Langkau ke kandungan utama

Sepilok Nature Lodge

Sepilok Nature Lodge merupakan salah sebuah tempat percutian menarik terletak di daerah Sandakan, Sabah dan tempaat ini terletak berhampiran dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 35 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.

SEPILOK NATURE LODGE


Kredit gambar : Nature Lodge


Kredit gambar : Dive-Malaysia

Kredit gambar : Dive-Malaysia

Sepilok Nature Lodge atau dahulunya dikenali sebagai Sepilok Nature Resort merupakan salah sebuah tempat percutian menarik yang terletak di daerah Sandakan, Sabah dan lokasinya adalah berhampiran dengan beberapa pusat pelancongan utama di daerah Sandakan iaitu seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dengan jaraknya lebih kurang 1.2 km atau kira-kira 2 minig perjalnan menaiki kereta, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo jaraknya sekitar 300 meter atau 1 minit perjalanan dan Rainforest Discovery Centre pula jaraknya adalah sekitar 1.6 km atau pun kira-kira 3 minit perjalanan menaiki kereta, manakala kalau dari Pusat Bandar Sandakan pula jaraknya adalah sekitar 25 km atau kira-kira 31 minit perjalanan menaiki kereta, jadi bagi yang mahukan percutian yang lebih tenang tanpa sebarang bunyi bising seperti di bandar bolehlah cuba datang bercuti ke sini yang dikelilingi kawasan hutan hujan tropika yang masih asli dan terjaga dan hutan ni adalah antara hutan hujan tropika tertua di dunia. Dengan ini suasasa di sini sememangnya sangat tenang dan hanya kedengaran bunyi burung dan haiwan kecil lain di hutan seperti cengkerik lebih-lebih lagi pada waktu malam. Dengan kedudukan tempat ini yang berhampiran dengan pusat pelancongan terkenal seperti disebutkan di atas maka tidak hairanlah jika tempat ini juga antara yang sering menjadi pilihan pelancong yang datang ke daerah ini terutama sekali pelancong daripada luar negara yang ramai berminat dengan tempat pelancongan yang ada di sini seperti Sepilok yang sudah pun terkenal di seluruh dunia sebagai tempat Pemulihan Orang Utan di Malaysia khususnya Borneo.

Landskap di resort ni kebanyakkannya diperbuat daripada kayu bersesuaian dengan tempat ini yang lebih kepada bertemakan alam semulajadi, walaupun tempat ni jauh dari bandar tetapi terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan kepada para tetamu yang datang bercuti ke sini, kemudahan yang ada ini adalah bagi memastikan tetamu yang ada sentiasa berpuas hati dan merasa selesa sepanjang mereka berada di resort ini. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan di sini ialah penginapan jenis chalet dengan pemandangan ke arah hutan yang subur tumbuh menghijau dan juga tasik. Perabot yang digunakan di dalam bilik juga kebanyakkannya diperbuat daripada kayu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mereka yang ingin bermalam dan menginap di sini, antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik ialah seperti kipas angin, penghawa dingin, air botol minuman percuma, balkoni yang disediakan bangku untuk bolehkan anda duduk berehat sambil melihat ke arah hutan tapi kalau bernasib baik mungkin dapat melihat beberapa haiwan kecil di hutan seperti burung atau monyet, selain itu terdapat juga meja dan kerusi di dalam bilik, kelengkapan tandas dan bilik mandi juga turut disediakan, pancuran mandian panas serta sejuk, pengering rambut tapi kalau tidak ada dalam bilik mungkin boleh minta dengan kakitangan yang bertugas pada masa itu, peralatan buat kopi atau teh, tuala mandi, televisyen, kemudahan seterika, peti sejuk pun ada bagi mereka yang ingin simpnan minuman untuk disejukkan, untuk pengetahuan anda juga di dalam bilik ni adalah kawasan yang dilarang merokok, oleh itu jika anda ingin merokok boleh tanya dengan pihak resort di mana kawasan yang dibenarkan, haiwan peliharaan juga adalah dilarang untuk di bawa masuk ke dalam bilik
.


