Taman Pertanian Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat sesuai untuk anda kunjungi apabila ada masa lapang sebab taman ini bukanlah taman biasa tetapi ia juga dikenali sebagai taman ilmu yang memberikan latihan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai pertanian dan juga perikanan. Taman ini terletak di daerah Tenom iaitu lebih kurang 10 km dari Pekan Tenom.
TAMAN PERTANIAN SABAH
Kredit gambar : TPS
Selain daripada itu terdapat juga kemudahan kawasan atau tempat untuk bergambar yang disediakan buat para pengunjung agar mereka dapat mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan suasana yang lebih menarik sepanjang mereka berjalan bersiar-siar di taman. Kalau anda mahu lawatan lebih menarik bolehlah menyewa seorang jurupandu atau guide yang terdiri daripada kalangan kakitangan taman ini. Dengan adanya guide tersebut maka lawatan anda adalah lebih bermakna sebab sepanjang lawatan anda di dalam taman ini anda boleh bertanya kepada guide tersebut mengenai apa sahaja seperti jenis bunga, tumbuhan lain, kemudahan, perkhidmatan dan sebagainya dan anda akan diterangkan dengan lebih jelas mengenai apa yang anda tanyakan itu, oleh itu dapatlah anda ilmu dan maklumat yang bermanfaat tapi sebaiknya sediakan apa yang perlu seperti pen, buku nota dan kamera untuk mencatat maklumat yang diberikan dan juga mengambil gambar tumbuhan atau bunga tersebut. Bila sudah selesai melawat atau mungkin mahu berehat sekejap sebelum menyambung semula lawatan bolehlah singgah di cafe yang ada di sini untuk anda menjamu selera seperti makan dan minum, jadi tidak perlulah bawa makanan bila ke sini sebab mungkin beg anda akan menjadi berat dengan membawa banyak barang dan menyukarkan untuk berjalan dalam kawasan taman ini yang sangat luas. Kemudahan kedai cenderahati juga turut ada disediakan di taman ini untuk para pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis barangan cenderahati yang ada untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing nanti agar dapat dijadikan kenangan percutian anda ke Taman Pertanian Sabah.
Aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke taman ini ialah dengan melakukan aktiviti lawatan ke beberapa kawasan menarik yang patut dikunjungi oleh anda apabila ke sini iaitu seperti melawat ke bahagian kawasan taman orkid asli yang mana di taman orkid ini terdapat lebih kurang 350 spesis orkid yang dipelihara dan dijaga. Apa yang menariknya ialah terdapat beberapa bunga orkid yang terancam dan jarang ditemui ditempat lain ada di taman ini iaitu seperti orkid telinga gajah, orkid ekor tikus serta beberapa lagi spesis orkid slipper yang biasa tumbuh di borneo. Jadi pastikan anda menyediakan bahan menulis untuk mencatat nama-nama orkid yang ada di kawasan orkid ini untuk dijadikan maklumat bila balik ke tempat masing-masing sebab kadang kala ada spesis yang mungkin sukar untuk anda dapatkan maklumatnya biarpun dari internet, tapi dengan adanya sudah peluang datang ke sini sudah tentulah ia memberi kelebihan kepada anda. Selain kawasan taman orkid, anda juga patut berkunjung ke kawasan muzium tanaman yang ada di TPS, sebab dalam muzium tanaman ini terdapat lebih kurang 400 spesis tumbuhan yang ditanam di atas kawasan yang berkeluasan 8 ekar. Setiap tumbuhan yang ada dalam muzium ni adalah disusun mengikut kegunaan tumbuhan tersebut, anda tidak perlu malu untuk bertanya dengan guide anda jika ada sebarang pertanyaan mengenai spesis tumbuhan yang ada sebab rugi bila tidak bertanya maklumat mengenai tumbuhan tersebut bila sudah berada di sini. Taman hiasan yang ada di sini juga merupkawan kawasan yang sepatutnya anda kunjungi bila datang ke TPS, di dalam taman hiasan ini terdapat lebih kurang 21 taman mini yang berbeza antara satu sama lain dari segi hiasannya dan juga landskapnya. Di sini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang sangat unik dan mungkin jarang ditemui di luar sana.
