Sondot View Camp merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Lokasi pelancongan ini terletak daerah Kota Belud, Sabah iaitu lebih kurang 80 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.
SONDOT VIEW CAMP
Kredit gambar : Veroalex
Untuk ke sini anda boleh naik bas ekpress dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, bas ekpress terletak di terminal bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang dengan harga tambang sekitar RM10.00. Selepas sampai ke Kota Belud anda boleh menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke sini. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus saja ke tempat ini. Jalan ke tempat pelancongan ini juga adalah berturap jadi lebih mudah untuk anda memandu ke sini dan meletakkan kereta anda dekat dengan tempat penginapan atau perkhemahan. Tapi pastikan membuat tempahan terlebih dahulu supaya pihak pengurusan di sini boleh menyediakan tempat penginapan atau perkhemahan anda.
Waktu operasi :
Berkhemah/bermalam : Setiap masa
Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Harga ini juga adalah tidak termasuk harga untuk sewa peralatan lain. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut serta tempahan boleh hubungi Sondot View Camp seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Kredit gambar : Veroalex
Sondot View Camp adalah salah sebuah tempat menarik di Kota Belud yang sudah pasti amat sesuai kepada mereka-mereka yang sangat berminat dengan aktiviti berkhemah di bawah kilauan bintang dan sinaran bulan di malam hari. Tempat ini sebenarnya merupakan sebuah kawasan tapak perkhemahan yang mempunyai pemandangan cantik serta indah yang sudah pasti sesuai untuk kunjungan sesisi keluarga sekiranya mahu bercuti sambil berkhemah di tempat ini. Tapak perkhemahan ni terletak di dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 26 km atau 30 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud atau lebih kurang 80 km atau kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini sememangnya sangat sesuai kepada mereka yang suka dengan aktiviti berkhemah sambil melakukan pelbagai lagi aktiviti yang menarik lain.
Kawasan tapak perkhemahan ini tidak jauh dari tapak perkhemahan yang sering dikunjungi oleh orang ramai iaitu Polumpung Melangkap View Campsite, jaraknya ialah cuma lebih kurang 5 minit perjalanan sahaja, tetapi masih ramai lagi yang belum tahu akan adanya Sondot View Camp ini. Pemandangan di Sondot View Camp juga amat cantik dan menakjubkan kerana di sini juga anda boleh lihat dengan jelas Gunung Kinabalu yang berdiri megah dengan sungai yang mengalir jernih dan sejuk yang boleh anda dan keluarga atau rakan-rakan duduk ditepinya berkelah sambil menghirup udara yang segar. Selain itu pemandangan pada waktu malam di sini juga sebenarnya amat cantik dengan sinaran cahaya bulan dan bintang yang pasti akan membuatkan anda terpesona. Tapi terpulang juga sekiranya pada waktu malam itu cuacanya adalah terang, kalau semasa musim hujan cahaya bulan dan bintang tidaklah kelihatan.
Sekiranya bercadang untuk datang ke sini, anda boleh pilih sama ada untuk melawat dalam sehari saja atau boleh pilih untuk bermalam dengan berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan atau sewa pondok untuk bermalam. Tetapi sebaiknya anda berkhemah dan bermalam di sini agar dapat melihat lebih banyak keindahan alam semulajadi termasuklah keindahan suasana malam, lagi pun tempat ini sebuah kawasan tapak perkhemahan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk para pengunjung yang datang. Bagi mereka yang tidak mempunyai peralatan khemah, tidak perlu risau sebab anda boleh sewa peralatan perkhemahan dari pihak pengurusan Sondot View Camp di sini dan kalau tidak pandai pasang boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan. Bagi yang tidak biasa tidur di dalam khemah, anda boleh juga menyewa pondok.
