Langkau ke kandungan utama

Strawberry & Rose Garden Kundasang

Strawberry & Rose Garden merupakan antara salah satu tempat menarik di Sabah Taman ini terletak di daerah Kundasang iaitu cuma beberapa minit perjalanan sahaja dari Pekan Kundasang, Sabah.

STRAWBERRY & ROSE GARDEN



Strawberry & Rose Garden adalah salah sebuah tempat menarik di Ranau. Temat ini adalah sebuah kebun penanaman buah Strawberry dan Bunga Ros. Di sini pengunjung dapat melihat sendiri pokok serta buah Strawberry dan pelbagai jenis Bunga Ros, kaktus dan bunga-bunga eksotik. Tempat ini juga merupakan salah satu tempat pilihan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah.

Pengunjung atau pelancong yang datang ke sini akan dapat peluang merasa buah strawberry yang fresh. 
Selain daripada beberapa jenis bunga dan buah strawberry, di kebun ini juga terdapat beberapa jenis sayuran yang ditanam seperti kubis, tomato dan lain-lain lagi.


Strawberry & Rose Garden terletak di Kundasang iaitu berada tidak jauh dari pekan Kundasang dan berdepan dengan Sekolah Menengah Kundasang. Jadi Pengunjung senang untuk singgah ke sini, kerana lokasinya yang dekat dengan Pekan Kundasang.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Seorang : RM2.00

Pelancong dari Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau yang ingin datang ke sini bolehlah menaiki bas express yang menuju ke Kundasang, tapi lebih baik untuk memandu kenderaan sendiri atau sewa kenderaan (yang penting anda ada lesen) agar lebih mudah perjalanan dan dapat melawat ke lokasi menarik yang lain.

Ulasan