Langkau ke kandungan utama

Taman Rekreasi Kintup Tambunan

Taman Rekreasi Kintup adalah antara salah satu tempat menarik di Sabah yang mesra keluarga dan ia sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian ketika cuti umum atau pun cuti hujung minggu dengan datang bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sambil melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi sungai, berkhemah, sukan tradisional dan lain-lain lagi. Tempat ini terletak dalam daerah Tambunan iaitu lebih kurang 20 km atau kira-kira 26 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tambunan manakala bagi yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah lebih kurang 92 km atau kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan menaiki kenderaan.

TAMAN REKREASI KINTUP


Kredit gambar : TRK


Kredit gambar : TRK


Kredit gambar : TRK


Kredit gambar : TRK


Kredit gambar : TRK

Taman Rekreasi Kintup (TRK) merupakan salah satu tempat menarik di Tambunan yang sangat sesuai orang ramai datang kunjungi sekiranya teringin untuk mencari lokasi percutian dengan pelbagai aktiviti menarik seperti berkhemah, mandi sungai, sukan tradisional spa ikan dan lain-lain lagi. Taman rekreasi ini lokasinya jauh dari kesibukan pekan dan bandar oleh itu ianya sesuai untuk dijadikan tempat bercuti dan berehat bila ada kelapangan masa anda tidak kiralah pada hari biasa, cuti hujung minggu mahu pun ketika cuti umum. Tempat ini pun mesra keluarga jadi anda boleh datang bersama ahli keluarga tidak kira tua ataupun muda dan bekhemah serta beriada di sini sambil melakukan aktiviti menarik tadi, kalau mahu datang bersama rakan-rakan pun boleh juga tidak menjadi masalah, boleh jemput rakan datang beramai-ramai ke sini sebab kalau ramai rasanya lebih lagi meriah dan juga menyeronokkan sebab ada kawan untuk bercerita dan melakukan aktiviti bersama. Di sini memang selalu ramai orang yang datang terutama sekali mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat ini, jadi kalau anda berminat bolehlah datang ke sini bila ada peluang tidak kira sama ada anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke daerah Tambunan iaitu di Kampung Tikolod, Tambunan yang mana jaraknya adalah lebih kurang 20 km atau kira-kira 26 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tambunan dan lebih kurang 92 km ataupun kira-kira 1 jam 55 minit perjalanan menaiki kenderaan kalau datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Apabila anda bercadang untuk ke taman rekreasi ini adalah lebih baik untuk menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan taman agar dapat memastikan tempat ini buka pada tarikh yang anda bercadang datang, ini terutama sekali kepada mereka yang datang daripada jauh seperti dari Kota Kinabalu dan daerah lain di negeri ini, bila sudah hubungi pihak pengurusan sebaiknyalah terus membuat tempahan seperti tempah pondok, tapak perkhemah dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Selain itu anda juga boleh selalu melihat laman sosial taman rekreasi ini untuk melihat jika ada promosi sebab mereka selalu juga membuat promosi dan menghebahkannya di dalam sosial milik mereka dan ini akan membolehkan anda mengatur dengan baik perbelanjaan anda bila ke sini sama ada anda datang ke sini untuk lawatan harian iaitu datang beberapa jam sahaja atau pun anda ke sini berkhemah dan juga bermalam. Terdapa banyak kemudahan yang telah disediakan di taman rekreasi ini untuk para tetamu yang datang ke sini tidak kira bermalam atau pun tidak dan kemudahan yang mereka sediakan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ni siang dan malam dan juga ketika melakukan aktiviti, dengan adanya kemudahan ini juga akan berikan kepuasan hati kepada pengunjung sekaligus dapat menarik minat mereka untuk datang lagi pada masa akan datang, ada antara kemudahan yang ada di tempat ini masih dalam proses penambahbaikan, ada yang baru dibuat dan ada juga yang mungkin masih dalam perbincangan untuk diwujudkan, jadi anda bolehlah buat pertanyaan dengan pihak pengurusan sebelum datang ke sini untuk memastikan adanya kemudahan yang mungkin anda perlukan jika ingin bercuti ke sini termasuklah jika ingin buat majlis keramaian di Taman Rekreasi Kintup Tambunan ini. Berikut adalah antara kemudahan yang disediakan di taman ini iaitu seperti pondok untuk disewa yang mana terdapat pondok lama dan juga pondok baru yang menjadi pilihan para pengunjung, selain itu pondok tersebut juga ada yang dikhaskan untuk para tetamu yang datang ke sini untuk lawatan harian dan ada juga pondok yang khas buat mereka mahu untuk bermalam di pondok tersebut tidak kiras satu malam atau pun lebih. Jumlah pondok yang ada ini tidaklah banyak dan ianya terhad, oleh itu sekiranya anda bercadang ke sini dan ingin menyewa pondok tersebut sebaiknyalah membuat tempahan awal terlebih dahulu agar pihak pengurusan di sini dapatlah menyimpan pondok tersebut untuk anda nanti.


