Taman Rekreasi Lioguh Stamping adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang juga merupakan satu tempat rekreasi mesra keluarga dan sangat sesuai untuk anda beriadah, berkelah dan juga berkhemah sambil melakukan beberapa lagi aktiviti menarik yang lain. Taman ini terletak dalam Bahagian Kudat iaitu di daerah Kota Marudu, lebih kurang 30 km atau kira-kira 33 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, manakala kalau dari Pusat Bandar Kudat pula jaraknya adalah sekitar 109 km atau kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan.
LIOGUH STAMPING

Kredit gambar : Rosmih Rey

Disamping kawasan tempat ini yang sangat cantik dan bersih, pelbagai fasiliti dan kemudahan yang ada disediakan juga akan dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke tempat ini sebab dengan adanya semua fasiliti dan kemudahan maka ianya akan lebih memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung sepanjang mereka berada di sini tidak kiralah mereka ke sini pagi dan pulang petang atau pun mereka datang untuk bermalam sehari atau beberapa hari. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah bilik penginapan yang mana anda boleh sewa bilik tersebut mengikut jumlah orang dalam kumpulan anda, contohnya kalau datang bersama keluarga seramai 5 orang bolehlah sewa 1 atau 2 bilik dan setiap bilik penginapan tersebut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain iaitu seperti tilam, katil keluarga kipas angin, bantal, selimut, cermin, dapur, tandas dan beberapa lagi kemudahan lain. Harga sewa bilik penginapan ni anda boleh hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk bertanya dan terus buat tempahan jika sesuai dengan bajet anda. Pastikan anda buat tempahan terlebih dahulu jika mahu ke sini bermalam dan menyewa bilik penginapan tersebut sebab dengan menempah awal maka ia akan memudahkan pihak di sini memastikan adanya kekosongan bilik pada tarikh dan masa yang anda pilih untuk datang seterusnya menyimpankan bilik tersebut untuk anda sekeluarga dan sila pastikan juga jumlah bilik yang anda ingin sewa. Bagi mereka yang lebih suka privasi maka sangat sesuai untuk menyewa bilik penginapan sebab ia lebih tertutup walaupun mungkin ada juga penyewa lain yang sewa bilik di penginapan tersebut. Pilihan lain ialah anda boleh sewa kemudahan rumah bambu untuk jadikan tempat penginapan anda bila berada di sini, memang menarik kalau dapat bermalam di rumah bambu ni sebab jarang-jarang dapat peluang untuk merasai kehidupan tinggal disebuah rumah yang diperbuat dari bambu lagi pun ia dilengkapi juga dengan kemudahan tempat tidur serta beberapa lagi kemudahan lain yang diperlukan seperti bilik penginpan.
Selain itu terdapat juga kemudahan pondok rehat yang disediakan di sini buat para pengunjung tidak kira yang datang untuk lawatan sehari atau yang bermalam, dengan adanya pondok rehat dapatlah anda meletakkan barang keperluan seperti makanan, minuman dan sebagainya dan di pondok rehat ini juga bolehlah anda duduk menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sambil menunggu masa untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Kalau duduk dan juga berehat di pondok tu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata sebaliknya buanglah sampah ke dalam tong sampah yang ada diletakkan berhampiran pondok tersebut. Di sini juga ada dewan terbuka yang mungkin boleh anda sewa sekiranya ingin mengadakan majlis seperti harijadi, perkahwinan, makan dan sebagainya, tetapi dewan terbuka ni pun sebaiknya anda buat tempahan awal sebelum datang ke tempat ini jika ingin menggunakan dewan tersebut, dengan menempah lebih awal dapatlah memastikan tidak ada orang lain yang menggunakan dewan itu pada tarikh dan masa majlis anda dijalankan dan ianya juga untuk memudahkan lagi pihak pengurusan dapat menyediakan dan mengatur segala peralatan yang akan digunakan serta mungkin juga untuk pihak di sini dapat menghiaskan dewan tersebut untuk majlis anda itu nanti. Kemudahan tempat letak kereta juga banyak tersedia di sini secara percuma, tempat letak kereta ni berada dalam kawasan tanaman kelapa sawit jadi anda perlulah berhati-hati ketika meletakkan kenderaan dan kalau boleh jangan sampai menghalang laluan kereta lain yang mungkin mahu diletak di sini atau mungkin yang mahu keluar. Oleh kerana kawasan tempat letak kereta dalam kawasan tanaman kelapa sawit maka ianya adalah terlindung dari panas pancaran matahari jadi anda tidak perlu risau bila meletakkan kereta di sini, lagi pun tempat letak kereta ni berhampiran sahaja dengan kawasan rekreasi di mana tempat anda beriadah dan berkelah bersama ahli keluarga dan rakan, seperti biasa jangan buang sampah anda di kawasan meletak kereta agar ia sentiasa kelihatan bersih.
