Langkau ke kandungan utama

Taman Burung Labuan

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney yang berada di Tanjung Kubong, Labuan. Tempat ini menempatkan pelbagai spesis burung dan terdapat lebih dari 600 ekor burung di sini.

TAMAN BURUNG LABUAN


Taman Burung Labuan merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Pulau Labuan. Taman ini adalah tempat kediaman dan perlindungan pelbagai spises burung yang mana kebanyakkan burung tersebut adalah burung yang banyak terdapat di Kepulauan Borneo. Taman ini terletak berhampiran dengan Chimney iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 17 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Labuan. Taman ini telah dibuka kepada kunjungan orang ramai pada tahun 1999 dan dihias cantik dengan pelbagai spesis bunga-bungan dan tumbuhan lain agar dapat lebih menarik lagi pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang ke taman ini. 

Para peminat pemerhati burung tentunya akan tertarik untuk datang ke taman ini bagi melihat sendiri pelbagai jenis burung tanpa menggunakan apa-apa juga peralatan seperti teropong. Kini terdapat lebih kurang 600 lebih ekor burung yang terdapat di dalam taman ini yang terdiri daripada 74 spesis burung sama ada burung yang biasa ditemui di sini atau pun yang dari luar negara. Antara burung yang terdapat di sini adalah seperti  :
01. Tiong mas
02. Love bird
03. Helang
04. Burung hantu
05. Burung kakak tua
06. Dan lain-lain lagi.


Taman ini berkeluasan dalam 6.9 hektar dengan diliputi oleh Hutan Simpan Tropika yang luas, oleh itu jika anda ke sini mungkin anda akan berjalan sekitar 1 km untuk melihat semua burung yang ada di sini. Sangkar yang disediakan atau dibina untuk kediaman burung-burung ini adalah yang bersaiz besar, ini adalah bertujuan agar burung tersebut dapat terbang dengan bebas. Memang tidak rugi jika datang ke sini kerana dengan kadar bayaran masuknya yang murah, anda akan dapat melihat beratus-ratus ekor burung yang pasti akan membuat anda teruja apabila melihatnya.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah dibina dan disediakan oleh pihak pengurusan Taman Burung Labuan ini agar dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila datang melawat ke sini. Antara kemudahan yang ada ialah seperti :
01. Surau
02. Tandas
03. Tempat makan
04. Kedai cenderamata
05. Tempat letak kereta

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau bersama kawan-kawan untuk melihat sendiri kecantikan burung yang terdapat di taman ini. Kalau datang ke sini pastikan bateri kamera atau telefon anda cukup untuk mengambil gambar burung-burung yang terdapat di taman ini untuk dijadikan kenangan sebab rugi rasanya jika anda tidak mengambil gambar burung yang cantik dan ada juga yang jarang ditemui di negara ini.

Untuk ke sini, kalau dari Kota Kinabalu, bolehlah naik feri yang terletak di Jesselton Point, kemudian boleh menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (kalau anda ada lesen memandu) agar perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini lebih mudah. Pilihan lain anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing yang lain.

Waktu operasi :
Isnin : 2 petang - 4.30 petang
Selasa - Ahad : 9 pagi - 4.30 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00
Pelajar dan Warga Emas : RM2.00
Pelancong : RM5.00
Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah : Percuma

Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman Burung Labuan ini di alamat seperti berikut :

Alamat :
Taman Burung Labuan
Jalan Tanjung Kubong,
87000, Wilayah Persekutuan
Labuan, Malaysia.
Telefon : 087-463 544
Website : Fb Taman Burung Labuan

Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan