Langkau ke kandungan utama

Taman Ujana Rimba Tropika

Taman Ujana Rimba Tropika merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk seisi keluarga yang mahu beriadah bersama pada waktu petang atau pun ketika cuti dihujung minggu. Tempat ni adalah sebuah taman rekreasi awam yang terletak berhampiran dengan Pusat Bandar Kota Kinabalu dengan jarak 4 km atau lebih kurang 8 minit sahaja dengan menaiki kereta.  

TAMAN UJANA RIMBA TROPIKA


Kredit gambar : Worldorgs


Kredit gambar : PLSK

Kredit gambar : Workatehome

Taman Ujana Rimba Tropika merupakan salah satu tempat yang menarik di Kota Kinabalu yang berada tidak jauh dari pusat bandar, tempat ni adalah sebuah taman rekreasi awam yang berada dibawah jagaan dan pengawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Taman ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman iaitu lebih kurang 4 km atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, dengan lokasinya yang tidak jauh dari bandar akan memudahkan lagi orang ramai untuk datang ke tempat ini beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan, tempat ni memang selalu ramai orang pada waktu petang kalau hari biasa, tetapi kalau cuti hujung minggu awal pagi dan petang pun ramai orang datang beriadah sebab tempat ni memang cantik dan mempunyai kawasan yang agak luas iaitu lebih kurang 3 hektar dengan pelbagai kemudahan serta aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Taman ini kini diselenggara begitu baik oleh pihak berkuasa tempatan dengan membuat beberapa penambahan atau penambahbaikan kepada tanam tersebut, dan kini dapat dilihat semakin ramai orang yang datang berkunjung ke sini tidak kira tua atau pun muda dan sama ada penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini. Di taman ni memang banyak pokok yang ditanam jadi udara di sini pun sangat segar dan bersih sekaligus dapat memberikan anda ketenangan bila berada di tempat ini sambil melakukan aktiviti. Buat masa sekarang, taman ini akan dibuka seawal jam 4 pagi sehingga jam 8 malam untuk membolehkan orang ramai yang mahu bersenam atau melakukan aktiviti pada awal dan juga dapat memberikan peluang kepada mereka yang mungkin mahu berehat sekejap di sini pada waktu petang setelah penat berkerja seharian.
 
Di taman ni banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan buat para pengunjung yang datang, kemudahan yang ada juga diselenggara dengan baik agar dapat memastikan orang ramai puas hati apabila datang ke tempat ini, terdapat juga kemudahan yang sedang dibuat pernambahbaikan agar ianya dapat digunakan dengan lebih selamat dan juga dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang menggunakannya. Antara kemudahan yang ada di taman ini ialah, terdapat tempat letak kereta yang luas dan tidak ada dikenakan sebarang bayaran jika anda meletakkan kereta anda di sini walau berapa lama sekali pun, jadi ianya dapat memberi peluang kepada anda untuk beriadah dan buat aktiviti dengan lebih lama sikit di taman ini. Kemudahan seterusnya ialah tandas awam, yang mana ianya adalah sangat penting untuk memudahkan para pengunjung yang mungkin sangat memerlukan kemudahan ni dalam keadaan tertentu, bila ada kemudahan tandas ni tidak perlulah pengunjung pergi mencari tandas di tempat yang jauh, untuk menggunakan tandas akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen sahaja. Laluan berjalan kaki atau laluan berjoging juga turut disediakan di tempat ini untuk mereka yang mahu berjoging yang mana untuk laluan berjoging ini jaraknya adalah sekitar 700 meter satu pusingan dan setiap 100 meter tu ada ditanda pada laluan tersebut yang bermula dari pertengahan taman iaitu di tugu pahlawan, terpulanglah pada anda mahu berjoging atau pun jalan kaki sahaja untuk pusing kawasan ini sambil melihat keindahan alam semulajadi iaitu pokok-pokok yang ditanam sekitar Taman Ujana Rimba Tropika. Terdapat juga kemudahan papan maklumat untuk pokok yang ada di taman ini yang menerangkan mengenai nama dan maklumat pokok tersebut, oleh itu dapatlah juga anda sedikit ilmu pengetahuan mengenai jenis-jenis pokok yang ada di sekitar taman ini.


