Langkau ke kandungan utama

Sunrise Kundasang Resort

Sunrise Kundasang Resort merukan salah sebuah resort atau pusat peranginan yang menarik terletak di dalam daerah Kundasang, Ranau dengan pemandangan yang cantik dan indah, jarak resort ini kalau dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah adalah lebih kurang 88 km atau kira-kira 1 jam 35 minit perjalanan menaiki kenderaan.

SUNRISE KUNDASANG RESORT


Kredit gambar : Booking


Kredit gambar : Booking

Kredit gambar : Sunrise Resort

Sunrise Kundasang Resort merupakan salah sebuah resort atau pusat peranginan menarik yang boleh anda jadikan pilihan sebagai tempat percutian anda seterusnya kerana di sini bukan sahaja penginapan yang disediakan tetapi terdapat juga beberapa kawasan rekreasi yang dibina, oleh itu resort ini juga di sebut dengan nama Sunrise Recreation Kundasang Resort yang mana menggabungkan kawasan untuk penginapan dan juga kawasan rekreasi. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang selalu datang ke sini sama ada datang untuk lawatan sehari atau pun datang bercuti beberapa hari dan tinggal di penginapan yang disediakan. Dan oleh kerana resort ni dibina berhampiran dengan kawasan rekreasi jadi mudahlah untuk tetamu terutama sekali yang menginap di sini untuk melakukan pelbagai aktiviti di pusat rekreasi tersebut. Resort ni terletak di dalam daerah Kundasang, iaitu lebih kurang 88 km atau kira-kira 1 jam 35 minit perjalanan daripada Bandar Kota Kinabalu, kalau dari Bandar Ranau pula jaraknya adalah 33 km atau sekitar 50 minit perjalanan naik kereta dan kalau dari Pekan Kundasang cuma 18 km sahaja atau ambil masa kira-kira 30 minit perjalanan. Resort ni juga berada di kawasan tanah tinggi yang cuacanya agak sejuk dan mempunyai pemandangan menarik dengan hutan di sekelilingnya yang tumbuh menghijau, dari sini juga anda dapat melihat Gunung Kinabalu sekiranya cuaca dalam keadaan cerah dan tidak ada kabus yang tebal. Apa-apa pun sebelum anda datang ke sini sebaiknya buat persiapan yang paling dirasakan perlu iaitu bawa pakaian lebih khususnya pakaian untuk aktiviti rekreasi agar anda dapat melakukan aktiviti di sini dengan lebih lancar tanpa sebarang halangan

Di resort ni memang telah disediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan buat para tetamu yang datang agar setiap tetamu tu akan berasa berpuas hati dan lebih selesa sepanjang berada di resort ini dan antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sini ialah seperti penginapan jenis chalet yang dibina secara bersusun dari bawah ke atas dengan 14 buah chalet kesemuanya. Reka bentuk chalet juga adalah unik dan elegan dan setiap bilik atau chalet juga ada dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain iaitu seperti air botol minuman secara percuma, penghawa dingin, televisyen lcd, tuala mandi, cerek elektrik untuk anda buat kopi atau teh, kipas angin juga ada disediakan sebab tempat ni sejuk jadi kalau tidak mahu gunakan penghawa dingin bolehlah gunakan kipas angin saja, kelengkapan tandas atau bilik mandi juga turut disediakan agar dapat memberikan lagi keselesaan kepada para tetamu di sini. Dalam bilik pun ada disediakan beberapa tempat duduk dan meja untuk anda duduk bersama keluarga sambil menikmati kopi, selain tu untuk bilik ni memang telah ada disediakan khidmat mengemas atau membersihkan bilik, jadi anda boleh dapatkan khidmat ni jika rasa ingin bilik anda dibersihkan. Untuk makluman anda,semua bilik atau chalet ini adalah kawasan yang di larang merokok, jadi kalau anda ingin merokok boleh tanya dahulu dengan kakitangan yang bertugas di mana kawasan yang telah disediakan untuk ini
. Selain itu kemudahan internet seperti wifi juga ada disedikan agar dapat pastikan para tetamu sentiasa dapat berhubung dengan saudara dan rakan di luar sana dan tetamu juga dapat memuat naik gambar percutian mereka di sini ke laman sosial masing-masing dan dikongsikan kepada yang lain. Dengan adanya internet ni mungkin bagi yang bercuti sambil berkerja tu dapatlah siapkan kerja mereka dengan lebih mudah atau mengadakan mesyuarat secara dalam talian.