Seterusnya kawasan yang patut anda lawat ialah ke kawasan evolusi tumbuhan dan taman penyesuaian tumbuhan yang mana di sini anda akan dapat melihat sendiri bagaimana tumbuhan yang ada di kawasan ini menyesuaikan diri mereka dengan kawasan persekitaran termasuklah juga tumbuhan yang hidup di dalam kolam dan juga di tanah yang lembab sikit, antara tumbuhan yang ada di dalam kawasan ini dan hidup di kolam ialah seperti bunga teratai gergasi yang dikatakan daripada Amerika Selatan dan sukar atau jarang ditemui di negara ini. Oleh itu janganlah lepaskan peluang menakjubkan ini untuk melawat kawasan ini dan melihat sendiri keunikan bunga teratai tersebut. Kawasan taman model merupakan salah satu daripada kawasan yang patut anda lawati kerana di sini terdapat lebih kurang 5 buah taman tema dengan landskap berbeza antara satu sama lain dan ia digayakan dengan begitu dan serta menarik mengikut tema yang telah ditentukan. Saiz taman model ini adalah lebih kecil dan sebaiknya anda dapat mengambil gambar di sini sebab gaya tema antara lima taman ini adalah berbeza jadi sangat sesuai bila anda dapat bergambar dan kongsikan kepada keluarga serta rakan yang lain di luar sana yang mungkin juga turut berminat untuk datang ke sini pada masa akan datang. Selain daripada anda melawat kawasan yang patut di lawat seperti yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan bila ke TPS iaitu seperti buat aktiviti meredah hutan, tapi untuk meredah hutan ini anda perlu sewa seorang guide yang akan menjadi jurupandu anda nanti dan pastikan juga anda memakai pakaian serta kasut yang sesuai jika ingin ikut aktiviti meredah hutan.
Aktiviti lain adalah seperti lawatan ke taman haiwan yang ada di sini, walaupun mungkin ianya tidaklah besar tetapi dapatlah juga melihat beberapa jenis haiwan yang ada atau anda juga boleh bersiar ke denai dan juga ke kolam untuk memancing ikan. Bagi anda yang mahu memancing bolehlah buat pertanyaan terlebih dahulu dengan menghubungi pihak pengurusan dan bertanya sama ada mereka ada sediakan peralatan memancing ataupun anda yang perlu bawa sendiri dari rumah dan boleh juga tanya sekali jika ada bayaran yang dikenakan untuk aktiviti memancing. Aktiviti perkhemahan juga adalah antara yang sangat menarik apabila datang berkunjung ke sini, khemah memang ada disediakan sudah di sini tapi kalau anda mahu datang dalam satu kumpulan yang sangat ramai pastikan bertanya menghubungi dulu pihak pengurusan di sini untuk memastikan khemah yang ada cukup untuk kumpulan anda atau tidak, kalau tidak maka anda perlulah bawa lagi sedikit khemah sendiri dari rumah dan ia juga adalah untuk memastikan ada kekosongan tempat untuk berkhemah pada hari dan tarikh yang anda pilih selain dari memudahkan pihak pengurusan TPS dapat menyediakan segala keperluan untuk kegunaan pekhemahan anda itu nanti. Kalau anda buat aktiviti berkhemah ni pastikan bawa bajet atau duit untuk makan minum di restoran yang ada disediakan di taman ini. Banyak lagi aktiviti lain sebenarnya yang boleh dilakukan bila anda sudah berada di taman TPS dan pastikan apa juga aktiviti yang anda buat tu sentiasa mengikut peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan di sini kerana ianya adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang berada dalam taman ini.