Biasanya pondok yang disewa untuk lawatan harian tu hanya sehingga jam 6 petang sahaja, oleh itu aturlah masa anda sebaik mungkin ketika berada di sini agar tidak terlebih masa yang mana mungkin akan dikenakan bayaran tambahan atau tidak terpulang dari pihak pengurusan di sini. Pondok ini semua lengkap dengan kemudahan elektrik dan beberapa kemudahan asas lain. Kemudahan lain disediakan di sini ialah tapak perkhemahan untuk disewa yang luas dan kalau anda datang ke sini beramai-ramai pun tidak menjadi masalah sebab memang tempat ini luas mudah untuk pihak pengurusan di sini mengatur tempat umtuk tapak perkhemahan kumpulan anda, sewa kemudahan khemah pun ada di sini tetapi jika mahu lebih menjimatkan kos perbelanjaan sebaiknya anda membawa khemah sendiri dari rumah agar tidak perlu lagi sewa khemah dari sini.
Apa pun anda boleh juga jika mahu membuat tempahan tapak di sini lebih awal sebelum datang ke sini terutama sekali jika anda datang dalam kumpulan yang ramai, ini adalah agar dapat memastikan ada ruangan tapak untuk kumpulan anda sebab kadangkala di sini sering menjadi tumpuan aktiviti perkhemahan dan juga majlis, oleh itu kalau ada buat tempahan awal dapatlah anda mengatur tarikh dan masa sesuai untuk berkhemah di taman rekreasi ini. Dewan terbuka ada juga di sini jika anda mahu buat majlis seperti majlis harijadi dan juga perkahwinan, tetapi kalau anda mahu buat majlis di sini memang sangat digalakkan untuk menempah lebih awal dewan tersebut agar tidak ada orang lain yang menyewanya dan kalau boleh lebih awal lagi baik sebab akan dapat memudahkan pihak pengurusan di sini mengatur semua peralatan yang diperlukan dan menyusun serta mencantikkan dewan tersebut dengan hiasan berkaitan untuk majlis anda itu nanti. Biasanya jika membuat tempahan akan ada bayaran deposit tetapi terpulanglah pada rundingan anda dengan pemilik tempat ini sama ada deposit tersebut harus bayar penuh atau boleh bayar separuh harga dan anda harus juga pastikan dapat datang ke sini pada tarikh dan masa tempahan yang telah dibuat agar tidak ada masalah seperti deposit dikira hangus yang akan merugikan anda sendiri kecuali anda diberikan semula deposit tersebut.

Kemudahan tempat letak kereta pun banyak dan percuma anda anda boleh letak kereta berhampiran dengan lokasi anda berkhemah dan pastikan letak kereta anda dengan baik agar ianya tidak menghalang laluan kereta lain yang ingin masuk dan keluar. Tandas dan bilik mandi pun ada tetapi jumlahnya sikit jadi kalau ramai orang yang datang ke sini pada hari tersebut dan ramai yang menggunakan  tandas atau bilik mandi tu maka anda haruslah bersabar untuk tunggu giliran dan jangan buang sampah dalam bilik mandi dan tandas tersebut, tapi yang penting jangan buang sampah dalam lubang tandas sebab ianya akan membuatkan tandas itu tersumbat sekaligus akan menyukarkan anda sendiri atau pengunjung lain untuk menggunakannya lagi. Kalau ada sampah buanglah ke dalam tong sampah yang ada disediakan di sekitar taman rekreasi ini agar semua kemudahan di tempat ini lebih terjaga dan dengan buang sampah dalam tong sampah juga akan dapat memastikan tempat ini kekal bersih dan cantik agar dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke sini pada masa akan datang. Di bahagian sungai pula ada diletak kayu merentasi sungai yang mungkin boleh anda duduk santai disitu, selain itu ada juga beberapa buah tempat duduk dibina ditepi sungai untuk pengunjung duduk dan ada juga jambatan gantung untuk anda yang mungkin mahu berjalan di atasnya sambil mengambil gambar. Di sini juga ada sediakan makanan ikan sekiranya anda ingin memberi makan pada ikan yang ada di sungai, tetapi sila ambil perhatian bahawa makanan ikan itu perlulah anda beli dari sini dan tidak boleh membeli makanan ikan dari luar untuk diberi makan pada ikan yang ada di sungai ini, kalau mahu seronok lagi bolehlah sewa teropong ikan untuk mudahkan anda dapat melihat dengan lebih jelas ikan yang berada di dalam sungai tersebut. Bagi anda yang bawa anak mandi sungai sebaiknya menyewa kemudahan pelampung yang ada di sini dengan kadar bayaran sewa pelampung yang murah saja. Berikut adalah antara ringkasan kemudahan yang ada di taman rekreasi ini :