Untuk yang datang ke sini berkeluarga, sebaiknya anda menyewa bilik yang khas untuk keluarga agar dapat memuatkan bilangan anda yang ramai tanpa perlu menyewa sampai beberapa chalet atau bilik, sebab bilik keluarga ni memang luas dan katil pun banyak jadi memang sesuai untuk anda sekeluarga. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada disediakan oleh pihak resort di ini ialah seperti kemudahan bilik untuk seterika pakaian yang boleh anda gunakan sekiranya ingin seterika baju tetapi kalau ramai orang mungkin anda harus tunggu giliran. Seterusnya adalah kemudahan surau, bagi yang muslim kalau datang ke sini sama ada menginap atau lawatan sehari sahaja ke pusat rekreasi anda tidak perlu risau untuk mencari tempat solat sebab di sini memang ada disediakan surau. Sekiranya anda datang bercuti ke sini dengan memandu kereta sendiri, tidak kira sama ada penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara, tempat letak kereta juga ada disediakan di sini di kawasan berhampiran resort dan kawasan letak kereta ni agak luas juga yang mana ia dapat menampung sehingga 100 kereta dalam satu-satu masa, jadi anda tidak lagi perlu risau tentang kereta sebab ia akan dijaga oleh pihak resort. Kalau mahu menjamu selera boleh datang saja ke restoran yang ada di resort ni untuk menjamu selera sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau pun makan malam dengan pelbagai menu makanan yang telah disediakan seperti makanan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Pemandangan dari restoran ni pun cukup indah yang menghadap ke arah alam semula jadi yang terbentang luas di kawasan tanah rata hinggalah kawasan tanah tinggi memberikan udara yang segar dan bersih sambil menjamu hidangan makanan anda. Tapi kalau anda mahu masak sendiri pun boleh juga sebab di sini ada disedia kemudahan ruangan untuk BBQ, jadi anda bolehlah masak sendiri tapi pastikan bawa makanan basah untuk di masak, atau boleh tanya pihak resort jika mereka ada jual barang makanan basah untuk BBQ.

Bagi yang bercuti lama di sini dan malas mahu cuci pakaian tu boleh dapatkan perkhidmatan dobi dan cucian kering yang ada di sini, dengan ini dapatlah anda meluangkan masa untuk aktiviti lain yang ada. Kemudahan mini mart dan kedai cenderahari juga ada terdapat di sini buat para tetamu yang ingin beli barangan keperluan sekiranya ada kekurangan atau membeli hadiah cenderahati untuk di bawa pulang ke tempat masing-masing apabila sudah tamat percutian di sini. Kebanyakkan cenderhati yang di jual adalah yang berkaitan dengan Negeri Sabah seperti pakaian yang bercorakkan kebudayaan masyarakat negeri ini, kraftangan buatan penduduk tempatan, barang perhiasan seperti Mutiara Sabah, rantai kunci yang dilukis gambar berkaitan negeri ini seperti gambaran lukisan Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi cenderahari yang boleh anda pilih di sini. Selain itu terdapat kemudahan dewan atau bilik untuk acara yang boleh anda tempah di sini seperti untuk mengadakan majlis perkahwinan, mesyuarat, majlis hari jadi, majlis konvensyen, seminar dan sebagainya, dewan serta bilik ni juga di lengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan yang biasanya digunakan untuk acara tersebut, tapi sebelum tu anda perlulah membuat tempahan dewan dan bilik ni lebih awal, agar pihak pengurusan resort dapat menyediakan apa yang diperlukan dan dapat memastikan adanya kekosongan tempat tersebut pada tarikh dan hari yang telah anda pilih. Lagi pun kalau anda sudah tempah awal, bolehlah pihak resort menyusun pentas, meja dan kerusi serta makanan untuk majlis anda itu nanti agar perjalanan majlis berjalan dengan lebih lagi lancar. Kemudahan lain ialah terdapat beberapa tempat rekreasi yang disediakan di sini untuk anda yang mahu ke sini, dan untuk tempat rekreasi ni tetamu boleh datang untuk lawatan sehari atau day trip, tapi kalau yang datang dari jauh tu sebaiknya menginap di resort ni untuk lebih memudahkan anda jika ingin buat pelbagai aktiviti lain. Untuk senarai ringkas di bawah ni adalah antara beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak resort :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Bilik penginapan
02. Dewan/bilik acara
03. Restoran
04. CCTV 24 jam
05. Mini Mart
06. Wifi percuma
07. TV LCD
08. Tempat letak kereta
09. Kawasan BBQ
10. Bilik seterika
11. Surau
12. Tempat rekreasi
13. Air minuman percuma
14. Alat buat kopi/teh
15. Pengawal keselamatan 24 jam
16. Kedai cenderahati

