Langkau ke kandungan utama

Sutera Harbour Resort

Sutera Harbour Resort merupakan salah satu resort yang menarik di Sabah dan bertaraf 5 bintang serta memang sangat terkenal di negeri ini. Resort ini terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 4 km daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

SUTERA HARBOUR
 
Kredit gambar : Suteraharbour

Kredit gambar : Suteraharbour


Kredit gambar : Suteraharbour

Sutera Harbour Resort adalah resort atau pusat peranginan menarik yang terdapat di dalam daerah Kota Kinabalu dan resort ini juga merupakan sebuah resort yang sangat terkenal di Malaysia khususnya di Negeri Sabah. Resort ini sebenarnya terletak tidak jauh dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu yang mana jaraknya cuma sekitar 3.7 km atau lebih kurang 7 minit perjalanan menaiki kenderaan sahaja melalui Jalan Coastal dan Jalan Tun Razak, tetapi kalau ikut Jalan Tunku Abdul Rahman pula jaraknya adalah sekitar 4.9 km atau lebih kurang 8 minit perjalanan menaiki kenderaan, resort ni juga letaknya tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu iaitu cuma 4.5 km sahaja atau lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta. Sutera Harbour Resort ini telah dibina pada tahun 1999 lagi dan dimiliki oleh syarikat yang berasal daripada Singapura iaitu GSH Corporation dan dikendalikan atau diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Advance Prestige Sdn. Bhd dan juga Eastworth Source Sdn. Bhd. Sutera Harbour Resort ni sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Negeri Sabah kerana lokasi resort ini yang terletak tidak jauh dari pusat bandar dan lokasi resort juga yang berhadapan dengan perairan Laut China Selatan dapat menyajikan suatu pemandangan yang cukup indah dengan air laut yang biru terbentang luas, dapat melihat beberapa pulau-pulau kecil dan juga jika pada hari tersebut cuaca cerah anda akan dapat melihat keindahan pemandangan Gunung Kinabalu. Kawasan resort ini memang agak luas iaitu dengan keluasan 384 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan buat para pengunjung atau tetamu yang datang ke sini tidak kira datang untuk lawatan sehari atau pun datang bercuti menginap dan bermalam di resort ni dalam beberapa hari. 

Dalam kawasan resort ni sebenarnya terdapat 5 bahagian utama yang boleh anda pilih untuk percutian bila datang bercuti ke Sutera Harbour Resort seperti yang pertama hotel mewah bertaraf 5 bintang iaitu Pasific Sutera Hotel, kedua sebuah resort iaitu
Magellan Sutera Resort, ketiga padang golf iaitu Sutera Harbour Golf & Country Club yang mana padang ni mempunyai 27 lubang, keempat Sutera Harbour Marina & Country Club dan yang kelima Sutera Harbour Marina. Untuk memastikan para tetamu yang datang ke sini sentiasa merasa selesa dan berpuas hati maka pihak pengurusan resort telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk para tetamu. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan ialah penginapan yang mana terdapat lebih kurang 956 bilik kesemuanya yang boleh anda pilih sama ada di Magellan Sutera Resort atau di Pasific Sutera Hotel dan semua bilik ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan untuk memberi keselesaan kepada para tetamu ketika atau sepanjang percutian mereka di resort ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di dalam bilik ialah seperti penghawa dingin, jam loceng, balkoni untuk anda melihat keindahan lautan, tab mandi, telefon, tuala mandi, almari pakaian, air minuman botol percuma, cerek elektrik untuk anda buat minuman segera seperti kopi atau teh, TV satelit atau kabel, pengering rambut, peralatan mandian, almari pakaian, telefon di bilik, selipar bilik mandi, tuala mandi, kemudahan seterika, ada pancuran air mandi yang biasanya mempunyai pilihan sama ada mandian sejuk atau pun panas, dan lain-lain lagi kemudahan yang terdapat di dalam bilik sesuai dengan taraf resort ini yang bertaraf 5 bintang. Bagi yang malas mahu kemas bilik tu boleh dapatkan perkhidmatan mengemas bilik yang dibuat setiap hari oleh kakitangan yang ditugaskan. Perlu diingatkan bahawa di dalam bilik biasanya adalah kawasan yang dilarang merokok jadi jika mahu merokok perlulah pergi ke kawasan yang telah dikhaskan untuk merokok, anda boleh bertanya dengan kakitangan di mana tempatnya, bilik juga adalah kawasan yang dilarang untuk membawa masuk haiwan peliharaan jadi pastikan anda tidak membawa sebarang haiwan masuk ke dalam resort ni.