Untuk datang ke Taman Pertanian Sabah ini, kalau dari luar daerah Tenom seperti dari Kota Kinabalu adalah lebih baik sekiranya pengunjung dapat memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri sebab ia adalah untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik dari taman ini yang jauh dan memakan masa hampir 3 jam perjalanan, ia juga adalah bagi memudahkan anda untuk pergi membeli barang keperluan jika ada kekurangan bila datang ke taman ini.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : 9 pagi - 4.30 petang
Isnin : tutup kecuali cuti umum
Yuran masuk (warganegara) :
RM 10.00 : Dewasa 13 tahun ke atas
RM 20.00 : 2 dewasa + 2 kanak-kanak
RM 5.00 : Kanak-kanak 7-12 tahun
RM 7.00 : Pelajar sekolah
RM 7.00 : Warga emas/Pesara
Percuma : Bawah 6 tahun & OKU
Yuran masuk (bukan warganegara) :
RM 25.00 : Dewasa 14 tahun ke atas
RM 50.00 : 2 dewasa + 2 kanak-kanak
RM 10.00 : Kanak-kanak 7-13 tahun
RM 10.00 : Pelajar sekolah
RM 25.00 : Warga emas/Pesara
Percuma : Bawah 6 tahun & OKU
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bayaran penginapan, sewa dewan dan pertanyaan lain bolehlah bertanya atau menghubungi pihak pengurusan Taman Pertanian Sabah seperti alamat di bawah ini
Taman Pertanian Sabah
Lagud Sebrang,
89909, Tenom,

Taman Pertanian Sabah atau ringkasnya disebut TPS merupakan salah satu tempat menarik di Tenom dan taman ini urus serta dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Taman ini merupakan taman yang terbesar di Malaysia iaitu dengan keluasan 200 ekar serta dan terdapat lebih kurang 20 taman mini di dalamnya yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Taman TPS ini terletak di dalam daerah Tenom iaitu lebih kurang iaitu kira-kira 10 km atau kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kereta dari pekan Tenom, manakala bagi mereka yang datang dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula agak jauh sikit iaitu jaraknya adalah sekitar 163 km yang akan memakan masa lebih kurang 2 jam 55 minit perjalanan menaiki kereta dan taman ini juga dikenali sebagai sebuah taman ilmu kerana di sini anda akan mendapat ilmu yang bermanfaat, ini adalah kerana Taman Pertanian Sabah bukan sahaja sebagai tempat kunjungan orang ramai tetapi ia juga berfungsi sebagai tempat latihan dan pendidikan untuk aktiviti atau program seperti pertanian, hortikultur, apikultur, cara pengeluaran benih, perhutanan dan termasuklah juga perikanan serta penternakan. Sememangnya tidak rugi apabila anda datang berkunjung ke taman ini, lagi pun taman ini adalah mesra keluarga jadi anda bolehlah bawa sekali keluarga termasuk anak anda ke sini agar mereka pun turut sama mendapat ilmu apabila datang ke TPS, lagi pun bayaran masuknya adalah sangat berbaloi serta berpatutan dengan apa yang akan anda perolehi di taman ini. Oleh itu jangan lupa untuk singgah di taman ini apabila anda datang bercuti ke Negeri Sabah khususnya ke daerah Tenom tidak kira sama ada pada hari biasa, cuti hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah.
