Taman Nunuk Kiporing adalah antara salah satu tempat menarik
di Sabah untuk mereka yang sukakan aktiviti beriadah, berkelah dan berkhemah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan pada hari biasa, hari cuti umum atau pun ketika cuti hujung minggu. Kalau mahu anda mahu mencari tempat bercuti dalam daerah Keningau bolehlah memilih taman rekreasi ini yang terletak tidak jauh dari bandar iaitu jaraknya lebih kurang 7.8 km atau kira-kira 13 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah, bagi yang datang dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 112.6 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dengan memandu kenderaan sendiri.
TAMAN NUNUK KIPORING


Kredit gambar : Khairul Hazwan
Taman Nunuk Kiporing merupakan salah satu tempat menarik di
Keningau yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai apabila ada masa lapang seperti ketika hujung minggu atau ketika ada cuti umum, kalau mahu datang pada hari-hari biasa pun boleh juga terpulang pada masa anda yang terluang dan anda juga boleh ke sini untuk lawatan harian sahaja atau ingin bermalam. Taman rekreasi adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti beriadah, berkelah dan berkhemah disamping melakukan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Sekiranya anda ingin mencari lokasi percutian yang menarik dan dengan kos yang lebih murah bolehlah mempertimbangkan untuk memilih Taman Nunuk Kiporing ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya tidak kiralah anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke Sabah khusunya ke daerah Keningau. Di sini anda boleh berehat dengan tenang dan aman sebab lokasinya yang strategik dan tidak banyak bunyi bising serta dikelilingi oleh tumbuhan yang subur menghijau, selain itu lokasi tempat ini yang hampir dengan sungai juga menjadi antara pilihan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah ini dan kawasan sekitarnya. Taman rekreasi ini terletak tidak begitu jauh dari pusat bandar iaitu jaraknya
lebih kurang 7.8 km atau kira-kira 13 minit perjalanan menaiki kenderaan
dari Pusat Bandar Keningau Sabah, manakala bagi yang datang dari Kota Kinabalu
pula jaraknya adalah sekitar 112.6 km atau kira-kira 2 jam perjalanan
dengan memandu kenderaan sendiri. Untuk makluman anda jalan raya utama ke sini memang dalam keadaan baik dan berturap tapi dari simpang jalan utama masuk ke dalam taman ini jalannya adalah bertanah, berbatu dan tidak berturap, kalau musim mungkin ada jalan yang berlubang, walaupun dari simpang masuk ke sini tidak begitu jauh namun agak sukar untuk kereta kecil masuk ke dalam kecuali kereta besar seperti pacuan empat roda. Apa pun sebelum datang ke sini boleh hubungi pihak pengurusan taman ini untuk memastikan keadaan jalan terlebih dahulu agar perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar.
Pihak pengurusan Taman Nunuk Kiporing telah menyediakan pelbagai kemudahan buat pengunjung yang datang bercuti ke tempat ini tidak kira yang datang untuk lawatan harian atau yang bermalam di sini selama satu malam atau lebih dan kemudahan yang disediakan ini semua adalah bertujuan untuk memastikan setiap para pengunjung yang datang akan sentiasa merasa berpuas hati serta merasa selesa sepanjang mereka berada di taman ini sambil melakukan pelbagai aktiviti. Dengan adanya kemudahan ini akan dapat memudahkan pengunjung untuk tidak terlalu banyak membawa barangan keperluan dari rumah sebab ada juga disediakan di sini. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah seperti tempat penginapan jenis pondok yang panjang jadi harga sewanya tidaklah terlalu mahal untuk satu malam dan sudah pasti ianya berbaloi, dalam penginapan juga ada dilengkapi beberapa kemudahan asas lain iaitu seperti katil, tilam, kipas angin, bantal, selimut, tandas, bilik mandi dan beberapa kemudahan lagi. Tapi penginapan ni mungkin agak terhad sekiranya pada hari tu ada ramai pengunjung yang datang ke sini, oleh itu adalah baik sekiranya anda dapat membuat tempahan lebih awal jika ingin sewa penginapan di taman ini, kalau buat tempahan awal bolehlah pihak pengurusan taman ini memastikan ada kekosongan pada tarikh dan masa yang anda ingin datang seterusnya dapat menyimpan penginapan tersebut untuk anda bila datang ke sini dan biasanya akan ada bayaran deposit bila membuat tempahan. Pastikan anda menjaga kebersihan serta tidak mengotorkan penginapan tersebut terutama sekali tandas dan juga bilik mandi jangan buang sampah ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkannya tersumbat dan sudah pasti akan menyukarkan anda atau pengunjung lain menggunakan tandas tersebut di lain hari, selain itu jangan merosakkan apa juga barang kemudahan yang telah disediakan dalam penginapan itu seperti menconteng dan sebagainya. Kalau boleh jangan membazir dalam penggunaan elektrik dan air, bersamalah berjimat seperti apabila keluar untuk lakukan aktiviti bolehlah matikan dulu suis lampu atau elektrik dan air yang masih diguna ketika itu.
