Sulap Tokou Serinsim merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat percutian sesisi keluarga dan merupakan sebuah rumah penginapan yang menawarkan beberapa aktiviti menarik disekitarnya. Tempat ini terletak dalam daerah kecil Kota Marudu iaitu lebih kurang 35 km atau kira-kira 41 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu.
SULAP TOKOU
Kredit gambar : Sulaptokou
Kredit gambar : Sulaptokou
Kredit gambar : Sulaptokou
Terdapat banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk para tetamu yang datang bercuti tidak kira datang untuk lawatan sehari atau pun menginap dan bermalam beberapa hari. Kemudahan dan perkhidmatan ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang sentiasa berasa puas hati dan juga berbaloi sepanjang percutian mereka di Sulap Tokou ini. Antara kemudahan dan perkhidmatan disediakan ialah penginapan yang mana rumah penginapan ini ada 2 tingkat dan tingkat bawah terdapat 8 bilik untuk tamu, manakala di tingkat atas pula terdapat 6 bilik untuk tetamu. Setiap bilik ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, selimut, kipas angin, bantal, dan beberapa kemudahan lain. Bilik yang ada di sini ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang mempunyai katil saiz king atau quee sesuai untuk pasangan keluarga dan juga bilik jenis asrama yang mana terdapat 2 katil bertingkat 2 jadi dapat menampung 4 orang dalam satu bilik tu, terpulanglah mahu pilih yang mana tapi kalau ramai boleh sewa bilik yang katil 2 tingkat untuk lebih jimat terutamanya bagi yang mungkin ada anak ramai atau mungkin datang bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang ramai. Rumah penginapan ini adalah macam rumah ala-ala kampung jadi anda tidak bolehlah mengharapkan kemudahannya seperti yang ada di hotel 5 bintang, tetapi tidak perlu risau sebab biarpun sederhana tetapi cukup memuaskan hati, lagi pun tuan rumah di sini adalah seorang yang peramah dan tidak terlalu berkira, contohnya walaupun mungkin anda terlebih masa untuk check out tetap tidak ada bayaran tambahan yang akan dikenakan. Untuk makluman sebaiknya juga anda tidak merokok di dalam bilik, kalau mahu merokok bolehlah keluar dan cari tempat sesuai dan pastikan juga anda tidak membawa haiwan peliharaan ke dalam bilik.
Kemudahan lain yang ada di sini ialah terdapat juga kemudahan tempat untuk memasak termasuk alat untuk memasak seperti periuk nasi dan lain-lain juga turut disediakan dan kalau ada yang kurang boleh bertanya dengan tuan rumah dan mereka akan cuba untuk menyediakan peralatan yang anda perlukan, selain dapur tempat memasak, terdapat juga kemudahan tempat untuk anda buat BBQ yang rasanya sangat menarik menggunakan kemudahan BBQ bila anda datang beramai-ramai. Kemudahan lain ialah sudah semestinyalah kolah mandi yang terdapat diluar rumah penginapan ini sahaja dan yang menarik kolam mandi ialah air yang digunakan ialah diambil dari air sungai dan dikeluarkan semula dari kolam ke air sunyai yang mengalir berhampiran tempat penginapan ini, oleh itu air di kolam mandi ini sentiasa kelihatan bersih dan jernih serta segar. oleh itu anda tidak perlu lagi ke sungai untuk mandi yang mana mungkin batu di tepi sungai tersebut lebih licin dan agak bahaya jika terjatuh. Di kolam mandi ini juga ada disediakan kemudahan pelampung khususnya buat kanak-kanak yang mungkin tidak berapa pandai lagi berenang, jadi dengan adanya pelampung tersebut ianya akan lebih menjaga keselamatan mereka ketika mandi di kolam. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada kemudahan tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan penginapan ini jadi ia memudahkan anda untuk sentiasa melihat dan menjaga kereta tanpa sebarang gangguan. Dengan adanya kemudahan tempat letak kereta ini ianya akan lebih memudahkan terutamnya bagi mereka yang datang dari jauh dengan memandu kereta sendiri ke tempat ini. Bilik untuk anda berkaraoke juga ada disediakan tetapi sebaiknya anda bertanya terlebih dahulu dengan tuan rumah waktu yang sesuai untuk karaoke agar tidak mengganggu tetamu lain yang mungkin ingin berehat pada waktu tersebut. Bilik air dan tandas juga ada disediakan tetapi ia terletak di luar daripada bilik dan berkongsi dengan tetamu yang lain.