Selain itu terdapat di resort ni juga ada menyediakan kemudahan 15 buah restoran yang boleh anda pilih untuk menjamu selera dengan pelbagai jenis menu makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau pun untuk makan malam. Menu makanan di sini ni ada yang dari makanan tempatan negeri ini, makanan rakyat Malaysia, makanan orang asia dan juga menu makanan antarabangsa. Jadi anda boleh pilih yang mana menu anda suka dan restoran di sini ni ada yang memang khas untuk menu makanan halal. Untuk para tetamu yang menginap di Pasific Sutera Hotel atau mereka yang mempunyai kad keahlian kelab di sini mereka akan mempunyai akses untuk menggunakan bermacam-macam kemudahan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini iaitu antaranya adalah seperti kolam renang yang mana kolam ni sangat menarik kerana ianya dibina dengan mengikut saiz kolam renang untuk Sukan Olimpik tapi kolam ini hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 9 malam. Kolam untuk kanak-kanak pun ada disediakan yang mana di kolam ni ada permainan untuk kanak-kanak seperti gelongsor air dan kolam ni pun hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja. Selain daripada tu kemudahan lain adalah anda boleh ke pawagam di sini yang mana ianya menyediakan 100 tempat duduk dengan filem yang telah pun dipilih sama ada yang terkini atau filem yang lama. Bagi mereka yang berminat dengan sukan, ada terdapat beberapa gelanggang sukan yang telah disediakan untuk anda iaitu antaranya adalah seperti gelanggang badminton, pingpong dan tenis dan juga skuasy yang mana kesemua gelanggang ni dibuka setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Bagi sukan tenis ni ada juga disediakan khidmat sewa rakan untuk bermain bersama di 5 gelanggang tenis yang telah disediakan, 2 gelanggang tu adalah terbuka dan ada 3 lagi jenis tertutup iaitu mempunyai bumbung, jadi anda boleh pilih yang mana anda suka terbuka atau tertutup. Bagi peminat sukan boling anda jangan risau sebab di sini pun ada juga disediakan tempat bermain boling dengan terdapat 12 lorong kesemuanya.

Antara kemudahan lain yang ada di sini ialah kemudahan internet yang disediakan secara percuma iaitu dengan menggunakan wifi atau pun kabel LAN yang mana wifi ni anda boleh akses di semua kawasan resort termasuklah dalam bilik tetapi untuk kabel LAN biasanya hanya tersedia di bilik sahaja, dengan adanya kemudahan internet ni dapatlah para tetamu menggunakannya untuk berhubung dengan rakan atau keluarga lain di luar sana dan tetamu juga boleh memuat naik gambar percutian menarik di sini ke dalam media sosial masing-masing untuk dikongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang mungkin boleh menarik perhatian mereka untuk ke sini juga satu masa nanti, atau mungkin internet ni dapat membantu para tetamu menyiapkan kerja mereka dan membuat mesyuarat secara dalam talian. Untuk sesiapa yang membawa kereta ke sini, tidak perlulah risau tentang kereta anda tu sebab di sini memang ada disediakan kemudahan tempat meletak kereta secara percuma bagi tetamu yang datang dan tempat letak kereta ni dekat sahaja tempat penginapan dan sentiasa di jaga oleh pihak resort dalam 24 jam. Jika ada yang ingin membeli barang keperluan di sini terdapat pasar mini dan kedai cenderahati yang boleh anda kunjungi untuk membeli barang keperluan sekiranya ada yang kurang atau mungkin anda boleh membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke tempat asal masing-masing nanti agar dapat dijadikan kenangan percutian di sini, kebanyakkan cenderahati ni berkaitan dengan Negeri Sabah iaitu seperti pakaian bercorakkan kebudayaan negeri ini, kraftangan tempatan seperti selendang atau atau beg dan rantai kekunci yang memaparkan gambar yang berkiatan Sabah seperti gambar Gunung Kinabalu, Orang Utan dan lain-lain lagi. Cenderahati lain ialah barang perhiasan
iaitu seperti Mutiara Sabah, jadi kalau anda beli di sini tidak perlu risau keasliannya sebab memang sudah terjamin tapi kalau anda beli di luar takut ada yang tidak sesuai dengan harga.