Selain daripada kemudahan penginapan, terdapat juga kemudahan tapak perkhemahan yang disediakan di sini buat pengunjung yang mahu datang dan bermalam di tempat ini dengan berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah disediakan. Tapak perkhemahan ini perlu juga anda buat tempahan awal terlebih dahulu agar dapat memastikan ada kekosongan tempat berkhemah pada tarikh dan masa yang anda bercadang untuk datang terutama sekali sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan taman ini dapat mengaturkan tapak berkhemah tersebut sesuai dengan jumlah orang dalam kumpulan anda. Tidak pasti sekiranya pihak taman ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa oleh itu anda bolehlah bertanya dengan pihak berkenaan, jika mereka tidak ada menyediakannya maka anda perlulah membawa khemah sendiri dari rumah dan sebaiknyalah anda membawa sendiri khemah tersebut dari rumah agar ianya dapat memudahkan lagi segala urusan tanpa perlu risau kekurangan kemudahan khemah di sini. Terdapat 3 buah kolam renang yang dibina di taman ini untuk para pengunjung yang mahu mandi di kolam ini tidak kira anda datang untuk lawatan harian atau yang bermalam dan setiap kolam ini juga mempunyai kedalaman air yang berbeza antara satu sama lain jadi anda boleh pilih mana satu kolam renang yang sesuai untuk anda. Pengunjung juga boleh menyewa kemudahan pondok terbuka yang telah pun disediakan di taman ini yang mana terdapat 9 buah pondok kesemuanya dan anda boleh pilih mana satu kedudukan pondok yang ingin anda sewa. Kadar bayaran sewa pondok adalah dikira RM5.00 Sejam kecualilah bagi mereka yang datang ke sini bermalam akan dikira dengan bayaran sebanyak RM20.00 dari jam 7 malam hingga 8 pagi dan selepas dari masa ini bayaran akan dikira semula ikut per jam. Pondok ni rasanya memang perlu di sewa sebab pondok tersebut dilengkapi dengan 5 buah kerusi dan sebuah meja, jadi bolehlah meletakkan barangan, berehat serta duduk sambil menjamu selera dan di pondok ini juga anda boleh memasak bbq yang mana telah peralatan memasak atau memanggang juga telah disediakan di setiap pondok tersebut.
