Tagal Village Ecotourism Talungan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk orang ramai kunjungi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, tempat ini adalah sebuah eko pelancongan yang mana ianya berasaskan komunitit dan sesuai untuk aktivti rekreasi dan beriadah ketika hujung minggu atau pun ketika musim cuti sekolah. Tempat ini terletak di dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 21 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud, Sabah.
TAGAL VILLAGE TALUNGAN

Kredit gambar : Talungan
Tagal Village Ecotourism Talungan merupakan salah satu tempat yang menarik
di Kota Kinabalu untuk anda anda kunjungi apabila ada masa lapang terutamanya ketika hujung minggu atau pun ketika musim cuti sekolah dengan membawa bersama ahli keluarga atau bersama rakan-rakan. Tempat ini adalah satu lokasi yang menarik untuk anda berekreasi dan beriadah dengan aktiviti utamanya adalah di sungai, tapi perlu perlu ingat ya sebab sungai ini adalah kawasan Tagal yang bermaksud ianya merupakan kawasan yang dilarang untuk menangkap ikan yang ada di sungai, tujuan tagal adalah untuk ekosistem yang ada di sungai termasuklah alam sekitar agar ianya dapat diwarisi dan memberi manfaat kepada generasi akan datang, walaupun dilarang untuk menangkap ikan tetapi anda boleh mandi dan berenang di sungai tersebut. Tempat ini telah mula beroperasi pada 21 Mac 2015 dan dimiliki oleh penduduk tempatan di sini iaitu Puan Harlina Daiti yang terletak di daera Kota Belud iaitu lebih kurang 21 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud. Bagi anda yang datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula jarak perjalanannya adalah sekitar 87 km atau mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan. Siapa yang mahu mencari tempat berehat ketika hujung minggu mungkin boleh memilih untuk dijadikan lokasi tersebut, lagi pun tempat ini juga adalah mesra keluarga dan anda ada pilihan sama ada untuk ke sini bagi lawatan sehari saja atau bermalam dengan berkhemah atau pun menyewa cottage yang ada disediakan. Tempat ini adalah antara lokasi percutian yang selalu menjadi pilihan orang ramai yang tinggal di sekitar daerah kecil ini dan juga dari Kota Kinabalu, jadi anda tidak perlu hairan apabila datang ke tempat ini dan melihat ramai orang berada di sini melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, lebih-lebih lagi dengan bayaran masuk ke sini yang boleh dikatakan sangat murah dan berpatutan.
Eko pelancongan ni berasaskan komuniti di kampung ini, jadi memang penduduk kampung di sini akan turut sama membantu menguruskan tempat ini termasuklah membantu dan menolong para pengunjung bila mereka memerlukan bantuan. Untuk lebih memudahkan tetamu yang datang pihak pengurusan ada menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang bertujuan semua para tetamu sentiasa puas
hati dan merasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini sambil melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan ini tutut dibantu oleh penduduk kampung ini sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi pendapatan mereka. Antara kemudahan yang ada di sini ialah cottage untuk anda yang ingin bermalam di sini, tapi cottage ni tidak banyak kemudahan yang ada di dalamnya, jadi anda perlulah bawa kemudahan tersebut yang dirasakan perlu untuk digunakan di sini nanti, selain itu terdapat juga kemudahan khemah untuk disewa yang ada disediakan di sini buat anda yang mahu bermalam dengan menggunakan khemah di sini atau mungkin anda mahu gunakan ia ketika lawatan sehari sahaja agar tidak kena panas matahari bial berada di sini, tetapi jumlah khemah mungkin adalah terhad jadi kalau datang ke sini ketika hujung minggu adalah lebih baik sekiranya anda membawa khemah sendiri dari rumah atau boleh juga kalau mahu sewa kemudahan pondok saja untuk berehat atau dijadikan tempat untuk menjamu selera. Selain itu sekiranya pondok pun penuh pada masa itu anda bolehlah sewa saja kanopi untuk dijadikan tempat berehat dan berlindung dari matahari bila cuaca panas dan untuk makan bersama keluarga, tetapi kalau anda pakai khemah atau kanopi sebaiknya bawa tikar untuk duduk agar mudah untuk anda menjamu selera nanti. Apa pun jika anda bercadang untuk menyewa pondok, khemah dan kanopi bila datang ke sini maka adalah lebih baik anda membuat tempahan awal dengan menghubungi pihak pengurusan di sini agar mereka dapat memastikan adanya kekosongan peralatan tersebut pada tarikh dan masa yang telah anda pilih sekaligus dapat membuat simpanan kemudahan tersebut untuk kumpulan anda nanti.
