Tajau Laut Guest House merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda datang untuk berkunjung dan bermalam di rumah tamu ini yang terletak di dalam daerah Kudat, Sabah iaitu lebih kurang 14.4 km atau kira-kira 22 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat.
TAJAU LAUT GUEST HOUSE
Tajau Laut Guest House merupakan salah satu tempat menarik di dalam daerah Kudat yang mungkin anda pilih untuk dijadikan sebagai tempat percutian sekiranya berpeluang datang bercuti ke Sabah atau khususnya di daerah Kudat. Tempat ini adalah sebuah penginapan atau rumah tamu yang terletak di lokasi yang sangat menarik di daerah Kudat iaitu lebih kurang 14.4 km atau kira-kira 22 minit jika naik kereta dari Pusat Bandar Kudat, kalau yang datang dari Kota Kinabalu perjalanan memang agak lama sikit iaitu lebih kurang 181 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Pusat Bandar kota Kinabalu. Walau tempat ni agak jauh bagi mereka yang datang dari luar daerah tetapi bila sudah sampai di sini pasti akan hilang semua penat semasa dalam perjalanan terutama bagi mereka yang memandu kereta sendiri ke sini. Bagi anda yang mancari tempat penginapan berhampiran pantai di daerah Kudat ni boleh cuba pilih rumah tamu ni yang mana tempat ni memang betul-betul berhadapan dengan laut yang sudah pasti akan menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan lebih-lebih lagi pada waktu sebelah petang iaitu ketika matahari terbenam. Tapi jika menginap di sini, anda tidak bolehlah harapkan tempat ni seperti hotel lima bintang, lagi pun namanya juga rumah tamu jadi sudah semestinya ianya adalah lebih ringkas dan hanya yang asas sahaja. Anda tidak perlu risau sebab perkhidmatan, suasana dan aktiviti yang ada di sini pasti akan membuatkan anda rasa berbaloi apabila datang bercuti ke sini. Yang menariknya pemilik tempat juga adalah seorang yang peramah dan mesra dengan semua tetamu mereka tidak kira sama ada tetamu tu adalah penduduk tempatan negeri ini, atau pun pelancong dari dalam dan luar negara.
Walaupun tempat ni adalah sebuah rumah tamu sahaja, tapi terdapat banyak juga kemudahan dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik rumah tami ini, antara kemudahan yang ada di sini yang pertama sudah tentulah bilik penginapan dan dalam bilik ni dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain iaitu seperti katil berserta tilam, bantal dan selimut yang mana katil dalam setiap bilik ada yang berbeza iaitu seperti ada yang katilnya besar sesuati untuk keluarga, ada yang jenis single sesuai untuk orang bujang tapi ada dua katil dalam bilik tersebut, dan ada juga katil yang jenis bertingkat, jadi anda boleh pilihlah bilik yang mana anda suka sesuai dengan katil pilihan anda, tambahan katil boleh minta dengan pemilik di sini tapi mungkin akan ada bayaran mengikut keadaan. Selain itu kemudahan lain yang ada di dalam bilik ialah kawasan tempat duduk, soket berhampiran katil, tuala, cermin muka, kipas angin, kesusi, bilik mandi, pancuran air mandi, beranda tempat anda duduk lepak sambil melihat keindahan laut dihadapan anda yang luas dan lain-lain lagi kemudahan. Untuk pengetahuan anda di rumah tamu ni tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan dan tidak boleh merokok di dalam bilik jadi kalau anda mahu merokok boleh berjalan di luar tapi pastikan tidak membuang sisa rokok tersebut ke dalam air laut agar air laut dan pantai di sini sentiasa kelihatan bersih. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada di kawasan rumah tamu ni ialah terdapat tempat makan yang disediakan di sini, tempat makan ni bukan macam restoran yang bersaiz besar, tapi biasanya jika anda tempah untuk menginap di sini makan sarapan pagi adalah termasuk dengan tempahan, untuk makan tengahari dan makan malam pula anda boleh berunding dengan pemilik di sini untuk menyediakannya dan mungkin akan dikenakan bayaran sedikit untuk makanan tersebut, tetapi makanan yang dihidangkan tu memang anda puas hati dengan pelbagai jenis menu makanan yang disediakan dan rasanya yang lazat.