Dengan keluasan taman ini yang dianggarkan dalam 200 ekar sudah pastilah banyak tempat yang boleh anda kunjungi dan mungkin tidak mudah untuk anda melawat semua kawasan yang ada dalam waktu yang singkat. Jadi bagi memudahkan para pengunjung yang datang maka pihak TPS telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan buat anda agat dapat memberikan kemudahan dan keselesaan sepanjang berada di tempat ini tidak kira sama ada untuk lawatan sehari atau pun untuk bermalam di taman ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah seperti penginapan yang mana di sini ada beberapa jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu chalet, asrama dan berkhemah. Setiap tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain iaitu seperti almari pakaian, katil, kipas angin, meja, kerusi, selimut, bantal, tandas, bilik mandi dan pelbagai lagi kemudahan lain. Kalau di chalet biasanya katil jenis single atau double tapi kalau di asrama katilnya adalah jenis bertingkat, jadi dari anda sahaja mahu pilih yang mana, kalau mahu berkhemah pun boleh sebab ada juga tempat atau tapak perkhemahan yang disediakan buat anda yang mahu berkhemah di sini. Untuk pengetahuan bayaran masuk ke tempat ini adalah lain bayaran dengan sewa penginapan, oleh itu anda bolehlah siap sediakan bajet lebih sikit jika mahu menginapan di taman ini, tapi jangan risau sebab tidak juga mahal dan bayaran untuk ketiga-tiga jenis penginapan ini adalah berbeza. Selain itu untuk chalet maksimum adalah 6 orang dalam satu chalet, manakala asrama pula mengikut jumlah katil yang ada di bilik asrama tersebut, tetapi sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai bolehlah cuba berkhemah.
Bagi anda yang mahu berkhemah pihak TPS juga telah menyediakan tapak perkhemah dan juga ada khemah yang disediakan serta dapat memuatkan dalam beberapa orang dalam satu khemah. Apa yang menarik ialah khemah di sini bukan yang letak di tanah atau lantai, sebaliknya ia jenis tergantung iaitu seperti kalau askar berkhemah, jadi memang sangat seronok. Tapi kalau tidak biasa berkhemah diluar bolehlah pilih chalet atau asrama sahaja. Selain itu di taman ini ada disediakan kemudahan keretapi tram secara percuma, ini adalah bagi memudahkan para pengunjung melawat taman ini dengan lebih mudah tanpa perlu berjalan kaki yang mungkin akan memenantkan anda sebab kawasan taman ini sangatlah luas. Bagi anda yang mahu menaiki keretapi tram ini ia mula beroperasi setiap jam dari jam 9 pagi tetapi bergantung juga kepada jumlah pengungjung yang datang dan yang ingin menggunakannya. memang seronok rasanya dapat naik tram ni sambil melihat keindahan taman dengan pelbagai bunga serta tumbuh-tumbuhan lain yang hidup segar dan menghijau. Sekiranya anda tidak dapat menaiki tram ni tidak perlulah risau sebab taman ini juga ada menyediakan basikal untuk disewa jadi bolehlah anda ramai-ramai naik basikal sambil melawat taman TPS ini. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada disediakan kemudahan kawasan tempat letak kenderaan yang terletak diluar taman ini sahaja dan anda tidak perlu risau untuk memandu kereta sendiri ke taman ini dan meletakkan kereta di sini sebab ia akan dijaga oleh pengawal keselamatan yang bertugas di sini, terutama sekali apabila anda bercadang untuk datang ke sini menginap dan bermalam.
Dengan keluasan taman ini yang dianggarkan dalam 200 ekar sudah pastilah banyak tempat yang boleh anda kunjungi dan mungkin tidak mudah untuk anda melawat semua kawasan yang ada dalam waktu yang singkat. Jadi bagi memudahkan para pengunjung yang datang maka pihak TPS telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan buat anda agat dapat memberikan kemudahan dan keselesaan sepanjang berada di tempat ini tidak kira sama ada untuk lawatan sehari atau pun untuk bermalam di taman ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah seperti penginapan yang mana di sini ada beberapa jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu chalet, asrama dan berkhemah. Setiap tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain iaitu seperti almari pakaian, katil, kipas angin, meja, kerusi, selimut, bantal, tandas, bilik mandi dan pelbagai lagi kemudahan lain. Kalau di chalet biasanya katil jenis single atau double tapi kalau di asrama katilnya adalah jenis bertingkat, jadi dari anda sahaja mahu pilih yang mana, kalau mahu berkhemah pun boleh sebab ada juga tempat atau tapak perkhemahan yang disediakan buat anda yang mahu berkhemah di sini. Untuk pengetahuan bayaran masuk ke tempat ini adalah lain bayaran dengan sewa penginapan, oleh itu anda bolehlah siap sediakan bajet lebih sikit jika mahu menginapan di taman ini, tapi jangan risau sebab tidak juga mahal dan bayaran untuk ketiga-tiga jenis penginapan ini adalah berbeza. Selain itu untuk chalet maksimum adalah 6 orang dalam satu chalet, manakala asrama pula mengikut jumlah katil yang ada di bilik asrama tersebut, tetapi sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai bolehlah cuba berkhemah.