Di sini terdapat tidaklah terlalu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke tempat ini tetapi aktiviti yang ada di sini pun sudah cukup untuk anda rasa berbaloi bila bercuti ke sini lagi pun biasanya orang dewasa yang ke sini adalah untuk berehat dengan suasana yang lebih tenang sambil membawa keluarga bersama untuk menggembirakan anak-anak mereka kerana dapat lakukan aktiviti seperti mandi di kolam. Tetapi rugi juga rasanya kalau anda tidak rasai sendiri mandi di kolam dengan airnya yang segar dan bersih dari sungai yang mengalir, apa pun ketika melakukan aktiviti mandi di kolam ni sentiasalah perhatikan anak-anak anda ketika mereka mandi dan jangan sesekali membiarkan mereka mandi sendirian sebab takut kalau mereka mandi dibahagian yang airnya dalam, dengan anda sentiasa memerhatikan mereka maka dapatlah menjaga keselamatan mereka terutama sekali bagi anak yang masih kecil. Pastikan juga anda pakaian anak-anak anda dengan pelampung yang telah disediakan oleh tuan rumah buat kanak-kanak yang ingin mandi di kolam. Aktiviti lain di sini ialah memasak BBQ yang mana aktiviti ini sudah pasti sangat menyeronokkan sekiranya anda datang beramai-ramai ke tempat ini. Selepas selesai mandi di kolam bolehlah pergi memasak BBQ bersama kemudian menjamu selera bersama-sama dengan keluarga atau rakan sambil bercerita kenangan masing-masing, tetapi suasana ini adalah lebih menyeronokkan lagi apabila pada ketika itu cuaca adalah dalam keadaan baik kerana anda dapat berkumpul bersama keluarga atau rakan sambil melihat keindahan cahaya bulan dan kerlipan bintang yang bersinar di kaki langit sekaligus ianya dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim atau tali persahabatan antara satu sama lain.
Terdapat banyak lagi kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti lain yang telah disediakan oleh pihak pengurusan atau tuan rumah Sulap Tokou ini, kalau anda mahu lebih tahu mengenai kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti tersebut yang disediakan sebelum datang ke sini bolehlah menghubungi terus pihak tuan rumah penginapan ini agar ianya akan dapat lebih memudahkan anda menyediakan beberapa keperluan lain yang mungkin ingin digunakan tetapi tidak ada disediakan di tempat ini. Jika ada barangan keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa maka anda bolehlah bawa saja terus dari rumah atau beli awal-awal sebelum datang ke sini, contohnya barangan untuk di masak tidak kira sama ada masak di dapur atau masak BBQ. Boleh beli terus barangan seperti ayam, ikan, daging atau barang makanan basah lain kemudian minta dengan tuan rumah untuk letak di dalam peti sejuk agar lebih baik. Apabila ingin masak baru keluarkan dan biasanya di sini peralatan untuk masak tu semua sudah ada, jadi anda boleh bawa yang lain lagi contohnya seperti piring, gelas, sudu dan beberapa keperluan lain untuk makan. Jangan lupa juga membawa beras untuk di masak nanti, sebab kalau tidak ada berasa macam mana mahu makan nasi, tidak perlu bawa banyak berasa sebab ikut berapa lama anda bercadang cuti di tempat ini. Di bawah ni adalah senarai beberapa barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa apabila bercadang datang ke sini :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Makanan basah
03. Pakaian lebih
04. Kain sarung (jika perlu)
05. Selimut (jika perlu)
06. Baju sejuk
07. Bajet lebih
08. Kamera/video kamera
09. Piring makan
10. Sudu makan
11. Gelas minum
12. Beras untuk masak
13. Lampu suluh
14. Ubat jika ada sakit
Sekiranya ada lagi barang yang tidak tersenarai di atas tetapi anda rasa perlu untuk di bawa maka boleh bawa saja ya, bagi yang muslim pastikan bawa pakaian mandi menutup aurat terutamnya sekali jika mahu mandi di kolam mandi tersebut sebab kolam itu berada di luar dan ia adalah kawasan terbuka jadi orang lain pun ramai akan berada di situ mandi, boleh juga bawa sejadah untuk solat dan juga bawa telekung buat muslimah. Jika ada sakit tidak kira sakit apa pun contohnya sakit gigi kah, maka sediakan dan bawa ubat sakit gigi ke sini agar ianya tidak mengganggu selama percutian anda di tempat ini.
Untuk ke Sulap Tokou anda adalah sangat digalakkan untuk memandu kenderaan sendiri kerana lokasi tempat ini yang agak jauh dari Pekan Kota Marudu dan bandar lain, jadi kalau naik bas atau e-hailing mungkin akan memakan kos yang lebih, tetapi jika ada kereta sendiri ianya dapat lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kota Marudu. Lagi pun kalau kalau ada kereta sendiri dapatlah memudahkan anda pergi membeli barang keperluan lain sekiranya ada yang kurang dan dapat juga memberi peluang kepada anda untuk pergi melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitar daerah ini.
Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihak Sulap Tokou Serinsim di alamat seperti di bawah :
Sulap Tokou Serinsim
Penginapan Solap Tokou,
Peti Surat 253,
89107, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 899 7842
Website : Sulap Tokou
Kredit gambar : Sulaptokou
Kredit gambar : Sulaptokou
Kredit gambar : Sulaptokou
Sulap Tokou Serinsim merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu untuk dijadikan sebagai satu tempat percutian sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan. Tempat ini adalah sebuah rumah penginapan yang menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan berhampiran dengan tempat penginapan tersebut. Lokasinya yang berada jauh dari bandar atau pekan menjadikan tempat ini sesuai jika anda ingin bercuti dalam suasana yang lebih tenang dan aman tanpa sebarang gangguan bising dan pencemaran udara. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Marudu iaitu lebih kurang 35 km atau pun kira-kira 41 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, manakala sekiranya anda datang dari Kota Kinabalu pula ianya akan memakan masa 2 jam 55 minit dengan jarak perjalanan iaitu lebih kurang 154 km menaiki kenderaan. Biarpun perjalanan agak jauh kalau dari Kota Kinabalu tetapi anda boleh berehat juga terus apabila sudah sampai di sini dan segala penat lelah memandu tu pun pasti akan hilang, kalau datang ramai-ramai memang tidak akan terasa sekiranya perjalanan itu jauh. Tempat ini sudah lama dibuka kepada orang ramai namun masih ramai lagi yang belum mengetahui wujudnya tempat ini mungkin kerana masih kurang promosi atau mungkin juga ramai yang sudah tahu tetapi tidak dapat datang kerana lokasinya yang agak jauh dari bandar, kecuali bagi mereka yang tinggal sekitar di daerah Kota Marudu atau daerah lain yang berhampiran. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini bila ada masa terluang dan ketika datang bercuti ke daerah Kota Marudu untuk merasai keuniikan serta kemeriahan percutian di tempat ini.
Terdapat banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk para tetamu yang datang bercuti tidak kira datang untuk lawatan sehari atau pun menginap dan bermalam beberapa hari. Kemudahan dan perkhidmatan ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang sentiasa berasa puas hati dan juga berbaloi sepanjang percutian mereka di Sulap Tokou ini. Antara kemudahan dan perkhidmatan disediakan ialah penginapan yang mana rumah penginapan ini ada 2 tingkat dan tingkat bawah terdapat 8 bilik untuk tamu, manakala di tingkat atas pula terdapat 6 bilik untuk tetamu. Setiap bilik ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, selimut, kipas angin, bantal, dan beberapa kemudahan lain. Bilik yang ada di sini ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang mempunyai katil saiz king atau quee sesuai untuk pasangan keluarga dan juga bilik jenis asrama yang mana terdapat 2 katil bertingkat 2 jadi dapat menampung 4 orang dalam satu bilik tu, terpulanglah mahu pilih yang mana tapi kalau ramai boleh sewa bilik yang katil 2 tingkat untuk lebih jimat terutamanya bagi yang mungkin ada anak ramai atau mungkin datang bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang ramai. Rumah penginapan ini adalah macam rumah ala-ala kampung jadi anda tidak bolehlah mengharapkan kemudahannya seperti yang ada di hotel 5 bintang, tetapi tidak perlu risau sebab biarpun sederhana tetapi cukup memuaskan hati, lagi pun tuan rumah di sini adalah seorang yang peramah dan tidak terlalu berkira, contohnya walaupun mungkin anda terlebih masa untuk check out tetap tidak ada bayaran tambahan yang akan dikenakan. Untuk makluman sebaiknya juga anda tidak merokok di dalam bilik, kalau mahu merokok bolehlah keluar dan cari tempat sesuai dan pastikan juga anda tidak membawa haiwan peliharaan ke dalam bilik.