Kemudahan lain yang terdapat di sini ialah 2 buah tandas dan 2 buah bilik persalinan yang boleh anda gunakan bila ada keperluan, kesemua tandas dan bilik persalinan ini sentiasa dijaga dengan baik dan dalam keadaan bersih oleh itu jangan mengotorkan kemudahan ini seperti jangan menconteng dan juga membuang sampah di dalamnya terutama sekali jangan buang sampah ke dalam lubang tandas tersebut sebab ia mungkin akan menyebabkan tandas tersebut menjadi tersumbat seterusnya menyukarkan orang ramai menggunakannya termasuklah anda sendiri. Kedai runcit pun ada di sini sekiranya anda mahu membeli beberapa barangan asas yang perlu, tapi kedai ni mungkin tidaklah terlalu banyak barang di dalamnya sebab nama pun kedai runcit saja, untuk lebih mudah ketika membuat tempahan anda boleh tanya sekali jika barangan yang anda inginkan ada dijual di kedai runcit tersebut. Selain itu di sini ada tempat untuk masak bbq untuk mereka yang mahu memasak sendiri, yang ini pun anda perlu bertanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan tempat ini sama ada semua peralatan bbq ada disediakan di sini termasuklah arang untuk memasak nanti. Terdapat beberapa lokasi kemudahan tapak perkhemahan yang disediakan di Taman Rekreasi Lioguh Stamping mengikut keperluan dan juga jumlah orang dalam kumpulan perkhemahan tersebut, tempat ini memang sering menjadi lokasi pilihan orang berkhemah sama ada perseorangan, berkeluarga, bersama rakan. perkhemahan dari pertubuhan, jabatan dan juga perkhemahan sekolah, oleh itu pastikan anda buat tempahan lebih awal sekiranya ingin berkhemah di sini khususnya bagi mereka yang mahu datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah agar pihak pengurusan di sini dapat mengatur lokasi tapak perkhemahan untuk kumpulan anda, mungkin ada sedikit bayaran deposit yang dikenakan ketika buat tempahan jadi pastikan anda dapat dapat pada tarikh dan masa yang anda telah buat ketika menempah. Di bawah ini ialah senarai beberapa kemudahan yang disediakan pihak pengurusan taman ini sama ada kemudahan dalam penginapan, rumah bambu dan juga kemudahan di kawasan luar :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tapak berkhemah
03. Tandas di luar
04. Tandas penginapan
05. Dewan terbuka
06. Tong sampah
07. Pondok rehat
08. Rumah pondok
09. Tempat bbq
10. Tangga laluan
11. Bilik persalinan
12. Dapur penginapan
13. Tilam
14. Katil
15. Selimut
16. Bantal
17. Tempat letak kereta
18. Bilik mandi
Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan apabila datang bercuti ke tempat ini iaitu seperti membuat aktiviti perkhemahan di kawasan tapak berkhemah yang akan disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini, kawasan taman rekreasi ini yang terletak berhampiran dengan sungai, tumbuhan semulajadi dan suasana kawasannya yang bersih serta udara yang bersih membuatkan tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah. Jangan lupa untuk memberitahu jumlah orang dalam kumpulan anda yang akan ikut sama berkhemah di sini agar mudah pihak di sini menyediakan lokasi yang sesuai untuk perkhemahan anda nanti seterusnya menyediakan apa-apa lagi yang perlu. Selain berkhemah, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi sungai yang berada dalam kawasan taman rekreasi ini tidak kira anda ke sini bermalam atau cuma datang untuk lawatan sehari sahaja seperti datang pagi dan pulang petang. Jika ingin mandi di sungai dan membawa bersama anak perlulah menyewa pelampung yang disediakan pihak pengurusan taman ini untuk keselamatan anda anda, bagi yang dewasa pun kalau mahu menyewa pelampung tersebut boleh juga dan tidak menjadi masalah sebab semua ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang mandi di sungai tersebut. Memang sangat seronok mandi sungai ini yang cetek serta tidak terlalu dalam, airnya juga sejuk dan sangat jernih, anda boleh mandi sepuas hati di sini tetapi pastikan ikut segala peraturan yang telah ditetapkan ketika melakukan aktiviti mandi di sungai. Semasa anda mandi sungai atau berada di kawasan tepi sungai sentiasalah berhati-hati sebab aliran air sungai kadangkala boleh menjadi deras, laju dan juga boleh menjadi dalam, di sekitar kawasan sungai ini juga banyak batuan kecil dan besar yang mungkin berada dalam keadaan licin, oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika berjalan atau melangkah atas batuan tersebut agar dapat elak daripada tergelincir. Ahli keluarga pastikan sentiasa menjaga anak-anak bila mereka berada di kawasan sungai sama ada mandi atau berjalan dan jangan biarkan anak anda bermain bersendirian tanpa kawalan daripada anda sebab keselamatan anda sekeluarga adalah tanggungjawab anda sendiri.