Bagi anda yang mahu berkhemah pihak TPS juga telah menyediakan tapak perkhemah dan juga ada khemah yang disediakan serta dapat memuatkan dalam beberapa orang dalam satu khemah. Apa yang menarik ialah khemah di sini bukan yang letak di tanah atau lantai, sebaliknya ia jenis tergantung iaitu seperti kalau askar berkhemah, jadi memang sangat seronok. Tapi kalau tidak biasa berkhemah diluar bolehlah pilih chalet atau asrama sahaja. Selain itu di taman ini ada disediakan kemudahan keretapi tram secara percuma, ini adalah bagi memudahkan para pengunjung melawat taman ini dengan lebih mudah tanpa perlu berjalan kaki yang mungkin akan memenantkan anda sebab kawasan taman ini sangatlah luas. Bagi anda yang mahu menaiki keretapi tram ini ia mula beroperasi setiap jam dari jam 9 pagi tetapi bergantung juga kepada jumlah pengungjung yang datang dan yang ingin menggunakannya. memang seronok rasanya dapat naik tram ni sambil melihat keindahan taman dengan pelbagai bunga serta tumbuh-tumbuhan lain yang hidup segar dan menghijau. Sekiranya anda tidak dapat menaiki tram ni tidak perlulah risau sebab taman ini juga ada menyediakan basikal untuk disewa jadi bolehlah anda ramai-ramai naik basikal sambil melawat taman TPS ini. Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada disediakan kemudahan kawasan tempat letak kenderaan yang terletak diluar taman ini sahaja dan anda tidak perlu risau untuk memandu kereta sendiri ke taman ini dan meletakkan kereta di sini sebab ia akan dijaga oleh pengawal keselamatan yang bertugas di sini, terutama sekali apabila anda bercadang untuk datang ke sini menginap dan bermalam.
Selain daripada itu terdapat juga kemudahan kawasan atau tempat untuk bergambar yang disediakan buat para pengunjung agar mereka dapat mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan suasana yang lebih menarik sepanjang mereka berjalan bersiar-siar di taman. Kalau anda mahu lawatan lebih menarik bolehlah menyewa seorang jurupandu atau guide yang terdiri daripada kalangan kakitangan taman ini. Dengan adanya guide tersebut maka lawatan anda adalah lebih bermakna sebab sepanjang lawatan anda di dalam taman ini anda boleh bertanya kepada guide tersebut mengenai apa sahaja seperti jenis bunga, tumbuhan lain, kemudahan, perkhidmatan dan sebagainya dan anda akan diterangkan dengan lebih jelas mengenai apa yang anda tanyakan itu, oleh itu dapatlah anda ilmu dan maklumat yang bermanfaat tapi sebaiknya sediakan apa yang perlu seperti pen, buku nota dan kamera untuk mencatat maklumat yang diberikan dan juga mengambil gambar tumbuhan atau bunga tersebut. Bila sudah selesai melawat atau mungkin mahu berehat sekejap sebelum menyambung semula lawatan bolehlah singgah di cafe yang ada di sini untuk anda menjamu selera seperti makan dan minum, jadi tidak perlulah bawa makanan bila ke sini sebab mungkin beg anda akan menjadi berat dengan membawa banyak barang dan menyukarkan untuk berjalan dalam kawasan taman ini yang sangat luas. Kemudahan kedai cenderahati juga turut ada disediakan di taman ini untuk para pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis barangan cenderahati yang ada untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing nanti agar dapat dijadikan kenangan percutian anda ke Taman Pertanian Sabah.
Aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke taman ini ialah dengan melakukan aktiviti lawatan ke beberapa kawasan menarik yang patut dikunjungi oleh anda apabila ke sini iaitu seperti melawat ke bahagian kawasan taman orkid asli yang mana di taman orkid ini terdapat lebih kurang 350 spesis orkid yang dipelihara dan dijaga. Apa yang menariknya ialah terdapat beberapa bunga orkid yang terancam dan jarang ditemui ditempat lain ada di taman ini iaitu seperti orkid telinga gajah, orkid ekor tikus serta beberapa lagi spesis orkid slipper yang biasa tumbuh di borneo. Jadi pastikan anda menyediakan bahan menulis untuk mencatat nama-nama orkid yang ada di kawasan orkid ini untuk dijadikan maklumat bila balik ke tempat masing-masing sebab kadang kala ada spesis yang mungkin sukar untuk anda dapatkan maklumatnya biarpun dari internet, tapi dengan adanya sudah peluang datang ke sini sudah tentulah ia memberi kelebihan kepada anda. Selain kawasan taman orkid, anda juga patut berkunjung ke kawasan muzium tanaman yang ada di TPS, sebab dalam muzium tanaman ini terdapat lebih kurang 400 spesis tumbuhan yang ditanam di atas kawasan yang berkeluasan 8 ekar. Setiap tumbuhan yang ada dalam muzium ni adalah disusun mengikut kegunaan tumbuhan tersebut, anda tidak perlu malu untuk bertanya dengan guide anda jika ada sebarang pertanyaan mengenai spesis tumbuhan yang ada sebab rugi bila tidak bertanya maklumat mengenai tumbuhan tersebut bila sudah berada di sini. Taman hiasan yang ada di sini juga merupkawan kawasan yang sepatutnya anda kunjungi bila datang ke TPS, di dalam taman hiasan ini terdapat lebih kurang 21 taman mini yang berbeza antara satu sama lain dari segi hiasannya dan juga landskapnya. Di sini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang sangat unik dan mungkin jarang ditemui di luar sana.
Seterusnya kawasan yang patut anda lawat ialah ke kawasan evolusi tumbuhan dan taman penyesuaian tumbuhan yang mana di sini anda akan dapat melihat sendiri bagaimana tumbuhan yang ada di kawasan ini menyesuaikan diri mereka dengan kawasan persekitaran termasuklah juga tumbuhan yang hidup di dalam kolam dan juga di tanah yang lembab sikit, antara tumbuhan yang ada di dalam kawasan ini dan hidup di kolam ialah seperti bunga teratai gergasi yang dikatakan daripada Amerika Selatan dan sukar atau jarang ditemui di negara ini. Oleh itu janganlah lepaskan peluang menakjubkan ini untuk melawat kawasan ini dan melihat sendiri keunikan bunga teratai tersebut. Kawasan taman model merupakan salah satu daripada kawasan yang patut anda lawati kerana di sini terdapat lebih kurang 5 buah taman tema dengan landskap berbeza antara satu sama lain dan ia digayakan dengan begitu dan serta menarik mengikut tema yang telah ditentukan. Saiz taman model ini adalah lebih kecil dan sebaiknya anda dapat mengambil gambar di sini sebab gaya tema antara lima taman ini adalah berbeza jadi sangat sesuai bila anda dapat bergambar dan kongsikan kepada keluarga serta rakan yang lain di luar sana yang mungkin juga turut berminat untuk datang ke sini pada masa akan datang. Selain daripada anda melawat kawasan yang patut di lawat seperti yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan bila ke TPS iaitu seperti buat aktiviti meredah hutan, tapi untuk meredah hutan ini anda perlu sewa seorang guide yang akan menjadi jurupandu anda nanti dan pastikan juga anda memakai pakaian serta kasut yang sesuai jika ingin ikut aktiviti meredah hutan.