Kemudahan surau juga ada dibina di taman ini bagi memudahkan pengunjung khususnya yang muslim untuk menunaikan solat, dengan adanya surau ini maka pengunjung muslim tidak perlu risau lagi untuk mencari tempat menunaikan ibadah solat terutamanya bagi mereka yang datang untuk lawatan harian dan juga yang berkhemah dan bermalam di taman ini, dengan adanya kemudahan ini dapatlah mereka meluangkan lebih lagi masa di sini sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik. Selain daripada itu di taman ini turut ada menyediakan kemudahan tempat meletakkan kenderaan secara percuma buat para pengunjung yang mana mereka boleh meletakkan kereta mereka dikawasan yang telah pun dikhaskan iaitu berhampiran dengan kaunter pendaftaran. Pastikan anda meletakkan kereta anda dengan baik agar dapat memudakan pengunjung lain yang mungkin baru datang untuk meletakkan kereta mereka atau mungkin ada mahu keluar. Bilik mandi dan tandas yang dalam keadaan bersih pun ada disediakan buat para pengunjung menggunakannya secara percuma, oleh itu pastikan anda menjaga kebersihan tandas serta bilik mandi dan jangan buang sampah di dalamnya terutama sekali jangan buang sampah ke dalam lubang tandas yang mana ia mungkin menyebabkan tandas tersebut tersumbat seterusnya menyukarkan orang lain atau anda sendiri menggunakannya, pastikan anda membuang sampah kedalam tong sampah yang telah pun disediakan pihak pengurusan taman dibeberapa lokasi sekitar taman ini agar tandas dan bilik mandi sentiasa kelihatan bersih dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang mahu menggunakan kedua-dua kemudahan ini sebab kemudahan ini sememangnya sangat penting apabila ke tempat seperti taman ini untuk bercuti. Terdapat banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan atau ditawarkan di sini, untuk itu sekiranya anda ada pertanyaan mengenai kemudahan lain yang mungkin diperlukan dan ingin pastikan jika ada disediakan di taman ini bolehlah menghubungi pihak pengurusan taman ini. Di bawah ini adalah antara barang keperluan yang mungkin boleh di bawa jika anda bercadang bercuti di Taman Nunuk Kiporing ini mengikut keperluan anda seperti sama ada anda penginapan atau berkhemah :
Barang di bawa :
01. Khemah sendiri
02. Pakaian lebih
03. Barang masakan
04. Peralatan masak
05. Peralatan makan
06. Tempat makanan basah
07. Beg tidur kalis air
08. Selimut tidur
09. Bantal tidur
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Baju mandi sesuai
13. Lampu suluh
14. Kamera
15. Kompas
16. Powerbank
17. Kipas usb
18. Lampu usb
19. Ubat peribadi
20. Tali jika perlu
21. Duit poket
22. Telekung
23. Sejadah
24. Makanan ringan
25. Minuman
Ada terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila datang bercuti ke taman ini dan antaranya adalah seperti aktiviti mandi di kolam renang yang mana di taman ini terdapat 3 buah kolam renang yang ada di sini dan ketiga-tiga kolam ini mempunyai tahap kedalaman air yang berbeza antara satu sama lain, jadi anda perlulah pilih kolam yang sesuai kedalamannya untuk anda mandi iaitu ada kolam yang kedalamannya 3 hingga 4 kaki, ada yang 4 hingga 5 kaki dan ada yang 5 hingga 7 kaki. Tetapi jika anda ingin mandi di kolam ni maka perlulah juga patuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan tu boleh dilihat pada papan tanda yang ada diletakkan di situ antaranya seperti perlu mandi dulu sebelum masuk ke kolam, selain itu mereka yang tidak pandai berenang perlulah menyewa jaket keselamatan dan memakainya terlebih dahulu sebelum masuk ke kolam tersebut, jika tidak maka anda tidak akan dibenarkan untuk mandi di kolam ini. Peraturan lain mandi kolam ialah jangan membuang ludah atau air kecil atau besar dan anda juga tidak dibenarkan menggunakan sabun atau syampu ketika mandi dalam kolam, oleh itu kalau mahu pakai sabun dan syampu boleh gunakan ketika mandi atau membersihkan badan di bilik mandi. Ada beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan yang perlu anda patuhi untuk aktiviti mandi di kolam, semua peraturan ini adalah untuk kebaikan bersama dan ia juga memastikan kebersihan kolam ini sentiasa terjaga dan yang paling penting adalah untuk memastikan keselamatan para pengunjung sepanjang mereka mandi di kolam atau pun berada ditepi kolam tersebut. Ibu bapa atau penjaga haruslah sentiasa memerhati anak mereka bila berada di kolam ini dan janganlah biarkan anak anda mandi atau main bersendirian di sini. Selain itu apa yang perlu anda ambil tahu ialah ketika mandi di kolam perlulah memakai pakaian mandi yang sesuai dan sopan serta tidak memakai pakaian yang menjolok mata, bagi yang muslim sebaiknya pakailah pakaian mandi yang lebih menutup aurat sebab kolam di sini adalah dalam kawasan terbuka jadi sudah pastilah ada orang lain yang turut mandi bersama di kolam tersebut dan mungkin ada juga yang sedang duduk santai berhampiran kolam.