Kalau anda mahu masak sendiri pun boleh juga sebab ada juga kemudahan BBQ yang disediakan di sini, jadi anda boleh tanya dengan pemilik rumah tamu ni sekiranya mereka ada menyediakan barang makanan untuk di masak BBQ atau tidak ada, sekiranya tidak ada maka anda perlulah pergi beli sendiri pasar terdekat atau boleh minta pemilik di sini mengaturkan untuk anda. Seterusnya adalah di sini juga ada kemudahan kedai runcit untuk anda membeli barang-barang yang mungkin diperlulah termasuklah jika ingin beli makanan dan minuman ringan untuk di makan ketika ada masa lapang dan ketika bersantai bersama keluarga atau rakan. Tapi kalau anda mahu membli di kedai runcit pastikan bawa wang tunai sikit bila datang ke sini sebab biasanya kedai runcit hanya terima tunai sahaja. Kemudahan lain yang ada ialah tempat letak kereta yang secara percuma, jadi kalau anda memandu kereta sendiri ke sini tidak perlulah risau tentang kereta sebab anda boleh letak kereta anda di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal di sini, cuma perlu letak elok-elok kereta tu agar tetamu yang lain dapat juga tempat untuk meletakkan kereta mereka. Kemudahan sukan air seperti kayak dan snorkeling pun ada di sini untuk anda sewa, kemudahan memancing terpulang pada anda sekiranya ada pancing sendiri bolehlah bawa, kalau tidak ada boleh tanya pemilik di sini jika mereka ada sediakan kemudahan peralatan memancing. Jika anda menaiki bas atau kapal terbang ke Kudat, mungkin anda boleh dapatkan kemudahan atau perkhidmatan pengangkutan yang disediakan oleh Tajau Laut Guest House untuk mengambil anda sama ada di lapangan terbang atau di perhentian bas express dan bawa anda ke tempat ini, agar dapat memudahkan perjalanan percutian anda ke sini. Kemudahan keselamatan juga ada dibuat di sini agar dapat menjamin keselamatan para tetamu sepanjang mereta berada di sini termasuklah juga penjagaan keselamatan kepada kereta tetamu itu sendiri yang dibuat dalam 24.
Bagi anda yang datang ke sini sudah tentulah mahu juga beberapa aktiviti agar dapat penuhi masa yang terluang ketika bercuti ke tempat kan. Jadi anda tidak perlu risau sebab di sini anda boleh buat juga beberapa aktiviti yang menarik antaranya ialah seperti berenang di tepi pantai, snorkeling ke terumbu karang yang terletak berhampiran sahaja iaitu lebih 200 meter sahaja dari tempat ni, kalau tidak pandai aktiviti snorkeling bolehlah buat aktiviti berkayak bersama keluaga dan rakan-rakan, tapi kayak tu tidak banyak jadi kalau ramai orang waktu pada masa tersebut mungkin anda perlu menunggu giliran untuk melakukan aktiviti ini. Kalau tidak biasa buat aktiviti sukan di laut ni, buatlah aktiviti menancing di jeti yang terletak berhampiran tempat ni, lagi pun jeti tu panjang ke laut jadi boleh duduk di jeti sambil buat aktiviti ini dan menunggu sehingga waktu petang untuk melihat keindahan matahari terbenam yang begitu cantik dan boleh bergambar juga terus di jeti tu dengan keindahan pemandangan tersebut, tapi sentiasa berhati-hati kalau duduk atau bergambar di atas jeti agar anda atau kamera dan barang lain seperti telefon tidak terjatuh ke dalam laut. Kalau anda tidak mahu buat aktiviti memancing, boleh juga berjalaj bersiar-siar di tepi pantai sekitar tempat ni yang memang cantik, dan pastikan pakai kasut atau selipar jika berjalan di pasir. Banyak juga lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini termasuklah aktiviti lawatan ke beberapa tempat menarik sekitar Kudat, lawatan ni terpulang pada anda jika datang dengan memandu kereta sendiri bolehlah pergi sendiri, kalau tidak ada kereta boleh atur dengan pemilik tempat ni untuk bawa anda melawat tempat menarik di Kudat seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Tanjung Simpang Mengayau
02. Pantai Simpang Mengayau
03. Pantai Kelambu
04. Gombizau Honey Bee Farm
05. Kg. Sumangkap Gong
06. Bavanggazo Longhouse
07. Maranjak Longhouse
08. Secret Place Beach
09. G-Wonder Khayalan
10. Pantai Bak-Bak
11. Pantai Tindakon Dazang
12. Pantai Bavang Jamal
Untuk ke sini, anda yang datang dari luar daerah Kudat bolehlah naik bas ke Kudat, lepas tu boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk bawa anda ke sini, kalau mahu senang boleh berhubung dengan pemilik rumah tamu ni untuk mengambil anda dari terminal bas dan menghantar semula bila sudah tamat percutian di sini. Kalau anda yang ada kereta sendiri tu bolehlah memandu terus ke sini tapi adalah lebih baik untuk membuat tempat penginapan lebih awal sebab takut pula datang dari jauh nanti tidak ada kekosongan. Oleh itu untuk maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pihak Tajau Laut Guest House untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.
Hubungi :
Kredit gambar : Sabahtourism
Kredit gambar : Sabahtourism
Kredit gambar : Agoda

Ulasan
Catat Ulasan