Kemudahan :

01. Pondok
02. Tapak khemah
03. Tandas
04. Bilik mandi
05. Tempat bbq
06. Tempat duduk
07. 
Elektrik
08. Dewan terbuka
09. Tempar parking
10. Kanopi
11. Sewa khemah
12. Makanan ikan
13. Teropong ikan
14. Talian telefon
15. Pelampung
16. Jambatan gantung

Memang banyak kemudahan yang disediakan di taman ini termasuklah seperti tempat untuk bbq tetapi jika anda mahu masak bbq sebaiknya bertanya dahulu pihak di sini jika semua peralatan bbq memang ada disediakan termasuklah dawai dan arang, jika ada yang tidak ada maka anda haruslah membawanya sendiri dari rumah. Walaupun banyak kemudahan disediakan di sni anda boleh juga kalau mahu bawa beberapa barangan keperluan dan dibawah ini adalah antara beberapa barang keperluan yang rasanya boleh anda bawa sekiranya bercadang datang ke tempat ini bercuti sama untuk bermalam ataupun tidak, ini adalah agar dapat memudahkan anda sepanjang berada di sini dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda bila ke sini :

Barang di bawa :

01. Khemah sendiri
02. Pakaian lebih
03. Barang masakan
04. Peralatan masak
05. Peralatan makan
06. Tempat makanan basah
07. Beg tidur kalis air
08. Selimut tidur
09. Bantal tidur
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Baju mandi sesuai
13. Lampu suluh
14. Kamera
15. Sejadah
16. Telekung
17. Kipas usb
18. Powerbank
19. Ubat peribadi
20. Tali jika perlu
21. Duit poket
22. Air minuman
23. Makanan ringan
24. Pakaian sukan
25. Kerusi berkhemah
26. Lampu usb

Antara aktiviti di sini yang boleh anda lakukan ialah mandi di sungai yang ada di sini dan dekat sahaja dengan pondok atau tempat anda berkhemah, sungai ini sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua atau muda dan memang seronok mandi di sungai ini yang airnya sejuk, jernih dan juga bersih. Ada juga kayu yang diletak merentasi sungai untuk anda duduk ataupun pegang kayu tersebut sambil mandi terutamanya bagi mereka yang belum berapa pandai berenang. Walaupun air di sungai ini tidak dalam tapi anda sebaiknya sentiasa berhati-hati ketika mandi sebab kadangkala paras air sungai boleh menjadi dalam dan arusnya boleh menjadi laju atau deras, oleh itu utamakanlah keselamatan diri anda keluarga ketika mandi manda di sungai, kalau bawa anak mandi sungai sewalah pelampung yang ada disediakan oleh pihak taman agar lebih menjamin keselamatan anak anda. Kalau boleh jangan biarkan anak anda mandi atau bermain di sungai bersendirian tanpa pengawasan daripada anda sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Sebelum terlupa jangan lupa untuk membawa pakaian mandi yang sesuai atau yang tidak menjolok mata, bagi yang muslim bolehlah bawa pakaian mandi yang lebih menutup aurat sebab sungai ini adalah kawasan terbuka yang sudah pasti akan ada ramai orang lain mandi di sungai tersebut atau yang berada disekiatr kawasan sungai. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah aktiviti perkhemahan sama ada perkhemahan individu, bersama rakan, persatuan, sekolah dan sebagainya, dengan kawasan tapak perkhemahan di sini yang luas membolehkan anda mudah untuk buat aktiviti ini di taman ini dan boleh datang dalam satu kumpulan yang ramai tetapi jangan lupa untuk membawa khemah sendiri agar dapat jimatkan kos perbelanjaan dan lebih memudahkan urusan anda bila berada di sini, lagi pun kalau khemah sendiri mungkin anda akan rasa lebih selesam, selain khemah bawalah juga kerusi berkhemah, dan lain-lain peralatan berkhemah yang perlu. Janganlah lupa hubungi pihak pengurusan di sini terlebih dahulu untuk buat tempahan awal tapak untuk berkhemah terutama sekali jika anda mahu ke taman ini dalam berkumpulan agar dapatlah pihak taman ini mempersiapkan apa kemudahan yang patut disediakan untuk kegunaan kumpulan anda nanti.