Di sini ada juga terdapat beberapa gerai jualan makanan tetapi jika anda mahu memasak sendiri pun boleh juga sebab ada disediakan kemudahan dapur dan tempat bbq untuk anda memasak sendiri apa makanan yang anda inginkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin bermalam di sini sebab kalau sudah bermalam mestilah mahu masak untuk makan siang atau malam, tetapi sebaiknya anda bawalah sendiri bahan untuk di masak dan juga peralatan untuk makan nanti seperti piring, gelas, sudu dan apa juga peralatan lain yang dirasakan perlu, ini adalah agar ianya lebih memudahkan anda tanpa perlu lagi mencarinya apabila sudah berada di sini nanti dan kalau anda membawa barang dan peralatan mungkin akan lebih menjimatkan kos anda. Manakala bagi mereka yang datang ke sini untuk lawatan sehari sahaja atau day trip mungkin boleh bawa makanan dari rumah untuk menjamu selera di tempat bila rasa lapar setelah selesai melakukan pelbagai aktiviti. Tempat letak kenderaan pun ada juga disediakan oleh pihak pengurusan di sini agar membolehkan anda meletakkan kenderaan anda dengan lebih selamat di sini yang mana ianya turut akan dijaga oleh penduduk kampung selama berada di tempat ini, jadi tidak perlu risau sekiranya memandu kereta sendiri terus ke tempat ini. Kemudahan kedai runcit juga ada di sini untuk anda mencari dan membeli beberapa barangan keperluan dan juga membeli makanan ringan dan minuman, tapi pastikan bawa duit poket bila ke kedai runcit ya sebab di sini hanya terima tunai saja sebab tempat ini adalah kawasan perkampungan jadi memang biasa menggunakan tunai untuk bayaran tersebut di kedai runcit. Antara kemudahan yang rasanya penting juga apabila datang ke tempat rekreasi dan riadah adalah tandas dan bilik persalinan pakaian lebih-lebih lagi aktiviti tempat ini lebih kepada di sungai jadi sudah tentu dua kemudahan ini sangat perlu untuk memudahkan para pengunjung. Tandas dan bilik salin pakaian ini ada disediakan di tempat ini tetapi pastikan anda tidak membuang sampah ke dalam lubang tandas tersebut sebab ianya akan menyebabkan lubang tandas tu menjadi tersumbat dan akan membuatkan tandas tu kotor.
Oleh yang demikian sentiasalah menjaga kebersihan sepanjang anda berada di sini dan jangan buang sampah anda seperti sisa dan plastik makanan merata-rata sebaliknya buanglah ke dalam tong sampah yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk kemudahan anda. Di sini juga ada di jual makanan untuk ikan yang boleh anda beli untuk diberikan makan kepada ikan yang ada di sungai, anda tidak dibenarkan membawa makanan ikan daripada luar atau memberikan makanan kepada ikan selain dari makanan ikan yang ada dijual di sini. Bagi anda yang buat aktiviti di sungai ada terdapat beberapa kemudahan yang disediakan iaitu seperti rakit untuk disewa yang memuatkan 4 orang saja dalam satu masa dan anda mesti pakai jaket keselamatan yang ada disediakan tapi jangan risau sebab rakit tu saja yang dikenakan bayaran manakala jaket keselamatan pula tidak ada dikenakan bayaran. Pelampung pun ada di sini yang boleh anda sewa terutamanya untuk kanak-kanak agar mudah untuk mereka mandi di sungai nanti. Kemudahan tali juga ada disediakan yang melintasi sungai tersebut agar memudahkan anda berpaut atau berpegang pada tali tersebut untuk mandi dengan lebih tenang dan rasa selamat. Ada Banyak lagi sebenarnya kemudahan lain yang ada dan anda boleh menghubungi pihak pengursan di sini untuk bertanyakan sebarang kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan di sini, apa pun bila anda bercadang untuk datang ke tempat ini sebaiknya anda membawa beberapa barang keperluan yang rasanya perlu untuk di bawa mengikut keperluan anda sama ada untuk lawatan sehari sahaja atau pun jika bermalam di sini menggunakan cottage, pondok atau berkhemah. Di bawah ini adalah senarai yang rasanya boleh anda bawa bila ke sini agar ianya akan lebih memudahkan percutian anda di sini tanpa perlu terulang alik pergi ke bandar atau pekan untuk mencari barang yang diperlukan, tapi senarai ini adalah cadangan saja ya, jadi ianya terpulang pada anda sama ada mahu ikut senarai di bawah ini atau pun tidak sebab ikut keperluan anda sendiri :
