Langkau ke kandungan utama

Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Kinabalu (Kinabalu Park) merupakan Taman Negara yang pertama di Malaysia yang terletak di Ranau, Sabah. Taman ini merupakan salah satu tempat menarik di Sabah.

TAMAN NEGARA KINABALU


Sumber Gambar : Wikimedia

Taman Negara Kinabalu (Kinabalu Park) adalah salah satu tempat menarik di di Sabah yang patut dikunjungi oleh penduduk tempatan dan juga pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamanya ke Daerah Ranau. Taman ini terletak di Ranau iaitu kira-kira 100 km atau lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan kalau dari Bandar Ranau kira-kira 15 km atau lebih kurang 20 minit perjalanan. Taman Negara Kinabalu memang sudah cukup terkenal kepada para pelancong tidak kira dari dalam atau pun luar negara. Taman ini adalah Taman Negara pertama diwartakan di negeri Sabah dan diisytiharkan pada tahun 1964. Selain itu Taman Negara ini juga telah diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia.

Taman ini mempunyai keluasan kawasan 754 kilometer persegi dan terdapat pelbagai jenis hidupan flora serta fauna yang dianggarkan lebih kurang 4000 spesis kesemuanya dan ia mempunyai 
kawasan Hutan Hujan Tropika yang cukup tebal dan asli. Taman ini juga merupakan tempat letaknya gunung tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Selain melihat keindahan Gunung Kinabalu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain semasa melawat ke Taman Negara ini iaitu seperti memerhati pelbagai jenis burung, menaiki jambatan gantung, meredah hutan, berkhemah, mendaki bukit atau gunung dan lain-lain lagi. Tetapi antara semua aktiviti ini yang paling diminati oleh pelancong terutama yang datang dari luar negara adalah dengan mendaki Gunung Kinabalu.


Kepanjangan kawasan Taman Negara Kinabalu adalah 100 km yang meliputi beberapa daerah, oleh kerana kawasan yang terlalu luar maka telah dibina beberapa substation agar lebih memudahkan segala pengurusan sekiranya pengunjung datang dan ingin melakukan aktiviti di Taman Negara Kinabalu, contohnya bagi yang ingin berkhemah boleh mendaftar di Ibu Pejabat Taman Negara kemudian terus ke substation di Poring Hotspting yang menyediakan tapak perkhemahan dan juga tempat memerhati pelbagai jenis burung. Antara substation yang terdapat dalam Taman Negara Kinabalu adalah :
01. Substation Poring Hotspring (Ranau)
02. Substation Serinsim (Kota Marudu)
03. Substation Monggis (Ranau)
04. Substation Sayap (Kota Belud)
05. Substation Mesilau (Kundasang)
06. Substation Nalapak (Kota Marudu)

Kalau anda tidak mahu berjalan jauh-jauh dan cuma mahu datang melawat disekitar Ibu Pejabat Taman Negara ini pun boleh juga sebab terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti berbasikal, bergambar dengan suasana pemandangan yang cukup indah, boleh melawat ke taman yang terletak di kawasan ini dengan pelbagai tumbuhan dan bunga yang cantik dan dengan udara yang begitu segar. Di sini juga ada beberapa kemudahan yang disediakan seperti bilik persidangan dan dewan serbaguna untuk mereka yang ingin membuat mesyuarat atau seminar. Lepas mesyuarat kalau ada yang mahu cari penginapan. tidak perlu cari jauh-jauh sebab anda boleh menginap di penginapan yang disediakan di dalam kawasan taman ini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini melihat pemandangan yang indah apabila musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu. Pastikan bateri kamera atau telefon anda cukup untuk mengambil gambar, sebab kawasan ini sangat menarik yang pasti akan membuatkan anda selalu teringin untuk ambil atau menangkap gambar sama ada gambar sendiri ataupun mengambil gambar pemandangan flora dan fauna atau gambar Gunung Kinabalu.

Untuk ke Ibu Pejabat Taman Negara Kinabalu pengunjung atau pelancong boleh menaiki bas yang menuju ke Ranau, atau lebih baik dengan memandu kenderaan sendiri (kalau tiada kereta boleh sewa yang penting ada lesen). Ini adalah bagi memudahkan segala perjalanan pengunjung untuk datang dan balik dari Kinabalu Park ini, selain dapat beri peluang kepada pelancong untuk melancong ke lokasi menarik lain di daerah Ranau.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 4 petang

Waktu lawatan ada guide :
9 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang

Bayaran masuk warganegara :
Umur 18-54 tahun : RM3.00
Umur 7-17 tahun : RM1.00
Umur 55 tahun ke atas : RM1.00
Umur 6 tahun ke bawah : Percuma

Bayaran masuk warga asing :
Umur 18-54 tahun : RM15.00
Umur 7-17 tahun : RM10.00
Umur 55 tahun ke atas : RM15.00
Umur 6 tahun ke bawah : Percuma

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman Negara Kinabalu iaitu Taman-Taman Sabah seperti alamat di bawah :

Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : sabahparks.org.my

Nota :

1. Sentiasa patuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak Taman Negara Kinabalu bila anda berada di dalam kawasan taman ini untuk kebaikan anda.

2. Jangan buang sampah merata-rata terutamanya ke dalam sungai, ini adalah bagi menjamin kebersihan kawasan ini termasuk sungai agar tempat ini terus menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai pada masa akan datang.



Ulasan