Bila berada di sungai tu janganlah membuang apa juga sampah ke dalam sungai atau kawasan sekitar sungai tersebut agar sungai ini sentiasa dalam keadaan bersih dan ekosistem hidupan dalam sungai ini juga akan lebih terjaga, lagi pun kalau sungai ini bersih sudah pasti akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke sini pada masa hadapan. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah berkelah bersama ahli keluarga atau bersama rakan-rakan pada hujung minggu untuk mengeratkan lagi perhubungan, boleh rehat, santai dan berjalan bersiar-siar di kawasan sekitar tempat ini, kemudian anda boleh juga terus melakukan aktiviti memasak bbq bersama ahli keluarga atau rakan, selepa itu menjamu selera beramai-ramai yang sudah pasti akan menjadi sangat menyeronokkan, tetapi jangan lupa untuk membawa peralatan masak jika perlu dan bawa makanan basah yang mahu di masak nanti sebab tidak pasti jika di sini ada menjualnya. Peralatan untuk makan seperti sudu, gelas dan pinggan bolehlah bawa sendiri dari rumah atau beli sahaja yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan anda tanpa perlu mencucinya lagi. Di taman rekreasi ini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti majlis sambutan harijadi, kahwin, aktiviti sekolah dan lain-lain lagi yang bersesuaian dengan lokasi dan fasiliti yang ada di tempat ini. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa bila ke sini sama ada anda menginap di penginapan, rumah bambu dan berkhemah atau mungkin juga anda cuma datang ke sini untuk lawatan harian sahaja, senarai ini adalah cadangan dan terpulang pada keperluan anda ketika berada di sini :
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Makanan basah
03. Minuman
04. Khemah sendiri
05. Peralatan makan
06. Kerusi berkhemah
07. Lampu suluh
08. Baju tebal
09. Selimut
10. Sejadah
11. Telekung
12. Duit poket
13. Kipas usb
14. Beg tidur
15. Alas tidur
16. Kompas
17. Pisau lipat
18. Powerbank
19. Pemetik api
20. Penghalau nyamuk
21. Peralatan mandi
22. Tisu basah
23. Kamera
24. Ubat peribadi
25. Tempat makanan basah
Di atas ini adalah antara cadangan barangan yang boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah sahaja mengikut keperluan anda. Sebelum terlupa, di sini pun ada tempat makan atau cafe dengan pelbagai menu makanan disediakan, oleh itu terpulang kepada anda sama ada mahu ke sini membawa barang makanan basah untuk di masak atau pun menjamu selera sahaja di cafe yang ada di sini, yang penting bawa duit poket untuk membayar agar lebih mudah.
Waktu operasi :
Lawatan harian
8.30 am - 4.30 pm

Kredit gambar : Rosmih Rey

Kredit gambar : Lioguhstamping
Taman Rekreasi Lioguh Stamping merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang boleh anda kunjungi apabila ada kelapangan masa tidak kira sama ada ketika hari biasa, cuti hujung minggu atau pun cuti umum untuk beriadah, berkelah dan juga berkhemah di taman rekreasi semulajadi yang sangat menarik ini. Tempat ini juga adalah salah satu lokasi menarik untuk anda jadikan sebagai lokasi tempat percutian anda pada masa akan datang, sebab lokasinya yang jauh dari kesibukan pekan ataupun bandar selain daripada suasana di sini yang begitu aman dan tenang sambil melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Di sini anda boleh buat pilihan sama ada ingin datang untuk lawatan dalam sehari sahaja atau boleh juga sekiranya ingin bermalam dengan menginap di rumah penginapan atau dengan berkhemah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Tempat ini terletak di Marak Parak Kota Marudu iaitu kira-kira 30 km atau lebih kurang 33 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan
Kota Marudu, manakala kalau dari Pusat Bandar Kudat pula jaraknya adalah
sekitar 109 km atau pun kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan menaiki
kenderaan. Taman rekreasi ini sememangnya mempunyai landskap yang cantik dan menarik, kawasan pun dalam keadaan bersih serta udaranya yang cukup segar menjadikan tempat ini salah satu lokasi pilihan penduduk disekitar daerah ini untuk datang beriadah dan berkelah bersama ahli keluarga terutamanya ketika hujung minggu, oleh itu sekiranya anda berkesempatan datang ke daerah Kota Marudu bolehlah datang singgah di sini sekejap untuk beriadah dan berkelah atau kalau mahu ke sini bermalam pun boleh juga tidak menjadi masalah sama ada anda adalah penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke sini. Anda digalakkan untuk memandu kereta sendiri agar dapat membawa semua barang keperluan dengan lebih mudah selain dapat memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ni.