Sekiranya bercadang untuk datang ke sini, anda boleh pilih sama ada untuk melawat dalam sehari saja atau boleh pilih untuk bermalam dengan berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan atau sewa pondok untuk bermalam. Tetapi sebaiknya anda berkhemah dan bermalam di sini agar dapat melihat lebih banyak keindahan alam semulajadi termasuklah keindahan suasana malam, lagi pun tempat ini sebuah kawasan tapak perkhemahan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk para pengunjung yang datang. Bagi mereka yang tidak mempunyai peralatan khemah, tidak perlu risau sebab anda boleh sewa peralatan perkhemahan dari pihak pengurusan Sondot View Camp di sini dan kalau tidak pandai pasang boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan. Bagi yang tidak biasa tidur di dalam khemah, anda boleh juga menyewa pondok.
Di sini juga ada menyediakan jualan barang runcit (barang kering saja) dan ada juga beberapa menu makanan, tetapi menu makanan mungkin tidak berapa banyak pilihan, jadi anda bolehlah bawa barang makanan termasuk makanan basah untuk masak barbeque. Set barbeque adalah terhad oleh itu anda sebaiknya membuah tempahan lebih awal dengan pihak pengurusan di sini sekiranya ingin menyewa set barbeque tersebut. Bagi anda yang ada set barbeque sendiri pun boleh bawa juga agar lebih mudah dan hanya perlu sewa tapak barbeque saja sekaligus dapat kurangkan kos anda. Yang penting jangan lupa untuk bawa barang makanan basah/mentah bila ke sini jangan lupa juga bawa tempat untuk simpan baki makanan yang belum di masak agar tidak dihinggapi serangga seperti lalat dan sebagainya. Anda juga boleh bawa makanan ringan dan minuman untuk dimakan pada waktu malam sambil duduk dekat unggun api dan bercerita dengan keluarga atau rakan-rakan.
Sebenarnya memang banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak Sondot View Camp untuk berikan kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung yang datang. Kemudahan ini ada yang percuma, ada yang untuk dibeli atau disewa. Tetapi anda boleh juga membawa barang atau peralatan anda sendiri dan itu adalah lebih digalakkan sebab kemudahan adalah terhad, jadi apabila ramai pengunjung yang datang akan menyukarkan anda untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Antara beberapa kemudahan yang telah disediakan pihak pengurusan di sini ialah seperti :
Kemudahan :
01. Khemah/bantal/tikar
02. Tapak perkhemahan
03. Set barbeque
04. Pondok tradisional
05. Mini kanopi
06. Pengecas telefon
07. Makanan ikan
08. Tandas lelaki
09. Tandas perempuan
10. Bilik persalinan lelaki
11. Bilik persalinan perempuan
12. Bekalan elektrik
13. Kedai runcit (kering saja)
14. Tempat letak kereta
15. Talian (celcom/maxis/u mobile)
16. Gerai mee sup (sabtu saja)
17. Kayak
18. Jaket keselamatan
19. Meja bambu dan kerusi
Aktiviti paling utama pengunjung ke tempat ini adalah aktiviti berkhemah sambil melihat keindahan alam semulajadi yang cukup cantik dan indah berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang pasti akan memberikan satu suasana pemandangan yang mengagumkan. Berkhemah pada waktu malam juga adalah amat menyeronokkan kerana dapat bersama-sama keluaga dan rakan-rakan duduk bercerita tentang kehidupan masing-masing sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bagi yang tidak pernah melakukan aktiviti berkhemah pada waktu malam sendiri atau bersama keluarga dan rakan-rakan, bolehlah cuba datang ke sini dan berkhemah yang pasti akan membuatkan anda merasa teruja dan tertarik serta memberikan anda satu pengalaman indah yang sukar dilupakan untuk dijadikan sebagai kenangan.
