Sinurambi Tambunan atau Tambunan View Point merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Menara Sinurambi view point ini terletak di dalam daerah Tambunan, Sabah.
SINURAMBI TAMBUNAN
Sinurambi Tambunan adalah salah satu tempat menarik di Tambunan yang patut anda pergi dan kunjungi sekiranya datang ke daerah Tambunan kerana tempat ini menyajikan satu pemandangan yang sangat menarik. Ia terletak di Kampung Dalungan dan juga dikenali dengan beberapa panggilan iaitu seperti Tambunan View Point dan Menara Sinurambi. Menara ini telah dibuka kepada kunjungan orang ramai pada bulan Disember 2016 dan mempunyai ketinggian kira-kira 45 kaki atau 17 meter. Pembinaan menara ini adalah haisl cetusan idea daripada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada masa itu.
Menara ini diperbuat daripada besi dengan reka bentuk seperti wakid iaitu sejenis bakul tradisional yang diperbuat daripada buluh dan sering digunakan penduduk tempatan dalam kehidupan seharian mereka seperti pergi ke kebun, sawah, beli barang, dan lain-lain lagi kegunaan seharian. Warna menara ini juga dicat dengan menggunakan warna yang seakan-akan warna buluh kerana buluh adalah salah satu pokok yang banyak digunakan di daerah ini untuk membuat peralatan atau kraftangan tradisional.
Jika datang melawat ke sini anda akan dapat melihat keindahan pemandangan yang cukup indah dari atas menara. Anda boleh melihat pemandangan daerah Tambunan, daerah Keningau dan yang paling menariknya adalah anda dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu terutamanya ketika waktu pagi atau ketika cuaca cerah sambil merasai tiupan angin yang segar. Di sini juga anda akan dapat melihat keindahan matahari terbenam di waktu petang yang cukup indah.
Walaupun menara ini ada 3 tingkat semuanya dan cukup tahan, namun anda tidak dibenarkan terlalu ramai pada tingkat yang sama dalam satu-satu masa. Setiap tingkat hanya boleh dalam 10-15 orang saja dalam satu-satu masa, jadi untuk semua tingkat tingkat dalam 40-50 orang sahaja dalam satu masa. Contohnya tingkat tersebut satu ada 10 orang, tingkat dua ada 10 orang dan tingkat tiga ada 10 orang. Tidak boleh 50 orang tu pada tingkat yang sama dalam satu masa. Ini adalah untuk kebaikan dan menjaga keselamatan anda yang datang ke sini. Apa pun boleh tanya petugas yang menjaga di sini untuk jumlah terkini menaiki menara tersebut.
Untuk ke sini, pelancong atau pengunjung sebaiknya memandu kenderaan anda sendiri atau kalau tiada kereta boleh juga menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan anda ke sini dan seterusnya pulang semua ke tempat anda. Anda juga boleh melancong ke tempat menarik yang lain disekita daerah ini seperti di Air Terjun Mahua, Batu Gong dan lain-lain lagi.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang
Bayaran masuk :
Semua : Percuma (tapi perlu daftar nama)
Nota :
01. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke sini
02. Ada kemudahan tandas di sini
03. Pakai pakaian sesuai terutamanya wanita (sebab angin kuat)

Ulasan
Catat Ulasan