Spring Hill Cottage merupakan salah satu tempat menarik
di Negeri Sabah yang boleh anda kunjungi dan jadikan sebagai lokasi percutian pada kali ini untuk berehat bersama keluarga tersayang atau pun bersama rakan-rakan dengan suasana yang lebih menenangkan, aman serta menyajikan pemandangan yang cantik dan menawan dengan dihiasi pelbagai jenis pokok bunga dan pokok buah-buahan. Tempat ini terletak di dalam daerah Tawau iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 18 minit perjalanan menaiki kenderaan sendiri dari Pusat Bandar Tawau, Sabah.
Spring Hill Cottage merupakan
salah satu tempat menarik
dalam daerah Tawau yang boleh anda pilih untuk dijadikan sebagai lokasi percutian anda seterusnya tidak kira anda adalah penduduk dari daerah ini, dari luar daerah lain mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke daerah Tawau. Lokasinya yang berada agak jauh sikit dari kesibukan bandar telah menjadikan tempat ini antara yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sebab suasananya yang tenang membolehkan para tetamu berehat dan menenangkan fikiran di sini setelah penat berkerja dalam seminggu, jadi bila ada masa terluang seperti musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu maka ramai ahli keluarga yang datang ke sini bercuti. Lokasi tempat ni terletak di Batu 6, Jalan Apas Tawau iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 18 minit perjalanan naik kereta dari Pusat Bandar Tawau, manakala bagi yang datang dari luar daerah seperti Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah sekitar 457km atau kira-kira 7 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan, jadi kalau anda dari Kota Kinabalu bolehlah pilih untuk menaiki kapal terbang ke Tawau kemudian dari Tawau boleh sewa kereta untuk ke tempat ini. Tempat ini sememangnya bagus untuk anda bercuti rehat dan santai bersama keluarga, walaupun ianya tidaklah sehebat hotel lima bintang tetapi ianya pasti akan membuatkan anda merasa lebih tenang dengan pemandangan alam semulajadi termasuklah ada pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan serta pokok buah-buahan yang menghiasi sekita tempat ini. Oleh itu penduduk di daerah ini dan pelancong dari dalam dan luar negara bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan tempat ni sebagai lokasi anda menginap dan berehat bersama keluarga atau pun rakan-rakan apabila datang berkunjung ke daerah Tawau.
Terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kepara para tetamu yang datang yang mana kemudahan ini adalah bertujuan agar dapat memberikan keselesaan dan memudahkan para tetamu sepanjang mereka berada di sini bercuti. Antara kemudahan yang ada ialah seperti tempat penginapan yang merupakan cottage dan setiap daripada cottage ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di dalamnya seperti katil, selimut, bantal, kerusi, meja, almari pakaian, air minum botol, peralatan buat kopi yang akan memudahkan dan untuk membuat air panas sendiri bila berada di bilik, tandas dan juga bilik mandi ada disediakan. Selain itu bilik ada juga yang mempunyai kipas angin dan juga penghawa dingin serta soket untuk anda mengecas telefon atau peralatan lain seperti laptop dan sebagainya. Dapur juga ada disediakan sekiranya anda mahu memasak di dapur atau boleh juga memilih untuk menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan di sini untuk anda memasak manakala untuk arang BBQ pula anda boleh bawa sendiri dari rumah atau beli saja di sini dengan harga sekitar RM10 untuk 2kg arang. Makanan mentah untuk masak tu anda yang harus sediakan sendiri ya sebab di sini tidak ada menjual bahan makanan untuk anda masak, lagi pun kalau bawa makanan sendiri lagi seronok sebab dapat pilih apa makanan yang kita mahukan. Sila ambil maklum bahawa setiap bilik yang ada di sini adalah kawasan yang dilarang merokok oleh itu sekiranya anda ingin merokok pastikan bertanya dahulu dengan pihak pengurusan di sini iaitu kakitangan yang ada bertugas untuk mengetahui di mana kawasan yang dibenarkan untuk anda merokok. Kemudahan lain ialah di sini juga terdapat kawasan untuk meletakkan kenderaan yang disediakan buat para tetamu yang datang dengan memandu kereta sendiri, oleh itu anda tidak perlulah risau bila memandu kenderaan sendiri ke sini sebab anda boleh letakkan kereta anda dikawasan yang disediakan berhampiran dengan penginapan dan kereta itu juga akan dijaga 24 jam oleh pihak pengurusan Spring Hill Cottage.
