Taman Awam Teluk Likas merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman ini terletak di Teluk Likas, iaitu lebih kurang 7 km sahaja dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
TAMAN AWAM TELUK LIKAS
Taman Awam Teluk Likas merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang patut anda mula kunjungi sekiranya datang ke Kota Kinabalu tidak kira sama ada anda datang bercuti ataupun datang untuk urusan kerja. Lokasinya yang berada di Teluk Likas dan tidak jauh dari Pusat Bandar Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 5 km sahaja, menjadikan taman ini tempat yang amat sesuai untuk dikunjungi. Luas kawasan taman ini adalah 9.83 ekar yang telah dibina melalui 2 fasa.
Taman ini merupakan taman yang amat disukai oleh penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar untuk beriadah bersama keluarga tidak kira pada waktu pagi mahu pun petang. Taman ini dibina di bawah program yang telah dilaksanakan iaitu Program Pembangunan Koridor Rekreasi Teluk Likas yang menjadikan taman ini sebagai pusat rekreasi utama di Kota Kinabalu dan pasti akan membuatkan anda teruja ketika ke taman ini.
Jika datang ke sini beriadah, terdapat pelbagai aktivi yang boleh anda lakukan iaitu seperti berjoging, berbasikal, melihat pemandangan ke arah laut yang cukup indah lebih-lebih lagi pada waktu petang dengan melihat matahari terbenam yang cukup menawan hati, bersenam dan juga mandi ditepi pantai. Kalau yang datang pada waktu malam, jangan risau sebab ada aktiviti naik beca yang berlampu disediakan di sini yang akan memberikan anda satu pengalaman yang menarik ketika berada di sini.
Terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan di kawasan taman ini iaitu seperti laluan berjoging, laluan berbasikal, taman permainan kanak-kanak, tandas, restoran, peralatan senaman, tempatan duduk, pondok rehat dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin solat, tidak perlu risau sebab taman ini terletak tidak jauh dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang cukup cantik dan juga di kenali sebagai Masjid Terapung.
Kalau sudah penat bersenam atau melakukan aktiviti bolehlah singgah untuk menjamu selera di restoran yang ada di taman ini sambil menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Dari taman ini juga pengunjung boleh melihat dua bangunan tersergam indah yang menjadi kebanggaan penduduk Sabah iaitu Menara Tun Mustapha atau juga dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah dan satu lagi bangunan adalah Menara Kinabalu.
Untuk ke sini, pengunjung boleh naik bas atapun menggunakan perkhidmatan e-hailing. Kalau memandu kereta sendiri lagi baik, tapi kalau tiada boleh juga menyewa kenderaan yang ada disekitar Kota Kinabalu bagi memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik dan melawat tempat menarik sekitar Kota Kinabalu
Nota :

01. Pastikan jaga kebersihan Taman Awam Teluk Likas ini agar ia sentiasa kelihatan cantik. Kalau bawa makanan atau minuman, bekasnya tu buang dalam tong sampah.
Ulasan
Catat Ulasan