Langkau ke kandungan utama

T-Rex Dreamland

T-Rex Dreamland merupakan salah satu tempat menarik di Kota Marudu yang boleh anda kunjungi dengan membawa bersama keluarga terutamanya buat kanak-kanak yang sudah pasti menggembirakan mereka bila dapat melihat beberapa replika dinosour yang ada di sini. Tempat ini terletak lebih kurang 31 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Marudu.

T-REX DREAMLAND


Kredit gambar : T-Rex Dreamlan


Kredit gambar : T-Rex Dreamlan

Kredit gambar : T-Rex Dreamland

T-Rex Dreamland merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau pun rakan-rakan datang ke sini melihat ada beberapa jenis replika dinosour yang baru sahaja dibuka untuk kunjungan orang ramai iaitu pada 12 Disember 2022 namun untuk penduduk yang tinggal berhampiran Marak Parak tempat ni telah dibuka untuk mereka 2 hari lebih awal iaitu pada 10 Disember 2022. Tempat ini terletak di daerah kecil Kota Marudu iaitu jaraknya lebih kurang 31 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, bagi anda yang datang dari Kota Kinabalu pula memang agak jauh sikit sebab ia akan memakan masa selama lebih kurang 2 jam 36 minit iaitu dengan jarak perjalanan sejauh 150.9 km bila menaiki kenderaan sendiri. Bagi anda yang ingin mencari tempat untuk membawa keluarga bersiar ketika hujung minggu bolehlah luangkan masa untuk datang ke sini terutama sekali jika ada membawa anak-anak yang sudah pasti akan dapat menggembirakan mereka apabila dapat melihat pelbagai jenis dinosour yang ada di tempat ini. Sebelum ini ramai penduduk tempatan negeri ni yang belum tahu akan wujudnya tempat menarik T-Rex Dreamland, namun kini boleh dilihat ianya semakin dikenali dan sudah ramai yang datang dari segenap daerah di Sabah terutama sekali ketika cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah untuk memudahkan mereka membawa anak-anak bersama ke sini. Jadi jangan lupa untuk singgah di tempat ini walaupun sekejap sahaja bila anda datang berkunjung atau cuti ke daerah Kudat khususnya ke Kota Marudu.

Walaupun tempat ini hanyalah sebuah taman dinosour yang dibina untuk mempamerkan beberapa jenis replika spesis dinosour, namun pihak pengurusan juga adalah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan buat para pengunjung yang datang agar dapat memberikan keselesaan dan memudahkan mereka sepanjang berada di tempat ini. Antara kemudahan yang ada di sini ialah kaunter tiket untuk anda membuat bayaran sebelum masuk ke tempat ini dan bayaran masuk tersebut juga adalah termasuk untuk beberapa aktiviti lain yang boleh anda lakukan nanti seperti mandi di kolam, lawat mini zoo dan persembahan baby T-Rex. Kemudahan lain yang ada ialah di sini juga disediakan kemudahan tempat duduk di atas badan dinosour buat mereka yang mahu menaikinya terutamanya kanak-kanak, tapi tidak semua dinosour dibenarkan untuk naik. Dinosour yang ada di sini kebanyakkanya berada di kawasan lapang yang terbuka jadi kalau anda datang pada masa tu cuaca masih agak panas bolehlah sediakan payung atau pakai topi, tapi anda tidak perlu risau sebab ada juga sesetengah dinosour yang berada hampir dengan kemudahan pondok rehat yang mempunyai kerusi dan meja untuk anda duduk santai sambil melihat dan mengambil gambar bersama dinosour tersebut. Selain daripada itu bagi anda yang mahu makan tidak perlulah pergi cari tempat makan yang jauh sebab di sini pun ada juga cafe untuk anda menjamu selera dengan pelbagai jenis menu makanan dan minuman termasuklah juga kedai yang menjual makanan serta minuman ringan, di sini makanan yang dijual adalah yang halal jadi anda tidak perlu risau sekiranya ingin menjamu selera di sini.


