Taman Bandar Lahad Datu atau Taman Katak merupakan salah satu taman menarik di Negeri Sabah yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu pagi dan petang atau pun ketika hujung minggu buat mereka yang tinggal di daerah Lahad Datu mahu pun pelancong dari daerah lain serta pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususunya ke daerah ini. Taman ini terletak di daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 2.3 km atau kira-kira 6 minit perjalanan dari Pusat Bandar Lahad Datu dengan menaiki kenderaan.
Taman Bandar Lahad Datu atau dahulunya dikenali sebagai Taman Kanak merupakan salah satu tempat menarik
di daerah Lahad Datu yang sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga tidak kira anda adalah penduduk tempatan daerah ini mahu pun pengunjung dari daerah lain di Sabah serta anda yang datang dari dalam dan luar negara yang melancong ke Sabah khususnya ke Lahad Datu. Taman ini biasa dikunjungi orang ramai pada waktu pagi dan petang terutamanya ketika musim cuti sekolah dan juga cuti hujung minggu yang mana mereka datang beramai-ramai ke taman ni untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga atau rakan-rakan setelah penat berkerja dalam seminggu. Tempat ini terletak di daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 2.3 km atau kira-kira 6 minit perjalanan dari Pusat Bandar Lahad Datu dengan menaiki kenderaan dan taman ni adalah sebuah taman awam yang diurus dan dikendalikan oleh pihak Majlis Daerah Lahad Datu agar dapat memberikan kemudahan kepada penduduk di daerah ini melakukan aktiviti riadah mereka bila ada masa lapang terutama sekali di hujung minggu dengan lebih selesa, walaupun mungkin ada kekurangan dari segi kemudahan dan perkhidmatan tetapi ianya akan diperbaiki atau dibuat penambahbaikan lagi pada masa akan datang. Oleh itu bagi anda yang baru pertama kali datang ke Lahad Datu bolehlah cuba singgah di sini biarpun sekejap sahaja untuk beriadah bersama keluarga atau rakan anda tidak kiralah anda ke datang ke daerah ini untuk bercuti mahu pun datang kerana urusan pekerjaan, lagi pun tidak ada bayaran yang dikenakan untuk anda masuk ke sini sebab ia adalah sebuah taman awam untuk orang ramai.
Taman ini sebenarnya terletak di Jalan Pejabat Kerajaan yang mana tentulah ianya terletak berhampiran berhampiran dengan beberapa buah pejabat kerajaan seperti Jabatan Pertanian Lahad Datu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Lahad Datu, Pejabat Kesihatan Lahad Datu termasuklah juga berhampiran dengan Hospital Lahad Datu, jadi mudah sahaja untuk anda ke sini sebab lokasinya senang dicari. Terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan di taman ini oleh pihak yang berkaitan dan antara kemudahan yang ada ialah laluan atau trek berjoging, kalau tidak mahu joging jalan kaki pun boleh juga, laluan ini mengelilingi kawasan taman dan setiap pusingan jaraknya adalah sekitar 600 meter, terpulanglah pada anda mahu berapa kali pusing di laluan ini tapi lagi banyak lagi bagus sebab dapat juga menyihatkan badan, contohnya kalau anda buat 10 pusingan berjoging atau atau berjalan kaki sudah dikira 6 km jaraknya, lagi pun di sini banyak pokok tinggi yang dapat jadikan udara di sini lebih segar. Cuma semasa berjoging atau berjalan kaki tu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata sepanjang trek tersebut agar taman ni sentiasa kelihatan bersih dan dapat menarik pengunjung lain datang ke tempat ini. Kemudahan lain ialah terdapat juga gerai makan yang ada di sini jadi anda boleh pilih untuk menjamu selera di gerai tersebut tapi jangan lupa bawa duit ya untuk bayar makanan tersebut, anda juga boleh memilih untuk membawa makanan sendiri dari rumah dan bila anda membawa makanan sendiri tu pastikanlah sentiasa bertimbang rasa dan jangan sesekali buang plastik makanan lebih-lebih lagi buang sisa makanan tersebut sembarangan tempat sebab nanti ianya akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan apabila beberapa hari terbiar.