Sondot View Camp sememangnya antara tempat perkhemahan yang menawarkan banyak aktiviti sama ada aktiviti di darat mahupun aktiviti di sungai. Aktiviti ini terpulang kepada anda mahu ikut atau pun tidak. Tetapi rugi rasanya kalau tidak buat aktiviti yang ditawarkan di sini sebab anda boleh jadikan ia sebagai satu kenangan percutian ke sini lebih-lebih lagi yang datang jauh dari luar daerah Kota Belud dan Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah :
Aktiviti :
01. Mandi sungai
02. Berkhemah
03. Barbeque
04. Pasang unggun api
05. Bergambar
06. Berkayak
07. Berbasikal
08. Main bola tampar
09. Main bola sepak
10. Berkelah
11. Beriadah
12. Sukaneka
13. Bagi makan ikan
14. Jalan-jalan di kolam
15. Jalan-jalan di Sawah padi
16. SPA ikan yang jinak
17. Melihat bintang
18. Main layang-layang
19. Kerja berkumpulan
Sebelum ke sini sebaiknya persiapkan barang keperluan yang perlu di bawa ke sini untuk digunakan, ini adalah bertujuan agar dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda dan juga dapat memudahkan segala aktiviti yang anda lakukan sepanjang berada di tempat ini. Kalau mahu masak bbq di sini pastikan anda bawa makanan basah dari tempat anda, sebab di sini tidak ada jual makanan basah. Senarai di bawah ini adalah antara barang yang mungkin perlu di bawa, kalau ada lagi yang tidak tersenarai bolehlah bawa saja nanti, antara barang yang anda boleh bawa adalah :
Barang perlu bawa :
01. Beg tidur
02. Khemah
03. Pakaian yang cukup
04. Pakaian mandi (di sungai)
05. Tuala mandi
06. Jaket sejuk
07. Baju hujan/payung/topi
08. Selipar jalan
09. Air minuman
10. Makanan basah (bbq)
11. Makanan ringan
12. Penghalau nyamuk
13. Power bank/pengecas
14. Lampu suluh
15. Pemetik api
16. Peti pertolongan cemas
17. Pelampung mandi
18. Selimut/bantal
Untuk ke sini anda boleh naik bas ekpress dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud, bas ekpress terletak di terminal bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang dengan harga tambang sekitar RM10.00. Selepas sampai ke Kota Belud anda boleh menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke sini. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus saja ke tempat ini. Jalan ke tempat pelancongan ini juga adalah berturap jadi lebih mudah untuk anda memandu ke sini dan meletakkan kereta anda dekat dengan tempat penginapan atau perkhemahan. Tapi pastikan membuat tempahan terlebih dahulu supaya pihak pengurusan di sini boleh menyediakan tempat penginapan atau perkhemahan anda.
Waktu operasi :
Berkhemah/bermalam : Setiap masa
Berjalan masuk (Walk in) : 9 pagi - 6 petang
Bayaran masuk (tidak bermalam) :
RM3.00 : Dewasa 13 tahun ke atas (seorang)
RM2.00 : Kanak-kanak 7-12 tahun (seorang)
Percuma : Kanak-kanak bawah 6 tahun
Percuma : Kanak-kanak bawah 6 tahun
Percuma : Oku dan warga emas
Bayaran masuk (Bermalam) :
RM6.00 : Dewasa 13 tahun ke atas (seorang)
RM4.00 : Kanak-kanak 7-12 tahun (seorang)
Percuma : Kanak-kanak 6 tahun ke bawah
Percuma : Oku dan warga emas
Bayaran pakej :
RM20.00 : 3-4 orang + 2 bantal + 1 tikar
RM20.00 : Mini kanopi + 4 kerusi + 1 meja
RM10.00 : 1 pasukan bola tampar (6 orang)
RM20.00 : 2 pasukan bola tampar (12 orang)
Bayaran lain :
RM5.00 : Set barbeque (terhad)
RM5.00 : Meja lipat
RM2.00 : Cas telefon penuh
RM1.00 : Tambahan 1 kerusi
RM5.00 : Pelampung tiub (besar)
RM3.00 : Pelampung tiub (sederhana)
RM5.00 : Pelampung tiub (baring)
RM2.00 : Makanan ikan
Alamat :
Sondot View Camp
Kampung Kebayau,
Kampung Kebayau,
89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 011-3142 6742
Website : Sondot View Camp
Telefon : 011-3142 6742
Website : Sondot View Camp
Ulasan
Catat Ulasan