Di sini ada terdapat 2 dewan besar yang boleh anda buat tempahan untuk buat acara atau majlis, bilik mesyuarat pula terdapat 22 buah dan terdapat auditorium yang dilengkapi dengan 100 tempat duduk. Oleh itu resort ini sering menjadi pilihan orang ramai khususnya mereka yang berkemampuan untuk membuat berbagai macam acara seperti mesyuarat atau majlis konvensyen dan juga majlis-majlis lain seperti perkahwinan dan sebagainya sebab di sini kemudahannya lebih banyak dan lengkap. Tapi untuk dewan atau bilik ni anda perlulah menempah awal agar pihak resort dapat memastikan ada kekosongan dan dapat menyediakan segala keperluan untuk acara atau majlis anda tu nanti. Sesiapa yang berminat untuk bersenam tu bolehlah berjoging di pantai atau kalau malas bersenam di luar boleh berkunjung ke bilik kecergasan atau gim yang telah pun ada disediakan di sini. Untuk keselamatan pula pihak resort menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan selama 24 jam tanpa henti agar dapat menjamin keselamatan para tetamu, keselamatan yang lain ialah seperti dengan memasang cctv di luar penginapan dan kawasan umum, kemudahan penggera asap dan juga penggera keselamatan juga ada dipasang agar dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Sebenarnya banyak lagi kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah  disediakan oleh pihak Sutera Harbour Resort ni buat para tetamu yang datang sama ada datang untuk lawatan sehari seperti bermain golf sahaja atau datang menginap seperti di Pasific Sutera Hotel atau Magellan Sutera Resort. Jika anda ingin melihat kemudahan dan perkhidmatan termasuklah caj bayaran yang dikenakan abda bolehlah lihat di laman web rasmi Sutera Harbour Resort. Untuk lebih ringkas di bawah ni saya senarai pendekkan beberapa kemudahan dan juga perkhidmatan yang ada disediakan di sini iaitu seperti :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Tempat BBQ
02. Kedai cenderahari
03. Letak kereta percuma
04. Taman permainan
05. Perkhidmatan dobi
06. Kedai serbaneka
07. Permainan kanak-kanak
08. Makanan untuk kanak-kanak
09. Percuma wifi
10. Keselamatan (24 jam)
11. Telefon dan lif
12. LAN internet (di bilik)
13. Kawasan merokok
14. Restoran halal
15. Pusat kecergasan (gim)
16. Perkhidmatan bilik (24 jam)
17. Khidmat dobi
18. Dewan acara/majlis
19. Bilik mesyuarat
20. Pawagam

Selain kemudahan dan perkhidmatan, di Sutera Harbour Resort ni juga terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti ke sini, tidak kira sama ada datang lawatan sehari atau menginap beberapa hari. Kalau sudah datang ke sini sebaiknya anda penuhi percutian dengan pelbagai aktiviti yang tersedia iaitu seperti aktiviti mandi di kolam renang yang mana seperti disebutkan di atas tadi ada terdapat beberapa jenis kolam renang yang tersedia jadi bolehlah anda berenang bersama keluarga atau rakan, dan untuk kanak-kanak boleh juga buat aktiviti mandi di kolam tapi ibu bapa haruslah sentiasa perhatikan anak anda sekiranya mereka mandi agar dapat mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Aktivti seterusnya ialah bersenam di bilik kecergasan iaitu gim sebab kalau tidur sahaja tidak juga berapa elok jadi jika bersenam dapatlah juga menyihatkan badan anda agar sentiasa cergas dan bersemangat selalu. Aktiviti lain yang ada boleh anda lakukan ialah bersukan dengan pelbagai jenis sukan anda boleh lakukan di sini iaitu bermain golf dengan 27 lubang golf yang boleh digunakan, main pingpong, bermain badminton, bermain tenis, bermain pool serta billiard, bermain bowling dan lakukan beberapa sukan air yang lain disediakan oleh pihak resort. Selain itu aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah menontong wayang di pawagam resort yang mempunyai 100 tempat duduk tapi wayang di tayangkan kadang ada yang baru dan ada yang lama jadi anda boleh pilih waktu dan wayang sesuai jika ingin menonton wayang di sini. Aktiviti seterusnya ialah berjalan bersiar-siar di tepi pantai dengan satu pemandangan yang indah dan mengagumkan terutama sekali pada waktu petang ketika matahari mula terbenam, anda boleh bersiar ketika waktu ni seterusnya buat aktiviti mengambil gambar kenangan di sini dengan berlatarbelakangkan suasana keindahan waktu senja.

