Taburan Beach Camp adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dijadikan tempat atau lokasi percutian terutamanya buat mereka yang mahukan percutian yang tenang dan tenteram jauh dari kesibukan bandar dan berhampiran dengan pantai yang terbentang luas. Tempat ni merupakan antara lokasi pilihan orang ramai terutama sekali mereka yang tinggal sekitar Bahagian Kota Kinabalu dan ia terletak lebih kurang 48 km atau kira-kira 1 jam 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan kalau dari Bandar Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 117 km atau 2 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan.
Taburan Beach Camp adalah salah satu tempat menarik di
Kota Belud dan juga merupakan antara satu tempat percutian yang sesuai untuk
seisi keluarga atau bersama rakan-rakan ketika musim cuti sekolah ataupun cuti dihujung mingg dan di sini anda boleh memilih untuk membuat lawatan sehari sahaja atau boleh juga untuk bermalam dengan berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah disediakan khas untuk berkhemah. Tempat ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 20 Januari 2024 di atas kawasan yang berkeluasan 5 hektar dengan lokasinya berhampiran pantai yang mana sudah pasti akan dapat menarik lebih ramai orang untuk datang berkunjung ke sini. Bagi anda yang mencari lokasi percutian yang tenang dan jauh dari kesibukan bandar maka bolehlah mempertimbangkan untuk jadikan tempat ni antara lokasi percutian anda seterusnya pada masa akan datang, dengan kawasannya yang cantik, bersih dan berhampiran pantai sudah tentu dapat memberikan anda satu suasana berehat yang lebih aman dan tenteram sambil tu boleh mendengar bunyi desiran ombak dan menghirup udara segar yang bertiup dari arah lautan yang terbentang luas di hadapan. Walaupun tempat ini boleh dikira agak jauh dari pekan atau bandar dan jalan masuk ke sini juga adalah gravel tetapi tidak perlu risau sebab kereta biasa pun boleh juga masuk ke sini dan anda pasti akan merasa ianya berbaloi bila sudah sampai ke tempat ini dan melihat keindahan alam semulajadi yang ada. Tempat ini terletak dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 48 km atau kira-kira 1 jam 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan lebih lebih kurang 117 km atau pun kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan jika datang dari Bandaraya Kota Kinabalu. Jadi kalau anda datang berkunjung ke Kota Belud atau Kota Kinabalu untuk bercuti jangan lepaskan peluang untuk datang singgah ke tempat ini bersama keluarga atau bersama rakan anda tidak kira untuk lawatan sehari atau bermalam dan tempat ini terbuka untuk semua pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini. Sebaiknya menghubungi pihak pengurusan TBC ni sebelum anda datang ke sini agar dapat memastikan ianya buka pada masa tersebut.
Bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang datang ke sini, maka pihak pengurusan TBC telah menyediakan pelbagai kemudahan agar setiap pengunjung yang datang akan sentiasa berpuas hati sepanjang mereka berada di tempat ini bercuti. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah tempat penginapan yang juga dikenali sebagai Walai Tobilung yang merupakan rumah kayu unik bertemakan rumah tradisional etnik pribumi negeri ini, tapi jumlahnya adalah terhad oleh itu sekiranya anda bercadang datang bercuti dan ingin memilih untuk menginap di penginapan ini maka sebaiknya menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk memastikan ada kekosongan pada tarikh yang anda pilih. Di dalam Walai Tobilung tersebut juga ada kemudahan lain yang telah disediakan untuk kegunaan mereka yang mahu menginap di rumah ini dan kemudahan yang ada dalam rumah ini adalah jenis tradisional yang sudah pasti akan membuatkan anda merasa berada dalam suasana kampung dan lebih menariknya ianya dibina menghadap laut yang akan menyajikan satu pemandangan yang cukup indah. Selain Walai Tobilung terdapat juga beberapa kemudahan lain yang ada disediakan di sini iaitu beberapa buah pondok yang dibina berhampiran dengan pantai untuk anda sewa apabila datang ke tempat ini, dengan adanya pondok ini ianya akan memudahkan para pengunjung menyimpan barang atau berehat dan menjamu selera di pondok tersebut dengan lebih selesa tanpa ada gangguan. Kemudahan khemah juga ada disediakan di sini untuk sesiapa yang mahu menyewanya jika ingin berada di tempat ini dalam waktu yang lama seperti dari pagi hingga petang atau pun mungkin juga ingin bermalam. Jika anda bercadang untuk sewa khemah dan berkhemah di sini disarankan juga agar membuat tempahan awal dengan pemilik tempat ini agar mereka dapat menyimpan jumlah khemah yang kumpulan anda hendak gunakan dan terdapat beberapa saiz khemah yang ada disediakan iaitu saiz untuk 2 orang, 4 orang dan 6 orang, jadi anda boleh pilih yang mana diinginkan. Tapi kalau ada khemah sendiri adalah lebih baik bawa saja khemah tu agar dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan dan duit lebih tu boleh gunakan untuk bayaran aktiviti yang ada.
