Langkau ke kandungan utama

Silam Coast Conservation Area

Silam Coast Conservation Area (SCCA) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai anda lawati untuk aktiviti berkelah, berkhemah dan beberapa aktiviti lain lagi sama ada anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke daerah ini. Tempat ini adalah sebuah kawasan pemuliharaan pantai yang terletak di Silam, Lahad Datu dan ianya berada dibawah pengurusan Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar Kumpulan Yayasan Sabah. Silam Coast terletak dalam daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 27 km atau pun kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah.

SILAM COAST


Kredit gambar : Silamcoast


Kredit gambar : Silamcoast




Kredit gambar : Silamcoast

Silam Coast Conservation Area merupakan salah satu tempat menarik dalam daerah Tawau yang boleh anda datang kunjungi sama ada untuk lawatan sehari dan boleh juga kalau mahu memilih untuk ke sini dan bermalam sehari atau beberapa hari. Kalau anda mencari tempat bercuti bersama keluarga atau pun bersama rakan-rakan bolehlah mempertimbangkan untuk memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda yang seterusnya. Tempat ini boleh dikira agak jauh juga dari bandar, oleh itu suasana di sini lebih tenang dan aman sesuai untuk anda yang mahukan tempat bercuti yang menenangkan, lagi pun tempat ini yang terletak ditepi pantai memang sangat sesuai buat anda yang sukakan landskap seperti ini. Jika anda bercadang untuk datang bercuti ke SCCA adalah sangat disarankan menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk memastikan tempat tersebut buka pada tarikh dan masa yang anda bercadang datang. Tempat ini adalah sebuah kawasan pemuliharaan yang berada dibawah pengurusan Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar Kumpulan Yayasan Sabah dan tempat ini terletak di daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah. Dari simpang jalan raya utama ke tempat adalah sekitar 3 km dan jalan tersebut adalah bersimen dan separuh lagi adalah tidak bersimen, oleh itu sekiranya anda pandu kereta kecil tidak menjadi masalah juga cuma mungkin harus perlahan sedikit dan jalanan tersebut tidak luas jadi harus sentiasa berhati-hati. Memang seronok dapat bercuti ke tempat ini kerana bukan sahaja lokasinya yang berhampiran dengan pantai tetapi juga terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dibuat apabila anda ke sini sama ada aktiviti di darat mahu pun di laut, tempat ini juga sangat bersih dan cantik sesuai untuk keluarga. Sekiranya anda memang bercadang untuk datang bercuti ke sini maka adalah sangat digalakkan untuk anda membuat tempahan lebih awal, ini disebabkan kadangkala tempat ini ada ramai pengunjung terutamanya ketika musim cuti, maka untuk memudahkan segala urusan percutian anda ke tempat ini adalah lebih baik tempahan awal.

Di sini ada juga disediakan pelbagai kemudahan agar setiap prngunjung yang datang akan berpuas hati serta merasa lebih selesa sepanjang mereka berada di tempat ini bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Antara kemudahan yang tersedia di sini ialah penginapan dan bilik penginapan haruslah anda tempah terlebih dahulu sebelum datang ke sini agar pihak pengurusan tempat ini dapat memastikan ada kekosongan tempat penginapan tersebut pada tarikh dan masa yang anda pilih, setiap penginapan ini pula dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti tilam, katil, bantal, penyaman udara, kipas, tandas, meja, kerusi dan lain-lain lagi, untuk penginapan ini juga anda boleh membuat tempahan sekali dengan makanan, tapi kalau tidak mahu tempah penginapan dengan makan pun tidak menjadi masalah. Kalau menginap di penginapan ni anda boleh juga bawa beberapa peralatan yang mungkin diperlukan iaitu seperti peralatan mandi, tuala mandi dan beberapa lagi barang keperluan yang anda rasakan perlu jika menginap di sini. Biasanya kalau anda ambil pakej yang ditawarkan sendiri oleh pihak Silam Coast Conservation Area untuk menginap di penginapan yang disediakan ini bayaran yang dikenakan adalah sudah termasuk sekali yuran pemuliharaan, bayaran kamera bukan DSLR, makanan jika mahu, bayaran guide dan caj perkhidmatan renjer. Untuk makluman anda setiap penginapan ada 3 bilik, jadi bolehlah sewa 1 bilik sahaja kalau datang tidak ramai ke sini, tetapi kalau ramai mungkin boleh sewa terus satu penginapan tersebut. Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menginap di penginapan ini boleh terus hubungi pihak pengurusan SCCA untuk buat tempahan dan sebaiknya tempah lebih awal agar pihak di sini dapat menyediakan segala keperluan untuk anda nanti. Cuma tidak pasti sama ada harus membayar penuh jika buat tempahan atau boleh bayar separuh harga dan boleh tanya sekali pihak SCCA jika tidak dapat datang adakah bayaran deposit tersebut akan dikembalikan atau pun tidak, kalau tidak rancanglah percutian anda ke sini dengan sebaik mungkin agar dapat datang ke tempat ini tanpa sebarang masalah dan dapat sampai pada tarikh dan masa yang telah anda pilih
.


Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah pondok untuk disewa, terdapat dua jenis pondok iaitu pondok bersaiz besar dan juga bersaiz kecil dengan kadar sewa yang berbeza antara keduanya, jadi dari anda mahu pilih yang mana mengikut jumlah orang dalam kumpulan anda yang datang ke sini. Selain dari dengan adanya pondok ini juga akan lebih memudahkan untuk anda berehat dan meletakkan apa juga barang keperluan. Kalau pondok yang besar mungkin akan lebih memudahkan anda yang mahu ke sini berkhemah sebab dapat mendirikan khemah di pondok besar tersebut sekaligus dapat mengelakkan dari terkena cahaya matahari atau pun hujan. Bagi anda yang mahu ke sini berkhemah bolehlah hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk membuat tempahan menyewa khemah daripada mereka, terutama bagi anda yang mahu ke sini berkhemah dalam kumpulan yang ramai, dengan buat tempahan lebih awal maka dapatlah pihak pengurusan di sini memastikan adanya kekosongan tapak tempat berkhemah pada waktu tersebut dan juga dapat memastikan khemah yang anda ingin sewa tu mencukupi dengan jumlah orang dalam kumpulan anda yang mungkin ramai datang ke sini. Apa pun sekiranya anda ada khemah sendiri maka adalah lebih baik bawa sahaja khemah sendiri dari rumah agar ianya dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda di sini. Selain dari itu di sini juga ada tempt letak kenderaan yang boleh anda letak kereta dikawasan yang telah pun dikhaskan dan tempat letak kereta ini percuma sahaja serta berada di kawasan ini juga, oleh itu tidak perlulah risau tentang keselamatan kereta anda, yang penting letak elok-elok agar pengunjung lain pun dapat meletakkan kereta mereka dengan lebih selesa. Terdapat juga tandas dan bilik mandi yang disediakan di sini buat anda yang datang untuk lawatan sehari atau yang berkhemah diluar, jangan rosakkan atau buang sampah dalam tandas tersebut terutamanya dalam lubang tandas sebab ianya mungkin akan menyebabkan tandas itu tersebut dan menyukarkan orang lain atau anda sendiri menggunakannya.

Pondok untuk masak bbq pun ada kalau anda mahu memasak sendiri di tempat ini tetapi sila pastikan hubungi pihak pengurusan di sini lebih dahulu untuk memastikan mereka ada sediakan semua peralatan termasuk arang untuk disewa bila ingin masak bbq nanti. Selain daripada itu ada juga meja dan bangku yang disediakan di luar berhampiran dan berhadapan pantai yang sudah pasti akan memberikan satu pemandangan yang cukup indah dan cantik sambil menjamu selera di meja tersebut. Singki air pun ada yang membolehkan anda mencuci peralatan untuk makan seperti pinggan, sudu dan gelas. Walaupun di sini ada kemudahan air bersih yang disediakan bagi tujuan mencuci, mandi, memasak dan pelbagai lagi keperluan lain tapi anda haruslah juga berjimat dan kalau sudah guna paip tu pastikan tutup semula agar tidak membazir. Kemudahan peralatan sukan air juga ada disediakan di sini seperti kayak, bot, dan juga peralatan untuk snorkeling yang boleh anda sewa sekiranya minat. Banyak lagi kemudahan lain yang ada di sini sebenarnya kalau anda ingin mengetahui kemudahan lain yang ada bolehlah menghubungi pihak SCCA atau boleh lihat di laman web dan laman sosial mereka. Untuk lebih memudahkan dan menjimatkan perbelanjaan, anda boleh bawa beberapa barangan keperluan yang dirasakan perlu untuk kegunaan anda di sini nanti sama ada bermalam dengan menginap di penginapan atau pun berkhemah dan antara barang yang mungkin perlu anda bawa ialah seperti :

Barang di bawa :