Aktiviti lain adalah seperti lawatan ke taman haiwan yang ada di sini, walaupun mungkin ianya tidaklah besar tetapi dapatlah juga melihat beberapa jenis haiwan yang ada atau anda juga boleh bersiar ke denai dan juga ke kolam untuk memancing ikan. Bagi anda yang mahu memancing bolehlah buat pertanyaan terlebih dahulu dengan menghubungi pihak pengurusan dan bertanya sama ada mereka ada sediakan peralatan memancing ataupun anda yang perlu bawa sendiri dari rumah dan boleh juga tanya sekali jika ada bayaran yang dikenakan untuk aktiviti memancing. Aktiviti perkhemahan juga adalah antara yang sangat menarik apabila datang berkunjung ke sini, khemah memang ada disediakan sudah di sini tapi kalau anda mahu datang dalam satu kumpulan yang sangat ramai pastikan bertanya menghubungi dulu pihak pengurusan di sini untuk memastikan khemah yang ada cukup untuk kumpulan anda atau tidak, kalau tidak maka anda perlulah bawa lagi sedikit khemah sendiri dari rumah dan ia juga adalah untuk memastikan ada kekosongan tempat untuk berkhemah pada hari dan tarikh yang anda pilih selain dari memudahkan pihak pengurusan TPS dapat menyediakan segala keperluan untuk kegunaan pekhemahan anda itu nanti. Kalau anda buat aktiviti berkhemah ni pastikan bawa bajet atau duit untuk makan minum di restoran yang ada disediakan di taman ini. Banyak lagi aktiviti lain sebenarnya yang boleh dilakukan bila anda sudah berada di taman TPS dan pastikan apa juga aktiviti yang anda buat tu sentiasa mengikut peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan di sini kerana ianya adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang berada dalam taman ini.
Untuk datang ke Taman Pertanian Sabah ini, kalau dari luar daerah Tenom seperti dari Kota Kinabalu adalah lebih baik sekiranya pengunjung dapat memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri sebab ia adalah untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik dari taman ini yang jauh dan memakan masa hampir 3 jam perjalanan, ia juga adalah bagi memudahkan anda untuk pergi membeli barang keperluan jika ada kekurangan bila datang ke taman ini.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : 9 pagi - 4.30 petang
Isnin : tutup kecuali cuti umum
Yuran masuk (warganegara) :
RM 10.00 : Dewasa 13 tahun ke atas
RM 20.00 : 2 dewasa + 2 kanak-kanak
RM 5.00 : Kanak-kanak 7-12 tahun
RM 7.00 : Pelajar sekolah
RM 7.00 : Warga emas/Pesara
Percuma : Bawah 6 tahun & OKU
Yuran masuk (bukan warganegara) :
RM 25.00 : Dewasa 14 tahun ke atas
RM 50.00 : 2 dewasa + 2 kanak-kanak
RM 10.00 : Kanak-kanak 7-13 tahun
RM 10.00 : Pelajar sekolah
RM 25.00 : Warga emas/Pesara
Percuma : Bawah 6 tahun & OKU
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bayaran penginapan, sewa dewan dan pertanyaan lain bolehlah bertanya atau menghubungi pihak pengurusan Taman Pertanian Sabah seperti alamat di bawah ini
Taman Pertanian Sabah
Lagud Sebrang,
89909, Tenom,


Ulasan
Catat Ulasan