Selain itu terdapat juga beberapa pondok rehat dan juga tempat duduk yang disediakan di dalam taman ini buat mereka yang mahu berehat setelah penat berjoging dan berjalan mengelilingi taman ini, tetapi ada sesetengah pondok rehat ni lokasinya agak mudah ditenggelami air apabila hujan lebat, jadi mungkin pada masa hadapan ianya dapat diperbaiki agar lebih memudahkan para pengunjung terutama sekali apabila musim hujan. Di pondok ni anda boleh duduk berehat atau pun boleh gunakan untuk menjamu selera sekiranya anda ada membawa makanan sendiri dari rumah tidak kira makanan seperti nasi atau makanan dan minuman ringan untuk hilangkan dahaga. Tandas juga ada disediakan di taman ini dan sentiasa kelihatan bersih jadi diharap para pengunjung dapat mengekalkan kebersihan tandas tersebut dan menggunakan tandas dengan lebih seperti tidak merosakkan atau menconteng, paling penting jangan buang sampah ke dalam lubang tandas agar ia tidak tersumbat yang boleh mengakibatkan tandas tersebut menjadi kotor dan bau. Tong sampah juga ada disediakan jadi diharap para pengunjung sentiasa menggunakan tong sampah itu untuk membuang sampah yang dibawa agar taman ini sentiasa kelihatan bersih dan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang tidak kira tua atau muda dan sama ada pelancong tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini, sebab apa pun kemudahan yang ada disediakan tetapi kalau taman itu kotor pasti akan menyebabkan orang ramai tidak mahu datang, jadi oleh itu pastikan anda sama-sama membantu membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah pun disediakan oleh pihak berkuasa untuk kemudahan anda.
Kawasan untuk tempat anda buat senaman aerobik pun ada di sini, ia seperti dewan terbuka yang ada pentas jadi bagi anda yang mahu membawa rakan atau kumpulan pada hujung minggu untuk membuat senaman ini di sini pun boleh juga lagi pun kawasannya juga agak luas jadi memang sesuai untuk aktiviti senaman tersebut. Selain untuk buat senaman anda juga mungkin boleh gunakan tempat ini untuk buat majlis kecil seperti harijadi dan sebagainya, yang penting tidak ada orang menggunakan pada waktu tu tapi kalau ada terpaksa tunggu giliran. Untuk tempat dewan terbuka ni tidak pasti sama ada perlukan tempahan atau tidak sekiranya ingin menggunakannya, anda mungkin anda boleh bertanya dengan kakitangan taman yang mungkin berada di tempat ini atau boleh buat pertanyaan terus dengan pihak berkuasa seperti Majlid Daerah Lahad Datu. Seterusnya ialah khas buat kanak-kanak terdapat juga kawasan taman permainan atau playground untuk kanak-kanak bermain seperti gelongsor dan lain-lain lagi. Cuma dinasihatkan agar ibu bapa sentiasalah perhatikan anak anda ketika mereka bermain di taman permainan tersebut dan jangan biarkan mereka bermain sendirian, ini agar dapat memastikan keselamatan mereka lebih terjaga seperti tidak terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan. Tempat letak kereta juga ada buat para pengunjung yang datang dengan memandu kereta sendiri Berikut di bawah ni adalah ringkasan kemudahan yang ada disediakan di Taman Bandar Lahad Datu ini untuk di gunakan oleh para pengunjung yang datang :
Kemudahan :
01. Kawasan lapang
02. Dewan terbuka
03. Pondok rehat
04. Tempat duduk
05. Tempat letak kereta
06. Laluan joging/jalan kaki
07. Tandas awam
08. Gerai makan
09. Playground kanak-kanak
10. Tong sampah
Banyak lagi sebenarnya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, kalau ingin tahu lagi maka datanglah berkunjung ke taman ini dan untuk ke sini dari luar daerah boleh naik bas yang menuju ke Lahad Datu, kemudian naik bas dari Bandar Lahad Datu yang melalui jalan taman ini kalau tidak tau boleh bertanya dengan pemandu bas, atau kalau mahu cepat boleh sewa perkhidmatan e-hailing yang akan menghantar anda terus ke sini. Pilihan terbaik adalah dengan memandu kenderaan sendiri ke sini atau pun ke dearah Lahad Datu khususnya. Ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik serta mungkin anda juga ingin pergi melawat beberapa tempat menarik lain yang ada disekitar daerah Lahad Datu. Antara tempat menarik dalam daerah ni yang boleh anda kunjungi sekiranya datang bercuti
adalah seperti berikut :
Tempat menarik lain :
01. Lembah Danum
02. Menara Kayangan
03. Gunung Silam
04. W Bay Payang
05. Air Terjun Bagahak
06. Blue Ring Reef
07. Air Terjun Taliwas
08. Pantai Payang
09. Bukit Klasik
10. Pulau Sakar
11. Taruakan Hill
Bayaran masuk :
Percuma
Ulasan
Catat Ulasan