01. Pakaian lebih
02. Makanan basah
03. Tempat makanan basah
04. Khemah
05. Minuman
06. Baju untuk aktiviti
07. Baju tebal
08. Ubat peribadi
09. Duit poket
10. Pakaian lebih
11. Baju mandi sesuai
12. Lampu suluh
13. Peralatan makan
14. Tali
15. Tuala
16. Peralatan mandi
17. Kamera
18. Powerbank
19. Kompas
20. Bantal
21. Selimut
22. Beg tidur
23. Pisau lipat
24. Sejadah
25. Telekung


Ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bila datang bercuti ke Silam Coast Conservation Area ini dan antara aktiviti tersebut sini anda adalah seperti berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan dengan duduk berehat di tepi pantai sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas dihadapan. Selain itu di sini juga anda boleh lakukan aktiviti perkhemahan di sini tidak kira perseorang bersama ahli keluarga ataupun bersama rakan sekerja dan rakan sekolah bersama guru-guru. Tempat ini memang sesuai untuk aktiviti perkhemahan sebab tanahnya yang rata dan rumputnya tumbuh segar serta tidak berbatu yang membolehkan anda memasang khemah dan baring didalamnya dengan lebih selesa dan kawasan tapak perkhemahan di sini pun boleh dikira agak luas dan yang penting ianya dalam keadaan bersih. Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi untuk berkhemah di sini anda boleh pilih sama ada mahu menyewa khemah yang disediakan pihak SCCA atau boleh juga membawa khemah sendiri dari rumah jika mahu lebih jimatkan kos perbelanjaan dan jangan lupa untuk membuat tempahan khemah serta tapak perkhemahan untuk memudahkan lagi urusan perkhemahan anda di tempat ini. Selain dari itu anda juga boleh buat aktiviti bbq di sini terutamanya bagi mereka yang mahu tinggal bermalam di tempat ini dan biasanya semua peralatan akan disediakan pihak pengurusan SCCA tetapi untuk lebih pasti sebaiknya anda menghubungi dahulu pihak mereka agar dapat dipastikan dan membolehkan anda membuat persiapan apa keperluan yang mungkin tidak ada di sana yang patut anda bawa. Pastikan juga anda bawa makanan basah untuk dimasak nanti dan kalau ada tempat simpan makanan basah tersebut adalah baik untuk dibawa sekali ke sini agar makanan tersebut tidak mudah rosak. Peralatan untuk guna ketika makanan kalau tidak ada disediakan di sini boleh bawa dari rumah atau beli sahaja yang pakai buang, tapi pastikan buang dalam tong sampah yang disediakan.

Aktiviti lain ialah dengan melakukan aktiviti di laut seperti snorkeling, berkayak dan bot cruise yang mana untuk aktiviti ini semua peralatannya akan disediakan pihak pengurusan yang mungkin anda perlu sewa dengan kadar bayaran tertentu. Aktiviti ini di laut jadi pastikan anda mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan kalau ada keperluan yang perlu disewa bolehlah sewa saja seperti jaket untuk keselamatan dan lain-lain lagi. Terdapat juga aktiviti didarat yang boleh anda lakukan iaitu seperti buat jungle trekking atau meredah hutan, memerhati burung dan melihat hidupan liar, aktiviti ini juga ada bayaran tertentu dikenakan kecuali mereka yang ada ambil pakej yang disediakan oleh pihak SCCA dan pakej ni biasanya sekali dengan penginapan chalet dan aktiviti meredah hutan ni biasanya akan ada juga guide yang akan membawa kumpulan anda ke hutan dan pastikan juga ikuti semua peraturan yang telah ditetapkan dan ikut apa yang guide anda benarkan atau tidak benarkan ketika melakukan aktiviti ini. Memang seronok dapat datang ke sini sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik yang telah disedia oleh pihak pengurusan, apa pun juga aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan utamakan keselamatan terlebih dahulu terutama sekali jika ada membawa anak kecil dan jalan bersiar di kawasan pantai dan kalau boleh janganlah biarkan anak anda main atau berjalan sendirian tanpa pengawasan daripada anda sebab keselamatan mereka adalah tanggungjawab anda sendiri. Setiap aktiviti yang dilakukan pastikan juga tidak ada sampah yang dibuah merata tempat terutama ketika masak bbq dan menjamu selera, ini adalah agar dapat memastikan kawasan tempat ini sentiasa bersih dan catik untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung datang pada masa hadapan.

Waktu operasi :
Tempahan digalakkan

Untuk kadar bayaran masuk, membuat tempahan dan ingin membuat sebarang pertanyaan sebaiknya anda menghubungi terus dengan pihak pengurusan Silam Coast Conservation Area seperti alamat yang ada di bawah ini

Hubungi :
Silam Coast Conservation Area
91100, Lahad Datu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6017 348 8433
Website Fb :
SCCA


Ulasan