Shangri-La Tanjung Aru Resort merupakan salah satu resort menarik di Sabah dan resort ini adalah satu daripada dua resort dimiliki Shangri-La yang berada di negeri ini. Resort ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 7 km daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR) juga merupakan salah satu daripada resort peranginan terkenal yang terdapat di daerah
Kota Kinabalu bertaraf 5 bintang dan mempunyai keluasan kira-kira 25 ekar dengan kedudukannya atau lokasi resort ini yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Resort STAR ni dibina pada tahun 1983 dan terletak di lokasi strategik iaitu di Tanjung Aru, lebih kurang 7 km atau kira-kira 10 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Resot yang juga pusat peranginan mewah ini dimiliki oleh Kumpulan Yayasan Sabah yang mana Yayasan Sabah merupakan pemegang ekuiti yang paling banyak iaitu sebanyak 60 peratus. Resort ini sememangnya sudah cukup terkenal bukan saja dikalangan penduduk tempatan tetapi juga pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini untuk bercuti dan tempat ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana lokasi yang lebih mudah untuk dikunjungi dan juga keindahan pemandangan ke arah laut yang cukup indah lebih-lebih lagi suasana ketika matahari terbenam (sunset) yang mana dikatakan pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru ni merupakan antara yang tercantik di dunia, selain itu landskap di resort ini pun kelihatan menarik lebih-lebih lagi dengan banyak pokok palma yang ditanam menghiasi sekitar kawasan resort dan dari sini juga anda akan dapat melihat keindahan beberapa pulau kecil di laut yang berada di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman, jadi tidak hairanlah kalau resort ni sering dikunjungi tetamu terutama ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pun cuti dihujung minggu dan memenangi banyak anugerah termasuklah anugerah Pemenang Anugerah Gaya Hidup Mewah 2023 dalam kategori Resort Mewah Tepi Laut Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
Sesuai dengan resort yang bertaraf 5 bintang, sudah tentulah banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan resort agar dapat memastikan para tetamu mereka lebih merasa selesa serta merasa percutian mereka ke sini berbaloi dengan kemudahan yang memuaskan hati sepanjang mereka berada di resort ini tidak kira tetamu tu datang untuk lawatan sehari atau pun untuk menginap di resort ini. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada sudah tentulah yang pertama ialah penginapan atau hotel bertaraf 5 bintang dan terletak di tepi pantai yang menghadap ke arah laut yang cukup indah, yang mana dari bilik pun anda boleh lihat keindahan laut dan beberapa pulau kecil yang berada di lautan. Terdapat 498 bilik kesemuanya di sini dengan corak bertemakan alam semula jadi Borneo dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, peralatan dan juga perkhidmatan yang boleh digunakan oleh para tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang ada di bilik ialah seperti penghawa dingin, TV LCD satelit, pengering rambut, almari pakaian, peralatan buat minuman segera seperti kopi atau teh, tuala dan jubah mandi, selipar, kelengkapan peralatan mandian, beranda tempat untuk anda duduk lepak sambil melihat keindahan lautan, telefon bilik, air botol minuman percuma, tab mandi, bagi yang malas mahu kemas bilik boleh dapatkan khidmat bersihkan bilik yang disediakan oleh pihak resort setiap hari, peti keselamatan di dalam bilik juga ada disediakan, penggera atau pengesan asap dan pelbagai lagi kemudahan lain yang telah disediakan untuk kegunaan tetamu. Perlu diambil perhatian bahawa bilik di sini adalah kawasan yang dilarang merokok, oleh itu jika anda ingin merokok perlulah bertanya dengan pihak kakitangan resort yang bertugas di mana tempat yang dikhas untuk ini, selain itu haiwan peliharaan juga tidak boleh di bawa masuk ke dalam bilik.