Disamping kawasan tempat ini yang sangat cantik dan bersih, pelbagai fasiliti dan kemudahan yang ada disediakan juga akan dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke tempat ini sebab dengan adanya semua fasiliti dan kemudahan maka ianya akan lebih memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung sepanjang mereka berada di sini tidak kiralah mereka ke sini pagi dan pulang petang atau pun mereka datang untuk bermalam sehari atau beberapa hari. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah bilik penginapan yang mana anda boleh sewa bilik tersebut mengikut jumlah orang dalam kumpulan anda, contohnya kalau datang bersama keluarga seramai 5 orang bolehlah sewa 1 atau 2 bilik dan setiap bilik penginapan tersebut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain iaitu seperti tilam, katil keluarga kipas angin, bantal, selimut, cermin, dapur, tandas dan beberapa lagi kemudahan lain. Harga sewa bilik penginapan ni anda boleh hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk bertanya dan terus buat tempahan jika sesuai dengan bajet anda. Pastikan anda buat tempahan terlebih dahulu jika mahu ke sini bermalam dan menyewa bilik penginapan tersebut sebab dengan menempah awal maka ia akan memudahkan pihak di sini memastikan adanya kekosongan bilik pada tarikh dan masa yang anda pilih untuk datang seterusnya menyimpankan bilik tersebut untuk anda sekeluarga dan sila pastikan juga jumlah bilik yang anda ingin sewa. Bagi mereka yang lebih suka privasi maka sangat sesuai untuk menyewa bilik penginapan sebab ia lebih tertutup walaupun mungkin ada juga penyewa lain yang sewa bilik di penginapan tersebut. Pilihan lain ialah anda boleh sewa kemudahan rumah bambu untuk jadikan tempat penginapan anda bila berada di sini, memang menarik kalau dapat bermalam di rumah bambu ni sebab jarang-jarang dapat peluang untuk merasai kehidupan tinggal disebuah rumah yang diperbuat dari bambu lagi pun ia dilengkapi juga dengan kemudahan tempat tidur serta beberapa lagi kemudahan lain yang diperlukan seperti bilik penginpan.
Selain itu terdapat juga kemudahan pondok rehat yang disediakan di sini buat para pengunjung tidak kira yang datang untuk lawatan sehari atau yang bermalam, dengan adanya pondok rehat dapatlah anda meletakkan barang keperluan seperti makanan, minuman dan sebagainya dan di pondok rehat ini juga bolehlah anda duduk menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sambil menunggu masa untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Kalau duduk dan juga berehat di pondok tu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata sebaliknya buanglah sampah ke dalam tong sampah yang ada diletakkan berhampiran pondok tersebut. Di sini juga ada dewan terbuka yang mungkin boleh anda sewa sekiranya ingin mengadakan majlis seperti harijadi, perkahwinan, makan dan sebagainya, tetapi dewan terbuka ni pun sebaiknya anda buat tempahan awal sebelum datang ke tempat ini jika ingin menggunakan dewan tersebut, dengan menempah lebih awal dapatlah memastikan tidak ada orang lain yang menggunakan dewan itu pada tarikh dan masa majlis anda dijalankan dan ianya juga untuk memudahkan lagi pihak pengurusan dapat menyediakan dan mengatur segala peralatan yang akan digunakan serta mungkin juga untuk pihak di sini dapat menghiaskan dewan tersebut untuk majlis anda itu nanti. Kemudahan tempat letak kereta juga banyak tersedia di sini secara percuma, tempat letak kereta ni berada dalam kawasan tanaman kelapa sawit jadi anda perlulah berhati-hati ketika meletakkan kenderaan dan kalau boleh jangan sampai menghalang laluan kereta lain yang mungkin mahu diletak di sini atau mungkin yang mahu keluar. Oleh kerana kawasan tempat letak kereta dalam kawasan tanaman kelapa sawit maka ianya adalah terlindung dari panas pancaran matahari jadi anda tidak perlu risau bila meletakkan kereta di sini, lagi pun tempat letak kereta ni berhampiran sahaja dengan kawasan rekreasi di mana tempat anda beriadah dan berkelah bersama ahli keluarga dan rakan, seperti biasa jangan buang sampah anda di kawasan meletak kereta agar ia sentiasa kelihatan bersih.