Di resort ni sebenarnya banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti ke sini kerana resort ni menyediakan beberapa tempat rekreasi untuk para tetamu yang datang. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti flying fox yang disediakan oleh pihak resort sendiri, peralatan juga ada disediakan di sini, aktiviti ni memang agak tinggi tapi anda tidak perlu risau sebab apa yang penting ialah kakitangan yang bertugas akan sentiasa memastikan dan mengutamakan keselamatan anda ketika melakukan aktiviti ini dari mula hingga tamat. Aktiviti seterusnya adalah dengan pergi ke pusat rekreasi seterusnya iaitu B.E Wonderland, yang mana di sini ni menawarkan aktiviti berjalan di beberapa zon dan terdapat 11 zon semuanya yang ada iaitu zon musim sejuk atau salji
bagi mereka yang ingin merasa cuaca musim sejuk, zon musim panas bagi yang ingin rasa suasana cuaca musim panas, zon musim luruh, zon musim bunga, zon adat Sabah, zon Rumah Kampung Sabah, zon alat muzik Sabah, zon item collector atau pengumpul barang, zon gambar 3D, zon galeri dan kitar semula. Aktiviti lain yang ada di resort ni yang telah disediakan ialah tempat rekreasi untuk aktiviti memanah, siapa yang minat dengan aktiviti memanah atau baru mahu mencubanya bolehlah cuba datang ke sini. Seterusnya di sini juga anda boleh lakukan aktiviti memasak BBQ bersama keluarga atau rakan di kawasan yang telah disedia oleh pihak resort, anda boleh buat BBQ lepas tu makan bersama pada waktu siang atau malam yang mana ianya sudah pasti menyeronokkan untuk dijadikan kenangan yang sukar dilupakan. Anda juga boleh buat aktiviti lain di luar seperti melawat tempat menarik lain yang berhampiran resort atau di daerah Kundasang khususnya, jadi sambil melawat tempat menarik tu bolehlah sekali buat aktiviti yang ada ditempat tersebut, contohnya seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Mendaki Bukit Sosodikon
02. Desa Cattle Dairy Farm
03. Kundasang War Memorial
04. Mont K Skybike
05. Taman Negara Kinabalu
06. Gunung Kinabalu Golf Club
07. Tagal Sg. Moroli Fish Spa
08. Pekan Nabalu
09. Timpohon Gate
10. Ranau Paragliding
11. Strawberry Farm
12. Pekan Kundasang
13. Alpaca Club
14. Ladang Teh Sabah
15. Poring Hot Spring
16. Ranau Rabbit Farm
17.
Gerai Sayur Kundasang
18. BW Bus Restaurant

Untuk anda yang mahu lihat kemudahan dan perkhidmatan lain disediakan oleh pihak resort ni bolehlah layari laman web rasmi Sunrise Kundasang Resort atau boleh saja terus telefon pihak pengurusan resort ini untuk bertanya sebarang pertanyaan jika ada yang anda ingin tahu. Kalau anda mahu datang bercuti ke sini dari Kota Kinabalu boleh ambil bas di Terminal Bas Bandaraya Utara yang terletak di Inanam yang terletak lebih kurang 10 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, dari Inanam anda naik bas yang menuju ke Pekan Kundasang atau
Ranau tapi pastikan beritahu pemandu atau pembantu pemandu untuk menurunkan anda di Sunrise Kundasang Resort ni. Kalau datang dari daerah lain iaitu daerah di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan lain-lain lagi tu boleh ikut bas yang menuju ke Kota Kinabalu dan seperti biasa beritahu pemandu bas untuk turunkan anda di resort ni. Pilihan terbaik ialah memandu kereta sendiri terus ke sini atau kalau tidak ada kereta boleh dapatkan sewa kereta yang penting anda mempunyai lesen yang sah ya, jangan memandu tanpa lesen sebab kalau ada kereta sendiri boleh lawat banyak tempat menarik di Kundasang dan Ranau.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sunrise Kundasang Resort di alamat seperti di bawah ini.

Sunrise Kundasang Resort
Batu 37, Kampung Kinasaraban,
89300, Kundasang,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 888 333
Telefon : +6088 888 334
Email : sunriserecreation@gmail.com
Website : Sunrise Resort

Ulasan