Langkau ke kandungan utama

Taman Awam Sejahtera Kudat

Taman Awam Sejahtera Kudat (Kudat Park) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi orang ramai untuk beriadah beriadah pada waktu pagi atau petang dan sama ada ketika hari biasa mahupun ketika cuti dihujung minggu. Taman ini adalah sebuah taman awam dan terbuka kepada semua orang tidak penduduk tempatan di daerah ini mahupun yang datang bercuti dari luar daerah dan taman ini terletak di Kudat iaitu jaraknya lebih kurang 1.7 km atau kira-kira 4 minit perjalanan sahaja dengan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat.

TAMAN AWAM KUDAT


Kredit gambar : JLN


Kredit gambar : JLN


Kredit gambar : JLN

Taman Awam Sejahtera Kudat merupakan sebuah tempat menarik di Kudat yang sangat sesuai untuk di kunjungi oleh orang ramai beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu pagi atau petang dan boleh datang pada hari-hari biasa mahupun datang ketika cuti dihujung minggu. Taman ini adalah sebuah taman awam yang terbuka kepada semua orang tidak kira penduduk tempatan daerah ini atau penduduk dari daerah lain dan juga pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke daerah Kudat. Taman Awam Sejahtera Kudat atau juga disebut Kudat Park telah dimulakan pembangunannya sekitar tahun 2021 di atas kawasan yang berkeluasan 20 ekar dan telah digazetkan sebagai taman untuk tujuan beriadah atau rekreasi orang ramai dan taman ini terletak dalam Daerah Kudat iaitu lebih kurang 1.7 km atau kira-kira 4 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat, manakala bagi yang datang dari Kota Kinabalu pula jaraknya ada sekitar 180 km iaitu memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke sini. Lokasi taman ini memang menarik dan ia juga terletak berhampiran beberapa tempat menarik lain yang ada di Kudat seperti Muzium Tun Mustapha dan juga Marina Golf Resort. Jadi kalau anda ada masa lapang bolehlah datang ke taman ini untuk jalan bersiar-siar ataupun beriadah dengan membawa ahli keluarga terutamanya membawa anak-anak ke sini yang sudah pasti akan buat mereka gembira dapat bermain di taman ini, kalau yang belum berkeluarga tu bolehlah datang ke sini bersama rakan-rakan, memang seronok bila dapat datang beriadah di taman sebab lokasinya yang tidak jauh dari bandar jadi untuk untuk dikunjungi, selain itu hiasan landskap taman ini juga direka dengan begitu kemas dan cantik ditambah lagi lokasi taman yang berhampiran dengan lautan yang terbentang luas sudah pasti akan dapat menyajikan satu pemandangan ke arah laut yang begitu indah dan dapat menghirup udara segar yang bertiup dari laut.

Biasanya pada hari biasa atau hujung minggu tidak ramai orang yang ada di taman ini pada waktu pagi tapi pada waktu petang memang akan ada ramai orang yang berada di taman ini beriadah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan terutama sekali pada hujung minggu seperti hari sabtu dan ahad. Dengan saiz taman ini yang luas memang sangat sesuai untuk datang beramai-ramai ke sini berekreasi atau beriadah
agar dapat meningkatkan lagi gaya hidup sihat. Taman Awam Sejahtera Kudat ini juga telah dilengkapi beberapa kemudahan yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan untuk memberikan keselesaan dan juga agar dapat memudahkan lagi para pengunjung apabila datang berkunjung ke taman ini beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti, antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah seperti tempat letak kenderaan secara percuma, tetapi tempat letak kereta ni tidak banyak oleh itu sekiranya anda datang ke sini pada waktu petang dan pada ketika itu musim cuti terutama sekali pada hari sabtu dan juga ahad mungkin akan sukar untuk mendapatkan tempat untuk letak kereta, jadi kena pandai-pandai cari tempat untuk meletakkan kereta di tepi jalan. Maka sebaiknya anda mengatur perjalanan ke sini dengan baik seperti datang awal sikit atau mungkin juga boleh simpan kereta di Bandar Kudat lepas tu naik kereta sewa seperti perkhidmatan e-hailing untuk lebih mudah, tapi bergantunlah pada anda sendiri jika mahu pandu kereta sendiri yang penting cari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta anda di taman ini sekiranya pada waktu itu semua tempat letak kereta adalah penuh. Kemudahan seterusnya yang ada di sini ialah tandas awam dan sekiranya anda menggunakan tandas ini pastikan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti menconteng atau membuang sampah di tandas tersebut terutama sekali jangan buang sampah ke dalam lubang tu tandas sebab ianya akan menyebabkan tandas tersebut tersumbat sekaligus akan menyusahkan dan menyukarkan orang lain menggunakannya.


