Langkau ke kandungan utama

Taman Rekreasi Pampang

Taman Rekreasi Pampang adalah salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam Bahagian Kudat Sabah iaitu di daerah Kota Marudu, lebih kurang 30 km dari Pekan Kota Marudu.

TAMAN REKREASI PAMPANG

Kredit gambar : Pampang

Taman Rekreasi Pampang merupakan salah satu tempat menarik di Kota Marudu yang tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal di daerah Kota Marudu sebagi sebuah tempat rekreasi dan juga tempat berkhemah. Taman ini terletak di Kampung Marak Parak, Kota Marudu iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 33 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu melalui Jalan Marak dan lebih kurang 155 km atau kira-kira 2 jam 50 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Kota Belud-Kudat. Taman Rekreasi Pampang adalah sebuah taman yang dimiliki oleh penduduk temapatan iaitu Encik Modi Atong dan ia telah dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak tahun 2016 lagi sehingga kini. Taman ini adalah antara taman rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk disekitar daerah Kota Marudu untuk datang beriadah bersama keluarga atau pun rakan-rakan ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Bagi anda yang mahu mencari tempat bercuti sambil menenangkan fikiran dari kesibukan di bandar, bolehlah cuba untuk datang Taman Rekreasi Pampang ini beramai-ramai bersama keluarga atau pun dengan rakan-rakan. Dengan membawa anak-anak ke sini semasa cuti sudah pasti akan membuatkan anak-anak anda merasa gembira dan apabila dapat melihat anak-anak gembira sudah tentunya hati ibu bapa pun akan turut sama gembira. Walaupun taman rekreasi ini tidak terlalu besar namun ianya sudah cukup cantik dan bersih serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini. Sekiranya anda datang dari jauh iaitu dari luar daerah Kota Marudu, anda tidak perlu risau tentang penginapan sebab di sini pun ada disediakan penginapan untuk disewa dengan kelengkapan yang baik dan memuaskan termasuklah juga tapak perkhemahan bagi sekiranya anda berminat untuk berkhemah di sini, jadi terpulang pada pilihan anda sama ada ingin bermalam atau datang lawatan dalam sehari.


Sekiranya anda mahu bermalam di sini tetapi tidak mahu menginap di penginapan, boleh bawa khemah sendiri atau sewa khemah dari pihak pengurusan taman ini untuk berkhemah di tempat atau tapak perkhemahan yang telah disediakan. Walaupun mungkin tempat ini jauh iaitu terletak di daerah Kota Marudu, namun bagi pengunjung yang datang dari luar daerah ini pasti akan merasa teruja dan berbaloi apabila datang bercuti serta beriadah bersama rakan atau keluarga di sini kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan apabila datang ke taman ini, jadi tidak hairanlah tempat ini selalu menjadi pilihan orang ramai untuk datang melakukan berbagai macam aktiviti sambil beriadah dan dengan adanya sungai yang mengalir jernih dan bersih serta sentiasa dijaga, membolehkan anda mandi manda di sungai ini dengan tanpa rasa ragu-ragu, tetapi kalau mandi disungai pastikan sentiasa jaga keselamatan anda dan keluarga anda. 
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah seperti :

 Aktiviti :

01. Mandi di sungai
02. Berkelah
03. Beriadah 
04. Berkhemah
05. Barbeque
06. Sukaneka
07. Hari keluarga
08. Pendidikan
09. Kerja berkumpulan
10. Kem motivasi 
11. Bargambar
12. Memancing (di kolam)

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Taman Rekreasi Pampang ini, biarpun tempat ini jauh dari bandar besar tetapi anda pasti akan berpuas hati dengan apabila datang bercuti di sini dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, jadi anda tidak perlu risau sekiranya bercadang datang ke sini. Antara kemudahan perlu anda membuat tempahan awal ialah seperti penginapan, tempat berbarbeque, dan untuk perkhemahan, ini adalah agar pihak pengurusan taman ini dapat memastikan ada kekosongan pada waktu tersebut dan membolehkan mereka membuat persiapan tempahan anda lebih awal. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak taman ini ialah :

Kemudahan :

01. Penginapan 
02. Tempat beriadah
03. Tapak perkhemahan
04. Dapur tertutup
05. Tempat barbeque
06. Pondok rehat
07. Tandas lelaki 
08. Tandas perempuan
09. Dewan terbuka
10. Tempat letak kereta
11. Bilik mandi lelaki
12. Bilik mandi perempuan
13. Tempat duduk

Sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini sama ada lawatan sehari atau pun bermalam, anda boleh juga untuk membuat beberapa persiapan atau persediaan agar ia lebih memudahkan perjalanan dan juga percutian anda ke sini. Persiapan ini adalah seperti apa yang perlu anda bawa untuk kegunaan anda bila sudah berada di tempat ini nanti seperti makanan, minuman, pakaian dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu.

Untuk ke tempat ini sebaiknya anda meniki kenderaan sendiri, tetapi kalau tidak ada kenderaan boleh juga menyewa kenderaan dari syarikat sewa kereta (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Kota Marudu ini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 6 pagi - 10 malam

Bayaran masuk :
Atas 12 tahun : RM3.00
Bawah 12 tahun : Percuma

Bayaran berkhemah :
Bayaran masuk : RM2.00
Tapak khemah saja : RM5.00

Sewa khemah :
Khemah kecil (1 orang) : RM15.00
Khemah sederhana (2 orang) : RM20.00
Khemah besar (3 orang) : RM25.00
Khemah keluarga (4 orang) RM30.00
(Harga termasuk bayaran tapak)

Pakej khemah :
Khemah kecil (1 orang) 
1 Bantal + 1 selimut + tikar : RM25.00

Khemah sederhana (2 orang) 
2 Bantal + 2 selimut + tikar : RM35.00

Khemah besar (3 orang) 
3 Bantal + 3 selimut + tikar : RM45.00

Khemah keluarga (4 orang)
4 Bantal + 4 selimut + tikar : RM55.00

Bayaran lain :
Sewa dapur : RM35.00 /hari
Sewa kerusi : RM3.00 /pc
Sewa selimut : RM3.00 /helai
Sewa bantal : RM5.00 /pc
Sewa tikar lantai : RM3.00 /pc
Dewan terbuka : RM25.00 /hari
Pakej mini sewa dewan : RM200.00 /hari
- 2 meja segi empat 
- 3 meja bulat kecil
- 2 meja bulat sederhana
- 50 kerusi
Pakej penuh sewa dewan : RM400.00 /hari
- 2 meja segi empat 
- 3 meja bulat kecil
- 2 meja bulat sederhana
- 50 kerusi (dengan penutup jc)

Sewa bilik :
Katil double : RM65.00 /malam
Katil double + tilam bujang : RM70.00 /malam
Bilik asrama : RM25.00 seorang /malam
(guna kipas siling & kongsi bilik air)

Sewa penginapan :
Kadar bayaran : RM250.00 - RM450.00

Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman Rekreasi Pampang seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Taman Rekreasi Pampang
Kampung Marak Parak
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-827 8475 
Telefon : 014-561 5140 
Website : facebook.com/tamanrekreasipampang/

Nota :

01. Anda di minta untuk membuat tempahan awal sekiranya mahu ke sini untuk melakukan aktiviti seperti berkhemah agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan sekiranya ada kekosongan tapak berkhemah untuk kumpulan anda nanti.


Ulasan