Kemudahan lain yang ada di sini ialah buaian yang diikat diantara pokok yang ada berhampiran dengan pantai, tapi jumlah buaian ni tidak banyak jadi terpulanglah siapa dahulu yang duduk di situ dialah yang dapat, jarang juga orang duduk di situ mungkin sebab ada yang tidak biasa gunakan buaian tersebut. Bagi yang mahu melakukan aktiviti di laut terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk anda sewa seperti perayu kayu, kayak, jaket keselamatan, pelampung dan lain-lain lagi. Untuk jaket keselamatan tu memang wajib di pakai apabila melakukan aktiviti di laut atau sungai sebab ia adalah untuk keselamatan anda, begitu juga pelampung lebih-lebih lagi jika ada membawa bersama anak anda ke sini. Untuk makanan pula bergantung kepada keperluan anda, jika anda ke sini cuma untuk lawatan sehari sahaja bolehlah bawa makanan yang sudah siap di masak ke sini, tetapi kalau ke sini bermalam tidak kira satu malam atau lebih maka bolehlah bawa makanan untuk di masak nanti sebab di sini pun ada kemudahan tempat masak bbq jadi bolehlah anda memasak sendiri nanti, sekiranya ada kekurangan makanan atau minuman bolehlah ke kedai runcit mini yang juga ada disediakan pemilik di tempat ini tapi pastikan anda membawa sedikit duit poket untuk membeli barangan di sini sebab di sini anda harus guna wang tunai sahaja. Kalau anda masak sendiri di sini pastikan bawa peralatan untuk makan seperti pinggan (piring), gelas, sudu dan apa-apa lagi yang perlu sebab di sini tidak disediakan peralatan untuk makan tersebut, pastikan juga bawa tempat untuk menyimpan makanan basah untuk masak contohnya tempat yang sesuai untuk simpan jika ada bawa sayap ayam, daging dan lain-lain lagi. Jika anda tidak mahu memasak di sini pun boleh juga yang penting bawa duit lebih dan boleh makan di cafe yang ada dibina di tempat ini, terdapat beberapa menu makanan yang disediakan iaitu seperti nasi goreng, mee hoon goreng, maggie, maggie goreng, mee sup ayam dan minuman pula termasuklah minuman 3 in 1, harga makanan di cafe ni pun tidak terlalu mahal dan boleh dikira sesuai dengan lokasinya yang jauh dari pekan dan bandar. Apa pun terpulanglah pada anda sendiri sama ada mahu masak sendiri atau makan di cafe ikut dari bajet yang anda ada.