Kemudahan lain yang terdapat di sini ialah 2 buah tandas dan 2 buah bilik persalinan yang boleh anda gunakan bila ada keperluan, kesemua tandas dan bilik persalinan ini sentiasa dijaga dengan baik dan dalam keadaan bersih oleh itu jangan mengotorkan kemudahan ini seperti jangan menconteng dan juga membuang sampah di dalamnya terutama sekali jangan buang sampah ke dalam lubang tandas tersebut sebab ia mungkin akan menyebabkan tandas tersebut menjadi tersumbat seterusnya menyukarkan orang ramai menggunakannya termasuklah anda sendiri. Kedai runcit pun ada di sini sekiranya anda mahu membeli beberapa barangan asas yang perlu, tapi kedai ni mungkin tidaklah terlalu banyak barang di dalamnya sebab nama pun kedai runcit saja, untuk lebih mudah ketika membuat tempahan anda boleh tanya sekali jika barangan yang anda inginkan ada dijual di kedai runcit tersebut. Selain itu di sini ada tempat untuk masak bbq untuk mereka yang mahu memasak sendiri, yang ini pun anda perlu bertanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan tempat ini sama ada semua peralatan bbq ada disediakan di sini termasuklah arang untuk memasak nanti. Terdapat beberapa lokasi kemudahan tapak perkhemahan yang disediakan di Taman Rekreasi Lioguh Stamping mengikut keperluan dan juga jumlah orang dalam kumpulan perkhemahan tersebut, tempat ini memang sering menjadi lokasi pilihan orang berkhemah sama ada perseorangan, berkeluarga, bersama rakan. perkhemahan dari pertubuhan, jabatan dan juga perkhemahan sekolah, oleh itu pastikan anda buat tempahan lebih awal sekiranya ingin berkhemah di sini khususnya bagi mereka yang mahu datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah agar pihak pengurusan di sini dapat mengatur lokasi tapak perkhemahan untuk kumpulan anda, mungkin ada sedikit bayaran deposit yang dikenakan ketika buat tempahan jadi pastikan anda dapat dapat pada tarikh dan masa yang anda telah buat ketika menempah. Di bawah ini ialah senarai beberapa kemudahan yang disediakan pihak pengurusan taman ini sama ada kemudahan dalam penginapan, rumah bambu dan juga kemudahan di kawasan luar :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tapak berkhemah
03. Tandas di luar
04. Tandas penginapan
05. Dewan terbuka
06. Tong sampah
07. Pondok rehat
08. Rumah pondok
09. Tempat bbq
10. Tangga laluan
11. Bilik persalinan
12. Dapur penginapan
13. Tilam
14. Katil
15. Selimut
16. Bantal
17. Tempat letak kereta
18. Bilik mandi
Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan apabila datang bercuti ke tempat ini iaitu seperti membuat aktiviti perkhemahan di kawasan tapak berkhemah yang akan disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini, kawasan taman rekreasi ini yang terletak berhampiran dengan sungai, tumbuhan semulajadi dan suasana kawasannya yang bersih serta udara yang bersih membuatkan tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah. Jangan lupa untuk memberitahu jumlah orang dalam kumpulan anda yang akan ikut sama berkhemah di sini agar mudah pihak di sini menyediakan lokasi yang sesuai untuk perkhemahan anda nanti seterusnya menyediakan apa-apa lagi yang perlu. Selain berkhemah, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi sungai yang berada dalam kawasan taman rekreasi ini tidak kira anda ke sini bermalam atau cuma datang untuk lawatan sehari sahaja seperti datang pagi dan pulang petang. Jika ingin mandi di sungai dan membawa bersama anak perlulah menyewa pelampung yang disediakan pihak pengurusan taman ini untuk keselamatan anda anda, bagi yang dewasa pun kalau mahu menyewa pelampung tersebut boleh juga dan tidak menjadi masalah sebab semua ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sepanjang mandi di sungai tersebut. Memang sangat seronok mandi sungai ini yang cetek serta tidak terlalu dalam, airnya juga sejuk dan sangat jernih, anda boleh mandi sepuas hati di sini tetapi pastikan ikut segala peraturan yang telah ditetapkan ketika melakukan aktiviti mandi di sungai. Semasa anda mandi sungai atau berada di kawasan tepi sungai sentiasalah berhati-hati sebab aliran air sungai kadangkala boleh menjadi deras, laju dan juga boleh menjadi dalam, di sekitar kawasan sungai ini juga banyak batuan kecil dan besar yang mungkin berada dalam keadaan licin, oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika berjalan atau melangkah atas batuan tersebut agar dapat elak daripada tergelincir. Ahli keluarga pastikan sentiasa menjaga anak-anak bila mereka berada di kawasan sungai sama ada mandi atau berjalan dan jangan biarkan anak anda bermain bersendirian tanpa kawalan daripada anda sebab keselamatan anda sekeluarga adalah tanggungjawab anda sendiri.