Kolam renang juga ada dibina di tempat ini buat anda yang mungkin mahu mandi di kolam tersebut, dan kolam hanya untuk tetamu yang datang menginap sahaja tetapi sekiranya tetamu berkenaan mahu menjemput rakan mereka datang mandi di kolam ni pun boleh juga dengan ada kadar bayaran tertentu untuk masuk ke kolam renang, selain itu kemudahan tandas awam juga turut disediakan di sini yang mungkin boleh digunakan oleh rakan tetamu yang datang hanya untuk berbbq atau mandi di kolam dan kolam renang ini disediakan penutup pada bahagian atasnya agar dapat mengurangkan sinaran matahari ke kawasan tersebut yang mungkin boleh menyebabkan air kolam itu menjadi panas apabila cuaca pada hari tersebut dalam keadaan yang panas dengan terik matahari. Untuk makluman anda, buat masa ini belum ada lagi disediakan perkhidmatan internet secara percuma seperti wifi dan sebagainya, jadi kalau mahu layari internet kena ada data sendiri di telefon anda ya, mungkin satu hari nanti pihak pengurusan tempat ini dapat sediakan internet wifi percuma agar dapat lebih memudahkan para tetamu mereka sekaligus dapat juga menarik minat orang ramai datang ke tempat ini. Kemudahan restoran pun ada juga di sini untuk anda menjamu selera tetapi sebelum ini restoran tersebut hanya buka pada waktu siang sahaja, jadi kalau anda malas mahu memasak sendiri di sini bolehlah makan saja di restoran ini dan untuk makan malam pula boleh bungkus awal-awal dan simpan di bilik, terdapat banyak menu makanan yang ada di restoran ini yang menjadi pilihan anda. Tapi rasanya lebih baik lagi kalau masak sendiri sebab kalau memasak sendiri tidak kira sama ada di dapur atau BBQ makanan tu anda boleh pilih sendiri dan terpulang dari anda juga bila masa mahu memasak dan makan terutamanya pada waktu malam, selain itu masak sendiri juga rasanya lebih menyeronokkan terutama sekali bila dapat buat BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan.
Terdapat banyak lagi kemudahan yang ada sebenarnya di sini dan untuk mengetahui apa lagi yang ada disediakan di tempat ini bolehlah berhubung dengan pihak pengurusan Spring Hill Cottage melalui telefon atau bertanya di laman sosial mereka. Untuk aktiviti pula tidak banyak yang boleh anda lakukan di sini sebab biasanya orang ke sini untuk menginap sambil berehat dan menenangkan fikiran dengan suasana yang tenang di tempat ini, apa pun terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila ke sini dan antranya ialah buat aktiviti BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan di sini, memang seronok bila buat BBQ di tempat ini tidak kira siang atau malam tapi kalau buat aktiviti ini pada malam lagilah menyeronokkan terutamanya kalau malam itu cuacanya cerah dan baik sebab anda dapat memasak kemudian makan bersama dibawah sinaran bulan yang terang dan juga kerlipan jutaan bintang di langit sambil bercerita kenangan masing-masing. Seperti yang sudah ditulis di atas tadi untuk buat aktiviti ini anda perlulah membawa sendiri bahan masakan atau makanan mentah untuk di masak sebab di tempat ini tidak ada jual barang mentah tersebut, dan untuk arang rasanya adalah lebih baik beli di sini saja untuk lebih mudah tetapi kalau memang ada arang sendiri di rumah bolehlah bawa saja. Aktiviti lain di sini ialah mandi di kolam renang yang ada disediakan dan kolam renang ini pula ada gelongsornya jadi memang sesuai juga untuk seisi keluarga, cumanya kalau mandi di kolam renang ni haruslah sentiasa berhati-hati sepanjang berada di tepi kolam atau dalam kolam tersebut terutamanya jika ada membawa kanak-kanak bersama anda dan jangan biarkan anak anda bermain di tepi kolam atau mandi di kolam tersebut sendirian tanpa perhatian dan pemantauan daripada anda, ini adalah untuk menjamin anak anda sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sepanjang mereka melakukan aktiviti mandi kolam renang ni. Untuk aktiviti BBQ dan mandi di kolam ini para tetamu boleh menjemput rakan mereka datang ke sini hanya untuk aktiviti tersebut tetapi rakan anda perlulah membayar bayaran masuk untuk buat aktiviti ini jadi terpulanglah pada anda mahu panggil rakan ke sini atau tidak.
Untuk ke sini anda boleh menaiki bas dari Bandar Tawau tetapi rasanya adalah lebih baik jika anda boleh memandu kereta sendiri ke sini sebab boleh membawa barang makanan mentah untuk memasak nanti dan jalan masuk ke tempat ini pun bukan di tepi jalan besar jadi kalau ada kereta bolehlah pandu terus ke tempat ini dan letakkan kereta anda di kawasan tempat letak kenderaan yang telah disediakan. Lagi pun kalau ada kereta bolehlah pergi tambahkan aktiviti iaitu seperti melawat ke beberapa tempat menarik yang ada disekitar Tawau ni, banyak tempat menarik juga yang ada berhampiran tempat ini.
Bayaran masuk rakan :
RM50.00 : Mandi kolam
RM10.00 : BBQ
Beli arang :
RM10.00 : 2 kilo
Tambah tilam :
RM30.00 : 1 tilam
Maksimum 2 tilam
Bayaran ini mungkin akan berubah mengikut masa dan keadaan, jadi untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan Spring Hill Cottage.
Hubungi :
RM10.00 : BBQ
Beli arang :
RM10.00 : 2 kilo
Tambah tilam :
RM30.00 : 1 tilam
Maksimum 2 tilam
Bayaran ini mungkin akan berubah mengikut masa dan keadaan, jadi untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh menghubungi terus pihak pengurusan Spring Hill Cottage.
Hubungi :
Spring Hill Cottage
Batu 6, Jalan Apas,
91000, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 444 8814
Website Fb : Spring Hill
Batu 6, Jalan Apas,
91000, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 444 8814
Website Fb : Spring Hill
Ulasan
Catat Ulasan