Tetamu yang datang dari jauh ke Sandakan dengan menaiki kapal terbang boleh mendapatkan khidmat atau kemudahan shuttle lapangan terbang yang disediakan oleh pihak resort untuk memudahkan anda jika ke sini tanpa perlu memilikir soal pengangkutan, untuk shuttle lapangan terbang ni sebaiknya anda tempah bersama ketika membuat tempahan bilik jadi akan memudahkan pihak resort untuk mengatur pengangkutan untuk anda sama ada dari lapangan terbang ke sini atau pun dari tempat ini ke lapangan terbang. Kalau ada yang datang dari dengan menggunakan bas boleh juga buat tempahan seperti di atas contohnya mereka yang lebih suka naik bas dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada disediakan restoran untuk anda menjamu selera dan restoran ni sangat menarik sebab berhampiran dengan tasik dan hutan yang tebal, jadi bagi anda yang mahu menjamu selera untuk makan sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam bolehlah ke sini dan terdapat pelbagai menu makanan yang disediakan di sini sama ada menu tempatan negeri ini, menu makanan rakyat Malaysia mahu pun menu makanan antarabangsa. Selain itu kemudahan internet juga boleh anda dapatkan di sini dengan internet wifi yang diberikan secara percuma buat anda yang menginap di tempat ini agar dapat sentiasa berhubung dengan keluarga, rakan sekampung atau rakan sekerja. Dengan adanya kemudahan internet ni dapatlah juga anda berkongsi gambar menarik sepanjang percutian di Sepilok Nature Lodge dengan keluarga dan rakan di luar sana yang mungkin akan dapat menarik minat mereka datang ke sini jika ada masa lapang suatu hari nanti, internet ni tersedia di kawasan umum dan juga di dalam bilik jadi dari anda mahu guna pada bila-bila masa sahaja.

Seterusnya adalah kemudahan tempat duduk, meja dan payung yang diletakkan di tepi tasik untuk para tetamu duduk berehat sambil melihat keindahan hutan menghjijau sambil menghirup udara yang segar di sini, tapi tempat duduk dekat tasik ni agak terhad sikit, oleh itu siapa dahulu yang sampai dia yang akan dapat tempat lebih awal, tetapi bolehlah pertimbangkan untuk tidak duduk terlalu lama di situ bagi memberikan peluang kepada orang lain yang juga ingin menggunakannya. Bagi mereka yang memandu kereta sendiri ke sini tidak kira datang dari jauh atau dekat, anda tidak perlu risau soal kereta anda sebab di sini juga ada disediakan kawasan tempat letak kereta yang behampiran dengan resort ini dan ia sentiasa di jaga oleh pihak resot dengan menggunakan pengawal keselamatan. Para tetamu juga boleh mendapatkan khidmat concierge apabila
ada sebarang masalah yang dihadapi atau sepanjang berada di sini dan kakitangan yang bertugas sebagai concierge ni akan membantu anda selesaikan masalah yang dihadapai. Untuk keselamatan pihak resort ada memnyediakan khidmat pengawal keselamatan yang bertugas berganti-ganti dalam 24 jam untuk menjaga kawasan resort, selain itu terdapat juga cctv yang dipasang di kawasan umum agar dapat memastikan keselamatan semua orang yang berada di sini sama ada tetamu atau pun kakitangan, pemadam api juga disediakan di kawasan umum termasuk bilik dan keselamatan yang lain ialah anda boleh dapatkan kemudahan peti deposit keselamatan yang ada disedia oleh pihak pengurusan resort. Siapa yang mahu melawat tempat menarik di sekitar sepilok dan juga sekitar daerah Sandakan ni boleh dapatkan kemudahan kereta sewa dari pihak resort untuk melawat tempat-tempat tersebut, tapi ianya ikut permintaan daripada tetamu juga. Untuk lebih ringkas berikut adalah beberapa kemudahan yang ada di sini :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan chalet
02.
Restoran
03. CCTV tempat umum
04. Penghawa dingin
05. Internet wifi
06. Tempat letak kereta
07. Kolam renang
08. Pengering rambut
09. Air botol percuma
10. Alat buat kopi
11. Kemudahan seterika
12. Mandian sejuk & panas
13. Peti sejuk
14. Kelambu nyamuk
15. Pengawal keselamatan 24 jam