Di sini juga ada kemudahan tandas dan juga bilik mandi yang telah disediakan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya untuk membersihkan badan selepas bermain di pantai, pastikan anda tidak membuang sampah ke dalam lubang tandas yang mungkin akan menyebabkan ianya tersumbat. Tempat ini memang luas oleh itu, tempat untuk letak kereta pun memang banyak di sini dan anda juga boleh membawa kereta terus masuk ke dalam kawasan ini dan letak di mana yang telah dikhaskan oleh pihak pemilik yang berhampiran tempat anda berehat atau berkhemah, jadi tidak perlulah risau. Untuk kemudahan liputan talian telefon pula yang ada adalah seperti celcom dan digi yang lain mungkin tidak berapa kuat liputannya, jadi boleh sedia simkad untuk talian ini jika ke sini. Untuk lebih ringkasnya di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan yang ada disediakan oleh pihak pemilik Taburan Beach Camp kepada para pengunjung yang datang tidak kira yang datang sehari atau pun yang bermalam dan tidak kira sama ada anda adalah penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke TBC ini :
Kemudahan :
01. Tapak Perkhemahan
02. Khemah
03. Walai Tobilung
04. Buaian
05. Pondok
06. Bilik Mandi
07. Tandas
08. Tempat Letak Kereta
09. Tempat BBQ
10. Liputan Telefon
11. Kedai Runcit Mini
12. Mini Cafe
13. Kayak
14. Jaket Keselamatan
15. Pelampung
16. Perahu
Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang telah disediakan di sini, sekiranya anda mahu datang ke sini dan ada pertanyaan mengenai apa lagi kemudahan yang anda perlukan jika datang ke sini bolehlah terus hubungi pihak pengurusan atau pemilik tempat ini, jangan malu atau segan sebab pemilik tempat ini memang sangat mesra dengan semua pengunjung. Anda juga boleh membawa beberapa barangan yang diperlukan dari rumah jika datang ke TBC sebab kalau bawa sendiri akan dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan sekaligus lebih memudahkan anda sepanjang berada di sini melakukan pelbagai aktiviti menarik. Antara barang keperluan yang mungkin boleh anda bawa adalah seperti membawa khemah sendiri jika bercadang untuk berkhemah di sini, bawa kerusi berkhemah dan beberapa peralatan untuk berkhemah yang lain. Pastikan juga membawa pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aitiviti khususnya aktiviti di laut atau pun sungai dan jangan lupa membawa pakaian lebih untuk kegunaan selepas mandi di pantai. Bawa keperluan seperti kamera, video kamera dan powerbank untuk memastikan cas kamera atau telefon sentiasa mencukupi untuk anda bergambar di tempat ini yang begitu cantik dan indah agar dapat dijadikan kenangan percutian. Untuk lebih ringkas di bawah ini ialah antara barangan yang mungkin boleh anda bawa ke sini, apa pun ianya mengikut keperluan anda seperti jika bermalam atau pun tidak :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian lebih
02. Kasut
03. Topi
04. Baju Hujan
05. Barang masakan
06. Video Kamera
07. Kamera
08. Bantal
09. Powerbank
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Ubat Peribadi
16. Pakaian mandi
17. Sejadah
18. Telekung solat
19. Khemah
20. Semburan Nyamuk
21. Selimut Tidur
22. Beg Tidur
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang berkunjung ke sini bercuti sama ada ketika cuti sekolah atau cuti hujung minggu dan tidak kira anda datang sendiri, bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Antara aktiviti tersebut ialah pertama membuat aktiviti perkhemahan yang boleh dibuat di kawasan yang telah dikhaskan berhadapan dengan pantai jadi ianya memang sangat menarik kerana dapat menyajikan satu pemandangan yang indah dan udara yang segar dari laut. Pastikan anda membawa khemah sendiri untuk lebih jimatkan kos perbelanjaan tanpa perlu menyewa khemah lagi, tapi kalau anda tidak ada khemah sendiri bolehlah sewa sahaja dari pemilik tempat ini. Selain dari itu anda juga boleh lakukan aktiviti mandi di tepi pantai, pastikan anda menyewa pelampung yang ada di sediakan di sini terutama sekali untuk kanak-kanak sebab ombak kadang boleh menjadi kuat jadi untuk keselamatan maka sebaiknya pakai pelampung ketika mandi di laut. Selain mandi anda juga boleh buat aktiviti berkayak tetapi satu orang sahaja boleh naik dalam satu kayak jadi kalau ramai orang pada masa itu maka anda haruslah menunggu giliran dan masa yang sesuai dikatakan adalah ketika waktu petang untuk melihat keindahan suasana pemandangan matahari terbenam, tapi terpulang pada anda mahu naik kayak tu pada waktu bila. Semua peralatan berkayak ada disediakan anda hanya perlu menyewanya saja dan yang penting dan wajib anda pakai ketika berkayak ialah jaket keselamatan. Seterusnya di TBC ini juga anda boleh melakukan aktiviti memancing sama ada menggunakan cara tradisional mahu pun cara moden yang ada ditawarkan pihak pengurusan di sini, biasanya anda akan naik perahu yang dikhaskan untuk memancing yang mana ianya akan dikendalikan sendiri oleh pihak TBC dan hasil tangkapan tu semua akan dimasak serta dihidangkan untuk anda sekeluarga nanti, memang sungguh menarik bila dapat makan hasil tangkapan sendiri yang mana hidangan tersebut sudah pasti segar ketika di makan, tapi apa pun yang penting sebaiknya anda menyewa jaket keselamatan ketika pergi memancing untuk lebih menjamin keselamatan anda.