Kemudahan lain yang ada di sini ialah terdapat juga kemudahan tempat untuk memasak termasuk alat untuk memasak seperti periuk nasi dan lain-lain juga turut disediakan dan kalau ada yang kurang boleh bertanya dengan tuan rumah dan mereka akan cuba untuk menyediakan peralatan yang anda perlukan, selain dapur tempat memasak, terdapat juga kemudahan tempat untuk anda buat BBQ yang rasanya sangat menarik menggunakan kemudahan BBQ bila anda datang beramai-ramai. Kemudahan lain ialah sudah semestinyalah kolah mandi yang terdapat diluar rumah penginapan ini sahaja dan yang menarik kolam mandi ialah air yang digunakan ialah diambil dari air sungai dan dikeluarkan semula dari kolam ke air sunyai yang mengalir berhampiran tempat penginapan ini, oleh itu air di kolam mandi ini sentiasa kelihatan bersih dan jernih serta segar. oleh itu anda tidak perlu lagi ke sungai untuk mandi yang mana mungkin batu di tepi sungai tersebut lebih licin dan agak bahaya jika terjatuh. Di kolam mandi ini juga ada disediakan kemudahan pelampung khususnya buat kanak-kanak yang mungkin tidak berapa pandai lagi berenang, jadi dengan adanya pelampung tersebut ianya akan lebih menjaga keselamatan mereka ketika mandi di kolam. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada kemudahan tempat letak kereta yang terletak berhampiran dengan penginapan ini jadi ia memudahkan anda untuk sentiasa melihat dan menjaga kereta tanpa sebarang gangguan. Dengan adanya kemudahan tempat letak kereta ini ianya akan lebih memudahkan terutamnya bagi mereka yang datang dari jauh dengan memandu kereta sendiri ke tempat ini. Bilik untuk anda berkaraoke juga ada disediakan tetapi sebaiknya anda bertanya terlebih dahulu dengan tuan rumah waktu yang sesuai untuk karaoke agar tidak mengganggu tetamu lain yang mungkin ingin berehat pada waktu tersebut. Bilik air dan tandas juga ada disediakan tetapi ia terletak di luar daripada bilik dan berkongsi dengan tetamu yang lain.
Di sini terdapat tidaklah terlalu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke tempat ini tetapi aktiviti yang ada di sini pun sudah cukup untuk anda rasa berbaloi bila bercuti ke sini lagi pun biasanya orang dewasa yang ke sini adalah untuk berehat dengan suasana yang lebih tenang sambil membawa keluarga bersama untuk menggembirakan anak-anak mereka kerana dapat lakukan aktiviti seperti mandi di kolam. Tetapi rugi juga rasanya kalau anda tidak rasai sendiri mandi di kolam dengan airnya yang segar dan bersih dari sungai yang mengalir, apa pun ketika melakukan aktiviti mandi di kolam ni sentiasalah perhatikan anak-anak anda ketika mereka mandi dan jangan sesekali membiarkan mereka mandi sendirian sebab takut kalau mereka mandi dibahagian yang airnya dalam, dengan anda sentiasa memerhatikan mereka maka dapatlah menjaga keselamatan mereka terutama sekali bagi anak yang masih kecil. Pastikan juga anda pakaian anak-anak anda dengan pelampung yang telah disediakan oleh tuan rumah buat kanak-kanak yang ingin mandi di kolam. Aktiviti lain di sini ialah memasak BBQ yang mana aktiviti ini sudah pasti sangat menyeronokkan sekiranya anda datang beramai-ramai ke tempat ini. Selepas selesai mandi di kolam bolehlah pergi memasak BBQ bersama kemudian menjamu selera bersama-sama dengan keluarga atau rakan sambil bercerita kenangan masing-masing, tetapi suasana ini adalah lebih menyeronokkan lagi apabila pada ketika itu cuaca adalah dalam keadaan baik kerana anda dapat berkumpul bersama keluarga atau rakan sambil melihat keindahan cahaya bulan dan kerlipan bintang yang bersinar di kaki langit sekaligus ianya dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim atau tali persahabatan antara satu sama lain.