Walaupun lokasinya yang berada di dalam kawasan hutan hujan tropika yang tebal, namun terdapat juga beberapa aktiviti juga yang mungkin boleh dilakukan oleh para tetamu yang datang menginap dan bermalam di resort ini dan antara aktiviti tersebut ialah berjalan bersiar-siar di kawasan resort yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan termasuk lebih kurang 150 spesis orkid, jadi anda boleh jalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang begitu indah tapi kalau masuk ke dalam kawasan hutan sebaiknya ada pemandu jalan atau guide yang akan menunjukkan jalan dan guide ni adalah merupakan kakitangan di resort ini juga sebab mereka lebih tahu selok belok jalan di sini, begitulah juga jika ingin berjalan pada waktu malam perlu ada kebenaran daripada pihak resort agar keselamatan anda lebih terjamin. Aktiviti seterusnya adalah dengan pergi melihat burung di kawasan yang telah disediakan khas untuk aktiviti tersebut, begitu juga jika ingin melihat haiwan lain yang boleh dilihat di sini seperti monyet atau orang utan. Apa pun pastikan anda membawa kamera atau video kamera agar yang beresolusi tinggi agar dapat mengambil gambar yang lebih jelas dan menarik untuk dijadikan kenangan percutian anda di sini. Selain itu pihak resort sendiri ada menyediakan pakej untuk aktiviti lawatan keberapa tempat menarik di sekitar daerah Sandakan termasuklah seperti aktiviti lawatan ke daerah Kinabatangan dengan buat aktiviti river cruise di Sungai Kinabatangan, aktiviti lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, melawat ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo, Rainforest Discovery Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey, dan juga lawatan ke Pulau Lankayan Sandakan yang sudah pasti banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau tersebut.

Pakej lawatan yang disebutkan di atas adalah untuk aktiviti lawatan yang boleh anda pilih mahu ikut atau tidak, tapi kalau sudah datang dari jauh lebih baik rasanya ambil pakej yang ditawarkan oleh pihak resort kerana ia lebih murah dan ianya dapat memudahkan lagi perjalanan anda melawat tempat-tempat yang telah diatur tersebut dengan pengangkutan juga turut disediakan jadi anda tidak perlu risau. Dan yang menariknya dengan pakej lawatan ni, pemandu jalan anda akan memberikan penerangan atau maklumat mengenai tempat yang anda pergi, jadi dapatlah juga anda maklumat yang bermanfaat yang mungkin tidak akan dapat dicari melalui internet. Bagi mereka yang datang dari dalam negeri ni atau pelancong yang datang bercuti ke sini dengan memandu kereta sendiri atau menyewa mungkin boleh merancang untuk melakukan aktiviti lawatan peribadi bersama keluarga dengan melawat ke beberapa tempat menarik lain yang ada berhampiran dengan resort dan juga di sekitar daerah Sandakan. Antara beberapa tempat menarik yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai lawatan sekiranya datang bercuti di resort ini adalah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pusat Pemulihan Orang Utan
02. Rainforest Discovery Centre
03.
Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
04. Pulau Lankayan
05. Pulau Selingan
06. Hutan Simpan Sepilok
07.
Agnes Keith House
08. Labuk Bay Proboscis Monkey
09. Sandakan Memorial Park
10. Indah Jaya Waterpark
11. Taman Buaya Sandakan
12. Aisyadelia Cottage
13. Pasar Besar Sandakan
14. Pantai Dandulit
15. Sandakan Heritage Trail
16. Pulau Berhala Laut
17. Gua Gomantong

Sebenarnya banyak lagi kemudahan, perkhidmatan, dan aktiviti yang ada untuk para tetamu yang ke sini bercuti dan menginap di Sepilok Nature Lodge, senarai lain tu mungkin anda boleh lihat di laman web rasmi resort ini atau untuk lebih memudahkan, anda bolehlah terus menghubungi pihak pengurusan resort untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai kemudahan, perkhidmatan atau pun aktiviti yang ada di sini. Untuk yang mahu datang ke tempat ini dan datang dari jauh dengan menaiki kapal terbang atau bas express ke daerah Sandakan, bolehlah ambil teksi atau sewa perkhidmatan e-hailing lain bila sudah sampai di Sandakan untuk menghantar anda terus ke sini atau kalau mahu lebih mudah boleh dapatkan kemudahan pengangkutan yang ada disediakan pihak resort untuk proses mengambil dan menghantar anda dari atau ke Lapangan Terbang Sandakan dan Terminal Bas Besar Sandakan, tapi perlulah buat tempahan awal dengan pihak resort agar mereka dapat menyediakan pengangkutan lebih awal untuk anda ke sini. Untuk penduduk tempatan yang ada kereta sendiri tu boleh memandu kereta anda terus ke resort ini yang terletak di Batu 14 yang terletak berhampiran dengan Sepilok.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sepilok Nature Lodge di alamat seperti di bawah ini.

Sepilok Nature Lodge
Pualu Sipada Resort & Tours Sdn Bhd,
Blok C, Tingkat Bawah, Lot 38 & 39,
Batu 6, Bandar Tyng,
90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 673 999
Website : Nature Lodge

Ulasan