Bila sudah berkhemah sudah pastilah lebih seronok bila dapat buat aktiviti memasak bbq bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang turut sama datang ke sini, jangan lupa untuk membawa semua barangan untuk di masak nanti, seperti beras, sayur jika perlu, makanan basah untuk bbq dan sebagainya, jangan lupa juga untuk membawa tempat atau bekas untuk simpan makanan basah tersebut agar tidak mudah rosak, untuk peralatan bbq ni anda boleh hubungi terlebih dahulu pihak di sini untuk pastikan adakah mereka menyediakan semua kemudahan bbq termasuklah seperti tempat bbq, dawainya, arang dan lain lagi yang diperlukan. Peralatan memasak pun bawa sekali bila ke sini seperti periuk dan kuali, untuk peralatan makan seperti sudu, gelas dan pinggan boleh bawa sendiri dari rumah atau beli yang jenis pakai buang sekiranya agar lebih memudahkan anda tidak perlu lagi mencucu peralatan tersebut. Bila dapat berkhemah bersama, kemudian memasak bersama selepas itu menjamu selera pun bersama pasti akan memberikan satu kemeriahan dalam percutian anda di sini dan dapatlah juga mengeratkan lagi tali persaudaraan atau persahabatan antara satu sama lain dikalangan anda. Di sini ada kawasan sungai yang anda boleh buat aktiviti spa ikan tapi perlu diingatkan ia adalah kawasan tagal iaitu tidak boleh pancing, menangkap atau mengangkat tinggi ikan tersebut, yang boleh anda buatlah mandi bersama ikan, letak kaki untuk ikan itu berkumpul dikaki anda hinggakan anda terasa seperti diurut dan boleh juga kalau mahu beri makan ikan-ikan tersebut dan makanan tu hanya boleh dibeli di sini sahaja tidak boleh bawa makanan daripada luar, mahu tambah seronok sewalah teropong ikan jika anda mahu lihat ikan dengan lebih jelas lagi di dalam sungai tersebut. Dengan kawasan tempat ini yang luas anda boleh juga lakukan aktiviti sukaneka atau sukan tradisional supaya percutian anda di taman ini dapat dipenuhi lagi dengan pelbagai aktiviti menarik. Sesiapa yang mahu buat majlis di sini seperti harijadi atau perkahwinan pun tidak menjadi masalah sebab ada juga dewan terbuka di sini untuk adakan majlis anda tetapi perlukan tempahan lebih awal lagi agar semuanya dapat dipersiapkan mengikut masa. Di bawah ini adalah antara ringkasan aktiviti yang boleh anda buat :

Aktiviti :

01. Mandi sungai
02. Berkhemah
03. Naik jambatan gantung
04. Beri makan ikan
05. Teropong ikan
06. Masak bbq
07. Sukan tradisional
08. Sukaneka
09. Team building
10. Majlis harijadi
11. Majlis kahwin
12. Lain-lain lagi

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan jika ingin membuat tempahan awal bolehlah terus sahaja menghungi pihak pengurusan Taman Rekreasi Kintup Tambunan seperti alamat tererta di bawah ini :

Waktu operasi :
(Tidak bermalam)
8 pagi - 10 malam

Bayaran masuk :
RM3.00 : 13 thn ke atas
RM1.00 : 5 - 12 thn
Percuma : 1-4 tahun

Hubungi :
Taman Rekreasi Kintup
Kg. Tikolod,
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia.
Tel : +6010 950 4910
Web Fb : TRK


Ulasan