Kemudahan lain ialah terdapat juga cafe yang menjual makanan dan minuman di sini untuk anda duduk santai menikmati hidangan atau minuman selepas penat melakukan aktiviti, kalau mahu bawa makanan atau minuman sendiri pun boleh juga tetapi segala sampah atau sisa makanan dan minuman anda tu haruslah dibuang ke dalam kemudahan tong sampah yang banyak disediakan disekitar taman ini dan jangan buang sampah merata-rata tempat. Kalau anda datang bersenam di sini awal pagi boleh juga singgah di cafe ini terlebih dahulu untuk minum minuman panas seperti teh, kopi dan sebagainya. Selain itu di sini juga ada beberapa pondok dan tempat duduk untuk anda duduk berehat sambil menenangkan fikiran dan di tempat pondok ni juga ada boleh menjamu selera tetapi pastikan bersihkan semula tempat tu selepas digunakan agar taman ini kelihatan sentiasa bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke sini. Di taman ni memang banyak disediakan kemudahan tong sampah, jadi tidak ada alasan untuk para pengunjung membuang sampah merata-rata sebab kemudahan itu telah pun disediakan dengan begitu banyak disekitar taman ini. Bagi anda yang ada membawa anak bersama berkunjung ke taman ini, bolehlah membawa anak anda tu ke tapak permainan yang telah disediakan di sini khas untuk kanak-kanak, tapi pastikan sentiasa anda sentiasa berada di situ juga menjaga anak anda agar dapat menjamin keselamatan mereka lebih terjaga, dan kalau boleh jangan biarkan anak anda duduk di tanah sebab takut ada semut kecil yang menggigit mereka nanti. Di sini juga ada pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan pengunjung dan juga taman ini pada waktu siang dan malam agar taman ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak dirosakkan oleh mereka yang mungkin tidak bertanggungjawab. Sebagai peringatan para pengunjung, anda adalah tidak dibenarkan untuk membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam taman ini.

Kemudahan dan perkhidmatan :

01. Laluan berjoging

02. Tempat bersenam
03. Tong sampah
04. Tandas awam
05. Pengawal keselamatan
06. Pondok rehat
07. Tempat letak kereta
08. Cafe/tempat makan
09. Taman permainan
10. Tempat duduk

Di taman ni sememangnya banyak aktiviti bebas yang mungkin boleh anda lakukan apabila berkunjung ke sini, antara aktiviti yang boleh anda buat ialah bersenam iaitu seperti berjoging di laluang yang telah disediakan di sini dengan jarak pusingan adalah 700 meter yang boleh anda buat pada waktu pagi atau petang, selain tu anda juga boleh datang dalam satu kumpulan ramai untuk buat aktiviti senam aerobik, tarian zumba, taichi dan sebagainya yang sudah pasti akan menghiburkan anda apabila dapat bersama dengan rakan-rakan lain bersenam di sini sekaligus dapat mengeratkan lagi tali persahabatan antara satu sama lain. Aktiviti lain ialah dengan berjalan bersiar-siar di sekitar taman ini sambil melihat pokok yang banyak ditanam di taman ini dan membaca mengenai pokok tersebut di papan maklumat, atau anda juga boleh membawa rakan untuk bermain badminton di sini tapi ikut keadaan juga sebab kalau angin bertiup kuat sikit memang susah sikitlah main badminton di luat ni. Bagi kanak-kanak, mereka bolehlah bermain di taman permain yang ada, tetapi taman permainan tu tinggi jadi kalau anak yang masih kecil mungkin memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa mereka ketika bermain di sini agar tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Anda harus menjaga anak-anak anda bila membawa mereka ke sini tidak kira sama ada ketika mereka bermain di taman permainan atau pun ketika anda yang melakukan aktiviti lain di sini, kalau anda ke sini bersenam seperti senaman aerobik dan membawa anak bersama, pastikan ada yang menjaga anak anda dan jangan biarkan mereka sendiri. Seterusnya ialah anda boleh melawat ke tugu pahlawan yang berada di tengah-tengah kawasan taman ini, tugu ni didedikasikan kepada pahlawan negeri ini yang mungkin tidak ramai yang mengenali, oleh itu ia dibina agar dapat memberitahu kepada orang ramai mengenai pahlawan negeri ini.


Aktiviti :

01. Berjoging
02. Bersiar-siar
03. Senam aerobik
04. Menari zumba
05. Senam Taichi
06. Main badminton
07. Lawat tugu pahlawan
08. Rehat dan tenangkan fikiran
09. Menjamu selera di cafe
10. Anak bermain di playground

Tempat ni dekat sahaja dengan Pusat Bandar Kota Kinabalu, jadi anda boleh memandu kereta sendiri terus ke sini dan letak kereta anda di tempat letak kereta yang ada di sini secara percuma, kalau tiada kereta sendiri boleh naik teksi atau perkhidmatan e-hailing yang untuk menghantar anda ke taman ini sebab tidak juga terlalu mahal tambangnya.

Waktu operasi :
Setiap hari : 4 pagi - 8 malam

Bayaran masuk :
Percuma

Bayaran tandas :
RM 0.50

Sekiranya ada
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di alamat seperti di bawah :

Hubungi :
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
No 1, Jalan Bandaran,
88675, Kota kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 521 800


Ulasan