Taliwas River Conservation Area merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak dalam daerah Lahad Datu, iaitu lebih kurang 36 km dari Bandar Lahad Datu, Sabah.
TALIWAS RIVER CONSERVATION AREA
Kredit Gambar : Taliwasriver
Pada awalnya tempat ini dijadikan sebagai pusat agro-pertanian pada tahun 1970 oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah dengan menubuhkan Kem Perhutanan Taliwas, kemudian pada tahun 1987 projek penanaman hutan telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Sabah ditempat ini dan menyerahkan kepada Pihak Yayasan Sabah untuk menguruskannya sebagai sebuah pusat eko-pelancongan, pendidikan dan penyelidikan. Selepas beberapa tahun, akhirnya pada 10 Mei 2012 pihak Kerajaan Negeri Sabah telah menaiktarafkan tempat ini dan mewartakannya sebagai salah satu Hutan Simpan Kelas 1 yang terdapat di Sabah dan diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum. Selepas itu tempat ini telah menjadi salah satu kawasan rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai terutama yang tinggal disekitar daerah Lahad Datu.
Kawasan Taliwas River Conservation Area pada masa ini sering menjadi tumpuan kumpulan peminat aktiviti berkhemah di sekitar daerah Lahad Datu kerana mempunyai suasana yang tenang dan selesa di samping terdapat sungai dan air terjun yang boleh dilawati untuk aktiviti mandi manda. Selain itu juga tempat ini sangat sesuai untuk seisi keluarga atau bersama rakan-rakan untuk datang beriadah atau berkelah sambil melakukan aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Bagi yang ingin berkhemah dan bermalam di kawasan ini sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal dengan pihak pengurusan di sini agar mereka dapat membuat persiapan lebih awal. Antara beberapa aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan apabila berada di sini sama ada anda datang untuk lawatan sehari sahaja atau pun yang mahu berkhemah dan bermalam di sini ialah seperti :
Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan Taliwas River Conservation Area ini untuk pengunjung yang datang ke sini sama ada untuk lawatan sehari ataupun yang bermalam. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk lebih memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung agar percutian atau lawatan mereka ke sini lebih berbaloi sekaligus dapat menjadikan percutian mereka sebagai satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat ini untuk kegunaan pengunjung ialah :
Alamat 1 :
Kredit Gambar : Taliwasriver
Taliwas River Conservation Area merupakan salah sebuah tempat menarik di Lahad Datu dan tempat ini adalah sebuah tapak perkhemahan dan tempat menarik untuk berjalan meredah hutan yang terkenal di daerah Lahad Datu. Taliwas ni terletak lebih kurang 36 km atau kira-kira 50 minit perjalanan dari Pusat Bandar Lahad Datu dan tapi kalau dari Kota Kinabalu memang jauh jaraknya iaitu lebih kurang 429 km atau kira-kira 7 jam 39 minit perjalanan. Taliwas River Conservation Area (TRCA) mempunyai keluasan sekitar 9546 hektar dan kebanyakkan kawasan di sini adalah terdiri daripada tanah pamah yang unik dan juga mempunyai kawasan hutan ultramafik meliputi Sungai Segama yang terletak tidak jauh dari Hutan Simpan Sapagaya dan Hutan Simpan Dara Kawang-Gibong
Pada awalnya tempat ini dijadikan sebagai pusat agro-pertanian pada tahun 1970 oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah dengan menubuhkan Kem Perhutanan Taliwas, kemudian pada tahun 1987 projek penanaman hutan telah dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Sabah ditempat ini dan menyerahkan kepada Pihak Yayasan Sabah untuk menguruskannya sebagai sebuah pusat eko-pelancongan, pendidikan dan penyelidikan. Selepas beberapa tahun, akhirnya pada 10 Mei 2012 pihak Kerajaan Negeri Sabah telah menaiktarafkan tempat ini dan mewartakannya sebagai salah satu Hutan Simpan Kelas 1 yang terdapat di Sabah dan diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum. Selepas itu tempat ini telah menjadi salah satu kawasan rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai terutama yang tinggal disekitar daerah Lahad Datu.