Terdapat banyak lagi kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti lain yang telah disediakan oleh pihak pengurusan atau tuan rumah Sulap Tokou ini, kalau anda mahu lebih tahu mengenai kemudahan, perkhidmatan dan juga aktiviti tersebut yang disediakan sebelum datang ke sini bolehlah menghubungi terus pihak tuan rumah penginapan ini agar ianya akan dapat lebih memudahkan anda menyediakan beberapa keperluan lain yang mungkin ingin digunakan tetapi tidak ada disediakan di tempat ini. Jika ada barangan keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa maka anda bolehlah bawa saja terus dari rumah atau beli awal-awal sebelum datang ke sini, contohnya barangan untuk di masak tidak kira sama ada masak di dapur atau masak BBQ. Boleh beli terus barangan seperti ayam, ikan, daging atau barang makanan basah lain kemudian minta dengan tuan rumah untuk letak di dalam peti sejuk agar lebih baik. Apabila ingin masak baru keluarkan dan biasanya di sini peralatan untuk masak tu semua sudah ada, jadi anda boleh bawa yang lain lagi contohnya seperti piring, gelas, sudu dan beberapa keperluan lain untuk makan. Jangan lupa juga membawa beras untuk di masak nanti, sebab kalau tidak ada berasa macam mana mahu makan nasi, tidak perlu bawa banyak berasa sebab ikut berapa lama anda bercadang cuti di tempat ini. Di bawah ni adalah senarai beberapa barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa apabila bercadang datang ke sini :
Barang di bawa :
01. Makanan/minuman
02. Makanan basah
03. Pakaian lebih
04. Kain sarung (jika perlu)
05. Selimut (jika perlu)
06. Baju sejuk
07. Bajet lebih
08. Kamera/video kamera
09. Piring makan
10. Sudu makan
11. Gelas minum
12. Beras untuk masak
13. Lampu suluh
14. Ubat jika ada sakit
Sekiranya ada lagi barang yang tidak tersenarai di atas tetapi anda rasa perlu untuk di bawa maka boleh bawa saja ya, bagi yang muslim pastikan bawa pakaian mandi menutup aurat terutamnya sekali jika mahu mandi di kolam mandi tersebut sebab kolam itu berada di luar dan ia adalah kawasan terbuka jadi orang lain pun ramai akan berada di situ mandi, boleh juga bawa sejadah untuk solat dan juga bawa telekung buat muslimah. Jika ada sakit tidak kira sakit apa pun contohnya sakit gigi kah, maka sediakan dan bawa ubat sakit gigi ke sini agar ianya tidak mengganggu selama percutian anda di tempat ini.
Untuk ke Sulap Tokou anda adalah sangat digalakkan untuk memandu kenderaan sendiri kerana lokasi tempat ini yang agak jauh dari Pekan Kota Marudu dan bandar lain, jadi kalau naik bas atau e-hailing mungkin akan memakan kos yang lebih, tetapi jika ada kereta sendiri ianya dapat lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kota Marudu. Lagi pun kalau kalau ada kereta sendiri dapatlah memudahkan anda pergi membeli barang keperluan lain sekiranya ada yang kurang dan dapat juga memberi peluang kepada anda untuk pergi melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitar daerah ini.
Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihak Sulap Tokou Serinsim di alamat seperti di bawah :
Sulap Tokou Serinsim
Penginapan Solap Tokou,
Peti Surat 253,
89107, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 899 7842
Website : Sulap Tokou
Ulasan
Catat Ulasan