Barang perlu bawa :
01. Khemah sendiri
02. Pakaian lebih
03. Pakaian mandi
04. Barang masakan
05. Bekas simpan makanan
06. Kamera/video kamera
07. Lampu suluh
08. Pisau lipat
09. Tali (jika perlu)
10. Bantal tidur
11. Selimut tidur
12. Arang bbq (jika perlu)
13. Penghalau nyamuk
14. Sejadah solat
15. Telekung solat
16. Tikar duduk
17. Piring, gelas, sudu
18. Pemetik api
19. Powerbank
20. Duit poket
21. Ubat peribadi
22. Peralatan memasak
Sekiranya anda rasa ada lagi barang yang tidak tersenarai di atas bolehlah di bawa saja agar untuk lebih memudahkan anda nanti, untuk senarai di atas tadi arang untuk bbq tu anda boleh bertanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan di sini sekiranya mereka ada menjual arang, jika tidak ada maka anda perlulah membawa sendiri dari rumah untuk gunakan kemudahan bbq nanti. Selain tu jangan lupa bawa pakaian mandi yang menutup aurat terutamanya bagi yang muslim sebab sungai ini adalah kawasan terbuka jadi akan ada ramai orang di sungai pada masa tersebut. Manakala untuk makanana pula hanya makanan dan minuman halal saja yang yang dibenarkan di bawa ke sini untuk masak atau pun makan. Yang penting jangan lupa untuk membawa duit poket sikit untuk membeli sebarang keperluan jika ada kekurangan sebab di sini hanya terima tunai saja ketika membeli di kedai runcit, tapi bila bawa duit tu sentiasalah jaga dengan baik dan jangan letak beg duit anda sembarangan tempat sahaja sebab jika ada kehilangan ianya adalah tanggungjawab anda sendiri. Kalau bermalam di sini pula jangan lupa untuk membawa segala barang mentah untuk di masak, peralatan memasak dan juga yang penting ialah bekas atau tempat untuk menyimpan makanan basah yang hendak digunakan untuk masak nanti, untuk tempat simpan makanan basah anda boleh gunakan polisterin atau apa saja yang anda rasa boleh digunakan di sini nanti agar makanan tu tidak mudah rosak jika bermalam.
Terdapat beberapa aktivit yang boleh dilakukan oleh pengunjung yang datang ke tempat ini tidak kira yang datang untuk lawatan sehari mahu pun yang datang dan bermalam di sini, antara aktivi yang boleh anda lakukan ialah mandi di sungai sepuas hati, tapi di sungai ini banyak juga ikan sebab itulah nama tempat ini disebut tagal, oleh itu anda boleh buat aktiviti mandi di sungai ini tapi jangan angkat atau cederakan ikan yang ada di sungai tersebut termasuklah mereka yang melakukan lain aktiviti di sungai ini seperti naik rakit. Perlu ambil perhatian kanak-kanak yang ingin mandi di sungai mestilah ditemani oleh bapa ibu bapa atau penjaga mereka selama mereka berada di sungai dan sebaiknya pakaian mereka pelampung atau bawa mereka berpaut pada tali yang ada diletakkan melintasi sungai agar lebih selamat. Untuk keselamatan para pengunjung ketika melakukan aktiviti di sungai, maka pihak pengurusan di sini telah membuat satu arahan iaitu apabila pengunjung mendengar bunyi siren atau wisel yang ditiup oleh pihak pengurusan maka semua pengunjung wajib untuk keluar dari air sungai tersebut, ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda, jadi pastikan patuhi segala arahan dan peraturan yang telah diberikan agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah masak bbq, seronok rasanya bila dapat masak bersama dan makan beramai-ramai di sini lebih-lebih lagi bagi mereka yang bermalam di sini sebab boleh memasak dan makan bersama dalam suasana malam yang tenang yang hanya kedengaran bunyi sungai yang mengalir dan di bawah sinaran bulan yang terang dan jutaan bintang yang berkelipan indah di angkasa sambil bercerita kenangan masing-masing. Ini sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaran antara keluarga atau hubungan persahabatan antara satu sama lain, apa pun jangan lupa segala barang untuk di masak dan peralatan masak serta alat untuk menjamu selera nanti.