Kemudahan lain yang ada ialah terdapat 6 buah restoran atau tempat makan yang boleh tetamu pilih untuk menjamu selera dengan pelbagai jenis menu hidangan sama ada makanan tempatan mahu pun antarabangsa dan bagi mereka yang mahu rasa pelbagai jenis makanan boleh ke restoran atau Cafe TATU yang menyediakan pelbagai jenis makanan ketika sarapan pagi dan juga makan malam yang dibuat secara terbuka atau biasa orang sebut bufet. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada dibina kolam renang untuk orang dewasa dan juga kolam renang untuk kanak-kanak yang mempunyai tapak permainan seperti papan gelongsor. Kolam ni berdekatan sahaja antara satu sama lain jadi bolehlah anda bawa anak-anak ke sini bermain atau mandi di kolam yang dikhaskan untuk mereka. Selain itu terdapat juga kedai serbaneka di sini untuk anda membeli barangan keperluan jika ada yang kurang dan jika ingin membeil cenderahati pun boleh juga di sini sebab ada kedai cenderahati di sini untuk anda beli barangan hadiah cenderahati untuk di bawa balik ke tempat asal masing-masing agar dapat dibuat atau dijadikan sebagai kenangan percutian anda ke sini, pelbagai banyak jenis barang cenderahati yang biasanya berkaitan dengan negeri ini seperti pakaian yang ada corak kebudayaan masyarakat Sabah, kraftangan buatan penduduk tempatan seperti manik, beg, scarve dan sebagainya, cenderahati seperti papan kekunci dengan gambar Gunung Kinabalu atau Orang Utan, cenderahati barang perhiasan seperti Mutiara Sabah dan lain-lain lagi cenderahati yang lain. Jadi dengan adanya kedai cenderahati ni ianya adalah lebih mudah buat anda jika membeli di sini sebab tidak perlu risau pasal keasliannya contohnya ketika membeli Mutiara Sabah. Kemudahan dan perkhidmatan yang lain ialah terdapat juga peralatan yang disediakan di sini kepada mereka yang mahu melakukan sukan air seperti peralatan berenang, snorkeling, berkayak, meluncur, jet ski dan menyelam.
Bagi memudahkan para tetamu sentiasa berhubung dengan keluarga, rakan, atau rakan sekerja, pihak resort juga ada menyediakan kemudahan internet secara percuma di semua kawasan resort dan dalam bilik sama ada internet menggunakan kebel atau tanpa wayar iaitu wireless. Tapi biasanya kalau yang guna kabel LAN ni hanya terdapat di dalam bilik sahaja untuk memudahkan tetamu melakukan kerja atau buat mesyuarat secara dalam talian agar ianya lebih stabil. Selain itu terdapat juga kemudahan bilik atau dewan untuk tujuan buat acara, majlis, mesyuarat, seminar, konvensyen dan sebagainya, jadi kalau anda ingin buat majlis seperti perkahwinan bolehlah menyewa dewan yang ada di sini lagi pun dewan dan bilik ni semua dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan seperti pentas, projektor, meja, kerusi, paparan LED, mikrofon dan lain-lain lagi. Kalau anda mahu sewa dewan dan bilik ni perlulah buat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat menguruskan semua peralatan dan keperluan lain yang akan diperlukan untuk majlis anda itu nanti dan jika anda tempah awal dapatlah juga pihak resort memastikan ada kekosongan tempat pada tarikh dan masa yang anda pilih. Bagi yang datang dari jauh dan ke negeri ini dengan menaiki kapal terbang boleh dapatkan kemudahan dan perkhidmatan shuttle lapangan terbang yang mana pihak resort akan menyediakan pengangkutan untuk mengambil anda dari atau ke lapangan terbang yang akan memudahakn perjalanan anda pergi dan balik dari resort ini, seperti biasa pengangkutan shuttle lapangan terbang ni juga perlu ditempah awal iaitu bersama-sama ketika anda buat tempahan penginapan di sini. Banyak lagi sebenarnya kemudahan lain yang ada dan untuk lebih lanjut anda boleh lihat di laman web rasmi Shangri-La Tanjung Aru, dan untuk lebih ringkas di bawah ni adalah senarai beberapa kemudahan yang ada :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan
02. Restoran
03. Bilik gim
04. Kolam renang
05. Dewan atau bilik acara
06. Kedai serbaneka
07. Kedai cenderahati
08. Shuttle lapangan terbang
09. Khidmat dobi & cucian kering
10. Air botol minuman percuma
11. Menu kanak-kanak
12. Ruang permainan kanak-kanak
13. Kemudahan internet
14. Tempat letak kereta percuma
15. Peralatan buat kopi
16. Padang golf
17. Ruang simpan bagasi
18. CCTV tempat umum 24 jam
19. Pengawal keselamatan 24 jam
20. Kemudahan BBQ
Resort ini dikendalikan atau diurus oleh pihak pengurusan resort yang juga disebut STAR Marina yang mana STAR Marina ni banyak menyediakan atau menawarkan aktiviti-aktiviti menarik untuk menjadi pilihan kepada para tetamu yang menginap di sini. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh pihak di sini adalah seperti beberapa sukan air iaitu jet ski, e-foiling, banana bot, snorkeling dan bermacam-macam lagi aktiviti sukan air yang lain. Aktiviti yang selalu dinantikan atau ditunggu-tunggu oleh tetamu yang datang bercuti ke sini adalah lawatan sehari ke beberapa kawasasan terumbu karang dan juga ke pulau menarik terletak berhampiran yang terdapat di dalam Taman Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu iaitu seperti Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan juga Pulau Sapi. Untuk aktiviti lawatan ini anda akan bertolak dari jeti yang telah pun disediakan di resort ini dengan menaiki sama ada bot laju atau kapal persiaran, ianya mungkin mengikut keperluan atau permintaan daripada para tetamu kalau ramai mungkin sesuai untuk naik kapal persiaran tetapi kalau tidak ramai yang ikut mungkin boleh naik bot laju sahaja. Selain itu aktiviti lain yang boleh anda lakukan di resort ini adalah mandi di kolam renang yang terdapat di resort tanpa mengira umur, anda boleh mandi di sini pada pada watu operasi kolam tersebut dan terdapat 2 pilihan iaitu sama ada mandi di kolam yang terbuka atau pun tertutup. Bagi kanak-kanak pula mereka boleh buat aktiviti mandi di kolam renang yang dikhaskan untuk mereka dan di sini ada juga gelongsor untuk mereka bermain jadi ianya sudah pasti akan menggembirakan diri mereka ketika datang ke resort ini. Cuma perlu pastikan jika anda membawa anak-anak mandi di kolam sentiasalah jaga keselamatan mereka walaupun kolam untuk kanak-kanak tidaklah dalam tapi perlu juga ada pengawasan daripada ahli keluarga ketika melakukan aktiviti ini.
Bagi yang mahu lakukan aktiviti sukan air tu anda boleh dapatkan peralatan yang disediakan oleh pihak resort, antara aktiviti sukan air yang boleh anda buat di sini ialah menyelam, e-foiling, jet ski, naik bot pisang, kapal layar dan sebagainya. Seperti biasa pastikan jaga keselamatan diri ketika buat aktiviti sukan air ni sebab sukan air ni biasanya dibuat di laut, jadi untuk lebih berhati-hati sentiasalah jaga keselamatan seperti memakai jaket keselamatan dan patuhi segala peraturan yang telah diberikan oleh pihak resort untuk aktiviti tersebut. Kalau tidak mahu buat sukan air mungkin anda boleh buat aktiviti bersenam di bilik kecergasan atau gim dengan pelbagai peralatan yang boleh digunakan tapi perlu dapat kebenaran daripada pihak resort terlebih dahulu, atau mungkin anda boleh buat aktiviti lain seperti main golf, main pingpong, main tenis dan beberapa lain permainan lain yang berada di kawasan resort. Jika mahu buat aktiviti yoga pun ada di sini iaitu dengan mengikuti kelas yoga yang telah disediakan dan di atur oleh pihak pengurusan di sini dan anda perlulah mendaftar untuk mengikuti kelas ni. Untuk aktiviti lain mungkin anda boleh lihat juga di laman web rasmi resot ni, dan jika anda mahu buat aktiviti seperti lawatan peribadi bersama keluarga ke beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu pun boleh juga dan antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi untuk aktiviti lawatan tidak kira sama ada anda ikut pihak resort atau anda sendiri yang pergi bersama keluarga ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pantai Tanjung Aru
02. Signal Hill Observatory Platform
03. Muzium Negeri Sabah
04. Taman Peringatan Double Six
05. Taman Perdana
06. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
07. Masjid Negeri Sabah
08. Menara Jam Atkinson
09. Menara Tun Mustapha
10. Tanjung Lipat Likas
11. Green Cottage Trading
12. Pantai Teluk Likas
13. Pulau Manukan
14. Pulau Mamutik
15. Pulau Gaya
16. Pulau Sapi
15. Pasar Minggu Jalan Gaya
16. Keretapi Borneo Utara
17. Taman Marin Tunku Abdul Rahman
18. Balai Seni Lukis Sabah
Kalau mahu ke sini dari Bandar Kota Kinabalu atau dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) anda bolehlah mendapatkan kemudahan shuttle lapangan terbang yang disediakan oleh pihak resort ketika anda membuat tempahan bilik, tapi kemudahan ni akan dikenakan bayaran sedikit. Selain itu jika anda adalah tetamu dari daerah lain di negeri ini dan ada kereta sendiri bolehlah memandu sendiri terus ke resort ini yang terletak di Tanjung Aru, jika anda tidak ada kereta sendiri pun tidak mengapa sebab anda anda boleh naik bas ke Kota Kinabalu kemudian boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk lebih cepat dan mudah, lagi pun lokasinya tidak jauh jadi tambangnya tidaklah mahal sangat. Apa pun ianya terpulang pada anda ingin ikut cara mana sekali pun sebab yang penting adalah anda selamat sampai ke destinasi iaitu di Shangri-La Tanjung Aru Resort
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Shangri-La Tanjung Aru di alamat seperti di bawah ini.
Shangri-La Tanjung Aru
No. 20, Jalan Aru,
Tanjung Aru, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 327 888
Email : kotakinabalu@shangri-la.com
Website : Shangri-La Tanjung Aru
Email : kotakinabalu@shangri-la.com
Website : Shangri-La Tanjung Aru
Ulasan
Catat Ulasan