Shangri-La Rasa Ria Resort merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang juga merupakan salah satu daripada resort dimiliki Shangri-La yang berada di negeri ini. Resort ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 31 km daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Shangri-La Rasa Ria Resort merupakan salah satu daripada resort atau pusat peranginan terkenal yang terdapat di Sabah khususnya di Kota Kinabalu yang bertaraf 5 bintang dan mempunyai
keluasan 400 ekar iaitu ia lebih besar berbanding dengan Shangri-La Tanjung Aru. Lokasi resort terletak di tengah-tengah rizab alam semula jadi hutan tropika yang berada di daerah kecil Tuaran iaitu lebih kurang 31 km atau kira-kira 36 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota
Kinabalu, Sabah dan dengan lokasinya yang berada di tepi pantai dan berhadapan dengan Laut China Selatan menjadikan resort ini antara yang menjadi pilihan orang ramai kerana
lokasi yang lebih mudah untuk dikunjungi dan juga keindahan pemandangan
ke arah laut dan pantai yang sememangnya cukup indah lebih-lebih lagi suasana ketika matahari
terbenam (sunset). Kalau rasa ingin lebih ketenangan bila bercuti dan berada jauh sedikit daripada kesibukan kota atau bandar mungkin anda boleh memilih untuk ke sini dan lebih menariknya di sini anda dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas tanpa sebarang halangan terutamanya ketika cuaca dalam keadaan cerah.
Kawasan resort ni memang sangat luas iaitu 400 ekar dengan 64 ekar daripadanya adalah kawasan rizab alam semulajadi hutan tropika yang masih hijau dan asli tidak pernah digangguu, jadi anda boleh lihat bermacam jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan ini. Kawasan Rizab Alam Semulajadi Rasa Ria ni sebenarnya telah ditubuhkan oleh pihak pengurusan Shangri-La Rasa Ria dengan kerjasama pihak Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah pada bulan Jun 1994 yang mana ia adalah bertujuan agar dapat bersama-sama membantu dalam program pemulihan hutan khususnya flora serta fauna terancam dan antara program yang setakat ni dianggap paling berjaya ialah program pemulihan orang utan yang juga program yang pertama dilaksanakan oleh pengurusan di sini. Kawasan Rizab Alam Semulajadi ni juga ada menyediakan program-program pendidikan mengenai alam semulajadi khusus buat pelajar dan penduduk tempatan negeri ini serta pelancong yang datang ke sini sama ada dari dalam atau pun luar negara yang mana diharapkan ianya akan agar dapat memberikan lagi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Jadi kalau anda bercuti ke pusat peranginan ni bolehlah join sekali jika ada program pendidikan yang ditawarkan di sini agar percutian anda ke sini menjadi lebih menarik.
Resort Rasa Ria ni menyediakan banyak aktiviti yang boleh anda lakukan jika datang menjadi tetami di sini dan dianggarkan lebih daripada 60 aktiviti yang boleh dilakukan sama ada aktiviti di darat mahu pun aktiviti di air. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah seperti bermain golf yang mana padang golf ni mempunyai 18 lubang kesemuanya dengan keluasan kira-kira 3 km. atau diurus oleh pihak, aktiviti lain ialah mandi di kolam renang, terdapat 2 kolam renang di sini yang berada di luar iaitu kawasan terbuka. Aktiviti lain adalah berjalan atau bersiar-siar ditepi pantai yang mana pantai ni memang agak panjang iaitu lebih kurrang 3 km panjang, kalau tidak mahu berjalan boleh bertanya pihak resort jika ingin menyewa kuda untuk ditunggang di tepi pantai tersebut, tapi kalau anda takut atau tidak berani tunggang kuda tu bolehlah sewa basikal sahaja untuk bersiar-siar di pantai. Atau anda juga mungkin boleh berjalan bersiar di kawasan rizab sambil melihat keindahan hutan tropika yang masih asli lagi tapi perlu kebenaran daripada pihak resort terlebih dahulu. Selain itu aktiviti yang boleh anda buat jika ke sini ialah bermain sukan air seperti jet ski, bot pisang, berenang dan lain-lain lagi yang penting jika buat aktiviti di laut pastikan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Kemudahan dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh pihak resort untuk para tetamu sememangnya sangat menarik kerana ianya bertujuan agar setiap tetamu yang datang akan merasa selesa sepanjang mereka berada di resort ni sekaligus dapat menarik lagi minat mereka untuk datang semula. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah seperti pusat kecergasan atau gym, kolam renang, tempat letak kereta percuma, kemudahan dan peralatan untuk sukan di air, wifi percuma di seluruh kawasan resort, kerusi roda untuk bayi, perkhidmatan dobi dan cucian kering biasanya perkhidmatan ni daripada jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Selain tu di sini ada juga kedai hadiah atau cenderahati yang boleh dikunjung oleh anda sekiranya ingin mencari hadiah untuk di bawa pulang ke tempat masing-masing nanti. Tapak permainan untuk kanak-kanak pun ada disediakan sama ada di dalam atau pun di luar, jadi anda boleh pilih tempat bermain untuk anak anda sekiranya membawa mereka bersama ke sini. Yang menariknya di sini juga ada menyediakan kemudahan atau perkhidmatan shuttle lapangan terbang atau biasa orang sebut macam bas lapangan terbang pergi dan balik dari lapangan terbang secara percuma jadi kalau buat tempahan ke sini pastikan anda bertanya dengan pihak resort. Secara ringkas di bawah ni adalah senarai kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Kolam renang
02. Pusat gim
03. Wifi percuma
04. Padang golf
05. Peralatan sukan air
06. Khidmat dobi
07. Basikal sewa
08. Kuda untuk sewa
09. Ruangan bagasi
10. Tukaran mata wang
11. Permainan kanak-kanak
12. Golf mini
13. Pusat spa & kesihatan
14. Kelas yoga
15. Bilik permainan
16. Tempat letak kereta percuma
17. 5 buah restoran (termasuk halal)
Sebenarnya memang banyak aktiviti, kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah pun disediakan di sini jadi kalau anda mahu lihat atau baca mengenai aktiviti dan kemudahan yang ada di sini bolehlah lawati laman web rasmi Shangri-La Rasa Ria ni ya. Bila anda sudah datang menginap di sini mungkin jika ada masa boleh melawat beberapa tempat menarik yang berada berdekatan dengan Rasa Ria Resort ni sebab banyak juga tempat menarik yang terletak tidak jauh dari sini contohnya seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pantai Sabandar
02. Pekan Koboi Sabandar
03. Peak Of Hope
04. Pantai Karambunai
05. Borneo Recreation Tour
06. Bukit Bungalio
07. Pantai ODEC UMS
08. Pantai Kg. Kebagu
09. Dalit Bay Golf & Country Club
10. Chanteek Borneo Museum
11. Taman Buaya Tuaran
12. Borneo Ant House
13. River Bay Beach
14. Rumah Terbalik
15. 3D Wonders Museum
16. Pantai Dalit
17. Gunung Alab
Sekiranya anda mahu ke sini dan datang dari Bandar Kota Kinabalu atau dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) bolehlah memandu kereta sendiri terus ke resort ini tetapi jika anda tidak ada kereta sendiri pun tidak mengapa sebab anda boleh juga sewa perkhidmatan e-hailing untuk lebih cepat dan mudah, lagi pun lokasinya tidak jauh jadi tambangnya adalah agak murah. Atau anda juga boleh ikut dengan bas lapangan terbang yang disediakan khas oleh pihak resort di Lapangan Terbang KK untuk tetamu mereka yang sudah buat tempahan, jadi kalau anda sudah buat tempahan dan bolehlah ikut bas ni yang disediakan secara percuma untuk pergi dan balik dari lapangan terbang.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Shangri-La Rasa Ria di alamat seperti di bawah ini.
Shangri-La Rasa Ria
P.O.Box 600,
89208, Tuaran,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
Telefon : +6088 797 888
Email : malaysiarasaria@shangri-la.com
Website : Shangri-La Rasa Ria
Email : malaysiarasaria@shangri-la.com
Website : Shangri-La Rasa Ria
Ulasan
Catat Ulasan