Langkau ke kandungan utama

Taman Rekreasi Membalua

Taman Rekreasi Membalua adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Taman rekreasi ini terletak di kawasan Hutan Simpan Mambalua yang terletak di dalam daerah Tawau, Sabah.

TAMAN REKREASI MEMBALU



Taman Rekreasi Membalua adalah salah satu tempat menarik di Tawau yang juga merupakan taman rekreasi di dalam Hutan Simpan untuk anda kunjungi sekiranya datang melancong ke daerah Tawau. Taman ini terletak didalam Hutan Simpan Membalua, oleh itu taman ini diberikan nama Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua Tawau. Taman ini terletak kira-kira 18 km atau lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Tawau dan tempat ini sangat sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa beriadah bersama apabila cuti sekolah atau pada cuti hujung minggu un

Taman ini masih lagi baru, jadi mungkin tidak terlalu ramai yang tahu akan adanya tempat ini terutamanya yang berasal dari luar daerah Tawau. Kalau penduduk tawau memang ramai sudah yang tahu taman ini dan boleh hampir setiap minggu ramai penduduk tempatan yang datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga atau kawan-kawan. Walaupun taman ini masih baru, namun banyak aktiviti telah disediakan yang boleh dilakukan apabila anda datang ke sini dan dengan kawasan hutannya yang tebal, cantik dan semulajadi sudah pasti akan lebih memberikan tarikan kepada pengunjung yang datang. Aktiviti yang ada di sini pun agak berbeza dengan aktiviti yang boleh anda lakukan di Hutan Simpan yang lain.


Kalau kita sebut Hutan Simpan pasti orang akan terfikir tentang aktiviti yang biasanya akan dilakukan di hutan tersebut adalah seperti meredah hutan, memerhati burung, melihat hidupan liar dan berjalan melihat pokok-pokok yang ada di hutan tersebut kan? tetapi di sini kira menawarkan aktiviti yang agak unik sikit sebab di sini anda boleh lakukan aktiviti yang jarang anda buat di hutan simpan iaitu seperti berkayak, naik sampan, berkhemah, naik zip-line atau flying fox, panjat pokok, hammocking, sukan orientering dan bermacam-macam lagi aktiviti lain. Ini sudah pasti akan memberikan anda pengalaman yang cukup indah apabila ke sini dan melakukan aktiviti-aktiviti ini. 

Semasa melakukan aktiviti-aktiviti seperti di atas yang agak mencabar akan ada petugas yang akan memberikan anda penerangan tentang cara-cara yang betul untuk melakukan aktiviti tersebut, disamping itu mereka juga akan berada di situ untuk memastikan keselamatan anda terjaga semasa melakukan aktiviti, jadi anda tidak perlu risau sebab mereka atau petugas di sini adalah mereka yang mempunyai kepakaran dan bertauliah tentang aktiviti-aktiviti tersebut. Perlatan yang digunakan juga sentiasa dijaga dengan baik agar ianya sentiasa dapat berfungsi dengan sempurna apabila digunakan oleh sesiapa saja pengunjung yang datang ke sini.

Kemudahan yang disediakan pula adalah seperti peralatan untuk aktiviti, jaket keselamatan bila naik sampan atau berkayak, tali keselamatan untuk aktiviti seperti hammocking dan zip-line dan lain-lain lagi. Maksudnya setiap aktiviti tersebut akan ada peralatan untuk keselamatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan taman ini. Jadi anda boleh datang bawa bajet lebih sikit saja agar dapat melakukan lebih banyak aktiviti sekiranya berminat. Jangan lupa juga bawa minuman dan makanan untuk dimakan apabila lapar sebab anda mungkin akan terpesona dengan aktiviti yang ada dan ini membuatkan anda berada lama di sini.

Selain makanan, anda bawalah apa-apa yang anda rasa patut seperti sembur untuk halau nyamuk kah sebab ianya kawasan hutan, jadi mungkin nyamuk akan menggigit, pakai baju, seluar dan kasut yang sesuai untuk aktiviti yang anda mahu lakukan di sini. Contohnya pakai seluar sukan yang panjang dan baju lengan panjang juga, jadi kalau anda tidak bawa sembur nyamuk tidaklah juga kena gigit nyamuk dan ia juga sesuai untuk aktiviti seperti zipline atau panjat pokok.

Kalau anda ingin datang sebaiknya memandu kereta sendiri atau menyewa kereta untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen) ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini. Jadi jangan lupa untuk ke sini ramai-ramai bersama kawan atau keluarga untuk meredah hutan dan menikmati keindahan dan kecantikan air terjun yang ada di sini.

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 5.30 petang
Sabtu - Ahad : 8.30 pagi - 6 petang
(Semasa cuti umum masa di atas ini mungkin boleh berubah)

Bayaran masuk :
Seorang : RM5.00

Harga di atas ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa. Ini ialah harga untuk bayaran masuk saja, untuk aktiviti lain akan dikenakan bayaran lain, oleh itu maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Pejabat Perhutanan Tawau di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Pejabat Perhutanan Tawau
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-761 833


Ulasan