Tagal Taman Tinopikon (Tagal Tinopikon Park) adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Kawasan Tagal ini terletak di daerah Penampang iaitu lebih kurang 23 km dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
TAGAL TAMAN TINOPIKON
Tagal Taman Tinopikon (Tagal Tinopikon Park) adalah salah satu tempat menarik di Penampang yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Kota Kinabalu terutamanya di daerah Penampang. Tagal ini terletak di Kg. Notorus, Penampang iaitu kira-kira 23 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan kira-kira 15 km atau 19 minit perjalanan dari Bandar Penampang. Tagal Tinopikon merupakan salah satu daripada lebih 500 sistem tagal yang terdapat di negeri Sabah yang menjadi pilihan pelancong yang berminat dengan sistem tagal kerana keunikannya sambil melihat bermaca-macam jenis ikan.
Seperti juga sistem tagal yang dibuat dibeberapa tempat lain, sistem tagal di sini juga adalah sebagai larangan menangkap atau memancing ikan dikawasan sungai tersebut. Apa yang menariknya di sungai sistem Tagal Tinopikon ini adalah ikannya yang berbagai-bagai jenis, cantik, lebih jinak dan saiznya juga adalah besar, tapi yang lebih menarik perhatian adalah ikan jenis pelian yang banyak terdapat di sungai ini. Ikan jenis ini memang sangat popular di negeri Sabah. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis ikan, dan kalau mahu di urut oleh ikan-ikan ini anda boleh masukkan kaki ke sungai dan ikan tersebut akan berkumpul dikaki yang membuatkan anda merasa seperti sedang diurut.
Kalau mahu berenang bersama ikan-ikan ini boleh juga yang penting anda, tapi sebaiknya tanya terlebih dahulu dengan petugas tagal ini. Pastikan anda membawa pakaian ganti dan tuala untuk tukar pakaian basah. Selain itu anda juga boleh memberikan makanan kepada ikan tersebut tapi tidak boleh beri makanan sembarangan, anda mesti beli makanan ikan dari kaunter ketika anda mendaftar masuk. Kalau bagi makan ikan-ikan tu sebaiknya anda ambil makanan ikan ditangan dan masukkan tangan ke dalam sungai nanti ikan tersebut akan berkumpul ditangan anda untuk makan makanan itu. Bila lagi mahu rasa pengalaman yang menarik dengan memberi makan dengan cara begitu.
Di sini, kalau hanya mahu ke sungai dan melihat, memberi makan dan mandi bersama ikan-ikan boleh juga, tapi kalau mahu berjalan atau melawat tempat lain di kawasan ada pakej yang disediakan, yang mana pakej tersebut adalah termasuk bayaran masuk, melawat air terjun, melawat perkampungan, lawat kebun buah-buahan, pertunjukan menoreh getah, meredah hutan, dan makan makanan yang dimasak menggunakan kayu api. Ini pasti suatu pengalaman yang cukup manis dan sukar untuk dilupakan. Kalau pergi ramai-ramai tentu seronok dan tidak akan merasa penat berjalan meredah hutan.
Terdapat beberapa kemudahan juga yang ada Tagal Tinopikon ini, antaranya adalah seperti tandas, tempat letak kereta dan lain-lain lagi. Jadi kalau anda mahu ke sini sebaiknya menaiki atau memandu kereta sendiri, kalau tiada kenderaan bolehlah menyewa kenderaan (yang penting ada lesen) ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini. Kalau mahu naik bas boleh juga tapi mungkin akan makan waktu sebab biasa bas akan jalan kalau sudah penuh saja, jadi masa anda akan terbuang.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM2.00
(Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan)
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai atau apa-apa maklumat bolehlah menghubungi pihak Tagal Taman Tinopikon di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :

AJ Best Travel Sdn. Bhd.
Lot 7, Tingkat 2, Blok SH-9 (MDP SH9-7-2)
Taman Suria Shop Apartment
Ph1B, Jalan Penampang,
Poskod 88300, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-702 878
H/P : +6017-862 3833
Nota :

01. Anda tidak dibenarkan untuk membuat aktiviti memancing kawasan ini terutamanya di air sungai yang tmerupakan kawasal tagal (dilarang memancing/menangkap ikan).
02. Makanan ikan hendaklah dibeli daripada pihak Taman Tinopikon ini dan anda tidak dibenarkan untuk memberi makan ikan di sungai ini daripada makanan ikan yang dibeli dari luar.
Ulasan
Catat Ulasan