Aktiviti lain adalah pergi melihat persembahan muzik yang dibuat secara langsung di sini, anda boleh tanya dengan kakitangan di sini tempat persembahan tersebut, jadi dapatlah juga menghiburkan hati anda jika tidak berjalan kemana-mana, atau anda boleh buat aktiviti untuk anak-anak anda dengan bawa mereka ke taman permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak, dengan adanya taman ni dapat juga mengembiranya hati mereka sebab anak-anak pun mahu juga bermain bila datang bercuti ke sini. Untuk mereka yang minat menyanyi boleh nyanyi karaoke di tempat yang disedikan khas, tetapi jika pada hari tu memang ramai tetamu yang meginap di resort ni mungkin susah sikitlah dapat tempat ni tapi boleh juga tempah awal-awal agar pihak resort dapat sediakan masa untuk anda buat aktiviti ini. Bagi yang mahu buat aktiviti rawatan rambut termasuklah bergunting rambut dan buat stail rambut atau mungkin ada yang berminat aktiviti untuk rawatan muka yang mana ianya pun ada juga disediakan oleh pihak pengurusan resort, tapi rawatan rambut dan muka ni memang akan ada dikenakan bayaran dan ia bukanlah percuma. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah dengan melawat beberapa tempat yang telah disediakan atau disusun oleh pihak resort melalui Sutera Harbour Marina yang mana aktiviti tersebut ialah seperti melawat ke beberapa pulau berhampiran seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Mamutik dan beberapa lagi tempat yang lain. Untuk aktiviti melawat ikut Sutera Harbour Marina ni anda boleh lihat sepenuhnya senarai di laman web rasmi sutera harbour dan membuat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat sediakan kuota untuk anda atau kumpulan anda. Untuk lebih ringkas di bawah ni adalah beberapa senarai tempat menarik yang boleh anda kunjungi sama ada anda mengikuti aktiviti lawatan yang disediakan oleh pihak Sutera Harbour atau pun lawatan peribadi yang anda atur sendiri bersama keluarga, contohya adalah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
02. Signal Hill Observatory Platform
03. Muzium Negeri Sabah
04. Pulau Manukan
05. Pulau Mamutik
06. Pulau Sapi
07. Pulau Gaya
08. Pasar Minggu Jalan Gaya
09. Masjid Negeri Sabah
10. Taman Peringatan Double Six
11. Taman Perdana
12. Pantai Tanjung Aru
13. Taman Tun Fuad Stephen
14. Green Cottage Trading
15. Pasar Malam Kota Kinabalu
16. Menara Tun Mustapha
17. Taman Marin Tunku Abdul Rahman
18. Pantai Teluk Likas
19. Mari-Mari Cultural Village
20. Pasar Kraftangan

Kalau anda mahu ke sini dari Bandar Kota Kinabalu atau dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) bolehlah memandu kereta sendiri terus ke sini dan letak kereta anda di tempat letak kereta yang telah dikhaskan kerana ianya adalah percuma, tetapi jika anda tidak ada kereta sendiri boleh juga sewa perkhidmatan e-hailing untuk lebih cepat dan mudah, lagi pun lokasinya tidak jauh jadi tambang adalah agak murah.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sutera Harbour Resort di alamat seperti di bawah ini.

Sutera Harbour Resort
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 318 888
Email : reservations@suteraharbour.com.my
Website : Sutera Harbour

Ulasan