Tidak pasti sekiranya di sini anda dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman dari luar ataupun tidak, tapi anda boleh menghubungi pihak pengurusan di sini lebih dahulu sebelum datang, kalau boleh bawa lagi baik sebab dapat jimatkan kos anda. Tetapi sekali sekala mencuba makanan yang ada di sini pun tidak jadi masalah sebab harga makanan di cafe ini pun murah dan sangatlah berbaloi, Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada dibina kolam renang buat anda yang mahu berenang di kolam tersebut tidak kira sama ada orang dewasa atau pun kanak-kanak tetapi pastikan jangan lupa untuk membawa pakaian mandi dan pakaian ganti sekali bila datang ke sini untuk ditukar, selain itu terdapat juga tandas yang disediakan di sini buat anda yang ingin menggunakannya untuk membuang air atau pin ingin menggantikan pakaian yang basah selepas mandi di kolam renang. Apa pun pastikan anda tidak buang sampah di dalam tandas tersebut agar ianya sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang lain apabila menggunakannya. Bagi anda yang memandu kereta sendiri ke sini, terdapat juga kemudahan tempat letak kereta yang telah disediakan diluar taman ini, jadi bolehlah anda letak kereta di luar dan tidak perlu risau sebab pihak pengurusan di sini pasti akan memantau dan menjaga kawasan tempat letak kereta ini termasuk kereta anda. Terdapat juga beberapa lagi aktiviti yang pihak pengurusan di sini ada menyediakan kemudahan peralatan untuk tujuan aktiviti tersebut seperti kayak, paddle boat, perahu elektrik, basikal hidro atau hydro bike, jadi bagi anda yang mahu melakukan aktiviti di atas bolehlah menggunakan kemudahan tersebut dengan jumlah bayaran tertentu mengikut berapa lama masa anda gunakan.

Terdapat juga kemudahan playground untuk kanak-kanak bermain yang berada di kawasan yang ada atap agar tidak terkena panas matahari, jadi mudah untuk anak anda bermain di sini sambil anda pun dapat juga berehat sebentar setelah selesai berjalan bersiar-siar untuk melihat dan bergambar bersama dinosour yang ada. Pihak pengurusan di sini juga ada membina kawasan taman dihiasi bunga yang cantik khas untuk anda yang mahu bergambar dengan rekaan bentuk love untuk anda jadikan kenangan. Di sini sebenarnya ada juga kemudahan gazebo yang dibina dan disediakan bagi mereka yang mahu ke sini untuk bercamping dan bermalam di sini menggunakan kemudahan gazebo tersebut, anda boleh juga pilih untuk menggunakan kemudahan ini untuk separuh hari dengan bayaran yang telah ditetapkan. Jadi bagi mereka yang datang dari jauh tu terdapat juga pilihan sama ada mereka mahu mahu bermalam di sini atau pun datang untuk lawatan pergi dan balik sahaja. Sekiranya anda memang bercadang untuk ke tempat ini dan bermalam maka sebaiknyalah membuat tempahan awal untuk kemudahan gazebo ini agar pihak pengurusan dapat memastikan ada kekosongan tempat untuk anda pada tarik dan waktu yang telah di pilih, selain itu dapatlah juga mereka menyediakan apa-apa keperluan untuk anda gunakan bila sudah berada di sini nanti. Untuk maklumat anda terdapat pagar kayu yang dibina untuk beberapa jenis dinosour, jadi yang ada pagar tu anda tidak boleh masuk ke dalamnya dan menyentuh dinosour tersebut ini adalah bagi menghalang daripada berlaku kerosakan kepada replika tersebut, bagi dinosour yang tidak ada pagar boleh saja untuk disentuh dan dipegang.

Di sini terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke tempat ini sama ada untuk sehari atau pun bermalam dan antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah berjalan bersiar dan mengambil gambar bersama dengan pelbagai spesis dinosour yang ada, anda juga boleh menyentuh dan memegang sebahagian dinosour yang dibenarkan, aktiviti ini sudah pasti sangat menggembirakan buat kanak-kanak dan mereka juga akan merasa teruja kerana dapat melihat dan bergambar bersama replika dinosour yang bersaiz besar, selain itu ada juga replika dinosour yang boleh kanak-kanak naiki tetapi oleh kerana replika tu mungkin agak tinggi maka ibu bapa haruslah menjaga anak mereka yang naik ke atas dinosour tersebut, ini adalah bagi menjaga keselamatan mereka daripada terjatuh. Cuma pastikan semua aktiviti anda seperti bergambar, menyentuh, memegang dan menaiki replika dinosour dilakukan dengan mematuhi segala peraturan yang telah diberikan pihak pengurusan di sini dan pastikan jangan rosakkan atau menconteng badan replika tersebut sebab orang lain pun mahu juga datang ke sini untuk melihat dan bergambar. Aktiviti seterusnya ialah pergi melihat persembahan baby T-Rex tapi untuk ini ia ada masa tertentu mengikut hari dan biasanya kalau hujung minggu persembahan akan dibuat dalam 4 kali sehari manakala kalau hari biasa 2 kali sehari sahaja. Bagi anda yang mahu buat aktiviti mandi di kolam renang tu bolehlah bawa barang keperluan seperti pakaian lebih untuk ganti nanti dan untuk yang muslim sebaiknya bawa pakaian menutup aurat sebab kolam ini adalah di kawasan terbuka jadi kadang ramai orang pada masa itu terutamanya pada waktu hujung minggu.

Aktiviti di kolam seperti
kayak, paddle boat, perahu elektrik, basikal hidro juga ada ditawarkan di sini buat anda yang mahu mencubanya, tetapi aktiviti ini ada dikenakan bayaran sikit jadi anda perlulah membawa bajet ke sini jika ingin buat aktiviti tersebut dan bayaran aktiviti ini adalah mengikut masa yang telah ditetapkan, kalau anda mahu lebih masa pun boleh juga tapi harus bayar bayaran tambahan, apa pun ini cuma pilihan sahaja kalau tidak mahu buat aktivi tersebut pun tidak mengapa. Untuk aktiviti di kolam ini juga anda perlulah sentiasa mematuhi segala peraturannya agar dapat menjaga keselamatan anda sepanjang melakukan aktiviti tersebut sebab aktiviti di kolam yang mungkin agak dalam airnya. Aktiviti seterusnya ialah melawat ke mini zoo yang terdapat di tempat ini juga dan tidak ada bayaran yang dikenakan untuk ke zoo ini, antara haiwan hidup yang ada di sini ialah seperti musang, kucing, burung dan lain-lain lagi. Haiwan yang ada di dalam mini zoo ni berada di dalam kandang atau sangkar jadi anda tidak bolehlah sentuh dan pegang, tetapi boleh mengambil gambar haiwan-haiwan tersebut. Aktiviti lain ialah seperti bercamping serta bermalam di tempat ini menggunakan kemudahan gazebo yang telah disediakan oleh pihak pengurusan T-Rex Dreamland bagi sesiapa yang berminat bermalam di tempat ini. Selain daripada aktiviti di atas anda mungkin boleh menyenaraikan beberapa tempat yang menarik untuk aktiviti lawatan anda di sekitar Kota Marudu agar percutian anda kali ini lebih seronok dengan banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi. Antara beberapa tempat menarik yang berada di sekitar daerah kecil Kota Marudu ini ialah :

Tempat menarik berhampiran :

01. Saranghaeyo Campground
02. Bukit Mundan

03. Walai Tobilung
04. Taman Kinabalu Serinsim
05. Walai Rabbit & Tunggung
06. Taman Rekreasi Pampang
07. Pantai Mandawang
08. Sulap Tokou Serinsim
09. Pekan Kota Marudu
10. Bukit Kondius
11. Pantai Teringai

12. Pantai Taburan


Untuk
ke sini memang sangat digalakkan memandu kenderaan sendiri kerana ianya akan dapat lebih  memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kota Marudu. Lagi pun kalau naik perkhidmatan e-hailing atau menyewa kereta mungkin agak mahal bayarannya kerana tempat ini jauh sikit dari Pekan Kota Marudu. Selain dari itu kalau ada kereta sendiri dapatlah memberi peluang kepada anda untuk pergi melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitar daerah kecil ini.

Waktu operasi :
9 pagi - 5.30 petang

Bayaran masuk :
RM20.00 : Dewasa (12 ke atas)
RM15.00 : Kanak-kanak (4-11 tahun)
Percuma : Bawah 3 tahun

Baby Dino Showtime :
Selasa - Khamis : 10am & 2pm
Jumaat - Ahad : 10am, 12pm, 2pm, 4pm

Ba
yaran masuk termasuklah sekali dengan aktiviti mandi kolam renang, persemabahan baby dinosour serta beberapa kemudahan lain, dan untuk aktiviti lain akan ada bayaran yang dikenakan. Waktu operasi dan juga bayaran masuk serta bayaran aktiviti mungkin akan berubah mengikut keadaan jadi untuk lebih mudah anda boleh layari laman sosial T-Rex Dreamland atau anda juga boleh terus menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lebih lanjut :

T-Rex Dreamland
Jalan Lungking, Bandau,
Kota Marudu, Sabah,
Malaysia.
Telefon : +6014 566 0922
Website : T-Rex Dreamland


Ulasan