Aktiviti lain yang ada disediakan pihak TBC ialah melakukan pelayaran di sungai atau river cruise yang mana anda akan naik ke perahu yang telah disediakan dengan jumlah penumpang yang terhad untuk beberapa orang sahaja dalam satu perahu kemudian kumpulan anda akan belayar di sungai berhampiran yang dikelilingi kawasan bakau dan berhampiran dengan kawasan rumah penduduk kampung. tetapi jarak pelayaran ini tidak juga begitu iaitu cuma lebih kurang 2 km sahaja atau lebih kurang mengambil masa dalam 30 minit dan aktiviti ini biasanya dilakukan sekitar jam 4 higga 5 petang. Siapa yang suka aktiviti mencari lokan tu bolehlah turut serta dalam aktiviti tersebut di kawasan bakau dan untuk aktiviti ini anda akan diberikan pinjam kasut getah hitam atau lebih terkenal dengan panggil 'adidas kampung" oleh penduduk tempatan negeri ini, ini kerana kawasan bakau tu berlumpur jadi memang perlu pakai kasut macam ini untuk senang bergerak agar kaki tidak terkena dengan benda tajam seperti akar kayu dan sebagainya. Antara aktiviti tambahan lain yang mungkin boleh anda lakukan di sini ialah seperti masak bbq dan juga memasang unggun api ketika malam sambil duduk bercerita dengan keluarga atau rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Bagi anda yang mahu ke TBC ini adalah disarankan untuk memandu kenderaan sendiri agar ianya lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik dari sini serta boleh pergi melawat tempat lain disekitar Kota Belud sekiranya ada lagi masa cuti yang terluang.
Bayaran masuk :
Dewasa :
Warganegara : RM5.00 seorang
Bukan Warga : RM15.00 seorang
Kanak-Kanak (7-12 tahun) :
Warganegara : RM2.00 seorang
Bukan Warga : RM12.00 seorang
Bayaran di atas ini adalah bayaran masuk untuk lawatan sehari sahaja, sekiranya anda mahu ke tempat ini dan bermalam maka anda akan dikenakan bayaran tambahan seperti di bawah ini, tidak termasuk penyewaan peralatan lain seperti khemah dan sebagainya.
Bayaran bermalam :
Dewasa :
Warganegara : +RM5.00 seorang
Bukan Warga : +RM15.00 seorang
Kanak-Kanak (7-12 tahun) :
Warganegara : +RM3.00 seorang
Bukan Warga : +RM13.00 seorang
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut seperti membuat tempahan, pertanyaan bayaran sewa peralatan dan bayaran aktiviti boleh
terus menghungi pemilik Taburan Beach Camp seperti alamat yang di bawah ini :
Hubungi :
Hubungi :
Taburan Beach Camp
Kg. Taburan, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 819 3285
Tel : +6013 863 3314
Web Fb : TBC
Kg. Taburan, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 819 3285
Tel : +6013 863 3314
Web Fb : TBC
Ulasan
Catat Ulasan