Bila berada di sungai tu janganlah membuang apa juga sampah ke dalam sungai atau kawasan sekitar sungai tersebut agar sungai ini sentiasa dalam keadaan bersih dan ekosistem hidupan dalam sungai ini juga akan lebih terjaga, lagi pun kalau sungai ini bersih sudah pasti akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke sini pada masa hadapan. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah berkelah bersama ahli keluarga atau bersama rakan-rakan pada hujung minggu untuk mengeratkan lagi perhubungan, boleh rehat, santai dan berjalan bersiar-siar di kawasan sekitar tempat ini, kemudian anda boleh juga terus melakukan aktiviti memasak bbq bersama ahli keluarga atau rakan, selepa itu menjamu selera beramai-ramai yang sudah pasti akan menjadi sangat menyeronokkan, tetapi jangan lupa untuk membawa peralatan masak jika perlu dan bawa makanan basah yang mahu di masak nanti sebab tidak pasti jika di sini ada menjualnya. Peralatan untuk makan seperti sudu, gelas dan pinggan bolehlah bawa sendiri dari rumah atau beli sahaja yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan anda tanpa perlu mencucinya lagi. Di taman rekreasi ini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti majlis sambutan harijadi, kahwin, aktiviti sekolah dan lain-lain lagi yang bersesuaian dengan lokasi dan fasiliti yang ada di tempat ini. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa bila ke sini sama ada anda menginap di penginapan, rumah bambu dan berkhemah atau mungkin juga anda cuma datang ke sini untuk lawatan harian sahaja, senarai ini adalah cadangan dan terpulang pada keperluan anda ketika berada di sini :
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Makanan basah
03. Minuman
04. Khemah sendiri
05. Peralatan makan
06. Kerusi berkhemah
07. Lampu suluh
08. Baju tebal
09. Selimut
10. Sejadah
11. Telekung
12. Duit poket
13. Kipas usb
14. Beg tidur
15. Alas tidur
16. Kompas
17. Pisau lipat
18. Powerbank
19. Pemetik api
20. Penghalau nyamuk
21. Peralatan mandi
22. Tisu basah
23. Kamera
24. Ubat peribadi
25. Tempat makanan basah
Di atas ini adalah antara cadangan barangan yang boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah sahaja mengikut keperluan anda. Sebelum terlupa, di sini pun ada tempat makan atau cafe dengan pelbagai menu makanan disediakan, oleh itu terpulang kepada anda sama ada mahu ke sini membawa barang makanan basah untuk di masak atau pun menjamu selera sahaja di cafe yang ada di sini, yang penting bawa duit poket untuk membayar agar lebih mudah.
Waktu operasi :
Lawatan harian
8.30 am - 4.30 pm
Buka setiap hari
Bayaran masuk :
(Tidak bermalam)
RM4.00 : 13 thn ke atas
RM2.00 : 6 - 12 tahun
Percuma : 5 thn ke bawah
Percuma : OKU
Sebarang pertanyaan mengenai waktu operasi terkini, bayaran masuk serta apa juga pertanyaan lain dan ingin membuat tempahan bolehlah terus menghubungi pihak Taman Rekreasi Lioguh Stamping seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Taman Rekreasi
Lioguh Stamping
Jalan Laguhang,
89108, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6011 2991 5677
Web fb : Lioguhstamping

Ulasan
Catat Ulasan