Selain daripada mandi di kolam anda juga boleh melakukan aktiviti mandi di sungai yang berada dalam kawasan taman ini juga, sungai di sini airnya tidak terlalu dalam, jernih dan sejuk membuatkan ramai yang minat juga untuk mandi di sungai ini apabila datang bercuti ke sini. Tetapi untuk mandi atau buat aktiviti di sungai ini perlulah meminta kebenaran terlebih dahulu dengan pihak pengurusan taman ini, tetapi terpulang kepada pihak di sini sama ada membenarkan anda masuk atau tidak ke kawasan sungai sebab sungai ini merupakan salah satu sumber air kepada penduduk kampung yang tinggal berhampiran Taman Nunuk Kiporing. Sekiranya anda dibenarkan masuk dan mandi di sungai ini, pastikan patuhilah segala peraturan yang ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan sungai seperti tidak membuang apa juga sampah ke dalam sungai, selain itu sepanjang berada di kawasan sungai utamakanlah keselamatan anda sebab ada banyak batuan yang timbul disekitar kawasan sungai sama ada dalam sungai atau tepi sungai yang mana batu itu mungkin dalam keadaan licin. Kalau mandi di sungai bersama kanak-kanak sentiasalah perhatikan mereka dan jangan biarkan mereka mandi atau bermain bersendirian di sekitar kawasan ini sebab aliran sungai kita tidak dapat jangka kadang boleh menjadi laju atau deras. Bagi yang minat memancing bolehlah bawa pancing anda sendiri dari rumah untuk melakukan aktiviti memancing di tempat ini yang mana terdapat 3 buah kolam ikan yang boleh anda memancing tetapi untuk aktiviti ni ada bayaran yang dikenakan tetapi anda tidak perlu risau sebab ikan apa juga yang anda dapat ketika di kolam ini ia adalah milik anda dan boleh di bawa pulang atau kalau mahu masak bbq pun boleh juga. Ada banyak juga aktiviti yang boleh anda buat bila di sini termasuklah mengambil gambar kenangan percutian di taman ini. Apa pun juga aktiviti yang anda lakukan pastikan utamakanlah keselamatan diri dan ahli keluarga atau rakan-rakan sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri, selain dari itu sentiasalah menjaga kebersihan sepanjang berada di taman ini.
Untuk ke tempat ini digalakkan untuk memandu kereta sendiri, kalau ada kereta pacuan empat roda lagi baik sebab ianya akan lebih memudahkan perjalanan anda di kawasan jalan yang mungkin tidak berapa elok. Kalau pandu kereta kecil sebaiknya hubungi terlebih dahulu pihak taman ini untuk memastikan adakah kereta kecil boleh melalui jalan masuk ke tempat ini atau tidak terutama sekali ketika musim hujan. Lagi pun kalau ada kenderaan sendiri mudah untuk membawa barangan keperluan anda ke sini dan mudah untuk pergi ke Bandar Keningau sekiranya ada barang keperluan yang kurang.
Waktu operasi :
(Tidak bermalam)
8 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM5.00 : Seorang
Percuma : Umur 1-4 tahun
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah terus menghungi pihak pengurusan Taman Nunuk Kiporing seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Taman Nunuk Kiporing
Kg. Padang Tembak,
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 699 6700
Tel : +6019 531 8312
Web Fb : Nunuk Kiporing
Kg. Padang Tembak,
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 699 6700
Tel : +6019 531 8312
Web Fb : Nunuk Kiporing



Ulasan
Catat Ulasan