Aktiviti lain ialah berkhemah di tempat ini, tapak perkhemahan tu nanti akan diberitahu oleh pihak di sini dan untuk aktiviti ini anda perlulah menghubungi pihak pengurusan terlebih dahulu agar mudah untuk mereka memastikan adanya kekosongan tempat berkhemah dan juga dapat menyediakan apa juga keperluan yang anda inginkan termasuklah sewa khemah, tapi kalau anda ada khemah sendiri adalah lebih baik untuk membawa khemah sendiri sebab ianya akan dapat menjimatkan kos anda terutamanya jika datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai. Memang seronok kalau dapat berkhemah di sini sebab suasana tenang dan aman tenteram, lagi pun pihak pengurusan tempat ini dan penduduk kampung akan turut menjaga keselamatan kumpulan anda sepanjang berada di sini jadi anda tidak perlu risau dan boleh berehat dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Antara aktiviti yang seronok di sini adalah beri makan kepada ikan yang ada di sungai, anda boleh letakkan makanan ikan tu di tangan kemudian letak di sungai dan pasti akan ada banyak ikan yang akan mengerumuni anda dan terasa seperti diurut sama ada di kaki atau pun tangan, ikan ni semua jinak tapi seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi jangan angkat atau cederakan ikan tersebut. Walaupun semua aktiviti yang anda lakukan di sini seperti mandi di sungai, berkhemah dan lain-lain lagi sentiasa dijaga oleh pihak pengurusan dan penduduk kampung, tetapi anda perlulah juga menjaga keselamatan diri dan keluarga sendiri sebab ia adalah tanggungjawab anda sendiri, apa pun yang penting adalah anda wajib patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan sepanjang anda berada di tempat ini terutama sekali ketika anda berada di air sungai. Sebenarnya ada beberapa lagi aktiviti yang boleh dilakukan apabila anda datang ke tempat ini seperti flying fox, mendaki dan juga tarian tradisional tapi yang ini mungkin jarang orang lakukan sebab biasa yang ke sini lebih kepada melakukan aktiviti mandi dan berenang di sungai sahaja.
Waktu operasi :

Sentiasa buka
Bayaran masuk :
RM3.00 : Dewasa
Bayaran masuk :
RM3.00 : Dewasa
RM2.00 : Kanak2 (7-12 tahun)
Percuma : Kanak2 (1-6 tahun)
Percuma : Warga emas 65 ke atas
Bayaran lain :
RM5.00 : Kanopi
RM5.00 : Rakit
RM10.00 : Khemah
RM40.00 : Cottage
RM1.00 - RM5.00 - Pelampung
Bayaran masuk serta bayaran lain yang dinyatakan di atas ini mungkin boleh berubah mengikut masa, keadaan dan keperluan pengurusan tempat ini. Oleh itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak Tagal Village Ecotourism Talungan seperti alamat yang tertera di bawah ini :
Hubungi :

Tagal Village Ecotourism Talungan
Kg. Talungan, Jalan Sayap,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6012 894 7801
Telefon : +6013 605 2421
Website FB : Talungan
Kg. Talungan, Jalan Sayap,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6012 894 7801
Telefon : +6013 605 2421
Website FB : Talungan
Ulasan
Catat Ulasan