Kemudahan lain adalah laluan berjalan kaki atau berjoging, anda boleh berjalan ataupun berjoging di sini yang mana jarak pusingannya adalah lebih kurang 1 km, tidak juga terlalu panjang tapi cukup buat badan terasa sihat ditambah lagi dengan angin yang bertiup nyaman dari laut yang terbentang luas dan laluan berjalan atau berjoging itu adalah jenis konkrit jadi sangat sesuai untuk berjoging tidak kira tua atau muda. Cuma sekiranya anda berjalan atau berjoging di laluan tersebut sentiasa perhatikan orang lain yang lalu di situ sebab kadang kala ada yang peduli dengan menunggang basikal di laluan tersebut, rasanya lalu berjalan dan berjoging ini tidak sesuai untuk anda yang mahu naik basikal di sini sebab ada ramai kanak-kanak kecil yang turut berada laluan itu untuk beriadah bersama ibu bapa mereka jadi anda sebaiknya tidak menunggang basikal di laluan jalan kaki atau berjoging ini. Selain itu di taman ini juga ada dibina beberapa tempat duduk untuk memudahkan orang ramai duduk berehat setelah selesai jalan atau berjoging di taman ini dan dicadangkan juga sekiranya pihak berkuasa tempatan dapat menambah beberapa tempat duduk lagi sepanjang laluan berjoging tersebut agar orang ramai boleh berehat sekejap sekiranya penat sebelum meneruskan larian atau perjalanan mereka. Untuk kanak-kanak ada juga dibina taman permainan agar ibu bapa boleh membawa anak mereka bermain di taman ini, tetapi ibu dan bapa sentiasa pastikan berada di taman permainan kanak-kanak ini sepanjang anak mereka bermain dan jika boleh jangan biarkan anak-anak anda bermain sendirian di taman permainan tersebut, ini adalah untuk memastikan keselamatan mereka lebih terjamin. Terdapat juga beberapa tong sampah yang tersedia tapi rasanya boleh ditambah banyak lagi untuk lebih memudahkan orang ramai membuang sampah mereka ke dalam tong sampah tersebut dengan mudah sepanjang mereka berada di dalam taman ini sekaligus dapat mengekalkan kebersihan dan kecantikan Taman Awam Sejahtera Kudat ini. Para pengunjung pun seharusnya memberikan keprihatinan dengan membuang sampah mereka ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.

Terdapat beberapa lagi kemudahan lain yang ada disediakan di taman ini untuk kegunaan orang ramai yang datang berkunjung ke sini. Semua kemudahan ini disediakan secara percuma kepada pengunjung oleh itu para pengunjung seharusnya menggunakan dan menjaga semua kemudahan ini dengan sebaik mungkin agar taman ini sentiasa terpelihara seterusnya dapat digunakan oleh pengunjung lain tidak kira penduduk tempatan daerah ini, dari daerah lain di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke taman ini. Kalau anda mahu datang beriadah ke taman rekreasi ini boleh juga kalau mahu pakai atau membawa beberapa barangan keperluan agar lebih memudahkan anda sepanjang berada di sini, apa pun senarai barangan yang perlu di pakai ataupun di bawa seperti dalam senarai di bawah ini adalah cadangan sahaja, terpulanglah pada anda sama ada mahu ikut atau tidak mungkin anda cadangan sendiri :

Barang di bawa :

01. Makanan
02. Minuman
03. Tikar duduk
04. Pakai Topi
05. Payung
06. Powerbank
07. Cermin mata hitam
08. Kamera

09. Video Kamera
10. Krim pelindung matahari
11. Duit Poket
12. Pakaian Sesuai

Bagi anda yang mahu ke taman ini pandu sendiri kereta di sini atau sekiranya ketika itu terlalu ramai orang
mungkin boleh guna perkhidmatan e-hailing sahaja sebab tempat letak kereta di taman ini adalah terhad. Tapi kalau pandu kereta sendiri mungkin adalah lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini tanpa perlu menunggu lama.

Nota :
Pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan Taman Awam Sejahtera Kudat, sebaiknya buanglah sampah anda ke dalam tong sampah yang ada disediakan agar taman ini sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang berkunjung.


Ulasan