereta sendiri tu boleh memandu kereta anda terus ke resort ini yang terletak di Batu 14 yang terletak berhampiran dengan Sepilok.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sepilok Jungle Resort di alamat seperti di bawah ini.
Sepilok Jungle Resort
Batu 14 Sepilok, Jalan Rambutan,
90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 533 031
Email : info@sepilokjungleresort.com
Website : Sepilok Jungle
Email : info@sepilokjungleresort.com
Website : Sepilok Jungle
Ulasan
Catat Ulasan