Kawasan Taliwas River Conservation Area pada masa ini sering menjadi tumpuan kumpulan peminat aktiviti berkhemah di sekitar daerah Lahad Datu kerana mempunyai suasana yang tenang dan selesa di samping terdapat sungai dan air terjun yang boleh dilawati untuk aktiviti mandi manda. Selain itu juga tempat ini sangat sesuai untuk seisi keluarga atau bersama rakan-rakan untuk datang beriadah atau berkelah sambil melakukan aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Bagi yang ingin berkhemah dan bermalam di kawasan ini sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal dengan pihak pengurusan di sini agar mereka dapat membuat persiapan lebih awal. Antara beberapa aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan apabila berada di sini sama ada anda datang untuk lawatan sehari sahaja atau pun yang mahu berkhemah dan bermalam di sini ialah seperti :
Aktiviti :
01. Berkhemah
02. Melawat air terjun
03. Mandi sungai
04. Kerja berkumpulan
05. Sukaneka
06. Memerhati burung
07. Meredah hutan
08. Berbasikal
09. Berjalan malam
10. Memandu malam
11. Orienteering
12. Eco-Challege
13. Program pendidikan
14. Beriadah
15. Berkelah
16. Bermain di air
17. Santai di tasik pandan
18. Melihat hidupan liar
Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan Taliwas River Conservation Area ini untuk pengunjung yang datang ke sini sama ada untuk lawatan sehari ataupun yang bermalam. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk lebih memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung agar percutian atau lawatan mereka ke sini lebih berbaloi sekaligus dapat menjadikan percutian mereka sebagai satu pengalaman indah yang sukar untuk dilupakan. Antara kemudahan yang disediakan di tempat ini untuk kegunaan pengunjung ialah :
Kemudahan :
01. Tapak perkhemahan
02. Laluan berjalan kaki
03. Gelanggang badminton
04. Padang bola
05. Tempat berkelah
06. Surau
07. Bilik persalinan
08. Tandas awam
09. Bilik mandi
10. Tempat masak
11. Tempat makan
12. Tempat barbeque
13. Bangku
14. Pondok rehat
15. Elektrik (6 petang-11 malam)
16. Dewan terbuka
17. Kedai cenderahati
18. Laluan berbasikal
Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan dapat memudahkan lagi pengunjung yang datang ke sini tanpa perlu membawa banyak barang. Walaupun kemudahan ni telah disediakan tetapi sebaiknya anda membuat persiapan seperti barang apa yang perlu di bawa untuk digunakan sepanjang anda ada di tempat ini nanti agar perjalanan anda ke sini tidaklah terganggu. Antara barang penting yang mungkin anda perlu bawa adalah seperti makanan dan minuman tapi kalau mahu masak seperti buat bbq kenalah bawa makanan basah yang segar, selain tu anda mungkin perlu bawa baju tebal, membawa peralatan untuk memasak, dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu. Perlu diingat juga ada beberapa perkara yang dilarang untuk dipakai di sini, contohnya seperti minyak wangi, jadi kalau boleh elakkan daripada anda membawa minyak wangi ke sini.
Untuk ke sini, anda boleh menghubungi pihak pengurusan Taliwas River Conservation Area sekiranya mereka ada penyediakan pengangkutan untuk mengambil anda dari lapangan terbang Lahad Datu atau pun dari Bandar Lahad Datu. Jadi boleh datang ke Lahad Datu menggunakan bas atau kereta sewa atau naik kapal terbang, yang penting atur temujanji dengan pihak Taliwas River Conservation Area datang mengambil kumpulan atau rombongan anda ke sini.
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 7 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
Isnin - Jumaat : 7 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : Tutup
Cuti umum : Tutup
Sebarang pertanyaan seperti pertanyaan bayaran masuk, bayaran berkhemah, tempahan dan lain-lain lagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak Taliwas River Conservation Area atau pihak Yayasan Sabah seperti alamat di bawah ini :
Alamat 1 :
Yayasan Sabah
Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +(60) 88 326300
Website : Yayasan Sabah
Alamat 2 :
Sabah Holidays (Danum Valley Field Centre)
Level 13, Tun Mustapha Tower,
Yayasan Sabah, Likas Bay
88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088 326 320
Tel : +6088 212 828
Tel : +6088 212844
Email: inno@sabahholidays.com
Alamat 3 :
Taliwas River Conservation Area
Block 3, MDLD 3286
Ground Floor, Fajar Centre
P. O. Box 60282
91112 Lahad Datu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 6089880441
Telefon : 6089880825
Telefon : 6089823110
Telefon : 6089-823111
Email : feva_fj@yahoo.com
Email : alizaliah@yahoo.com
Nota :
01. Patuhi segala peraturan yang dibuat oleh pihak pengurusan Taliwas River Conservation Area untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang berada di tempat ini.
02. Jangan lupa untuk membawa barang makanan basah atau kering untuk di masak sekiranya anda ingin bercadang untuk bermalam atau berkhemah di tempat ini.
Ulasan
Catat Ulasan